Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, February 24, 2012

bila aufa study, mama yang kepeningan lantas biarkan saje la..kalau pergi kemas2 kang die nanges2 lg membuatkan ketensenan..biar bersepah asal diam.

haaaaaaaaaaaaa...

panjang nya tajuk entry.

saje nak mencetuskan kontroversi..hahahaha.=)

bile aufa study..



mama kepeningan..



tp mama biar je aufa main sampai die boring..



kalau la ikutkan mata memang tak sedap memandang

tp lg baik tak sedap memandang dr sakit hati pas marah2 anak dan sakit telinga dengar die nanges..

so..biar je la..redha redha..

orang yang takder anak umo setahun keatas takleh nak komen rumah sy bersepah ke ape...

orang yg suami die tak keje malam2 pon takleh komen jugak.haha.

takpe takpe. ni proses belajar. amazingly, bile ajar dengan flash cards aufa skg dah kenal mana Dog, star, fish, cat, car, train, banana, peas...

tiap2 hari kami main kad ni, dan tiap2 hari jugakla mama aufa kepeningan mengutip segala kad yang berterabur kdg2 sampai ke dapo...tu pon kutip lepas aufa tido...kalau tak die suke tabur2 kan mcm tu..

ni baru sikit, tak snap mainan segala dan periuk senduk yg die main kat dapo. ya ampunnn..

mcm ni rupanya rasa ada anak umo setahun ke atas.mama aufa lak jenis yang bukannya sangat2 tak penyabar orangnya..mudah jd Tiger, terutama kalau bising2 atau tak dengar kata. prinsip, saya boleh gtau 3 kali shj, kali pertama sangat lembut, kali kedua,lembut,kali ke iga tegas, tp kalau tak dengar jugak lepas kali ke tiga, sila lah dengar gunung berapi meletus.haha.=p. to kesian, kesian sangat..rasa mcm anak lak yg jd mangsa...tp mama die pon jd mangsa jugak.. takpela, better marah dr pendam.kalau pendam lama2 bahaya, boleh sebabkan sakit mental. hoho. (motip?)

tp tacing kot bile tengok muka die malam2 mase die tido. rasa menyesal lak marah. tp menyesal kejap je,kalau die wat hal marah lagikkk (hal besar2 je contoh tarik rambut mama/lempar mainan kat kakak2 ngaji/panjat meja makan-hal2 bahaya saje dan kalau nanges tak henti2 pasti la kena marah). hahaha. huhu. seriously, i m not a good mom. for sure.but i will try to be a good mom. insyaAllah.

only grab this..

assalamualaikum..

jenjalan carefour kepong baru2ni, g tempat jam, ternampak seutas jam yang menarik perhatian mama aufa..ape lagi..zasssssssss...grab it! hihi..



                  nampak besar lak jam ni bila dipakai kat tangan ay yg kecit.

suke suke suke.murah je.limabelas ribu ringgit (*tipu* 15 ingget sajer) takpela tak mahal pun asal cantik.tak mampu eden nak beli jam mahal2..huhu..watpe beli jam Polo kalau tak cantik pon.hehe.

Ongkos mr Hus melayang layang

kan dulu dalam entry seblum mama aufa ada story pasal gigiku gigiku jua..hehe=D

Mr Hus jeles tengok gigi ay dah comel.

dia tanya kot2 die leh wat treatment kat klinik gigi uia jugak

tp mama aufa dengan penuh keyakinan jawab, "sudah tentu takleh, sbb staff dan student je boleh.kalau abang keje guard kat uia pon dikira staff jugak."

mr hus kecewa sbb die terpaksa kena cari klinik gigi swasta. hehe=)

dan 2 hari lepas tu die balik sengih2 tah berhenti. rupanya nak tunjuk gigi yang sudah di-treatmentkan.

die suh teka berapa ringgit habis.

mama aufa jawab, "seratus?"

die cakap, salah.. "rm 120.."

tp treatment die biase2 je, tampal2 ada sebijik lobang, putihkan gigi, dan bersihkan..tu je. yang Doc uia wat kat mama aufa lagi advance (tengokla gigi sape.haha...)

hahaha. mama aufa tergelak2. sebab mama aufa buat free je (dah namanya student..)tp dah agak dah memang mahal kalau klinik gigi biasa.. kalau klinik gigi kerajaan kat kelantan dulu mama aufa bayar singget je utk doc tu cabut gigi dan treatment lain.same kot ngan klinik kerajaan kat sini...

melayang rm120. mr hus cakap tobat dah tak g klinik swasta.

p/s- rm120 dah boleh beli pampes aufa untuk 4 bulan berturut2. lalala~

suffer the consequences

assalamualaikum.

mama aufa must suffer the consequences of two different stories:-

1)

firstly, minggu lepas ada customer order coklat, tp last minute, die msj hari khamis, nak hari Jumaat?how..?terpaksa cancelkan. dan die buat tarikh lain, cadang nak ambik hari Jumaat esok. ok. boleh. pastu 2hari die msj, tak dapat ambik waktu lunch/selepas solat Jumaat (sedangkan die sebenarnya cadangkan ).jd die nak ambik keesokannya. maknanya Rabu die msj tak dapat ambik Jumaat tp nak seblum Jumaat jugak sbb  malam tu nak balik kampung (penin eden bace msj die), pastu die pun cakap nak hari Khamis (iaitu harini)..lepas bincang2 ngan mr Hus,naseb baik Mr Hus leh hantar kan petang khamis..

alkisahnya Rabu malam tu mama aufa ada discussion kat UIA dengan kawan2 utk presentation next week, balik dah dekat kul11malam dah, dan ada sebijik esaimen yang kena hantar esok (iaitu harini)..dan lagi order yang suke order last minute ubah tarikh tu.huhu. jadi konklusinya, mama aufa balik dr uia, takde berlenggang kangkung pun,terus on laptop, buat analisa verbs yg Prof suh cari dalam sebuah artikel (banyakkkk wesss).setel kul 1.30a.m. pastu siapkan beg nursery aufa, siapkan baju nak pakai g kuliah esok, dan tetiba aufa nanges, bg susu..last2 mama aufa terlelap sekali. dan,bangun dalam keadaan terkejut tengok jam kul3.30a.m! alamak order coklat tak siap lagi..bangun siapkan order straight tak tido sampai la subuh..dengar je azan subuh, terus solat..badan memang tak bermaya, mata nak tertutup dah..terus tido...sampaila kul 10 pagi..(qadha' kononnya)tu pun aufa bangun banyak kali dah kejut mama die, bile mama die tetap tido mati aufa pon same2 tido balik.sampaila die dah rasa boring tido,kul 10 tu Aufa memang buat mogok "mama bangun sekang!!.." hehe..siap tarik2 mata, tarik tangan duk sebut "jom,jom"..hoho.cian anak mama..naseb baik klas start kul12 harini.kalau kelas 8.30a.m mcm hari isnin.......habesss.....

konklusinya, takkan nak tolak order sampai 2 kali..jd terpaksa berjaga jugak walaupun sebenarnya susah jugak nak buat last minute..tambah dengan keje lain banyak.kalau hujung minggu memang takde masalah nak buat banyak2..huhu..tp takpela, customer pun dah dapat coklat2 td dan die happy..=)

2) suffer the consequences...

sbb gedik bagi password P1 kat bebudak ngaji neh.

habis kena marah ngan Mr Hus..sape lagi yg kena marah kalo bukan mama aufa..haha.padan muka=p

story nya, budak2 ngaji nih ada yang besar ada yg kecik..yang besar tingkatan 5,tkn2, dan tkn1..(semua pempuan),dah namanya remaja, memang minat internet..huhu. beberapa minggu lepas diorang merayu dah nak mintak paswod p1, (sbb wireless kami coverage kuat,sampai kat umah diorang yang jarak 3,4 biji umah dr kami dalam blok same..).waktu diorang mintak minggu lepas, ustazah a.k.a mama aufa tak bagi lagi, dengan nada gurau, cakap, "mana boleh mintak paswod, kalau nak on9,on9 kat umah ustazah je, tp ustazah bukak cc la..kena charge hokey..=D " (nada baik untuk ayat "takleh".)

biasenya kalau budak2 yang faham, tahula sebenarnya maksud saya memang taknak bg paswod, cuma bagila kalau nak on9 kejap lepas2 ngaji sambil2 tunggu adik2 lain siap ngaji..tp..lain lak yg diorang faham..ada la dalam mase seminggu diorang tak cakap pasal nak wireless..

TAPI td, diorang datang lagi ngaji..sorang bawak Ipad Apple (mahal tuh)..yg 10inci punya..sorang lg bawak Hp apple yg boleh wireless.. merayu lagi kalini, "ustazah..bolehla,,nak paswod..nak internet kejap.." sambil wat muka kesian sorang2. ustazah ni kan, bukannya boleh tengok muka kesian, bukannya leh dengar orang merayu..mudah simpati..jd bagi la paswod tu kejap..tp dah cakap syarat nt kena delete balik..sengih2 happy diorang dapat internet td..

TAPI.bile habis ngaji semua, salam2..nak balik, saya mintak Ipad diorang tu sbb nak delete balik wireless kami..hampess..sebab? dia pegang kemas2 Ipad, dan cepat2 jalan depan nak kuar pintu, sengih2 sambik cakap,"takyah la ustazah..jap jap..".terus diorang blah..

keciwa gak r sebab bile wireless dah kongsi ngan orang, maknanya kami punya lagi lambat.kalau diorang bukak video, downoald games, even worse kalau diorang g share kan paswod p1 kami kat kawan2 area blok nih maka tergendala access internet kami nanti.huhu..

Mr Hus balik, mama aufa story kat Mr Hus kekeciwaan inih.. dah... kena marah la..hoho..memang silap mama aufa sebenarnya patut tegas cakap "Tak boleh.." tp baik sangat, tu yg diorang berani tuh..Mr Hus ni pon satu, dah la mama aufa tengah kecewa, bila die marah tambah lagi kekecewaan inih. ceh. terbaca dalam sebuah artikel pasal summary buku "men are from mars women are from venus", perbezaan psikologi antara pempuan dan lelaki..



dalam buku tu tulis, kalau llai tengah cerita masalah, diorang nakkan penyelesaian/cadangan. TAPI SEBALIKNYA kalau wanita ceritakan masalah, mereka hanya nak pendengar (bukan penyelesai masalah).Jd akan timbul masalah komunikasi bile psikologi ini tidak difahami.

contoh dr buku tu:-
Mary baru balik dr keje, terus duduk atas kerusi disamping suaminya.


Mary : Abang, kat tempat kerja td projek baru banyak bagi masalah. banyak yang tergendala.
Peter : Kalau macam tu awak berhenti kerja dan duduk je kat rumah.
Mary : Tp saya suka kerja saya, cuma beberapa perkara yang buat saya penat.Bos saya cerewet, semua benda dia nak complete dan excellent. Masa seolah2 tak cukup bagi saya.
Peter : Oh, kalau macam tu awak ikut je kehendak bos awak. 
Mary : Macamana nak ikut kehendak dia kalau pendapat dia selalu merugikan orang lain?
Peter : Habis, mudah sahaja, awak berhenti kerja, selesai masalah.
Mary bangun dalam keadaan marah dan tertekan. lalu berkata,"buang masa saya shj cakap dengan awak!"
      
ni contoh salah komunikasi yang berlaku antara Mary n Peter (suami isteri) sbb Peter tidak memahami Psikologi Mary sebagai wanita. seharusnya, Peter harus mendengar sbb tujuan Mary bukanlah untuk mendapat solusi kepada masalah tp hanya mahu meluahkan emosi dan perasaannya,sbb hanya dengan luahan itulah yang akan buatkan die tenang dan hilang penat. Tp Peter salah anggap, Peter menganggap Mary seperti kawan2 lelaki yang mana bila bercerita mahukan penyelesaian. Lastly, ape terjadi antara mereka ialah pergaduhan..sebabnya? tak faham psikologi sesama sendiri.

sepatutnya, cara yang betul bg Peter ialah :-

Mary baru balik dr keje, terus duduk atas kerusi disamping suaminya.

Mary : Abang, kat tempat kerja td projek baru banyak bagi masalah. banyak yang tergendala.
Peter : merenung mata Mary dengan rasa simpati dan pegang tangannya.."yeke?.kesian isteri abang"
Mary : walaupun begitu saya suka kerja saya, cuma beberapa perkara yang buat saya penat.Bos saya cerewet, semua benda dia nak complete dan excellent. Masa seolah2 tak cukup bagi saya.
Peter : oo..takpe sayang, abang tahu awak seorang yang hebat, suatu masa nanti bos awak akan sedar betapa pentingnya awak dalam syarikat die.
Mary : pendapat dia selalu merugikan orang lain..bla3........(mary akan terus luahkan masalah..)
Peter : (hanya mendengar dan menganggukkan kepala).. hm...hm... oo..sabar ye wahai bidadari, InsyaAllah (mama aufa ubah versi islamik siket..hihi), semoga Allah permudahkan segalanya..=)
Mary pun tersenyum dan ucap terima ksih pd suaminya, lalu berlalu pergi dengan perasaan ringan dan masalah seolah2 sudah selesai baginya, Tiada lagi berat hati dan kerunsingan.

ha..nampak kan beza situasi atas dan bawah. (malangnya mama aufa selalu terkena situasi atas sbb Mr hus tak bace buku omputih..haha). Btw, nama je buku omputih, tp kandungannya tentang kajian terhadap psikologi pempuan dan lelaki sangat mendalam dan sangat islamik. Kan ilmu dalam islam merangkumi semua aspek. ape salahnya baca jika ia benar2 relevan. asalkan jangan terkikut budaya barat yang negatif sudah.=)

last but not least, wanita memang sentiasa memerlukan pendengar yang setia. kadang2 takde rakan/sesape untuk meluah perasaan, hanya gunakan blog pun memadai..yang penting, segalanya terluah dan tiada bebanan lagi=) wassalam~~~~

Tuesday, February 21, 2012

selamat pagi=)

assalamualaikum..

sempat lg pg ni berbelog eh? hehe

kelas harini start tengahari, bukak yahoo jap kot2 lecturer ada hantar attachment ape2 tp xde lak.jd terjun pd belog pula.hehe

aufa still beradu lagi, tp td terbangun dah, dan tido balik. konfem die akan bangun awal kalau tengok geng tido takde sebelah. kalau geng tido dia pastinya saya ada sebelah maka die tido lama.ish2. maknanya geng tido dia tido lama la kan.

semalam saya stress, susah sebenarnya nak stress ni. tp ubat mudah je. solat. zikir. dan buat apa yang kita suka. ha..jd nya lepas kelas semalam, setelah ke masjid uia saya terus g shopping (sbb saya suka shopping). Beli apa yang nak beli seblom ni, windows shopping lelama. hehe. takleh la beli semua kang pokai. uhuk.
balik2 rumah hilang tekanan tu=)

nasib baik pagi2 lagi dah masak, jd balik mr hus dah panaskan lauk dan semua. jd lepas solat asar, makannnn=)

Mr hus pergi ambil aufa umah pengasuh. mama aufa buat esaimen, mandi manda, dan bersiap untuk malam punya pengajaran quran.

budak2 ngaji datang awal, 7.40 dah ketuk2 pintu panggil ustazah.ayyo. orang baru siap berdoa. cepat2 salin baju pakai tudung, bukak pintu. tanya deorang, "eh, awal harini..kelas kan start pukul 8.30..?"
diorang reply ," mama nak pergi umah kawan, kami nak balik awal.." ustazah.."patutla.."

 
mengajar ngaji skg memang tak sunyi dr Aufa. biarpun dia tido, tp bila dengar suara kakak2 dan abang2 mengaji terus bangun. ada sorang budak umo 4 tahun, baru nak kenal a ba ta.. jd masa ni aufa pon ikut sama a ba ta jugak. kalau sebut ya maka ya jugak aufa sebut. lebih lagi suara die kuat dr suara kakak tu. tak khusyuk kakak nak belajar, takpe aufa, belajar same2 eh? hehe. kdg2 fikir2 ada benefit nya ajar ngaji kat umah, anak pon turut sama belajar walaupun hanya mengikut sebutan2..

tu part yang baik, part yang mencabar..bila mama pegang pensil tunjuk kat quran akak2, dia pon berebut sama nak pensil. ambik dan conteng buku2 iqraa' kakak2. mama tak benarkan mcm tu..nasib baik ada pemadam. jd mama tak bg aufa rampas pensil lagi, kdg2 sampai menangis la. huhu. mcm2. yang tu mencabar sikit, yang lain aufa behaves well masa orang lain mengaji. 

bila ada budak2 mengaji ni, rumah kami tak sunyi macam dulu..seblum ni mr Hus jd imam atau ajar mengaji malam2 nun jauh di Sungai Besi di sana.. jd lewat malam sampai rumah.. sunyi kami berdua.. tp bila ada budak2 mengaji riuh rendah.hehe. Oh, mengajar adalah minat saya=) tp cita2 saya bukan cikgu. saya nak jd Pensyarah!^^ insyaAllah, habis belajar tahun depan, sambung setahun atau 2 tahun lagi untuk Master.Jika diizinkan Allah, nak terus sambung PHD selepas tu..hm..ye la kan, muda2 ni la time nak belajar..

muda ke?? erkkk....
huhu..
tak sebelia dulu dah..umur mama aufa tanpa segannya bulan 9 nanti masukla 24 tahun!
waaa. umo 25 baru grad..huhu
sebabnya.. lepas sekolah rendah dulu, masuk sekolah arab, waktu tu ada Saff Awal (peralihan),sebelum masuh tingkatan 1..jd belajar bahasa arab setahun, baru masuk Tingkatan1. Ramai orang kata masuk sekolah arab rugi umur sbb setahun masuk peralihan. Tidak sebenar2nya, sbb masakan umur rugi, sedangkan 1 tahun penuh menimba ilmu Lughoh Jannah ( bahasa syurga). 

Tingkatan 1-3, study di Syamsul Maarif, dapat result PMR yang agak memberangsangkan, dapat surat tawaran dr Maahad Muhammadi Lilbanat untuk ambik aliran sains. maka berpindahla ke sana 2 tahun sampai tingakatan 5..berpindah ke Maahad Muhammadi merupakan satu titik kejayaan dan perubahan emas sebabnya di sana lah baru mama aufa kenal potensi diri. Guru2 di sana pandai menyuntik semangat dan membuka potensi diri para pelajar. Di sana, ustaz ustazah pilih jadi Exco Asrama,  jd pengawas, jadi MC, jadi pembentang, menjadi pendebat dan masuk syarahan.. peluang lebih terbuka di MMP yang tercinta..=) segala kenangan2 indah banyak tercalit di sini..alhamdulillah Allah membuka peluang untuk mama ke sana.

Tingkatan6- mama aufa berhasrat nak ambik STAM dan sudah berniat seandainya dapat panggilan U pun , STAM tetap nak diteruskan.
terpaksa berpindah ke Maahad Saniah sbb MMP nak pelajar yang ambik STAM sebetul2nya, sbb dapat 7A SPM, jd MMP cakap kemungkinan dapat panggilan U tu tinggi, jd taknak terima pelajar separuh jalan. so, mama aufa berpindah sekolah ke Pasir Putih (sekolah sama cik as..hehe)

Maahad Saniah.. banyak perkataan nak digambarkan di sekolah ni, walaupun tak sampai setahun, pelbagai kenangan pahit manis rupa2nya lebih banyak di sini berbanding di sekolah2 sebelum ni.

Guru2 Maahad Saniah adalah guru terbaik pernah mama jumpa. Waktu tu guru besar ialah Ustaz Nasir, merupakan seorang ustaz yang bagus, berdedikasi,bertanggungjawab, berhemah, sporting, dan memang baik sangat2. beza guru di Saniah berbanding di sekolah lain ialah, guru2 di sana LANGSUNG TIDAK pilih kasih. mereka kenal student seolah2 merekalah ibu bapa student tu. mereka kenal, dan sayang kepada semua student. (tak caye tanya cik as,hihi). setiap nama pelajar, tempat tinggal..memang mereka ingat (walaupun tak semua) waktu program ke, ape ke..guru2 yang banyak bg sumbangan, banyak tolong pelajar, kadang2 sampai sanggup bermalam bersama pelajar. Subhanallah, mulia sungguh guru2 di sana, dan semua guru=) Di Saniah juga lah ustaz ustazah lebih menggilap potensi diri mama aufa, masuk Debat Bahasa Inggeris peringkat negeri (lawan MMP Lelaki), masuk bola tampar (setakat sekolah je,hihi...) dan masuk Pertandingan Hafazan sampai la peringkat Negeri Kelantan (lastly lawan dengan bekas sekolah sendiri jugak, lawan MMP..)

ya,seperti dijangka, surat tawaran ke UIA diterima. perasaan berbelah bahagi antara suka dan duka.. suka sbb dapat masuk U.. duka?sbb nak tinggalkan sebuah sekolah yang terbaik di dunia=). duka nak meninggalkan guru2 yang banyak mendidik,menyayangi dan memberi ransangan kejayaan pd diri ini..

Ingat lagi, 2 hari sebelum mama meninggalkan sekolah, mama bertemu ustaz ustazah untuk kata2 terakhir. Ustazah balaghah (lupa nama) dan tafsir (ustazah Norazlina..<kalau tak silap,lupa..>) mengeluarkan air mata..mama aufa berjanji, akan teruskan STAM walaupun  di UIA..mama aufa akan menaikkan nama sekolah, insyaAllah..itulah janji mama pd mereka..

Keesokannya, tinggal sehari sebelum berangkat ke UIA Petaling Jaya, ujian Lisan untuk STAM bermula. Mama meminta pd Ketua pengawas untuk menduduki Ujian Lisan pd hari pertama sbb esok kena terus daftar ke UIA. Ketua Pengawas izinkan..tp kena jd pelajar terakhir haritu untuk ujian lisan..ok,mama setuju.

Mencatat sejarah, hari Ujian Lisan STAM merupakan sebuah hari yang takkan mama aufa lupa sampai bila2, sebuat detik bersejarah dalam diri. Setelah nama dipanggil, mama memberi salam dan masuk..ada 3 penguji berada sebaris di meja. (ujian lisan secara individu..). mama aufa duduk sorang2 atas kerusi. (rasa mcm kena interview).mula2 duduk mereka cakap, "awak orang pertama harini masuk bg salam.." mama aufa tersenyum..

sebelum ujian lisan, mereka tanya pasal pemergian mama ke UIA..tanya sebab?kos?bila?..baru ujian lisan dimulakan. soalan demi soalan diajukan, alhamdulillah dapat jawab dengan baik..sampai lepas habis ujian, mereka berpandangan sesama sendiri dan tanya mama aufa macamana awak menghafal semua Surah (Luqman, Yasin) dan Hadis2 dari buku Mustolah Hadis (20 hadis semua kena hafal) tanpa sebarang kesilapan baris mahupun perkataan?malah hampir mendapat markah penuh untuk perbincangan dalam bahasa arab , mama aufa hanya menjawab alhamdulillah, Allah kurniakan ingatan yang baik, dan saya memang minat bahasa arab..jd mereka tanya lagi, "kenapa ke UIA untuk ambik Bahasa Inggeris?" . mama terdiam dan jawab, "pertana ia pilihan keluarga, kedua, Bahasa Inggeris penting untuk dakwah pd masa sekarang.."

setelah ujian habis, mereka mengucapkan tahniah dan semoga berjaya semasa di UIA nanti. mama aufa keluar dr pintu bilik dengan perasaan lega sbb sudah selesai ujian. tiba2 ketua pengawas panggil..kami berborak di luar pintu bilik. Ketua pengawas merupakan pegawai atasan bahasa arab di Yayasan Islam Kelantan. dia memberitahu pandangannya terhadap mama aufa. disamping kata2 perangsang yang diingati sampai bila2..katanya, dia terkejut dan kagum dengan kebolehan yang ada pd diri mama aufa. sempat lagi die berpesan,

 "awak tak payah ke UIA, saya yakin, awak boleh mendapat keputusan cemerlang salam STAM,. saya nak awak jd macam saya, lepas ambik STAM, awak sambung ke Al-Azhar Mesir, ambik Bahasa Arab (sbb ramai yang taknambik bahasa arab konon2nya susah di alazhar), lepas tu sambung master Bahasa Arab, dan kerja di YIK atau mana2 tempat sebagai seorang yang expert bahasa arab, bila saya melihat awak, saya teringat diri saya yang dulu..satu kehilangan jika seorang yang mahir dan minat bahasa arab seperti awak ambik bahasa Inggeris."

kata2 pegawai YIK ni menjadi ingatan sampai bila2, kata2nya sangat berkesan, mendalam, dan penuh isi tersirat..

tp waktu tu, sudah terlambat untuk mengubah fikiran...
mama auf menjawab."Ustaz, saya janji walaupun saya ambik BI, tp saya takkan sia2kan Bahasa Syurga..terima kasih Ustaz.."

akhirnya, dia mendoakan yang terbaik..dan mama aufa pulang untuk persiapkan diri ke KL keesokan hari.

bukan  mudah. bukan mudah untuk membuat satu keputusan sebegini. sampaikan, sebab awal2 memang mama aufa bertekad taknak ke UIA sbb minat dengat STAM, jd ayah bawa mama ke Yayasan Islam Kelantan untuk jumpa sendiri dengan kawan ayah yang kerja di sana dan pegawai YIK untuk "brainwash" mama.untuk mendapat nasihat pakar=) mereka cakap, gunakanlah peluang yang ada..bila peluang ke U dah terbuka, kena cepat2 rebut sbb berapa ramai yang nak masuk U tp tak dapat..walaubagaimanapun, ayah mengizinkan mama aufa untuk ambik ujian STAM walaupun berada di UIA.

Pd tahun yang sama, belajar di Petaling Jaya UIA...setiap hari, pasti ada buku2 STAM yang mama bawa. sebelum lecturer masuk, baca...lepas lecturer masuk, baca...semasa ada event ke, buku2 STAM pasti dibawa..

akhirnya saat2 yang ditunggu2 tiba..Ujian STAM bermula..waktu ni perit nak dikenangkan..sebab mama aufa berulang alik dari KL- Kelantan semata2 untuk Ujian STAM. bayangkan, pd waktu sama, exam Final Sem di UIA jugak bermula. Harini ada exam English Reading di UIA, esok ada Exam STAM Tafsir& Hadis di Maahad Saniah Kelantan, lusa ada Exam English Listening and Speaking di uia, Tulat ada Exam Balaghah di kelantan.. penat,letih,perit,berulang alik dr kl-kelantan, membaca buku dalam bas sampai orang lain heran.hihi. waktu ni, family lah, terutama ibu dan bapa banyak support..dr segi kewangan nak naik bas berulang alik dan dorongan mental dan fizikal..lepas habis Ujian di kelantan, malam terus naik bas ke KL..pastu esok pagi terus masuk dewan ujian, dan malam terus snaik bas balik Kelantan pulak..dalam bas la masa ni tempat mama study tanpa tidur..

beberapa bulan selepas tu, result exam uia dah dapat,kini tinggal result STAM di mana masa ni result SPM dan STAM keluar serentak.  Ingat lagi ma di kampung kol, katanya Maahad Saniah kol suh datang ambik result , dan pada masa sama result SPM cik Uni (adik mama ) yang belajar di Wataniah jugak keluar. ma, ayah, cik Uni, sama2 pergi ambik result SPM terlebih dahulu. Cik Uni orang pertama memberi khabar gembira dengan result 12A SPM sekaligus menjadi antara pelajar terbaik dan bakal mendapat hadiah dr Menteri Besar kelantan Tok Guru Nik Aziz masa tu (kini cik uni bakal menjadi doktor,insyaAllah). Kegembiraan ma ayah berganda setelah ke Maahad Saniah, segulung ucapan tahniah dr guru2 ustaz ustazah yang mengenali mama Aufa untuk mereka sebab berjaya menjadi antara pelajar terbaik STAM dengan result 9Mumtaz 1 Jayyid Jiddan (best student masa ni Farhan, yang dapat 10 Mumtaz)..dan juga bakal bergandingan dengan Cik Uni untuk mendapat hadiah dr menteri besar kelantan.. 

bila ma ayah kol dengan suara gembira, ucapan syukur alhamdulillah tak lekang dr bibir. kegembiraan, setelah keperitan, merupakan sesuatu yang paling manis dalam hidup..bukan senang untuk senang,bukan susah untuk susah..

dengan result stam, sepatutnya boleh apply mana2 U dalam atau luar negara dan peluang sangat2 besar untuk diterima..tp..sebab dah 'jatuh cinta' dengan bahasa inggeris ni, jd mama aufa peram Mumtaz dalam file sahaja..biarlah ia menjadi kisah iktibar dan galakan untuk adik2 dan anak2 mama nanti..

Sepatutnya, sekarang mama aufa dah start kerja dah kalau teru ssambung dengan result STAM. sebab sijil STAM equal dengan matriks/STPM..jadi jika masuk U hanya perlu sambung 2 tahun setengah atau paling lama 3 tahun. jika masa tu umur mama 19, + 3= umur 22 tahun dah Grad. huhu. mama jeles, jeles jeles sangat dengan kawan2 yang dah grad skg dengan masuk u menggunakan sijil STAM..mereka semua dah ambik master malah ramai dah keje..dan..saya..di umur 24 masih lagi menadah kitab di sini...huhuhu..ooooo=(

takpelah, tak rugi umur jika umur digunakan unruk mencari ilmu.kerana semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu=) dan, Ilmu lah penyuluh diri...

last but not least, pesan ikhlas dari diri, tiada sesuatu pun yang boleh dicapai dengan mudah..bagi sesiapa diluar sana yang mahu berjaya, usah takut pada kegagalan..ingatlah, jika berusaha pasti kita akan mendapat..takda istilah pandai atau tak pandai, yang ada, rajin berusaha atau kurang berusaha..dulu mama aufa pun kurang berusaha, belajar biasa2 je mulai dr sekolah rendah sampai tingkatan2, tp bila tingkatan 3, mama aufa membuat anjakan paradigma, bermula dr situ sehingga sekarang, sentiasa letak matlamat tinggi untuk berjaya kerana matlamat tinggi itulah yang mendorong kita untuk berusaha=)

sekian ceramah untuk pagi ini..hihi=)

Friday, February 17, 2012

gigiku gigiku gigiku jua

assalamualaikum to all

selamat hari Jumaat yang mulia=)

pagi2 lagi bangun masak ayam masak lemak kat aufa sebagai bekal ke umah pengasuh.

hantar aufa, terus pecut ke uia, tujuan nak wat checkup gigi.gigi tak sakit pun tp sbb dah lama tak gi klinik gigi.. hohoho

i admit, sangat2 takutttt nak wat checkup gigi. last buat tahun 2009, tu pun dah pengsan lepas sebatang gigi kena cabut. SERIOUSLY, memang mama aufa pengsan masa tu dan nurse serta doktor gigi uia terpaksa kelam kabut kesana kemari utk sbb mama aufa tak sedarkan diri. ingat lagi dalam pada pitam tu, nurse suapkan air tea susu,doktor basuhkan muka dan tepuk2...akhirnya saya sedar! hahaha.kenangan pahit masam. waa.

sebab pengsan ialah- 1) tak sarapan (ingatke takpe)
                                2) sbb pregnant (masa ni tak tahu lagi pregnant pun, myb baru2 lagi,dan org pregnant     kan takleh cabut gigi.huhu)

pastu pergi harini, Nurse perli ;" last datang tahun 2009??"

"erk..ye..." (senyum pahit..segan la..huhu) nak datang ni pun ketar lutut. saya takut takut sangat dengan instrument doktor tu.huhu.

last2 nama dipanggil.

masuk.

doktor tu siap tanya " ni dalam kad ada tulis mase last checkup awak pengsan, kenapa?"

saya :" oh, masa tu sy pregnant dan saya tak tahu.."

doktor : "patutla..jd skg tak pregnantdah kan?jangan pengsan lg ye.."hehe

then sesi mengchekup bermula. siap simen, paku, pakis, segala. bayangkan dah 3 tahun tak checkup. haHAAaa..

hampir sejam gak duk nganga.

sakitttttttttttttttttttttttttttttt sangat2. waaaaaaaaaaaaaa....sakitnya mashaAllah.............. bunyi simen tu berdesing lg lam kepala. bunyi mesin yang die putihkan gigi tu macam dah masuk lam telinga. sakit sakit sakit. rasa mcm serik lak nak jumpa dokter gigi.

sempat lagi kan nurse tu perli ," ni last datang 2009, kalini datang 2012, nanti jangan datang 2014 lak dik ye.."

"ayya,,,2014 saya dh keje, bukan student uia dah,.." (dalam hati).hihihi

ha..kan dah kena perli padan muka.

then sbb rasa tercabar maka mama aufa menerangkan reason nya;-

sebenarnya kan hujung2 2009 saya pregnant, pastu kalau pregnant dokter pesan kena stop dulu checkup gigi, jd saya stopla 9 bulan.. tahun 2010 saya bersalin dan ambik study leave..takkan pas bersalin nak terus chekup gigi kan...hehe. baru je tengah 2011 sy masuk uia balik.. 

ok la ok la, nanti tiap2 minggu saya datang lawat klinik gigi uia.. biar diorang muak tengok muka mama aufa.minggu depan g lagi la...hehe=D

*yang penting, free..takyah bayar..kalau swasta myb dah kena dekat rm50 ++ dah.melayang ongkos..*

Thursday, February 16, 2012

Mandi manda lagi d Sungai congkak pulakkkkzzz


Assalamualaikum warahmatullah..............................^^, haii^^,

Sedikit kenangan mase bermandi manda d sungai congkak=)

                   si comel yang excited nak g kajang. apetah lg utk jumpa sepupu2 die..^^


    my gossip gang yang diangkut dr uia.kami bergosip2 dalam sungai sampai kecut tangan dan kaki(menunjukkan betapa lama kami berendam dan bergosip). hehe.


 the mom that always been more excited than her daughter.haha

yeay! baba ajar aufa berenang jom jom jom

aufa yang cuba berenang sendiri. hehe

Weekend minggu lepas, g sg congkak bertempat d hulu Langat. Hihi. Cuma tak sempat nak update je.masa mencumburui atau mama aufa tak pandai nak urus masa sangat. Hoho
Mula2 bermalam di umah Ayah zu kat kajang. Bawak 2 orang geng ngumpat (sepupu2 mama).hihi.
Keesokan hari pukul10 bertolak ke hulu Langat, cari sg congkak. Utk mama aufa, ni dh second time g sane, dulu pernah g ngan bas sbb ada program uia.
Ramai jugak orang, tp don’t worry, sungai ni besar n panjang, banyak port baik untuk family.

Boleh nak sewa khemah/pondok/chalet..
Bayar sewa parking rm3

Haritu kitorang sewa chalet (takla chalet sangat, mcm pondok kecik je tp selesa la utk salin baju atau solat )..harga rm20 utk sehari. 

Tp petang tu kami dah balik pun.
Ada lagi chalet yang agak sophisticated, mcm rumah batu..tp kalau nak rasa suasana kampong sewa chalet tepi sungai yang murah sajork…lg best…dapat tengok2 sungai.hoho

 bay2

Wednesday, February 15, 2012

Sunday, February 12, 2012

tolonglah..saya tengah marahhhhhhhh...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! hohoho

assalamualaikum wbt...........

menulis dlm keadaan mood tengah marah lg sebenarnya. not a good habit. seriously, it is a disaster, do not follow this action.haha. coz ur emotion affects ur style of writing. definitely.

Aufaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........pliz pliz pliz..behave well girl.

nasib baik laptop tak rosak.

baru shj mama pasangkan nasyid kat aufa dalam laptop. dengar nasyid2, mula2 duduk elok2, lepas tu mula bangun tekan2 ape sampai tiba2 hilang sound, tiba2 dah stop. aiyyya................. kalau laaaaaa kena format balik laptop ni, hilanglah segala gambar video dan maklumat2 penting serta kenangan kita bersama wahai aufa..................!

of kos mama aufa marah. baba dah keluar utk ajar alquran,tinggal kita berdua, banyak keje lain lagi mama nak buat. tp aufa tak nak duk diam2 tengok nasyid.tengok tu, main tempat masuk cd tepi laptop pulakkkkkkkkkkkkkkk...aduhhhhhhhhhhhhhhzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz..
tak kire tak kire tak kire,
lain orang,lain tahap sabar.
biarlah pakar motivator nak cakap ape. 
benda salah tetap salahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.
kecik ke besar ke..yang penting, dah cerdik dan faham..
suara mama akan tetap bergema tegas.


dah tensen dah
semua rosak
semua benda yang mama sayang..
magnet fridge yang mama kumpul sebagai koleksi
tikar kesayangan mama
dvd player hadiah dr baba utk mama
pen2 dan pencil box mama
pokok2 bunga hiasan,
pengepit langsir,
music box hadiah dr baba,
beg tangan, purse...............
semua dah rosak 'hasil sentuhan' kreatif aufa...

lepas ada aufa
mama dah tak sayang barang2 mama lagi
walhal sebenarnya barang mama adalah 'forbidden' untuk disentuh mahupun diusik oleh sesiapa.mam sayang sangat2 barang2 mama..terutama yg mama beli dengan dwit sendiri.
tp lepas ada aufa
memang mama tak reti sayang barang dah
sbb sayangkan aufa,mama benarkan aufa main barang2 tu..kalau tak bg kang menangis2 lak.
tp kalau barang mahal mcm ipad/laptop..jangan la
kite bukannya senang
tak mampu nak beli barang2 mcm tu 2,3 kali.
huhu..
pliz..
behave well..............

*faham lak aufa mama marah..dr td lg die tak kacau mama, duk tengah wat 'keje' sendiri. huhu

Saturday, February 11, 2012

baba cuk

assalamualaikum wbt..




hasil ajaran mama, aufa dah selalu sebut "baba cuk".hahahaha


maksudnya= "baba bucuk"

lalala~

hehe..dan hasil penat lelah mama ajar aufa sebut "mama cantik", dengan terpaksanya aufa berjaya sebut "mama tek" setiap kali mama suruh paksa.hahahaha.

yang nak wat mama tergelak kadang2 mama tak suh sebut baba busuk pon, tapi tiba2 aufa akan sebut "baba cuk" tiap kali tengok baba,

banyak kali, lepas amik dr umah pengasuh, masuk2 rumah cari baba die, sambil sebut "baba cuk, baba cuk" hahaha=D ayyoyo.

baba dah tensen2 dan salahkan mama sbb katenye mengajar ajaran sesat.hahaha

oh, tak, mana ada ajaran sesat kan kalau baba betul2 tak mandi lagi dan bucuk masham?

baba pon mula taktik die memaksa aufa menyebut "mama bucuk"..

dan mama buat gaya "no no no" kat aufa.

pengaruh sape lg kuat????

pastinya MAMA die yg tersayang, maka aufa dengan penuh gaya buat "no no no" kat baba ..

haha. sakit ati baba die=D wek2.

dan. pandai dah nak wat decision sendiri si kecik ni.

mase mama memasak kat dapo, aufa datang dengan agenda tersendiri mengetuk2 periuk segala.maka mama cakap, 'aufa g tengok upin ipin kat tV, mama nak masak.."

die pon jerit.."aa naakkkkkkk" = Tak nak

amboi, pandai dah wat keputusan sendiri, kalau dulu die ikot je, jd skg mama tahu anak mama dah besar..hoho..

kalau nak tido, ajak orang tido sekali, hulurkan bantal kat mama, dan cakap "ba aa, ba aaa" =Bum aa,(tido), selagi kite tak berpura2 tido, selagi tu die tak tido melainkan die betul2 ngantuk...

die pon pandai nak makan nasi sendiri dh skg., yang mana membuatkan mama tensen sangat2 sbb malas nak kutip nasi lauk yang tumpah.huhu.,kalau mama nak suap die dah taknak. jarang sangat nak..kalau kena marah baru nak makan elok2.. kdg2 bg jugak la die makan sendiri, lapik surat khabar tp tak jd jugak merata jugak nasik die..duduk bangun makan tuh. huhu.,sabo je la....eh,kdg2 mama tak sabo jugak..tengok nasi berterabur, mainan berterabur, jd mama malas nak suapkan aufa nasi sampai la die betul2 lapa, bile betul2  lapa baru makan elok2 dan diam mase org suap.hihi.,

Friday, February 10, 2012

tamat sudah sesi berfoya2

hihi.

tajuk ntah pe2 kan.

Assalamualaikum wbt=)


Rabu baruni UIA ah start bukak, bermulalah sesi pengajian utk sem 2 tahun 2012 ini. rabu dan khamis semua lecturer masuk. Ingatke leh cuti lg sampai minggu depan.hihi. jd kelas full.

bermulalah sesi kepenatan sikit. sebabnya, sem ni mama aufa kelas start di pagi hari. pukul 7 pagi dah turun rumah dan hantar aufa rumah pengasuh..terus ke uia, kelas start kul 8.30 dan habis jam 4pm. pukul 4pm balik rumah, masak2, makan2, mandi2, dan baru ambik aufa rumah pengasuh pukul 6. pukul 8.30pm budak2 datang belajar mengaji..alhamdulillah dh ramai dan anak2 skg.hihi. ada 9 orang dah datang mengaji di rumah, jd terpaksa la close section sbb kami mengajar di rumah shj, bukan kelas..jd kepada ibu bapa jiran2 nak hantar lagi terpaksa minta maaf sgt2 sbb takut tak capat nak catch up budak2 ramai. huhu..kalau dapat buat kelas ok jugak tp mana  nak sewa ruang. takpela, di rumah dulu...

lepas budak2 balik dr mengaji baru la boleh nak basuh kain ke sidai kain ke..gosok baju dan prepare untuk next day termasuk siapkan barang nursery aufa dan barang sekolah mama die. hihi..

teringat waktu cuti panjang yang sangat menyelesakan itu..goyang kaki di rumah bermain bersama aufa.wahhh.rindunya....

wah.penat sikit sem ni, ambik 7 subjek. 19.5 credit hours. lembik balik rumah. nak makan pon rasa macam tak sempat. so how nak gemukkkk? dah la naik turun tangga tingkat 3.alamak. hoho..misi nak menggemukkan bdan  tak berjaya lagi,. tp xpe, insyaAllah nt ai makan banyak2.

hehe. mase first day first class, sorang kawan yang tak berapa kenal sangat datang dan tegur, die tanya, kenapa sem ni nampak lain sikit? nampak cerah dan berseri2, jeng3...hahaha..hihi. die tanya pakai ape.. hehe. mama aufa sebenarnya pakai bedak biasa, je, tak sempat nak berlama2an depan cermin sejak ada anak.kadang2 tempek bedak jonson baby aufa kat muka seblum blah.haha. tp sejak cuti 3,4 minggu lepas, kat kelantan mama aufa mula makan pil Paramaria yg HPA punya..khas untuk wanita...campuran herba2 tradisional utk kecantikan luaran dan dalaman. mungkinla ada effect positif di situ. insyaAllah. alhamdulillah.

p/s-cik as pun cakap mcm tu jugak eh.,baru baca komen dr entry lepas...hehehe=p


babai, nak masak.=) wslm.

GA : "28th Birthday Giveaway"

Assalamualaikum wbt=)


kalini mama aufa nak join GA dr Teratak Mawaddah sempena hari lahir ummi na dan abah yie yang ke-28=) jom sama2 meriahkan GA kalini, pelbagai hadiah menarik menanti anda!!^^sile klik di bawah untuk sama2 join sekali-



28 tahun yang lalu..
tanggal Februari yang menyaksikan 2 kelahiran..
Bermula sebuah perjalanan hidup..
dengan kasih dan rahmat Allah..
2 jiwa menjadi satu
dikurniai seorang puteri solehah
menjadi penyeri penambah bahagia
itulah teratak mawaddah
dibina atas dasar mahabbah
semoga berkekalan hingga ke syurga
semoga dengan ulang tahun kalini
hidup sentiasa diberkati, dimurahkan rezeki,
sentiasa dalam redha Ilahi..


amiin..=)



http://www.GlitterMaker.com/ - Glitter Graphics


http://www.GlitterMaker.com/ - Glitter Graphics



hpy besday 
~SEMOGA SENTIASA BAHAGIA~






Dan, mama aufa sekeluarga ingin menghadiahkan kalungan doa buat kalian agar bahagia sentiasa =)


sekali lagi, 

selamat hari lahir Ummi Na dan Abah Yie=)