Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, January 3, 2012

Definisi kasih , erti sayang


Pagi ini dimulai dengan semangat dalam diri.., selesai solat subuh dan membaca sedikit kalamullah, mama terus ke dapur untuk menyiapkan bekal aufa harini.. Disebabkan mama exam awal jam 9 pagi, maka pukul 8 pagi harus segera bertolak.

Bersalaman dengan baba, baba sempat mengucapkan selamat untuk mama menempuhi hari pertama exam..baba keluar mencari nafkah, tinggallah mama menyiapkan juadah untuk bekalan aufa, sesudah memasak lauk, mama siapkan sarapan pulak, sedikit kuih dan kentang goreng untuk Aufa dan mama^^, dalam pada itu, sang puteri bangun dari tidur, dengan hadiah senyuman yang membuatkan mama angau dalam dewan exam..tersenyum sendiri mama mengenangkan anugerah Tuhan yang amat bermakna ini..
Mama mengajak aufa sarapan bersama2, menyuapkan aufa air, memberikan susu..hm, tak sempat nak menjengah kembali nota yang dibaca semalam, takpe, mungkin bile sampai awal di uia nanti sempat revise balik.

Tepat jam 8, mama pakaikan aufa kasut, mama perhatikan langkah kaki aufa..alhamdulillah, setelah praktis sekian kali, kalini die memulai langkah kaki kanan..”Aufa, baca doa keluar rumah..,bijak,kan?”..mama bacakan..”Bismillahi tawakkaltu ‘alallah, La hawla Wala Quwwata Illa Billah”.amalan sejak dr sekolah menengah sehingga kini, kerana Rasul ada bersabda mafhumnya barangsiapa membaca ayat demikian maka dipelihara oleh Allah sehinggalah die kembali ke rumahnya..yakinlah, dengan janji2 Allah=) kerana Dialah Penjaga kite, kan, Aufa? Mama dan baba hanya mampu jaga Aufa begini sahaja, tapi Penjaga sebenar “Al-Wali” “Al-Hafiz” ialah Allah yang Maha Agung.

Perjalanan ke rumah pengasuh mengambil masa 15 minit, entah, berat hati kalini nak lepaskan aufa, masih teringin nak memeluknya dan melihat senyumannya, teringin sekali mendengar suara dan setiap bait kata2nya..rindu pada wajahnya,aufa menghantar mama dengan mata tatkala mama memasuki kereta, dihulurkan senyuman yang menawan sekali, terbawa2 hingga ke dewan exam..

Melihatkan nenek (pengasuh) yang mendukung aufa, entah kenapa teringat kepada kedua ibu bapa di kampong..Mungkin kerana harini hari pertama Final exam, teringat saat bersalaman dengan baba, berbeza benar dengan bersalaman dengan ma dan ayah dulu setiap kali untuk exam. Walaupun kata2nya hampir sama ”Jawab exam baik2 ye..” tp erti nya berbeza..ia diungkapkan oleh insan yang menyayangi kita, namun entah kenapa rasa jauh benar bezanya.

Air mata megalir keluar terkenangkan ma dan ayah..cermin mata hitam melindungi zahir mata yang mengalirkan titisan2 ini, saat ini teringin sekali bersalam, mengharapkan doa dr ma dan ayah untuk anaknya..rindu, rindu terkenang saat persekolahan, tiap kali exam, pasti wajib bersalam dengan ma ayah.bukan setakat exam, tapi setiap kali ke sekolah..indah nya saat yang dulu hanya dipandang sebagai rutin dalam hidup..

Skg, tiada lagi suara yang bertanya “macamana exam harini, boleh jawab?” sepertimana soalan yang diajukan oleh ma/ayah dulu.. kerana mungkin beza pandangan seorang suami kepada isteri yang exam, dengan pandangan seorang ibu/ayah kepada anak yang exam..balik dr exam, rasa sunyi pulak tanpa perkataan tu dr ma/ayah..air mata mengalir lagi………………………

Kasih dan sayang ini tak pernah pudar, mungkin diri ini pernah melukai, hitam nya hati dulu tak melihat besarnya kasih sayang mereka..kini mama sedar, berada jauh atau dekat, berseorangan atau berdua, mereka tetap dihati..

Impianku, mahu melihat kedua ibu bapaku bahagia..
Tak sabar rasanya nak bekerja, nak membalas jasa2 ibu dan ayah, nak sentiasa berada dekat di sisi mereka..nak membantu adik2 belajar..nak memudahkan kehidupan ma dan ayah..

InsyaAllah, tahun depan, Ain akan Graduate dr UIA, ain janji, akan Grad dengan cemerlang, sebagaimana cemerlangnya dalam result PMR/SPM/STAM terdahulu, dengan tahun 2007 menyaksikan 2 anaknya (mama aufa,& Cik Uni) menerima hadiah dr Menteri Besar Kelantan di PUTIK (Pusat Tarbiyyah Ummat P.Chepa), waktu tu, rasa bangga sangat, sbb dapat membanggakan ma & ayah..dan, I will make u proud again! No tears of failure, but tears of success! dan Aufa, nanti aufa kena cemerlang dalam akademik, agama dan akhlak.

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga