Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, February 24, 2012

suffer the consequences

assalamualaikum.

mama aufa must suffer the consequences of two different stories:-

1)

firstly, minggu lepas ada customer order coklat, tp last minute, die msj hari khamis, nak hari Jumaat?how..?terpaksa cancelkan. dan die buat tarikh lain, cadang nak ambik hari Jumaat esok. ok. boleh. pastu 2hari die msj, tak dapat ambik waktu lunch/selepas solat Jumaat (sedangkan die sebenarnya cadangkan ).jd die nak ambik keesokannya. maknanya Rabu die msj tak dapat ambik Jumaat tp nak seblum Jumaat jugak sbb  malam tu nak balik kampung (penin eden bace msj die), pastu die pun cakap nak hari Khamis (iaitu harini)..lepas bincang2 ngan mr Hus,naseb baik Mr Hus leh hantar kan petang khamis..

alkisahnya Rabu malam tu mama aufa ada discussion kat UIA dengan kawan2 utk presentation next week, balik dah dekat kul11malam dah, dan ada sebijik esaimen yang kena hantar esok (iaitu harini)..dan lagi order yang suke order last minute ubah tarikh tu.huhu. jadi konklusinya, mama aufa balik dr uia, takde berlenggang kangkung pun,terus on laptop, buat analisa verbs yg Prof suh cari dalam sebuah artikel (banyakkkk wesss).setel kul 1.30a.m. pastu siapkan beg nursery aufa, siapkan baju nak pakai g kuliah esok, dan tetiba aufa nanges, bg susu..last2 mama aufa terlelap sekali. dan,bangun dalam keadaan terkejut tengok jam kul3.30a.m! alamak order coklat tak siap lagi..bangun siapkan order straight tak tido sampai la subuh..dengar je azan subuh, terus solat..badan memang tak bermaya, mata nak tertutup dah..terus tido...sampaila kul 10 pagi..(qadha' kononnya)tu pun aufa bangun banyak kali dah kejut mama die, bile mama die tetap tido mati aufa pon same2 tido balik.sampaila die dah rasa boring tido,kul 10 tu Aufa memang buat mogok "mama bangun sekang!!.." hehe..siap tarik2 mata, tarik tangan duk sebut "jom,jom"..hoho.cian anak mama..naseb baik klas start kul12 harini.kalau kelas 8.30a.m mcm hari isnin.......habesss.....

konklusinya, takkan nak tolak order sampai 2 kali..jd terpaksa berjaga jugak walaupun sebenarnya susah jugak nak buat last minute..tambah dengan keje lain banyak.kalau hujung minggu memang takde masalah nak buat banyak2..huhu..tp takpela, customer pun dah dapat coklat2 td dan die happy..=)

2) suffer the consequences...

sbb gedik bagi password P1 kat bebudak ngaji neh.

habis kena marah ngan Mr Hus..sape lagi yg kena marah kalo bukan mama aufa..haha.padan muka=p

story nya, budak2 ngaji nih ada yang besar ada yg kecik..yang besar tingkatan 5,tkn2, dan tkn1..(semua pempuan),dah namanya remaja, memang minat internet..huhu. beberapa minggu lepas diorang merayu dah nak mintak paswod p1, (sbb wireless kami coverage kuat,sampai kat umah diorang yang jarak 3,4 biji umah dr kami dalam blok same..).waktu diorang mintak minggu lepas, ustazah a.k.a mama aufa tak bagi lagi, dengan nada gurau, cakap, "mana boleh mintak paswod, kalau nak on9,on9 kat umah ustazah je, tp ustazah bukak cc la..kena charge hokey..=D " (nada baik untuk ayat "takleh".)

biasenya kalau budak2 yang faham, tahula sebenarnya maksud saya memang taknak bg paswod, cuma bagila kalau nak on9 kejap lepas2 ngaji sambil2 tunggu adik2 lain siap ngaji..tp..lain lak yg diorang faham..ada la dalam mase seminggu diorang tak cakap pasal nak wireless..

TAPI td, diorang datang lagi ngaji..sorang bawak Ipad Apple (mahal tuh)..yg 10inci punya..sorang lg bawak Hp apple yg boleh wireless.. merayu lagi kalini, "ustazah..bolehla,,nak paswod..nak internet kejap.." sambil wat muka kesian sorang2. ustazah ni kan, bukannya boleh tengok muka kesian, bukannya leh dengar orang merayu..mudah simpati..jd bagi la paswod tu kejap..tp dah cakap syarat nt kena delete balik..sengih2 happy diorang dapat internet td..

TAPI.bile habis ngaji semua, salam2..nak balik, saya mintak Ipad diorang tu sbb nak delete balik wireless kami..hampess..sebab? dia pegang kemas2 Ipad, dan cepat2 jalan depan nak kuar pintu, sengih2 sambik cakap,"takyah la ustazah..jap jap..".terus diorang blah..

keciwa gak r sebab bile wireless dah kongsi ngan orang, maknanya kami punya lagi lambat.kalau diorang bukak video, downoald games, even worse kalau diorang g share kan paswod p1 kami kat kawan2 area blok nih maka tergendala access internet kami nanti.huhu..

Mr Hus balik, mama aufa story kat Mr Hus kekeciwaan inih.. dah... kena marah la..hoho..memang silap mama aufa sebenarnya patut tegas cakap "Tak boleh.." tp baik sangat, tu yg diorang berani tuh..Mr Hus ni pon satu, dah la mama aufa tengah kecewa, bila die marah tambah lagi kekecewaan inih. ceh. terbaca dalam sebuah artikel pasal summary buku "men are from mars women are from venus", perbezaan psikologi antara pempuan dan lelaki..



dalam buku tu tulis, kalau llai tengah cerita masalah, diorang nakkan penyelesaian/cadangan. TAPI SEBALIKNYA kalau wanita ceritakan masalah, mereka hanya nak pendengar (bukan penyelesai masalah).Jd akan timbul masalah komunikasi bile psikologi ini tidak difahami.

contoh dr buku tu:-
Mary baru balik dr keje, terus duduk atas kerusi disamping suaminya.


Mary : Abang, kat tempat kerja td projek baru banyak bagi masalah. banyak yang tergendala.
Peter : Kalau macam tu awak berhenti kerja dan duduk je kat rumah.
Mary : Tp saya suka kerja saya, cuma beberapa perkara yang buat saya penat.Bos saya cerewet, semua benda dia nak complete dan excellent. Masa seolah2 tak cukup bagi saya.
Peter : Oh, kalau macam tu awak ikut je kehendak bos awak. 
Mary : Macamana nak ikut kehendak dia kalau pendapat dia selalu merugikan orang lain?
Peter : Habis, mudah sahaja, awak berhenti kerja, selesai masalah.
Mary bangun dalam keadaan marah dan tertekan. lalu berkata,"buang masa saya shj cakap dengan awak!"
      
ni contoh salah komunikasi yang berlaku antara Mary n Peter (suami isteri) sbb Peter tidak memahami Psikologi Mary sebagai wanita. seharusnya, Peter harus mendengar sbb tujuan Mary bukanlah untuk mendapat solusi kepada masalah tp hanya mahu meluahkan emosi dan perasaannya,sbb hanya dengan luahan itulah yang akan buatkan die tenang dan hilang penat. Tp Peter salah anggap, Peter menganggap Mary seperti kawan2 lelaki yang mana bila bercerita mahukan penyelesaian. Lastly, ape terjadi antara mereka ialah pergaduhan..sebabnya? tak faham psikologi sesama sendiri.

sepatutnya, cara yang betul bg Peter ialah :-

Mary baru balik dr keje, terus duduk atas kerusi disamping suaminya.

Mary : Abang, kat tempat kerja td projek baru banyak bagi masalah. banyak yang tergendala.
Peter : merenung mata Mary dengan rasa simpati dan pegang tangannya.."yeke?.kesian isteri abang"
Mary : walaupun begitu saya suka kerja saya, cuma beberapa perkara yang buat saya penat.Bos saya cerewet, semua benda dia nak complete dan excellent. Masa seolah2 tak cukup bagi saya.
Peter : oo..takpe sayang, abang tahu awak seorang yang hebat, suatu masa nanti bos awak akan sedar betapa pentingnya awak dalam syarikat die.
Mary : pendapat dia selalu merugikan orang lain..bla3........(mary akan terus luahkan masalah..)
Peter : (hanya mendengar dan menganggukkan kepala).. hm...hm... oo..sabar ye wahai bidadari, InsyaAllah (mama aufa ubah versi islamik siket..hihi), semoga Allah permudahkan segalanya..=)
Mary pun tersenyum dan ucap terima ksih pd suaminya, lalu berlalu pergi dengan perasaan ringan dan masalah seolah2 sudah selesai baginya, Tiada lagi berat hati dan kerunsingan.

ha..nampak kan beza situasi atas dan bawah. (malangnya mama aufa selalu terkena situasi atas sbb Mr hus tak bace buku omputih..haha). Btw, nama je buku omputih, tp kandungannya tentang kajian terhadap psikologi pempuan dan lelaki sangat mendalam dan sangat islamik. Kan ilmu dalam islam merangkumi semua aspek. ape salahnya baca jika ia benar2 relevan. asalkan jangan terkikut budaya barat yang negatif sudah.=)

last but not least, wanita memang sentiasa memerlukan pendengar yang setia. kadang2 takde rakan/sesape untuk meluah perasaan, hanya gunakan blog pun memadai..yang penting, segalanya terluah dan tiada bebanan lagi=) wassalam~~~~

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga