Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, July 30, 2012

baju raya..??? kueh raya..???

Assalamualaikum wBT..

Salam Ramadhan ke-10..^^ 

(10??) MashaAllah, dah 10 Ramadhan.cepatnya masa berlalu.huhu.

tup tup just  tinggal 20 hari je lagi.

ni kena kejar cepat2 ni, hihi.bukan kejar ape..kejar Maghfirah, rahmah, dan kebebasan dari neraka yang telah Allah janjikan.

sayangnya..rasa..sebab terawih tak dapat disempurnakan sebaiknya=( dengan anak kecil, dengan kerja rumah, esaimen, mengajar ngaji budak2 lagi...huhu..

Aufa biasela, mama mula solat, die mula la mcm2..duk dalam telekung, pastu duk bawah kaki, pastu tarik2 sejadah=) hihi...sabor jela..walopun dah ada kain sembahyang die dan sejadah kecik letak tepi, kejap  je aufa "solat" jd makmum mama, yang lain die lak jd imam...huhu..kdg2 nak solat kena ikut rentak c aufa..selagi die duk atas riba mase duduk antara 2 sujud, selagi tu takleh sujud..=) hm.. geram geram gak, tp bile dikenang manis lak.hihi.

nak baca quran pun mencabar jugak..kejap die nak baca sekali..bagi buku lain taknak, nak quran yang same dipegang jugak..kdg2 berebut jugak, 1 cubitan singgah disusuli tangisan, last2 tak dapat nak habiskan 1 maqra'.huhu.

Takpe, jaga anak kan ibadah juga, buat keje umah, masak..semua ibadah=) moga2 diterima Allah.

Perihal baju raya, kami sedang dlm proses mencari.hihi.

Pening nak pilih warna. Mama Aufa dah decide awal2 nak warna peach.

Pastu Mr Hus nak warna lain.kelabu katenyer.

Kite pon mengalah la..kite tak kesah sebenarnya sbb asal leh pakai sudah.hihi.

then tetiba die nak warna gold lak, pastu warna merah la, pastu warna biru la. *pengsan*

pening diriku sekejap.

Baju raya aufa dah ada 2 pasang baju kurung, dan 2 pasang baju jalan *mama yang over*..hihi. pastu sepasang lagi mama dalam proses nak jahit baju jubah seluar kat Aufa, buat yang stylo2 2 lapis tu..tp dalam proses lagi, tak siap pon lagi.hihi..rasa macam kepenatan lak kebelakangan ni nak menjahit.

Baju raya Mr Hus lak dah setel sepasang. lagi 2 pasang katenye lainkali carik. yang pasti die nak 2 pasang baju melayu, sepasang baju jalan.

Baju diriku???isk2..pakai baju raya taon lepas la kot.....huhu. eh.,takla.mana aci. Mr Hus dah belikan jubah sepasang. yang lain katenyer kalo nak beli ngan duit sendiri. *huhu* katenyer sbb dah ada income kan..hehe.ala..mane aci kan.

Kueh raya pon setel dah setakat ni. Kami tempah ngan Kak Ilot lagi.. seblom ni kan bincang ngan Mr Hus pasal Kue raya, terus die cakap, "beli ngan akak tahun lepas tu..kueh die paling sedap.." jadi cepat2 bagi die tengok blog k.Ilot suh die pilih. last2 die cakap, Order semua la..semua nampak sedap..ngeh2...hihi.last2cepat2 order semua seblom order ditutup=) InsyaAllah cukup, lagipon umah kecik kami mane der tetamu nak datang..isk3..hihi..lagpon seminggu raya kami duk kat kedah~lalala~

babai semua..selamat berpuasa lagi^^

 


Saturday, July 28, 2012

Alhamdulillah. hasil 4 pagi

Assalamualaikum Wbt~

Akhirnya...............

Dapat hantar........^^




siap tepat2 pukul 4 a.m malam tadi. he2. myb sbb agak sibuk dan kepenatan akhir2 ni. balik kampung weekend lepas,hihi.. jd tiap2 hari buat sikit sikit..tambah lagi ada clash dengan nak presentation subjek lain..dan tambah lagi dengan Aufa yg suka tido lewat kebelakangan ni^^

tp alhamdulillah..siap akhirnya..dah selamat sampai di tangan pensyarah lebih awal dr due date.=)

Allahumma yassir wala tu'assir.

Wednesday, July 25, 2012

Iyaaaaa...COKLAT datang lagi...=)

Halawah Coklat
Great Taste, Great feel..

Coklat yang mendapat sambutan hangat sempena musim perayaan yang lepas. 100% rasa coklat yang sedap dengan campuran bubble rice yang rangup atau inti badam n Hazelnut yang besh.

BUBBLE RICE CHOCS : BEKAS KECIK : RM 10   (20-25pcs)
                                             BEKAS BESAR  : RM 20   (42-48 pcs)

ALMOND& HAZELNUT CHOCS : BEKAS KECIK : RM 15    (20-25pcs)
                                                       BEKAS BESAR  : RM 25   (42-48 pcs)

CORNFLAKES CHOCS :  BEKAS KECIK : RM 10   (20-25pcs)
                                            BEKAS BESAR  : RM 20   (42-48 pcs)



                                                             Cornflakes Chocs

                                 Best of the best..=)

*more order,more discount*
sms               : Pn Nina 0132981924


Nak white chocolate,pink, purple, green..semua boleh=)


*p/s-canne nak wat entry melekat. tak reti la pulak.hehe


Monday, July 23, 2012

my sweet apple

Assalamualaikum..

tup tup..dah 3 Ramadhan=)

Alhamdulillah.

kami bertiga baru sampai dr Sungai Petani petang semalam. Best sambut ramadhan kat kampung, meriah..ramai orang,mcm2 makanan ada.hihi.

Semalam dapat berbuka bersama Mr Hus dan Aufa=) semestinya Aufa datang join sekali makan..orang tadah tangan bace doa die pon same..orang makan kurma die makan jugak..orang amik murtabak die nak..orang makan nasik semua die nak.bak kata apa yang kita makan itu yang die nak^^ it's ok, alhamdulillah selera makan aufa bertambah skg,menandakan die sihat walafiat.

Menu berbuka puasa semalam hanya murtabak dan nasi ayam. beli je sbb baru sampai dr perjalanan jauh, x larat.huhu.harini baru nak masak..insyaAllah buat daging goreng je dengan sayur. hihi. untuk aufa sup kegemaran die.

                         Aufa dengan Iron dan iron board kegemarannya. tiap2 hari die gosok baju.



                       bile suh senyum..mcm ni ler.hehe.mesti mata kenyit sebelah.my apple pie.

                        Aufa turut sama membaca alquran sempena ramadhan ni^^
Anak mama solehah kan.amiiiiiiiiiiiiiin..dah pandai baca a..ba..ta.. mula belajar nak sebut Bismillahirrahmanirrahim..^^ insyaAllah, umur 3 tahun kite start belajar Iqraa' ye.
 

Saturday, July 21, 2012

Assalamualaikum....Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum Wbt^^

To all readers..my family..

Selamat menyambut ramadhan dengan sabar,ikhlas, dan istiqamah..

Semoga kita mampu memanfaatkan sebulan yang barakah ini dengan ibadah khusus atau umum..

Kepada peniaga2 kecil atau besar (termasuk saye..hihi), semoga bulan Ramadhan membuka pintu rezeki mencurah2 untuk kita semua..

buat yang dah akil baligh, Jangan lupa bayar zakat fitrah!(termasuk saya jugak...hihi)

Buat students, same2 amik kesempatan bulan yang penuh mustajab agar Allah beri kejayaan dan kegemilangan dunia dan akhirat.


-posting from Sungai Petani Kedah.

Monday, July 16, 2012

makin booolatt

Assalamualaikum^^

Gambar terbaru aufa yang makin bulat----------------------------------

 

Anak mama skg selera makan dah berubah..

Skg memang suka sangat sayur..letak sayur kangkung/bayam semangkuk..licin die makan..pastu hirup sup sayur.

Kalau sup..mashaAllah..sukenye tengok die makan.=)

Terutama sup tauhu + suhoon tu..memang fevret aufa sampai bertambah2..

Dan...akhirnya..mama jugak yang lenguh tangan mendukungnye..huhu..Most of the time aufa jalan sendiri.nak g bilik air pun mama pimpin je..cuma nak turun naik tangga je mama dukung.Bolehje bagi die naik turun tangga sendiri, tapi 2 jam la habis.hihi.

Berat terbaru, nak dekat 12kilo..dah 11.5 kg lebih. Fuh.. semangat. mama surrender nak dukung.

Anak makin boolat..tp maknya makin kecik.sebab mendukung dan menjaga ank boolat ni. takpe, bulat sihat takpe.hehe. makan la aufa..=) asal jangan tak lalu makan lagi mama susah hati.mcm dulu, waktu usia aufa setahun lebih, selera makan aufa kurang, sampai mama give up nak masak2 utk aufa..skg mama dah semangat kembali^^ Pengasuh pun ckp aufa suke makan.

Bercakap pasal pengasuh, skg tiba2 ramai budak2 pengasuh tu jaga. termasuk aufa skg dah ada 5orang dan sorang baby kecik lagi umo 3 bulan.

Nenek (pengasuh ) cakap ada urgency..asalnya semua budak2 tu menantu die jaga, tp menantu die dah pindah balik kelantan, jd terpaksa die jagakan budak2 tu..semua sebaya aufa..*oh, i wonder how "pening" nenek will be..hihi, tapi takpe,nenek dah banyak pengalaman..lgpun ada Maksu tolong mengasuh sekali.

Dulu mama aufa kan tiap2 hari masakkan bekal untuk aufa,untuk Breakfast dan Lunch. tp after dah ramai kanak2 jd mama aufa stop r bagi bekal..tak adil lak kan, kalau aufa sorang makan sodap2 dan kawan2 lain tengok. dulu mase ade 2 orang nenek jaga mama aufa selalu masakkan lebih, boleh share2 ngan kawan.kalau masak Ayam sup, letak 3 ketul ayam dalam tu..kalau masak ikan kicap, letak 2 ekor ikan..tp skg takleh la kan..ada 5 orang, letak 5 ketul ayam..ngeh3..Jadi, kadang2 je kalau mood rajin mama masakkan kueh boleh bagi banyak2 sikit, haritu seronok nampak budak2 ni ranmai2 duk makan kueh tu.hihi.

Lagi gambar c boolat mama ni=)

hihi..mama pakaikan inai kat aufa mase die tido..tp sekejap je tahan inai tu.anak mama tido lasak.

                                                      Cuba senyum mase baba suh smile...

Wang kertas baru lagi

waaa=) Tengok latest new..ada wang kertas baru la..

Untuk semua kecuali yang rm50..

sape yang g shopping tiba2 ada jumpa wang kertas baru jangan terkezut..

hihi..

Oh, news cakap wang kertas ni ala2 plastik..so special sikit..(yeke?)

Tak sabar nak tengok..

Ada rm20 yang baru..

Saturday, July 14, 2012

jeles..hihihi

Assalamualaikum wbt..

mulai minggu depan kan, mama aufa tak dibenarkan pergi beli sayur mayur dan lauk2 mentah kat satu kedai yangs elalu kitorang g beli lauk2 dan sayur..hehe.. *eh.boleh tergelak*

rasa lucu lak.

Perintah mahkamah ni dikeluarkan oleh Mr Hus a.k.a tuan hartanah family kami.

kes nya..

Haritu, lebih tepat lagi hari Khamis yang lepas..kitorang nak g cari sayur dan ikan2.waktu tu takde orang..

Pastu mr hus masuk dulu kedai.. Mama aufa masuk kemudian.kebetulan ada beberapa lelaki depan tu. Sorang tu cakap.." Olo..comelnya dia."

HahHAAhaaha.

Bile Mr Hus dengar je, jeles ler.

balik umah, die terus risau..dan cakap, mama aufa takleh dah g sane, kalau nak ape2 lauk ke sayur ke,kirim je.. Mama aufa leh beli barang2 basah kat Giant atau Pasarraya depan tu je.

Lol;p

tanya la nape kan?

pastu mesti la die x cakap..tp mama aufa ngusik2 mesti jeles kan^^

Sebenarnya die takut ada org ngorat daaa...^^

*hihi* lawakla baba ni.diorang ngusik je.buat tak tahu suda=)

tapi pastu memang mama aufa tak g dah kedai tu. g Giant ke tesco ke  lagi best.

Wednesday, July 11, 2012

ape kes ye..??

dah hampir sejam....

mama aufa baca dan baca dan terjah blog sane sini, terjah google..

untuk kes ni:-

Polis tembak mati lelaki mengamuk di depan JPM

 PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari. Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di hospital sama.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang ke leher anggota polis bantuan.

Oleh kerana takut, anggota polis bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.


Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek
telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent
dan Perodua Kancil milik petugas JPM.
Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.

Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang
tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat
dengan menggunakan pedang samurai.

"Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek wanita terkena tembakan di paha kanan.

Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.


Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang anak.

Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.


Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. -- BERNAMA

 

Mule2 dengar berita macam buat tak tahu je..sbb ingat dia mengamuk biase. Pastu bukak blog Ahkak Geli, tengok ada link blog Arwah Lelaki yang mengamuk tu..siap ada Link fb pmpuan tu sekali..

ni Link blog arwah:-

 blog arwah

Bile baca dan baca..lama gak, nak dekat sejam baca post2 die dal older2 post..rasa banyak tak kena.ada sebilangan kecil die cakap betul, tp kebanyakannya menyesatkan..

 Bahasa yang die guna..memang sastera sungguh..memang penin dan fenin lagi memeningkan..Mama Aufa yang ambik subjek English Literature pun rasa poem Shakespeare, Coleridge, Ben Jonson, Shelley lagi senang nak faham walopun berbelit dari ape yang die tulis.huhu.

 Tp..yang paling mama aufa tak suka..bile die memperlekehkan dan menghina Ulama' islam serta Ahlul bait.. 

Jadi, mama aufa bersetuju dengan pendapat Pn Noob:-

 Penyerang lelaki tidak berbaju dan wanita jedi ini adalah diantara golongan yang terlalu taksub dengan teori konspirasi illuminati freemason new world order nwo, sejarah teragung nusantara, pendedahan dunia, fail mistik, umat terakhir, umat akhir zaman, alter terahsia bangsa melayu, bani jawi, bani tamim, hari kiamat, imam mahdi, al-dajjal seperti blog Mistifiles, Fenomena Zaman, Nusanaga, Abatasa, Akhzaman dan lain2...

Mohon baca pendedahan di sini - http://buasirotak.blogspot.com/2012/07/ketaksuban-yang-membawa-padah.html

Cuma mama aufa nak tambah, sebenarnya berkemungkinan besar Arwah telah disesatkan dengan bisikan2 syaitan yang menampakkan perkara buruk itu baik..

 Yang paling menarik, perempuan yang bersama amukan lelaki ni dikenali sebagai "Dadha" dalam blog tu.. mereka berdua dipercayai berkenalan ikut laman blog, walopun Pn Dadha dah bersuami dan mempunyai 2 anak. Kalau baca balik komen2 dalam blog arwah, memang mereka due orang ni saling berbalas komen..dan ayat Pn Dadha lebih kurang sastera dan fenin mcm ayat die..huhu..bacela komen2 tu..menarik gak..Moga Allah menunjuki Pn Dadha ke jalan kebenaran. 

 Apepun, kalau nak tahu lebih lanjut, tanye encik Google.hihi.

Moga Allah mengampunkan dosa arwah..amiin..


First time g secara Live!

Assalamualaikum wbt


Petang kelmarin mama aufa suggest ajak Mr Hus tengok Maljlis Tilawah Antarabangsa kat PWTC.. Asyik tengok ikot TV je kan sejak 6 Julai lepas..jd sebab last year nak g tp asyik tak jadi..alhamdulillah semalam dapat g.hihi.

Pas ajar ngaji sikit2 bebudak yang datang, kul 8.30 kitorang bertolak..Aufa excited la jenjalan malam. Tp masuk kete terus tido..which is her hobby skg.kalau kat rumah memang tak tido la mase2 macam ni.

Sampai dekat2 kul 9, nak cari parking susah jugak sbb banyak bas yang datang..nampak budak2 sekolah agama berbaris nak masuk dewan..

Sbb first time g PWTC, Kami blur2 je lagi nak lalu ikot mane, nak g ikot mane..tp wat selamba je.nasib baik dah tahu Dewan Merdeka..masuk je..ada mak gad bg instruction,kalau bahagian bawah dah penuh, die tunjuk jalan untuk naik bahagian atas.



Kami pon naik..aufa baru bangun, still blur2 lagi katne die skg.hihi.


Kami duk bahagian atas, dapat tengok secara live..wa..teruja..! kalo sesape tengok rtm semalam, mase org kemboja tu tengah bace, nampak la muka kami bertiga di mana kamera fokus kat kitorang time Aufa tengah peluk Quran..hehe.*perasan dapat masuk Tv..hoho* Aufa lak..berebut Quran ngan mama, mama nak tengok part mane org tu baca, die duk peluk je quran sbb semua quran yang ada kat umah dah jadi milik die.huhu.

Bile tengok secara live baru tahu suasana dewan macamana..lain sgt dengan yang tengok lam tv hari2.. mase Cik Husna Al-Kholili dari Negara Maghribi baca, orang2 arab dalam tu bersorak..memang best la cik Husna ni baca...suara tinggi, dan suara die mcm budak kecik..exactly dengar macam lam dvd..best... tp kurang lagu walopun die baca dengan riwayat Kisaa'ii. Kite kat Malaysia baca dnegan Riwayat Hafs tau..jd ada beza bacaan kita dan die..sbb tu kalau dengar diorang baca lain sikit bukan bermakna salah, semua betul..ikut riwayat masing2..=) sbb, ada pakcik belakang kitorang duk pelik2 kenapa bahagian pendek die baca panjang dan bahagian panjang die baca pendek..pasti kalau lam dan hamzah, terus panjang tanpa sebut hamzah tu..tu Riwayat Qaaluun namanya..^^

Kitorang tak tengok sampai habis pon, sbb Aufa dah start buat aksi macam2.huhu..terpaksa sumbat puting supaya die tak bising.Kalau takde pacifier ni memang MasyaAllah bergema suara aufa dalam dewan tuh.huhu.dah la banyak cakap..kalau menjerit lagi kuat.

Mula2 sampai die ok lagi.


pastu lama sikit die mula turun dari riba baba..nak duk sendiri atas kerusi.



pas duk atas kerusi die turun bawah pulak. pastu duduk kat kaki mama. 


pastu dah start buang puting, buang tudung, kami sumbat balik puting lam mulut die.hehe.

Pastu dah selak kain sendiri nampak betis. segan daa mama dan baba, banyak kali tarik tutup balik, tp die selak balik.


Pastu aufa g selak baju sendiri sampai atas. aduuh...malu..huhu. Last2 kitorang decide nak balik la..sebelum die g pecat pampes depan orang ramai. si kecik ni pandai bukak pampes sendiri da skg.huhu.


lebih kurang kul 10.30 kitorang balik.. pastu sambung tengok kat umah pulak^^ dah setel 10 orang peserta baca.


Peserta Malaysia yang lelaki ialah Ustaz Anuar..dari Machang Kelantan.hehe.kalau nak tahu rumah die dan rumah mama aufa kat kampung dekat je..kitorang berjiran. Kelebihan ust Anuar ni, selain kuat agama, pandai mengaji, die juga boleh berubat orang yang terkena gangguan makhluk halus. Memang terkenal la, inysaAllah kalau yang kuat pon dia boleh ikhtiar dengan izin Allah..Die baru je dapat baby last 2-3 weeks, jd kemenangan die menjadi Johan peringkat kebangsaan baruni adalah rezeki baby baru=) Kebetulan, rumah die kat KL ni depan masjid Mr Hus jadi imam, jd diorang berkawan..Ust anuar msj Mr Hus baruni, die akan baca Hari Khamis ni.jadi semua, mari kita bagi sokongan kepada peserta dr Malaysia a.k.a Kelantan ni.=) dengar la die baca,sedapppppp=)

Monday, July 9, 2012

Next after the next


Just came back from IIUM Library, catch some books to work on my Political Science’s assignment. The topic is about “Morocco; It’s  Political Changes, Functions of Executive and Civil Society”.


This topic sounds interesting right? I will write also about its comparison with Malaysian Politics to make it more exclusiveness..hehe=)


Since my lecturer wanted it to be about 60 pages, I think this is not a normal assignment, it is more towards THESIS. And………………I hope I can finish up it early so I can concentrate on my other study. Like I said before, I love writing.. I like writing assignments..more than I love to sit for the exam though..hehe. Perhaps my writing skill is my strength (writing blog? Perhaps no..hehe). I don’t know. But, whatever it is, I always believe that we must strive our best in anything.

Next assignment, about working paper, Malay subject. Some presentations and some reports.

Next assignment. My Chocolate’s business=) hehe. We will be starting at Raya Promotion this week. Hope our business going well. As for our chocolate in Kelantan and Kedah too=) We are widening our branches.Alhamdulillah=)

Next assignment. My husband=)  Cooking, washing for him. Oh. One more. Downloading movie for him.hehe=)

Next assignment. My daughter. I was thinking about making a birthday party for her. As for her birth day, it always fall on Fasting period, Ramadhan time..hehe..last birthday we just can make some small party at Kelantan last year after Hari Raya.. so perhaps I must drag forward the party a little bit earlier.oh, still in the progress of thinking. ^^oh, I already bought the Birthday dress for my little girl. Currently I am working on sewing it’s scarf to match with it^^




Next assignment. Fasting, hope we can fill this Ramadhan al-mubarak moment with a lot and lot of Ibada..amiin…..and Raya preparation=)




*a LITTLE newest sad news..Perhaps this coming aidilfitri we can only celebrate it at Kedah. Can’t back to Kelantan. My Husband will become Imam Solat Sunat Aidilfitri at KL, and after that we will drive to Kedah several days..and just come back to KL..because of limited time.Cannot imagine celebrating the first day at KL and on the Highway..=(

The latest of my doter


Assalamualaikum wbt..

Here are the some pictures of my charming princess..hehe^^

She is charming, but in the same time she can cause me headache. Huhu

                             When i ask her to smile, she will give this wonderful smile=)







             Ini gambar die tangkap sendiri pakai HP mama. hehe.tengok gayanya senyum. memang suke bergambar.ikot sape agaknya..hehe 

                          ololo..muncung2 mulut suh mama ajar bace buku.huhu



Always talking non-stop. Always asking and asking and asking until I m tired of answering.~Lalala~
She loves books so much. More than she adores her dozens of toys..a book is great enough to make her day=) I guess, perhaps becoz she grew up (since in her mom’s tummy) in the pregnancy moment with her mom’s working out with couple of books each and every days=) since her mum’s is a student, so, I guess she is a student too=)

Tuesday, July 3, 2012

Si kecik yang very demanding


Assalamualaikum wbt..

          aufa dan peha ayam..die akan makan sampai tinggal tulang..hehe..bagi bahagian dada ayam terus taknak.





Tak padan ngan kecik kan, pandai demand2 dah skg.hihi.

Kdg2 kami gelak dengar die cakap. Walopun tak paham, buat2 paham sampai kdg2 aufa tension sbb kami tak tahu die nak cakap ape.

Selera makan selalu berubah. Dulu suke makan sayur,skg dah tak minat sayur. Dulu makan je isis ayam, skg mintak bahagian tulang. Bagi isi ayam suap ngan nasi die akan cakap,” Bukan, bukan..nak ni..(tunjuk bahagian peha/sayap).”  Mr Hus dan mama aufa terpaksa beralah,korbankan sayap ayam atau peha ayam kegemaran kami utk anak tersayang.huhu.sadis bunyiknya..lalala~

Baruni mase TV3 pasang citer Alvin and the Chipmunks, Aufa enjoy lak tengok,myb sbb chipmunks yang comel joget2dan nyanyi tu. Pastu mase iklan, Aufa tensen2 tengok mama and baba, die ingat kitorang alih iklan mcm control dvd, puas baba die pujuk die nangis sekuat hati cakap. “bukan ni..bukan ni..” aiiyya…rancangan tv3 takleh nak control mcm dvd la cayang mama ni..
Pastu pandai pujuk orang.kitorang suke buat2 nangis, jd die datang tepuk2 belakang sambil cakap, “dah..dah dah..shh..shh..,” pastu die g babab baba die..hehe..lalala~

Eh. Nak pakai baju pon dah pandai memilih sejak die tahu guna perkataan “bukan” ni. Bagi baju tu, die cakap, “bukan..” sampai die amik baju sendiri.huhu.

bab kacau mengacau mama pon hobi aufa jugak. nak makan pun susah. nak mandi. nak sidai kain.nak masak.....huhu. semua jd mencabar. kalau nak menyapu beretbut la batang penyapu dengan si aufa.. kdg2 bile tak tahan die tak duk diam sangat mase mandi or pakai pampes babab peha die jap terus diam pastu nangis..haha...kan. kena cubit memang tak terkira banyak la lam sehari..dari bagi die lompat dari kerusi ke bawah buat naya baik cubit terus tak buat.

Meriah umah dengan suara si aufa. Tiap2 kali ambik dr umah pengasuh, mama tanya, “aufa ada kawan umah nenek? Sape kawan aufa?”, jawapan pertama die,”each (aisyah)”, mama tanya lagi, “lagi?” die jawab “Aqish (balqis)” kalo tanya lagi jawapan die nenek, pastu mama or baba lak. Hehe. Skg on pandai ngadu, masuk2 kete die cakap “ caket, ecah uwat..” (sakit, aisyah buat..) sambil tunjuk bahagian tangan atau kaki.. haha. Dah blaja ngadu lak anak mama nih.selalu pujuk die takpe, aufa kan kuat..tak sakit pon baru die diam.
Jap g kalo tak ujan nak bawak si kecik ni berenang kat swimming pool uia. Tengokla. Nampak mcm gelap lak petang. Td panas sangat2 cuaca. Dah lama aufa ajak g berenang, asyik sebut “nak enam..nak enam..” bile Nampak pelampung die. Tengok la aufa, ada rezki kite g.. 


Tata titi tutu..~~

Monday, July 2, 2012

Nilai 3 yg menensenkan

ASSalaMuAlaikum dan Haiii everybody..

Pepagi lg Mr Hus duk gerak ajak g Nilai 3 kul 7.30 a.m..

mama aufa kemalasan. ada ke kedai bukak kul 7.30? jd tarik selimut tido balik.haha=p relax r, Ahad kan..lgpon bile dah start Isnin takleh tido pagi2 lagik.ha3. *pemalas*

Sbb kena kacau ngan Aufa, tido tak lena..bangun gak kul 10 lebih, rasa malas pulak nak masak. suh Mr Hus g beli roti canai je. *impian bersenang lenang*

sebenarnya memang Mr Hus janji nak bawak g Nilai 3, katanya nak cari Frame quran / ape2 frame nak gantung2 kat umah. mendeko katenyer sbb dinding kosong kan. Mama aufa lak cakap, jangan risau, nt yang deko la dinding, yang kan leh tulis khat. Pastu khat yg ditulis sampai skg tak frame2 pon. duk terlipat dalam rak. wakaka. Tp tetibe semalam ckp tak jadi sbb die kena keje hari Ahad, pastu tetiba pagi kul 7.30 ajak g Nilai 3 balik sbb katenyer tak jadi aja tuisyen harini. Penin sekejap mama, jd terpaksa tido balik sbb kepeningan *alasan semata2*

Then, tiba2 after breakfast, bincang balik ngan Mr Hus, betul ke nak g Nilai 3, taknak la g waktu poket kosong nih. kalau g kang tensen takleh beli barang. Mama aufa suggest g Muzium Negara atau Balai Seni Negara, lg best, duit tak mengalir sangat, dan hobi mama aufa mmg pasal 'art'. boleh dak dah 3 tahun duk Gombak, 15 minit je ngan Muzium Negara tak pernah jejak kaki?kan? warganegara yang tak mengenang budi nih.ish3...haha. kalau jauh kat Bidong takpela tak g, ni 15 minit je kot. Tp Mr Hus tak minat la pulak tempat2 gitu. baginya, maksud "jalan-jalan/makan angin" ialah shopping mall. aduh. bg mama aufa lak, maksud makan angin ialah g sungai, tasik, pantai, muzium ke..mane2 tempat yang tak mengalir duit sangat. kan Contrast tuh..

Last2, Mr Hus bg keputusan nak g Nilai 3 jugak, katenyer tak tahu jalan nak g Muzium Negara.boleh pulak. Jadi pas Zuhur td kami bertiga bertolak la ke Nilai 3, (dalam keadaan mama aufa tensen) duk dalam kete,cuaca panas, aufa tak duk diam. rasa nak bom je kete tp sabo je. kebetulan kete banyak masa lalu jalan bandaraya..hari ahad katakan. bertolak kul 1.30, kul 4pm baru sampai Nilai 3 campo dengan g basuh kete dan tersesat bagai..

Akhirnya, ketensenan melanda bile sampai syurga kain nih. waaa..banyak nya kain cantik2..kain cadar,baju,jubah,tudung.....masyaAllah..^^ tergugat nafsu seketika tp takleh la nak beli sbb ongkos kureng jd cuci mata je. Akhirnya hajat Mr Hus tercapai, beli 2 pasang frame. 1 frame quran dan 1 lagi frame bunga. pastu beli cadar, baju mr Hus dan baju Aufa. baju mama aufa rembat sehelai je sbb kepeningan. balik dalam keadaan tensen lg sekali sbb rasa mcm gerammmmmm .haha. oh yes, i m shopaholic gurl. sesape nak g Nilai 3, ada seribu best la shopping. hihi. 

Babai=)

Sunday, July 1, 2012

ya! saya tukang guntingnya..hahaha

Assalamualaikum.

Seblum balik kampung dulu kan, atas nasihat para pakar sekalian alam, mama aufa pon gunting r rambut aufa. dah panjang sangat rambutnya, skg pon cuaca panas..sian aufa.

Mula2 msj Tuan Diraja, MR Hus. 

"b,yg nak gunting rambut aufa jap g.."

die reply.

"Sian aufa..(nt rambut die jd pelik kang..)"

ceh. ooo..tak caye ek kat tukang gunting profesional (la sangat) nih.

jeng3.

Seblum start menggunting, kena rasuah aufa dulu bg die duk diam2. ingat senang? gunting rambut aufa antara keje terpayah di dunia tahu. Dengan die duk rampas gunting, pusing kiri kanan. kejap bangun, kejap duduk.kejap tarik sikat rambut dan sikat2 rambut sampai kusut balik. Leh kena darah tinggi sang tukang gunting, seb baik tak hanta kedai.hehe.

proses awal, lapik paper.sediakan 2 gunting 1 gunting sungguh utk mama, 1 gunting mainan utk Aufa. sikat rambut pon kena ada 2..sbb ape menda kita pegang yang tu la yg die nak..

Rambut Aufa sebelum digunting oleh Tukang gunting Profesional a.k.a mama :-



Bg gula2 lolipop dan pasang kartun animasi. leh la die tengok walaupun tak duk diam jugakkk pon. he2.

Dekat sejam jugak baru siap proses mencabar minda dan fizikal nih. Part paling payah nak samakan rambut bahagian depan atas mata tuh. Bulat je mata die tengok gunting atas dahi. org suh pejam takut masuk mata.die main kenyit mata lak. pastu mama give up nak samakan. buat setakat yg bolehje. Haha..


sejurus selepas digunting :-
Pastu aufa duk garu2 belakang die sbb gatal kena rambut .Cepat2 mama bg mandi siap syampu bagai. Aufa jd pelik sbb rambut dah tak kena belakang die..katanya kat tengkuk rasa angin je (mama tokok tambah)

then..wajah anakku pas mandi dengan gaya rambut baru..


Mr Hus tak sabar2 nak balik nak tengok keadaan rambut anaknya selamat ke idok? hihi. Pastu wat surprise , Mr Hus cakap ," nasib baik comel.." Ha haha..

Balik kampung baruni ramai tanya sape tukang gunting rambut aufa,comel je.. ye..saye tukang guntingnya..Hanya rambut Aufa, Mr Hus dan rambut kambing je sy gunting. rambut lain2 idok la ye.hoho


Hasilnya..maka..terhasillah gaya rambut anak mama yg cun ini....lalala~

(Gambar diambil pd malam hari selepas proses pengguntingan diadakan waktu pagi)- ayat skema-

hihi2..sekian shj laporan untuk hari ini....=)