Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 31, 2012

Hometown memories during pn.nina's 4th sem vacation=)

assalamualaikum warahmatullah.


seblom tepek gambar2 kat kampung yg siap dicompilekan tatkala aufa tido semalam, firstly, nak ucap TAHNIAH,TAHNIAH,TAHNIAH, Mabruk, dan Congratulation  kepada adik mama, @ Ayah Su aufa, Mr.Kiram coz berjaya menjadi best student Kolej Yik dalam result STAM..ayah su dapat 10 Mumtaz dalam STAM tahun lepas..waaaa^^ ma, ayah, dan semua ahli keluarga sangat happy=) hihi. dan...cehh..dia potong mama aufa punya result sbb mama aufa dapat 9Mumtaz 1 Jayyid Jiddan shj mase exam stam.huh.jeles2..tp takpe, seronok jugak bile adik dapat tinggi. waaa..nt tok ma dan tok ayah berpeluang tengok ayah su naik atas pentas lg kalini.tahniah sekali lagi! (untuk information, Mumtaz tu kalau dalam akademik maknanya A, Jayyid Jiddan=B+, Jayyid= B-, Maqbul=C, Rasib=D/gagal)

gambar ayah su melayan aufa bemain di Kajang..
Aufa, nt belajar pandai2 macam mak2 sedara dan pak2 sedara ye..mama dan baba nak tengok aufa cemerlang dunia dan akhirat. amiin..

Hometown xtivities haritu...

> Seblom menaiki keretapi balik ke Kelantan..

>Sewaktu 15jam dalam keretapi..aufa tido, minum susu, makan kerepek, tengok nasyid dlm ipad, makan nasi dalam cafe keretapi,tengok pemandangan...mama yang tak lena tido sgt sbb sebahagian besar tempat duduk mama dimonopoli oleh aufa walaupun dah beli 2 tempat duduk utk kami.hihi..panjang dh anak mama..syukur sangat aufa langsung tak meragam, malah die happy sgt tengok2 pemandangan dan orang sekeliling.hihi.bile nampak sungai, die sebut "air,air.."

*video aufa dalam keretapi bile nampak sungai..asyik sebut.."air..air.."hihi.. (otak dan minda saling berhubung,Yes!)


> main dengan sepupu2 -Aryan, Rushdan, dan sepupu2 mama ayang kecik2...^^petang2, mesti kuar umah, g jalan2 muah Tok cik dah, g kedai ayah mim. main belon..


> Gambar tok ayah bersama cucu2nya^^ meriah sangat rumah baruni dipenuhi kanak2..ada yg suke menangis n berebut mainan (rushdan), ada yg pandai bercakap(hasnaa'), ada yg susah nak orang ambik, menangis, dan suke 'kemas' brg (aufa), ada yang baik ngan semua (wafaa'), ada yang kuat menjerit (Aflah), ada yg suke tido berdukung (Aryan..) hihi. ni semua cucu2 tok ayah dan tok ma setakat ni..^^

> Lepas baba balik ke kelantan, baba bawak kami g Jeram Linang! hihi.bestnya main air. mcm biase, mama aufa yg terlebih excited..angkut semua kanak2 di rumah g main air..

Then..isk2..lepas hampir 2 minggu di kelantan, tiba masa utk pulang ke rumah..huhu..cedeynya.. mama ajak baba balik Kl ikut Kedah sbb dah alang2 cuti balik kedah terus sbb nt susah nak dapat cuti..yeay,baba setuju..Tok wan dan tok ummi di kedah pon sangat rindukan aufa=)

  Otw ke Kedah=)

                  yeay, dah sampai kedah..duk sane 3 hari. dan hari Sabtu pagi bertolak ke Kl. aufa sampai2 umah je terus terjah mainan die.hihi. kan haritu balik tak bawak balik pon mainan sbb mama balik ngan ketapi je..kalau balik ngan kete angkut semua mainan die.. aufa pon dah pandai rindu2 kan mainan, bantal2 die, dan tempat tido die..guling2 atas tilam dan peluk bantal.hihi. mama pon rindukan rumah jugak^^

berakhir sudah cerita ceriti balik kampung. hm..tak tahu lg bile leh balik. bulan3, myb, kan ada cuti sekolah to x sure mama ada cuti jugak ke x..harap2 ada la kan.^^

Sunday, January 29, 2012

at home already!!!

assalamualaikum wbt=)

yeah!

selama di kampung tak ingat pon kat tenet..hihi..bizi punya pasal.. seronok bersama keluarga..melayan anak2 sedara yg ramai sudah..=D.. tambahan lg, cuti raya cina baruni semua balik., meriahhhh rumahhhh..yeay yippi yippi!

selamat sampai dr Sg Petani, kedah pukul 3.40pm td setelah bertolak kul9.30a.m.

fuhh.perjalanan selama 6 jam yang memenatkan. tu pun berhenti rehat utk solat dan mandikan aufa di R&R Ulu Bernam.

Kalini rasa cuti paling lama duk kampung (tak termasuk cuti pantang dulu).hihi=p

hampir 2 minggu di kelantan, Mr Hus ambik bawak ke Kedah 3 hari, dr Kedah ke Kl..

14hb Jan malam haritu naik keretapi selama 15 jam balik kelantan bersama family tercinta..hihi

bayangkan..perjalanan pulang kalini..

15jam ke Kelantan- 5jam ke Kedah - 6 jam balik KL.. mau pengsan omakkk..uuu..

naik ketapi sangat enjoy, sbb takde asap kenderaan, takde highway, takde pening lalat, best sangat, tak terasa perjalanan 15jam. bile naik kereta, MasyaAllah mama aufa dan aufa sekali gelisah lam kete.huhu. dengan nak melayan aufa, dengan pening, dengan mual, dengan tengok lori kiri kanan..terutamanya jalan dr Kelantan ke Kedah yang berpusing2, ada la dalam 4 jam berpusing2 sampai pusing gak kepala nih..nasib baik tak termuntasss..hihi.. aduh.. tp paling enjoy bile sampai rumah! hehe.

petang td sampai2 terus suapkan aufa nasi, taw dah die kelaparan sbb sarapan dengan kuih lapis je lam kete.hihi.. dekat2 kul 7 baba keluar utk jd imam, kul 11.30pm baru balik sbb ada hal td..

sbb boring berdua, maka mama aufa buatkan pistol dan kapak dr kotak n polisterin utk main sama aufa.haha. enjoy kami main lawan2 td..yeahhh..banyakkkk je mama aufa wat pura2 pengsan bile aufa ketuk2 kaki ngan pistol tu..(dah niat dh wat ngan polisterin jd tak sakit kalo kena ketuk..kalo tak, mao pengsan omak..)..sampai aufa lak tiru gaya pura2 pengsan, siap wat lakonan ekspresi muka mengerang kesakitan.(kelassss aufa!)..haha. tergelak2 kami berdua main mcm budak kecik (mama aufa la, aufa dh memang kecik dah..kih2) Eh,mama aufa ajar aufa utk jd mcm lelaki ke? ish, tak,tak, tak..sebenarnya, belajar seni mempertahankan diri pon penting sbb sebagai muslimah, kite kena kuat mental n fizikal. jadilah Mujahidah yg berjuang mempertahankan agama, maruah, dan keluarga..jadilah mujahidah yang menghiasi syurga=) kat UIA, mama pernah ambik seni mempertahankan diri dr jepun, Aikido, ada 2 tahap, dengan senjata dan tanpa senjata..hihi, sempat amik setahun tp tak diteruskan sbb  kesibukan benda lain.

nt cerita ceriti sepanjang di kampung menyusul kemudian (ofkos bersama gambar gembur), mata pun dah berat ni..hihi..



wassalamualaikum=)

Sunday, January 15, 2012

finally finished

Assalamualaikum wbt..

Akhirnya, harini 14 hb jan 2012 berakhir sudah waktu2 'penyeksaan' (la sangat..hihi) final exam.dengan berakhirnya 2 paper td maka merdekalah mama aufa sem ni.alhamdulillah....Yiiiihaaaa! Hepihepihepi

Rancangan,insyaAllah mr hus akan ditinggalkan sementara waktu ye (cian babakan,aufa?huhu).kami akan ber-keretapi ke kelantan malam esok..yiiiha sekali lagi.hahaha.rancangnya duk 3 minggu tp tengokla kalau2 ada keje balik kl awal siket. Huhu, peluang sbg isteri +student, waktu2 cuti sem nila saat2 emas utk pulang ke kampung halaman.tu pon perasaan berbelah bahagi nk tinggalkan Mr.tercinta.hehe...tp takpekan bi, skali sekala.rasanya 2,3 bulan sekali baru berpeluang balik.uwaaa...

Aufa,please behaves well in train nt,sihat2 je kat kampung nt tau.jangan nakal2,aufa kan solehah=)

Monday, January 9, 2012

Snek berkhasiat untuk anak2 kecil

Assalamualaikum wbt.

berehat sebentar dr tekanan exam dengan membelog..hihi. dah 3 hari berturut2 exam tanpa henti. rasa nak cari ruang untuk relax pon takde, agak tertekan jugak sbb takde gap langsung.semuanya subjek yg memerlukan hafalan,bermula dengan American Literature, Psycholinguistic, Beowulf to Jonson, dan esok lak Islamic Aqidah..lalala~ kalau sebelum2 ni ni ada la gap sehari dua.huhu. memang takleh nak curi masa pon, lauk pon mama aufa masak ala kadar kdg2 beli terus.hihi..tp xpe, ringan2kan otak kejap dengan berkongsi satu resepi ringkas..^^

   ni la "assistant" saya waktu belajar. mama belajar die belajar, mama tido die belajar, die tido mama belajar, mama makan aufa makan, mama masak aufa masak jugak^^


anak2 kecik mesti suke snek/keropok kan? bukan anak je, mak ayah anak pun suke kalau sambil2 tengok tv tu mengunyah2 benda rangup ke..kan kan kan.. so, dari membeli jajan (bahasa kL) atau segala snek yang kaya dengan garam/perisa/msg/pewarna..jom try cuba buat sendiri snek utk anak2=) selain tak de pewarna/perisa yang membahayakan, ia juga lazat dan diminati anak2 kecil..dan paling penting, ia ialah hasil air tangan ibunya sendiri^^

keropok/snek kalini mama aufa belajar dr Tok Ma aufa kat kelantan. senang, mudah, dan cepat=)

bahan2 tidak memerlukan kos banyak.


bahan2-
-Kulit popia
-sedikit gula kastor
-sikit je garam (x sampai secubit pun, depend pd kuantiti popia).

cara2 (very easy)
tarik kulit popia tu sehelai demi sehelai..
potong kecik2 agak2 besar ibu jari atau besar sikit, senang anak2 nak pegang=)


ops..terkoyak2 sikit tepi2 tu kalau mama aufa tarik sehelai2..hihi..nak wat cepat sbb ada "assistant" tolong tepi tu.

pastu panaskan minyak (kena guna minyak banyak gak sbb nak goreng mcm goreng kopok)
lepas minyak dh panas, kecikkan  api sbb takut kang hangit popia yg dh dipotong kecik td.
goreng sampai kekuningan.



lepas kekuningan, angkat, (better lapik tisu/atau kertas a4 dalam pinggan utk serap minyak)..
pastu agak2 sejuk sikit, gaulkan dengan sikit gula kastor (sikit2 je, tabur ala kadar), dan sikit je garam (utk rasa lemak2 manis tu..).tak nak garam pon takpe, depend.kalau letak pon sikit je la..sbb baby takleh kena garam banyak.

ok, gaul2 kan dengan jari jemari yang tulus mulus, sambil berselawat dan doa agar anak jd insan soleh..(resepi tambahan)

dan boleh makan..=)hehe.







                                tengok aufa makan snek ni, seronok je ek.hihi..
Aufa suke snek ni sbb rangup dan sedap=), jd kalau beli kulit popia mesti simpan sikit utk wat snek ni kat aufa.kdg2 mama dan baba aufa pon join sekali makan sampai habis..hehe..^^




dan, ni lg satu resepi mudah. snek berkhasiat. kegemaran cik puan aufa kite..
Carrot rebus dipotong kecik2..utk aufa makan bagai makan french fries. =)

*kasih sayang dr air tangan bonda*

Saturday, January 7, 2012

Allah yubaarik fiik abadan ya ummi


*gambar kredit dari buatan cik nani*




6-01-2012

Selamat hari lahir buat ma
Anakmu ini doakan..
Semoga Allah panjangkan umur ma
Murahkan rezeki dan keberkatan
Dilimpahi kebahagiaan, kekuatan, ketaatan, keimanan sentiasa..
Kasih sayang yang ma curahkan
Pengorbanan yang tak berbelah bahagi
Cinta yang tak bertepi
Tetap menjadi ingatan di hati ini
Kerana ma dan ayah lah, anak2 mu berjaya
Tak kira di zaman persekolahan, di menara gading, ataupun di peringkat alam pekerjaan
Kerana air tangan ma, didikan ma & ayah, kasih sayang ma & ayah,
Kami semua berjaya..
Dari dulu sehingga sekarang
Ma masih mengambil berat tentang kami semua
Mengambil berat tentang cucu2nya
Tak jemu2 mencurah ilmu dan kasih sayang..
Ma adalah ratu
Wajahmu cantik bak bidadari
Membuatkan kami merinduimu tiap ketika

SELAMAT HARI LAHIR BUAT MA,
SELAMAT HARI LAHIR JUGA BUAT AYAH
SALAM KASIH SAYANG SELAMA2NYA..

YA ALLAH,
KUKIRIMKAN SEGENAP RINDU DAN CINTA BUAT MEREKA
KAU TERIMALAH DOA2 KAMI SEBAGAI ANAK BUAT IBU BAPA KAMI
TERIMALAH SETIAP AMALAN KAMI
TETAPKAN KAMI DALAM IMAN DAN KETAATAN
SELAMA2NYA…

Tuesday, January 3, 2012

7 hari lagi 1 tahun 6 bulan

Assalamualaikum.

haa...aufa, seminggu lagi umur aufa akan masuk 1 tahun 6 bulan=)

kalau ikut bulan, 18 bulan la ye?

dah besar dah pun anak mama dan baba..

aufa suka tengok baby. tiap kali jumpa baby kat supermarket mesti berdiri je taknak jalan2, sambil sebut, "Adik, adik.."

hehe=) Aufa dah boleh jd kakak ye?

waah, habis mama punya study macamana? mama banyak fikir nanti macamana nak handle kalau dah ada 2 orang anak..dah la rumah kita tingkat3, nanti mama nak hantar aufa dan adik ke rumah pengasuh, turun naik tangga, nak sediakan bekal untuk aufa, nak sediakan ebm untuk adik, bayaran pengasuh aufa dan adik, dan paling penting konsentrasi mama untuk study bile ada 2 orang anak macamana nanti? keadaan rumah sempat ke kemas, baju, makan, kelengkapan baba lagi..hihi..sebab, skg ada aufa sorang pon............................mama dah........................pening!..hehe.^^

jadi konklusinya, wait one more year^^, till mama konVo, InsyaAllah, jika diizinkan Allah..=)

rindu jugak sebenarnya nak mendukung, menjaga baby kecik.. tp skg, erm.. baba pon bz, dr pagi sampai malam..mama takut nanti akan menimbulkan tekakanan pd mama nak uruskan due orang anak berseorangan, walaupun mama tahu nanti aufa aukan tolong mama kan^^

berbalik pd umur Aufa sekarang, 1 tahun 6 bulan..

*kuat berjalan, jarang duduk dah..mula berjalan laju ala2 berlari

*Suka makan nasi, lempeng, ubi kentang rebus, dan sayur bayam, suke lauk ayam dr lauk2 lain..

* Boleh combine 2 perkataan mudah, macam.." Baba adop" (baba takdop..hehe,,kecek kelate la aufa nih..)

*boleh mengenal perkataan abstrak.. macam marah, sakit, panas, gatal, sejuk..
  tapi yang tak tahannya, sejak die tahu makna dan kegunaan perkataan "Sakit" , tiba2 je "akett.." kejap2, "akett.." sbb nak mama/baba gosok2 tangan ke , kaki ke..langgar meja sikit "akett..", jatuh sikit, "akett,." haha^^ mama dan baba layankan je aufa tiap kali die sebut sakit,pura2 sapu ubat, tiup2kan, dan die suke la kalau dilayan=)

nampak mama iron baju, mama sebut "panas, don't touch", die sebut balik ,"anah..", tp die cube jugak nak sentuh baju tu..kalau agak2 suam die sentuh lagi..ish2..^^


    nanti ape pun aufa nak jd nanti besar, doktor ke, lawyer ke, businesswoman ke, PTD ke, atau pegawai, ape2 je, paling penting BERIMAN DAN BERAKHLAK. Mama nak aufa bercita2 tinggi, kerana Mukmin yang kuat itu lebih baik dr Mukmin yang lemah. zaman sekarang, kite kena kuat dengan ilmu, kuat pd skill, kuat pd kebolehan,kuat pd kepintaran. Bercita2 lah dengan hasrat menggunung, tp cita2 UTAMA ialah Mukminah solehah,berakhlak dan beragama.kalau jd doktor, jd doktor yang beriman. Ilmu agama paling utama^^


* Mula pandai merajuk kalau nak/ taknak sesuatu..
aufa kan suke main air, kalau mama dah siap mandikan aufa, nak angkat die naik, mulalah nangis2 taknak naik, wat lentok2 badan, saat2 mencabar..paling mencabar bile nak pakaikan pampes berkejaran sikit kami anak beranak^^ huhu..

dan..kat shopping complex! sudah mula pandai nak barang okeh..setakat ni kalau tak ambik barang die takpe lagi, boleh dipujuk lagi tp risau gak kang nanti bile besar sikit pandai merajuk2 dah.huhu. baba cakap mama salah sbb suke belikan barang utk aufa..hehe^^ ye jugak, tp semua tu nak bantu perkembangan minda die je=p takpe la^^

* suke baca buku, suke kacau mama baca buku, suke 'tolong' mama masak..

*eh, yang paling best, sejak die pandai terima arahan, rasa macam ada pembantu kecik je dalam umah ni.hahaha.mama dan baba memanfaatkan 'pembantu' kecik ni, zalim kan kan kan? macam, suruh ambikkan remote, suruh ambik bantal, ambik kain, ambil beg.. semua die buat..hehe..cuma kadang2 kalau mintak ambikkan bantal, die g ambik bantal golek die..

selalu, mama duk goyang kaki atas kerusi, nak tukar channel tengok remote jauh, malas nak amik..terus "Aufa, tolong ambikkan remote jap..thank u.." die pon mula la cari2 remote sambil sebut "Mot, mot..", kalau die malas, die sebut "Adop (takdop)" dan die wat donno je main mainan. cewah. demand ye?

* Haa, aufa sekarang sangat2 memilih , taknak duk ngan baba die. nak mama je 24 jam..ni kadang2 jd masalah sbb mama nak masak pon susah ade si kecik tepi kaki..bile malam2 taknak baba tidurkan, taknak baba buatkan air, adui..tak tahu la kenapa sedangkan bulan lepas masa die banyak habis dengan baba memandangkan mama bz sangat asyik tinggalkan aufa sbb banyak keje di uia.. myb sbb fobia kena tinggal, sampai skg taknak dah berenggang ngan mama, sian anak mama...sabar ye, lepas exam ni, mama akan fokus pd aufaaaaa je=)

Definisi kasih , erti sayang


Pagi ini dimulai dengan semangat dalam diri.., selesai solat subuh dan membaca sedikit kalamullah, mama terus ke dapur untuk menyiapkan bekal aufa harini.. Disebabkan mama exam awal jam 9 pagi, maka pukul 8 pagi harus segera bertolak.

Bersalaman dengan baba, baba sempat mengucapkan selamat untuk mama menempuhi hari pertama exam..baba keluar mencari nafkah, tinggallah mama menyiapkan juadah untuk bekalan aufa, sesudah memasak lauk, mama siapkan sarapan pulak, sedikit kuih dan kentang goreng untuk Aufa dan mama^^, dalam pada itu, sang puteri bangun dari tidur, dengan hadiah senyuman yang membuatkan mama angau dalam dewan exam..tersenyum sendiri mama mengenangkan anugerah Tuhan yang amat bermakna ini..
Mama mengajak aufa sarapan bersama2, menyuapkan aufa air, memberikan susu..hm, tak sempat nak menjengah kembali nota yang dibaca semalam, takpe, mungkin bile sampai awal di uia nanti sempat revise balik.

Tepat jam 8, mama pakaikan aufa kasut, mama perhatikan langkah kaki aufa..alhamdulillah, setelah praktis sekian kali, kalini die memulai langkah kaki kanan..”Aufa, baca doa keluar rumah..,bijak,kan?”..mama bacakan..”Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, La hawla Wala Quwwata Illa Billah”.amalan sejak dr sekolah menengah sehingga kini, kerana Rasul ada bersabda mafhumnya barangsiapa membaca ayat demikian maka dipelihara oleh Allah sehinggalah die kembali ke rumahnya..yakinlah, dengan janji2 Allah=) kerana Dialah Penjaga kite, kan, Aufa? Mama dan baba hanya mampu jaga Aufa begini sahaja, tapi Penjaga sebenar “Al-Wali” “Al-Hafiz” ialah Allah yang Maha Agung.

Perjalanan ke rumah pengasuh mengambil masa 15 minit, entah, berat hati kalini nak lepaskan aufa, masih teringin nak memeluknya dan melihat senyumannya, teringin sekali mendengar suara dan setiap bait kata2nya..rindu pada wajahnya,aufa menghantar mama dengan mata tatkala mama memasuki kereta, dihulurkan senyuman yang menawan sekali, terbawa2 hingga ke dewan exam..

Melihatkan nenek (pengasuh) yang mendukung aufa, entah kenapa teringat kepada kedua ibu bapa di kampong..Mungkin kerana harini hari pertama Final exam, teringat saat bersalaman dengan baba, berbeza benar dengan bersalaman dengan ma dan ayah dulu setiap kali untuk exam. Walaupun kata2nya hampir sama ”Jawab exam baik2 ye..” tp erti nya berbeza..ia diungkapkan oleh insan yang menyayangi kita, namun entah kenapa rasa jauh benar bezanya.

Air mata megalir keluar terkenangkan ma dan ayah..cermin mata hitam melindungi zahir mata yang mengalirkan titisan2 ini, saat ini teringin sekali bersalam, mengharapkan doa dr ma dan ayah untuk anaknya..rindu, rindu terkenang saat persekolahan, tiap kali exam, pasti wajib bersalam dengan ma ayah.bukan setakat exam, tapi setiap kali ke sekolah..indah nya saat yang dulu hanya dipandang sebagai rutin dalam hidup..

Skg, tiada lagi suara yang bertanya “macamana exam harini, boleh jawab?” sepertimana soalan yang diajukan oleh ma/ayah dulu.. kerana mungkin beza pandangan seorang suami kepada isteri yang exam, dengan pandangan seorang ibu/ayah kepada anak yang exam..balik dr exam, rasa sunyi pulak tanpa perkataan tu dr ma/ayah..air mata mengalir lagi………………………

Kasih dan sayang ini tak pernah pudar, mungkin diri ini pernah melukai, hitam nya hati dulu tak melihat besarnya kasih sayang mereka..kini mama sedar, berada jauh atau dekat, berseorangan atau berdua, mereka tetap dihati..

Impianku, mahu melihat kedua ibu bapaku bahagia..
Tak sabar rasanya nak bekerja, nak membalas jasa2 ibu dan ayah, nak sentiasa berada dekat di sisi mereka..nak membantu adik2 belajar..nak memudahkan kehidupan ma dan ayah..

InsyaAllah, tahun depan, Ain akan Graduate dr UIA, ain janji, akan Grad dengan cemerlang, sebagaimana cemerlangnya dalam result PMR/SPM/STAM terdahulu, dengan tahun 2007 menyaksikan 2 anaknya (mama aufa,& Cik Uni) menerima hadiah dr Menteri Besar Kelantan di PUTIK (Pusat Tarbiyyah Ummat P.Chepa), waktu tu, rasa bangga sangat, sbb dapat membanggakan ma & ayah..dan, I will make u proud again! No tears of failure, but tears of success! dan Aufa, nanti aufa kena cemerlang dalam akademik, agama dan akhlak.

Monday, January 2, 2012

bile die berkata2=)


mula2 sebut Iyaiyao )lagu old mcDonald, then sebut La Ilaaha Illallah, then sebut Tok, Wan, Alif Ba Taa, then wat Incy wincy spider, tunjuk sambil sebut gigi, kaki, hidung, mata, dan lastly sebut nenek^^

Sunday, January 1, 2012

sayang ,sayang sangat

Assalamualaikum warahmatullah..



di kala mama mengambil kesempatan mengukir bait kata2 ni, puteri mama sudah lena diulik mimpi.

bermulanya tidur sang puteri, maka bermulalah kerja si ibu..

fokus mama sekarang, Final exam yang akan mama hadapi lusa dan seterusnya.

risau, bimbang, takut, gementar nak hadapi exam kalini. mengapa ye? mungkin diri ni rasa tak bersedia lagi, mungkin persiapan mental n fizikal belum lengkap sepenuhnya, mungkin jua sem ni subjek banyak yang berdepan dengan fakta. mampukah menagih Dean's List sebagai target sem ni? Allah, bantulah..

Aufa, keletah aufa kini banyak sekali mencuit hati mama dan baba
tak kurang jugak kerenah yang mencabar kesabaran kami, hihi^^
melihat aufa belajar perkara2 baru hari demi hari, bertambah sayang, sayang, cinta, rindu pd puteri ini..
setiap perkembangan, sangat membanggakan mama walaupun apabila aufa hanya cuba memakai kasut sendiri..menendang bola, memujuk mama/baba bile kami pura2 menangis, memeluk kami, mencium kami..saat2 yang bahagia sekali bersama aufa..
melihat aufa menari mendengar irama muzik, melompat2, memanjat2, bercakap2, semuanya menghiburkan..
menambah lagi perasaan sayang, sayang, sayang sangat..aufa belajar alif ba ta, belajar 1,2,3, belajar menyebut perkataan, segalanya begitu bermakna..

ketahuilah, nilai permata dan emas tak mampu menandingi segala kenangan2 ini..

membesar sebagai solehah ye, Aufa Hibriyah =)