Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 23, 2013

KoNVo ke 29 Universiti Islam Antarabangsa

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahu akbar.

Terima kasih Allah. Pada hari konvokesyen yang sangat teristimewa, disaksikan oleh kedua ibu bapa tersayang, saya secara rasminya bergelar graduan UIA dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Kesusasteraan & Linguistik.

Konvo 17 hb 11 tahun 2013.
Belum sempat nak update. Boleh lak terlupa nak masukkan event ni dalam blog.
Coming soon. ;)
Insya Allah.


Monday, November 25, 2013

Work?

Assalamualaikum

Akhirnya sempat menjengah blog seketika. Tu pun bergantung pada keadaan. Kalau dua2 Qariah solehah ni tidur maka benda pertama saya kena cpat2 buat ialah makan. Haha. Makan. Ye. Kalau dah bangun salah seorang semput sat g mase makan. Kalo ngan kakak mase kite makan die join makan betul2 xpe, tp biasenye die kenyang dan nak kacau sahaja. Habis nt makanan die try pastu luah balik lam pinggan mama. Hee. So dari hangen baik makan waktu tenang sahaja.eee..taknakla angin2 skg sbb dah keje, so mase yg ada dengan anak memang nak bg diorang happy dan taknak la marah kakak T_T so kakak kena baik2 ye..;)

Kakak yang bijak, berumur 3 tahun 4 bulan (baru? Badan mcm besar..) hee. Perancangan mama dan baba buat kakak next year masuk umur 4 tahun nak hantar ke genius aulad dekat umah kami atau little caliphs. Haritu little caliph dah email jemput register. Tp tengok building genius aulad lagi wow. Mcm tu, boleh? Haha. So kakak, mama keje ni sbb nak kumpul duit yuran pendaftaran kakak ke genius aulad ye. Hee..bab nak daftar awal2 tu yang agak sakit, bayar bulanan die biase2 je. Kakak jangan sedih mama tinggal kakak skg, sbb nanti mmg dalam perancangan nak resign sampaila kakak masuk sekolah nanti;)

Kak aufa banyak berdikari, mandi sendiri, pakai baju dan seluar sendiri..Cuma pampes je pakai lagi.hahaa..masih belum toilet train lagi. Sepatutnya dah kena start sejak umo 3 tahun. Tp xpela baru 3 bulan lepas melangkah ke umur 3 tahun.heee…mama memang tak sempat. Awal2 dulu sbb ada baby memang tak sempat nak menunggu depan tandas tiap kali kakak yak2 walopun dah cuba. Last2 pakaila pampes dulu sampai hujung tahun ni;) jd sebolehnya bulan ni nak start toilet train. Sangat2 memerlukan kerjasama Mr Hus supaya tolong ler jaga anak cuti2 sekolah ni. Tp ofkos la die taknak kan sbb katenyer rugi je bayar kalau tak hantar. Boleh pulak. ;p.. kalau mama aufa, tak kisah pasal bayaran, asal dapat selalu bersama anak, tu yang utama. Kaum2 bapak myb fikiran ke arah ahli ekonomi sket..agaga..

Adik Adni zahratunnur yang comel nie..dah pun berumur 4 bulan lebih lebih. Dah start meniarap mase umur 3 bulan lebih. Perkembangan lebih cepat dr kak aufa dulu. Skg 4 bulan tangan dah cekap ambik barang, meniarap pun dah expert dan boleh slow2 balikkan badan sendiri pas meniarap. Kdg2 tak dapat jugak perlukan bantuan mama nak baring balik. Heee.. dr segi perkembangan linguistic, wow..dah lepas tahap cooing dan babbling, dah keluar mcm2 bunyi kdg2 macam “mammamma” dan “nannanna” “ccicaccaaa”. Heee..mungkin sbb adik mase dalam peyot mama dulu blaja comp apps so dr linguistiknye lg cepat dr kakak. Haha. Sembur pon pandai. Waaaa gugur rambot T_T seedy tp xpe..nt mama makan supplement. 

Adik adni Alhamdulillah still breastfeed. Dulu bekal 5 botol sehari. Sekang dah up kepada 6 botol sehari dan kalau pagi masih belum menyusu sbb syok tido kena bg bekal 8 botol sehari. Setiap botol 100ml / 3.5 oz. insya Allah nt masuk 5 bulan boleh la up kan kepada 4-5 oz sebotol. Skg adik minum 3.5 oz pon kenyang dan taknak da..tp pengasuh kate kalau die tidur lama kena bg 2 botol sbb nanti sebotol x cukup maknanya kena bg 7 oz. hoho…skg start minggu lepas dah up lg 4 oz X 6 botol. Adik dah menyusu banyak.
Sebab demand adik pd susu tinggi skg, maka berhempas pulaslah mama mengepam di ofis dan d rumah. Kalau kat ofis sebenarnya dibenarkan wat keje lain mase break sebelum 9.15 dan mase lunch 1-2pm sahaja. Waktu tu la digunakan nak pam. Waktu petang2 curi2 mase je keluar sekejap g tempat secret. Hee..tp kena hati2 la takut kena sound. Setakat ni tak lagi..;)

Ups.

Nak stori mori pasal work.
Dah terpanjang lebar citer pasal anak dulu.
Harusla kan;)

Work sy kat sebuah perbadanan NGO (badan bukan kerajaan) ni best. Sangat best. Kerja bahagian professional, sebagai pegawai. Buat penyelidikan, translate, tulis buku, uruskan pameran. Best. Sape taknak, boleh ke luar Negara, berurusan dengan pengarah2 dan menteri2. Bawak vip2. Press release etc. dan yang terbaru, mama aufa dah dimasukkan ke dalam team untuk rangka kerja ke Oxford, British, India dan Taiwan. Wah. Best. Tp mcmana nak tinggal family tu..huhu, xpe, ada masa boleh difikir lagi tp mama aufa memang WAJIB pergi sbb bahagian bawah jabatan mama aufa. Rangka kerja untuk awal 2015 tp skg dah kena start wat list etc. agak padat dan kerja di sector ni mmg memerlukan keprofesionalisma yg tinggi (ad eke perkataan tuh??) hehe

Kerja best.

Cuma yang tak bestnya ofis hour die.

Tp tu pon orang ckp dah ok berbanding company lain.
Ofis hour 9a.m-6pm.
Sedih wooooo
Tinggal anak2 waktu mcm ni.
Awal2 keje jangan kate r berapa besen air mata boleh tadah.
Dalam ktm dah bergenang air mata. Kena cover2 kalo tak org nampak.

Skg dah ok sket takde la mcm awal2 nanges2 Cuma skg rindu setiap hari itu pasti!
Pastu mase dah terhad. Mase mula2 start kerja adni betul2 baru masuk 3 bulan. Kire ok la tu kan dapat bersama adni 3 bulan penuh. Then tinggal die, 3 minggu sebelum kerja dah ajar susu botol siap2. Kdg2 nak kadang2 reject, ambik mase jugak die nak accept susu botol. Tp Alhamdulillah lama2 dia faham.
Awal2 kerja jugak mama aufa dah berazam dan tekad, kalau berlaku ape2 pada anak2 dalam seminggu due bekerja memang akan terus resign 24hours notice. My family first. Job can wait (always job can wait), believe me.

Tp Allah mudahkan. Pengasuh cakap adni mudah dijaga. Tak perlu berdukung atau ape2 pon, just menangis mase nak susu. Pastu yang lain die banyak duk baik je..pengasuh sendiri ckp mudah. Nak tido pon senang. Hu2. Nursery aufa lak, ok sangat. Aufa tiap2 hari cerita pasal kawan2, cikgu. Sayang sgt cikgu kat dia. Tiap2 hari ambil mesti comel je cikgu ikat rambut die..;) aufa pon happy, Alhamdulillah. Banyak belajar benda baru. Die memang xde ngadu ape2 Cuma ade la pasal kawan ambik barang die. Hehe (tu la sape suh bawak barang g skolah kan,?)

Tp macamanapun orang jaga tetap tak sama dengan kita jaga.
Bile duk dengan orang dan ditambah2 lagi bersama kanak2 lain start berjangkit selsema, batuk, demam etc.
Adni pon ada kena selsema, aufa pun same, sampai 2-3 minggu. Tp Alhamdulillah aufa tak demam. Adni kena demam sehari je pastu ok.

Takpe, kite redha dan pasrah. Yang penting tempat yang kite nak letak anak2 memang kite dah usaha survey yang terbaik, siap masuk check lagi mase sebelum daftar. Oh ye, aufa duk taska, manakala adni dihantar ke pengasuh dekat rumah. Pengasuh baik sangat2..alhamdulillah, tu pon survey 2-3 orang nak cari pengasuh..bukan senang nak cari yang boleh jaga anak kite dengan baik. Yang boleh jaga amanah kite dan amanah Allah beri sebaiknya. Syukur Allah permudahkan.

So start bulan 10 lepas sampai skg, I am working. Dah hamper 2 bulan keje;)
Habis keje kul 6 terus laju menuju ktm (naik ktm sbb kereta jem). 20 minit kemudian sampaila ktm dekat rumah. Pastu terus drive balik rumah. Paling cepat boleh sampai rumah pukul 6.45 pm. ;( sedih sangat sbb tu paling cepat leh sampai….huhu…kalau terlepas ktm awal, kena tunggu next ktm, so nt dalam 7.15 baru sampai rumah ;( sedih woooo bile sampai rumah tengok dah malam. Kesian anak2.kalau suami ade mmg suami akan ambik anak2 so lega siket, kalau suami xder mama aufa yang akan ambik anak (suami kdg2 kerja malam jugak) redha dan pasrah naik ktm sbb tak sanggup nak redah jem 1-2 jam tiap2 hari.
Penat? Memang takleh nak kate. Awal2, mase 2-3 minggu pertama memang terasa sangat2 penat, xder masa, kelam kabut, tension….

Pastu skg masuk bulan ke 2 kerja dah makin ok, tp penat tu tetap ada…mase pon tak reti sangat mama aufa nak bahagikan dengan baik..sbb yang susun jadual kite ialah anak2.;) jadi balik2, simpan stok susu dalam peti ais >salin baju > rehat jap sambil layan aufa > susukan adni >>mandi >> solat maghrib >> masak dan makan (kdg2 x masak, beli je) >>tidokan adni >> layan aufa >> tidokan aufa >> solat isyak >> pam susu >> basuh baju/ sidai baju >> pam susu >> gosok baju & tudung untuk next day work >> basuh segala alatan mengepam dan botol susu >>siapkan beg nursery kakak dan adik >> tido (paling awal pukul 12.30 leh tido)

Tido memang tak dapat awal. Kdg2 lepas maghrib adni suke tido awal, jd kdg2 terlelap sekali dengan adni sambil menahan lapar…kakak aufa pon terlelap sekali tp kak aufa biase memang dah makan malam kat skolah kul 5.30pm mcm tu. .. Jd malam bg die makan ringan2 je. so bile tertido awal makan terbangun dalam kul 2-3 pagi mcm tula saat2 nak makan, kemas beg nursery dan sidai baju etc . tp kak aufa memang suke bangun bile mama bangun. Layankan je la kalau die ade sekali. Heee..

Penat? Sangattttttttttttt sangattttttttttttttt sangatttttttttttttt penattttttttttt

Warghhhhhhhhhhhhh nak resignnnnnnnnnnnn

Huhu

Tp susah sangat nak resign
Lagi susah dr nak apply kerja
Nak kerja yang ofis hour sekejap je boleh? Hee..
Mcm jadi cikgu, pergi pagi tp tengahari dah boleh balik.
Cuti pon banyak..

Cuma kerja pon banyak jugak.
Tp still. Ofis hour yang diminati ramai. Heee
Ramai berpendapat, dah dapat kerja, kerja la dulu kan. Try je.
Skg dah try. Dan sangat tak best dengan kehidupan lepas kerja.
Anak2 mcm terabai walaupun sebenarnya kite cuba bg perhatian sepenuhnya.
Memang kerja2 takde langsung dibawak balik. Tak sempat den. Nak makan pon tak sempat
Bg mama aufa, kerja kat ofis je, balik rumah babay kerja. Mcm tu la.
So skg..

Dalam dilemma

Nak teruskan kerja atau tak

Nama dah terlibat dengan projek besar.
Skg pon dah masuk team utk menulis buku (my part dah siap).. bulan 6 tahun depan buku tu akan dipublish di Malaysia.

Kerja ni sgt best……sayangnya……..

Tp saya lebih sayang keluarga saya…..anak2 saya….

Bila kerja nak balik kampong pon tak sempat……;(

Balik hujung minggu 2 hari je kat kampong sgt memenatkan..nak cuti lama2 takleh. Annual leave punyer la siket 13 hari sahaja untuk setahun dan mc sangat kedekut. Company ni la paling kedekut nak bg cuti (hehe kutuk company sendiri). Taho tak mc bukan main susah nak accept??! Lebih dr university ler..kalau mc dr hospital govmen pon die tak terima, bayangkan..giler..mc hanya boleh dr klinik panel yang haprak jauh kot ..
Uhuk2..

Dilema~ oh dilema~
Dilema~ nak resign~
Susahnya~ nak resign~
Taknak kerja dahhhhhh
Waaaaaaaaaaaaaaaaaa ;(
So nak kerja ke tak?

ok, semua ada pendapat masing2..semua betul, ikut kebolehan masing2 sebab kite lebih kenal diri sendiri dan kebolehan kita.

Bagi pendapat peribadi mama aufa, JOB CAN WAIT. Tak kira kat mana pon, insya Allah rezeki Allah luas. Sentiasa ada di mana sahaja. Yang penting kite kena bijak ambik peluang.

Buat mama aufa yang ada PILIHAN nak kerja atau tidak (kalau kerja government yang tetap tu mmg takde pilihan so teruskan yang terbaik;)Mama aufa juga rasa terlalu awal untuk seorang ibu meninggalkan anak2nya di masa2 yang sangat2 penting ni. Umur bayi dari lahir sehingga 4-5 tahun kan merupakan crucial time coz di sini kite akan bina basic personality, psychology dalam diri mereka. Mase ni jugak imun mereka tengah terbentuk, kekuatan badan mereka, fikiran, emosi, perasaan, mereka baru mengenal dunia. Takkan nak kenal dunia tanpa ibu di sisi? Cukupla buat masa sekarang ayah yang mencari nafkah. Kesian kan? Mereka kenal benda di sekeliling melalui pengasuh/ guru taska. Mane peranan ibu? Adekah hanya setakat 4-5 jam di rumah dan di hujung minggu bersama anak2 yang baru 3-4 tahun atau beberapa bulan mengenal dunia ni? Pendapat peribadi, apabila mereka membesar tanpa insan yang paling penting disisi, maknanya akhlak mereka dibentuk oleh orang lain. Jadi bayangkan seolah2 air dalam pembetung, air mengikut bentuk pembetungnya. Skg apabila ibu bapa banyak masa dihabiskan di tempat kerja maka siapa yang menjadi pembetung buat anak2 yang di anologikan bagai air ni? Pastinya pengasuh..maka dari merekalah anak2 kecil belajar tentang akhlak, personality, adab,dan paling penting ilmu. Jadi tak hairanlah bile bersama mak ayah sendiri mereka jarang dapat mendengar kate atau arahan mak ayah sebab mereka menerima instruction juga dr pengasuh dalam bentuk berbeza.

Jadi nak stop setakat ni shaja dulu. ;( dah tak sanggup. Orang kate biaserla perubahan menuju ke fasa yg lain, fasa kerja, memerlukan pengorbanan. Tapi x sanggup bile perngorbanan memakan diri. Saying lagi rumahtangga yang dibina ni. Bayangkan bile kerja takde mase nak kemas rumah, xder masa nak memasak dengan nak layan anak2 lagi, sian pulak suami. Huhu.

Pasti ada jugak positif bile kite kerja, dari segi kewangan mmg best la kan. Boleh bantu suami, hantar pd mak ayah sikit, boleh kerap balik kampong, belanja pakaian dan barang pon senang dengan duit sendiri, dan jugak paling penting boleh beli aksesori breastfeed yang seblum ni tak termampu nak beli (hee skg dah ada 2 electric breaspump, satu single dan satu double,beli ngan duit gaji..yeayyy) apepun semua benda ada pros dan cons ye tak.

Allahumma yassir ya Allah.

Semoga apa jua keputusan yang diambil diberkati oleh Allah, diredhaiNya.

Amin.

Saturday, November 2, 2013

Assalamualaikum! i miss my blog**Updated news**

Assalamualaikum wbt..


Rushing...rushing...


hehe..entry sepantas kilat. (kak Aufa start jeles dah bile nampak mama bukak laptop suh bukak upin ipin die je...mmg laptop mcm hak milik maam besa aufa..hihi)


adik adni tengah tido...nampak mcm geliat2 dah..(petanda nak bangun le tu..)


Banyaknyaaaa nak cerita..tak sempat...seriously, mmg tak sempat.huhu. dengan aufa memonopoli laptop dan smartfon mama, dan adik yg tido kejap kejap dan mase lena sebetulnya maka mama start wat keje rumah.hehe..


Berita terbaru, Alhamdulillah i am now an employee.. ye...start 1hb 10 mama aufa dah start kerja di sebuah perbadanan milik NGO di pusat bandaraya KL. Bahagian pentadbiran.semalam dah genap sebulab kerja. tempat rahsia...hehe..


tp dalam suke gak dpt keje ada sedihnya jugak.hm...biaserla..dah lama tak berpisah dengan anak2 tetiba kerja start 9a.m sampai 6pm.


huhu..sedih.


Aufa 3 tahun lebih.


Adni baru je nak masuk 4 bulan 


jelitawan2 ni buat mama serba salah nak kerja. Tp tu la, bile rezeki dah dapat, cuba yg terbaik kan. sbb skg dengar kate susah nk dapat kerja.


Aufa kembali ke nursery dekat perumahan kitorang ni. manakala Adni dihantar ke rumah pengasuh. Adni still fully breastfeed, so tiap2 hari mmg kerja mengepam jer..hehe..kat Ofis 2 kali pam, pagi dan mase lunch hour, mase petang dah tak sempat, bile sampai rumah je dapat terus pam. Tp biasenye mmg tak sbb bile sampai terus ambik adni dan terus direct feed je, so malam je boleh buat stok susu. Syukur, sekali pam dapat 8-10 oz. Stok kat ofis dalam 12-15oz sehari..stok frozen skg dah 50oz,,(tp still sikit)..hehe...tak guna sgt stok frozen, banyak bg fresh ebm je kat adni, cuma adala kalau tak cukup topup sebotol ngan stok frozen. Bekal susu untu Adni 6 botol X 3.5oz sehari ..maknanya 20 oz sehari bekalan ebm untuk adni. lgpon skg umo die baru 3 bulan, mmg suap kat rumah pon paling banyak die minum 3.5 oz..tp kalau direct breastfeed banyaknye die minum..hehe


sebenarnya rindu sgt nak merepek2 dalam blog ni. banyak sebab tak dpt nak fokus writing blog cayam. tp rugi gak..sbb banyak perkembangan adni tak tercatit..uwaaa... Antaranya:-

-Laptop lembap mcm siput sedut (nk bukak google ambik mase 5 minit, pastu asyik hang dekat 10 minit 2,3 kali mase guna..mmg spoil mood nak bukak laptop)
-x bes update guna smatfon..sbb skrin kecik kot.hehe..
-aufa memonopoli laptop n henset
-anak2 ku 2 org yg mcm 10 orang..
-kerja umah banyak tertangguh sejak keje..hihi (biasela kan..)
-nak gosip ngan hubby bile mase free.. (lalala)

rasa nak gosip pasal keje jugak tp hehe..tak tahu bile.

adni sangat2 ok, die budak yang baik sgt, jarang nak nangis..pendiam orangnya..hehe..kdg2 je boleh dengar die bebel2. skg adni dah mula nak meniarap, bontot terbalik dan tangan still terlekat tp die usaha jugak. haha. comel.

Aufa? banyak nya cakap..alahaiii ..penat nak melayan. awal2 mase mama aufa keje mmg setiap pagi die akan bangun dah, bile tengok mama die bersiap, terus tanya "mama nak g mana?" (soalan tiap2 pagi). mama cakap "mama nak g kerja sayang.." aufa tanya lagi "aufa macamana? nak ikot boleh?" "boleh aufa, mama bawak aufa ikot mama naik kete, nanti mama letak aufa kat sekolah..seronok, ada cikgu, ada kawan, banyak mainan..boleh blaja..."

huhu. tiap2 pagi mmg mcm tu. layankan jela.. nasib baik tiap kali hantar die tak nangis nak ngikot.

skg bile dah biase dan tahu tiap2 hari mama g keje, bile hujung minggu die tanya "mama tak g keje ke?"

hehe, jd mama jawab "tak, harini mama nak jaga aufa dan adik..mama tak g keje.."

aufa ni pelik siket. kalau die tanya ape2 takleh jawab pendek2..takleh jawab ye, atau tak je..kena ada reason sekali. kalau tak die akan cakap "cakapla betul- betul mama/baba.." mcm tu la si kakak...ayodaiii kena pandai cater skg dgn die...hu2..


pasal work lak..saya suka kerja saya skg. sangat2 suka. walopun kalau nak kira payment tu hmmm..hm.....still tak sampai tahap sepatutnya plaja degree dapat, tp kalau diikutkan ok dah la kot. ntah la.huhu..


And...


next 2 weeks i will have a CONVOCATION CEREMONY!!  yippieeee!!!!


best sangat ,memandangkan dua2 (mama aufa dan sepupu) konvo pd hari sama di UIA, maka family kami beramai2 datang UIA..dah tempah keretapi separuh gerabak! waaa..seronok sangat sangat sangat! x sabar nak konvo.


ok..last but not least, doa2kan sy banyak mase free nak update. huhu. sian adik..tak sempat menyempat nak tulis perkembangan adik..checkup bulan2 pon patut tulis baru ingat dan tahu perkembangan tp x sempat. aufa dulu sempat je...btw, adni sgt big baby..hehe. mase 1 bulan beratnya dah 5Kg, bile 2 bulan naik sampai 7.2 Kg,  sampai doc risau kot2 mama aufa dah suap adni makan..hehe..takde doc..adni minum susu badan je sepenuhnya..alhamdulillah.. berat 3 bulan baruni dah 8.1 kg. (^^) 


lastly..ni gambar puterisss bulan lepas..latest punya gambar masih x transfer lg..hehe..








                                            hehe..topi adni mcm kopiah lak...rrrrr...

Thursday, September 5, 2013

Selamat pengantin baru Farah Salwani!

Alhamdulillah..

my bestie, Farah dah selamat diijab kabulkan dengan pilihan hatinya Ahmad Zaidi pd hari kemerdekaan Malaysia baru2 ni. 31 Ogos, mudah nak ingat tarikh ni.hehe..

Thousands of Congratssssss!!!!!!!!!

Happynya tengok wajah ceria sahabat baikku ni kawen. comel sangat sangat....!

Aufa dan adni baik2 je kat kenduri, bagus anak2 mama. hehe. tapi kami tak dapat duk lama, lepas bg hadiah, makan2, amik gambar 2 keping terus kena pergi sbb suami ada hal lain..isk isk....

Adni yg baik2 je g kenduri..suasana selesa, tak panas, dan luas...hehe..



Jadi orang Sarawak la farah ekkk! hehe..

Tahniah sekali lagi.





Wednesday, September 4, 2013

home sweet home + new life and new challenges begin.........

Assalamualaikum..

hola! hehe...entri ni dibuat siket demi siket...after 3 minggu baru dpt  nak publish..haha..anak baru dua dah mcm seploh.kepoh=p



 Kan bagus kalau tiap2 mase adik dan kakak tido, kakak tido..adik pon tido. Ni tak, kalau kakak tido, adik bangun..kalau adik tido, kakak celik dan buat bising..adik pon jaga...pastu tidokan adik balik..tido kejap kakak bising lg dan adik jaga lagi...pastu tidokan kakak lak...adik jaga....mcm tu la ke-havocan kes sleeping beauties ni.hihi. Tp skg kakak dah cerdik, bile nampak adik tido kakak cakap bisik2 je, jalan pon slow2...pastu siap warning mama da baba janga bising sbb adik tido.haha.

Hm..rindu sgt rumah sewa kami yg kecik comel ni.=) Nasib baik kecik, jd takla terkejar2 kalau dengar adik nangis mase masak dan leh pantau aufa main mase wat keje dapur. Dah hampir dua bulan iaitu sejak pertengahan bulan6 balik kampung menanti saat memberanakkan diri dan skg dah pon bulan 8^^,

Kami bertolak dr Kedah after seminggu berada di sane pas raya ke2..nasib baik jln tak jem,bertolak pukul8 a.m sampai rumah dlm 1pm lebih. Hu2, tp otw tu Allah je yg tahu penatnya nak jaga anak2 orang dlm kete..bile kakak tido rasa lega seleganya..adik pon tak tido sgt dlm kete..nasib baik tak nangis tp kakak agak cranky kebelakangan ni. Baru dpt adik, biasela...tp bisingnya die ckp memang meriah suasana kampung dan bergegar kete dengan suara aufa...pot pet pot pet..haha..x larat mama dan baba nak melayan.

mase otw balik tu, kat Perak Adni beyak2...kena stop kat RnR jap nak basuhkan..takleh guna wet tissue shj sbb dah melimpah ruah..kelam kabut mama..ada tempat salin pampes baby sekali washroom ladies. Adni bile kena je air sejuk kat sinki menangis sekuat hati habessss satu RnR boleh dengar.haha. Biasela suara baby baru pas pantang, die nanges mcm mase mula2 kuar dlm perut mama. Adusss...dah la waktu tu ramai dlm washroom tu, pakat dok intai anak sapela kuat bebenor sore.haha. sampai sorang makcik cleaner datang dan duk pujuk adni after siap basuh beyak tu tp nan ado die stop..nangesss jugak even dh siap pakai pampes dan seluar..masuk kete pon terus nangesss..ade la dlm 15 minit duk nanges, mcm2 cara dukung, cara riba, pujuk rayu semua tak makan..bg nen pon nganga je nanges2..haha. Last2 stop jugak minum nen dan tido..fuhhhh lega...ayyyy..memang adik takut bebenor dengan air sejuk. Tak mcm kakak, peminat setia water.kih2.

Sampai umah sewa kami yg dah 2 weeks ditinggalkan, mesti rasa lain mcm kan. Dah pesan kat hubby kena bace alBaqarah sbb rumah tinggal lame. mula2 sampai adni ok lg..siap leh sembang dan senyum. Pastu dlm sejam dua lepastu nanges tak ingat sambil pandang atas..seriauuu i...bagi susu takmo, dukung riba semua tak jalan..pastu hubby ambik quran dan bacekan surah AlBaqarah..baru beransur hilang tangisan. Alhamdulillah..

dan..bermula hari itu dan hari seterusnya...new life and new challenges begin..........=)

Mase kat kampung ritu ok lagi walopun dah mula rasa ke'exhausted'an menjaga dua anak tp still ada family..mak yg masak...kdg2 je kite masak. Tp skg...rasainnn urus semua sendiri.haha. Nak mandi pon terlajak ke tengahari selalu....ushhh..\


                                  aufa di rumah terbuka sepupu...rushdan... 


kat sinila multiple skills perlu dipraktikkan.ececeh. Sambil basuh kain, masak air, siang ayam, siang sayur, masak, bg susu kat adni, bancuh susu aufa, mandikan aufa, mandikan adni...suap aufa makan, suap nen kat adik, siap basuh kain nak sidai kain pulak..sidai kain.kemas rumah..angkut yg sebelum tu, lipat kain, nak menyapu pon tak sempat...........haha..

memang keje2 kena buat sepantas kilat. Biase pas subuh terus menanak nasi dan keluarkan ayam ikan beku. pas nasi masak teman adni dan aufa tido kejap tp kejap je, rest seblom nk start engin wat keje.haha. Pas due2 bangun mcm robot dah mama...kejap2 aufa, kejap2 adni. Adik pandai berdukung dan nak diriba.....T_T..Kak aufa lak demand mcm2 skg..kalau susu nak yg suam2..kalau nasi nak yg ditanak lembik sikit..pastu mintak air milo, kejap air oren, kejap air merah (sirap)..

Kain2 dah mcm gunung everest dah. sempat lipat sikit2 je sehari2 tu. Tu pon kalau sempat.haha. kdg2 memang tak menyempat..adik same kakak tamo tido lame2 siang2..kalo tak senang keje mama. Kakak pon bz tolong mama kat dapo..suke bukak peti ais..kakak pn same suke jaga adik..suke main barang adik...^^, Celik mata je cari adik, "mama, mane adni?"..tp kakak mmg ok dengan adik, die saaayang sangat kat adik..adik geliat siket bunyi ekkk die terus report kat mama, adik bangun tido kak aufa terus report, adik nanges kuat lagi la kakak mmg cepat2 report..haha^^, nice big sister=)






Kak aufa pun mmg banyak luangkan mase dengan adik. boleh la harapkan kejap..letak adik dalam katil, pastu kak aufa akan berdiri tepi katil adik sambil zikir2 La IlaaHA illallah..subhanallah....alhamdulillah...bolehla mama pergi goreng ikan kejap pastu jenguk kejap kakak dengan adik. tp mmg kak aufa tak buat ape2 yg membahayakan adik setakat ni. Tak mcm awal2 mase adik lahir dulu mmg die kdg2 terlupa ade adik, main jalan je, pastu buat geram2...skg kak aufa makin faham dan sayang adik. syukur. Mama ade jugak test kak aufa, tinggalkan adik atas tilam pastu mintak kak aufa duk tepi adik jap ckp mama nak ke tandas, padahal mama intai tepi celah pintu tengok reaksi aufa pd adik. Aufa mule2 baring2 tepi adik, pastu susun bantal adik, cium tangan adik..pastu baring balik...fuhh...lulus test^^ tp nak tinggalkan adik duk kat kakak lame2 mmg tak berani lg. hehe..

bab travel n long journey..
Fuhhhh...mencabar! jalan jauh dengan 2 orang anak. beg pampes pon double. apetah lg mase mama duk riba adik kakak lak mintak susu..nak buat susu dalam kete dengan 2 anak...adoyaiii..pening. adik pon tak tido sgt dlm kete. Ada sesetengah budak asal masuk kete je tido kan. Aufa mase baby pon mcm tu, masuk kete tido je 5-6 jam, bangun minum susu je..kalau due2 anak membuang bertambah keje..haha..nak salin pampes, nak bereni makan..kena gilir2 dengan encik husband. Kalau saah sorang tido mudah siket keje..

jangankan log journey, short journey pon havoc. nak g Giant yg sekangkang kera pon rasa malas bile anak 2 orang. kalau g sorang nak bawak 2 orang ni lagila mmg tak. haha. kakak lak kedekut bukan main, stroller die mmg tak bagi adik duk langsung. Bile jumpa taman mainan baru bagi adik tido lam stroller. Kalau tak mmg die memonopoli stroller serta carseat sbb semua pass down yg kakak punya. Kalau nk beli baru sayang sgt sbb semua barang kakak elok sangat lg. Cuma si kakak la susah nk bg barang die kat adik. ikot mood jugak.kalau mood die ok, die bagi.. demand tul...huhu.





It's WONDERFUL, though! having 2 kids...Alhamdulillah Allah..cerianya hidup skg, layan due keletah comel ni. Tambah dengan adik pandai senyum dan sembang...haha..bile tengok kakak dan adik happy mmg cair hati kami. seronok ada 2 anak ni. hidup bertambah ceria...walaupun keje dan tanggungjawab bertambah.=)

ok....si kecik comel Adni dah ekkk ekkk...till then..assalamualaikum=)

Friday, August 23, 2013

Diari Aidilfitri 2013

Assalamualaikum Wbt...

Lamanya blog bercuti!

hehe ^^,

tengok ramai jugak blogger2 cuti semenjak cuti raya.. dan..cuti raya kalini merupakan cuti raya palingggg lama setakat ni buat keluarga kecil ini=) 
kerana? Mr Hus cuti sekolah seminggu sebelum dan seminggu selepas raya..=)
Mama aufa mmg cuti lagi.Almaklum dah habis belajar..kih2..campo cuti pantang..=)
sangat heaven cuti lelama..
Alhamdulillah.

Walaupun syawal hanya tinggal setengah bulan shj lagi, diari aidilfitri 2013 kalini tetap akan dinukilkan..even dah terlewat.hihi. Tapi tu la, untungnya ada blog ni sbb boleh jd diari dan pasti kite akan review balik nanti next next time. Macam aidilfitri tahun lepas dan tahun2 lalu, mama aufa lupe mcmana sambutannya, dan kenangan yg bagaimana waktu arwah ibu mertua masih ada. Nasib baik ada nukilan syawal 2011, 2012 yang mane kami menyambut raya bersama arwah ummi..dan kenangan2 tu dah tertulis dalam blog tahun lepas..bile baca balik..waa...menitis air mata....sedih...rindu....dan kenangan manis buat kite tersenyum. So rasa mmg tak rugi tulis blog.hehe..

Aidilfitri 2013..
Kalini giliran raya pertama kat Kelantan. tahun lepas sebenarnya memang giliran beraya di Kelantan sbb tahun 2011 memang raya pertama dan kedua di Kedah tp sebab my Kak Ipar raya rumah mertua so mama Aufa cakap ok je raya di Kedah dulu. dan, alhamdulillah mama aufa bersyukur coz rupanya raya tahun lepas merupakan aidilfitri terakhir ummi. Ada gambar2 raya bersama ummi dalam blog ni dlm entri syawal 2012.

Beraya dalam pantang, agak sukar jugak..kalau nak makan kek ke, biskut raya ke..boleh rasa2 sikit2 je..pulut2 ketupat kan bisa..so boleh try2 je la..tp mama aufa pulun jugak..setahun sekali katenyer..hihi. mase 1 syawal Adni baru berumur 37 hari bersamaan 37 hari jugak mama aufa tengah pantang..Tapi berjalan raya jugak rumah nenek sebelah rumah dan mak sedara tepi rumah jugak.hihi.

Pagi syawal, semua ke masjid solat sunat raya. Tinggal mama aufa, aufa dan Adni je dalam rumah. Kejut Aufa awal2 cakap harini hari raya Aidilfitri, aufa dah boleh paka baju 'princess' (yang mane jubah yg mama aufa belikan, dah lama die teringin nak pakai)..fuh..nasib baik tak nangis kena gerak. ye la, kena kejut pukul 8pagi.Biase pukul 10 baru bangun. kdg2 awak jugak si kakak bangun. Lepas siapkan kakak cantik2, mama mandikan Adik Adni pulak dan pakaikan baju comel2...pastu tunggu Mr Hus balik solat raya utk mama Aufa bersiap..yeayy....then kami sekeluarga sudah siap utk raya! Aufa teruja dpt sampul duit2 raya..tp dalam masa yg same die cranky jugak haritu..fuhh sabo je la....nasib baik adik baik je..tido je pagi..hihi.


                                            yeay kak aufa dah comel2 pakai jubah raya..=)



                                       Adik Adni yg tidur after dimandikan.^^,


Biase berkumpul dan makan ramai2 rumah mok (nenek)..jemput orang masjid dan orang kampung..mmg rutin tiap2 tahun biase mok buat nasi dagang. ramai tetamu....adni dan aufa same dapat banyak duit raya..hehe..




p/s-gambar raya berempat tak sempat nak ambik sbb kak aufa duk main dan kutip duit raya.hehe..



tengahari kami balik rumah lak, orang datang beraya di rumah. saudara2 terdekat datang ziarah raya..

dekat zuhur mama aufa, baba aufa, aufa dan adni beraya rumah mak sedara di sebelah rumah.(rumah mok im)

Petang raya rumah mak sedara di kampung yang same.(rumah ayah hir dan mokma)



                                       Aufa dan aryan di petang raya..sorang ni je sepupu yg ada raya pertama..6 orang lagi masih di KL..abang long baru bertolak on that day (cz kna baca khutbah) dan abang ke2 pulang raya ke5



Keesokannya raya ke2, pagi2 lagi terus balik ke Kedah..walaupun mama aufa tak habis pantang lagi tp takpe, rindu jugak nak balik Kedah, lgpun abah sudah sorang2 lepas ketiadaan ummi...kalau ada cucu2 tak sunyi sngat rumah walaupun semua ada anak2 ada.

After seminggu di Kedah, kami pun bertolak balik KL pd hari Sabtu..Alhamdulillah selamat sampai ke rumah sewa kami y dirindui..=)
                                            sebelum pulang ke KL..

mcm tu la serba ringkas..huhu..skg nak menaip panjang2 mmg x cukup mase..dengan adni dan aufa yg masing2 perlukan perhatian..Adni lak skg pandai beriba dan berdukung..hehe..harini umurnya sudah 53 hari dan she is really a big baby..moga Allah mengurniakan kesihatan buat Adni Zahratunnur. Kak Aufa, baru je melangkah ke umur 3 tahun, sangat bijak dan pandai tolong mama (walopun mmg sgt buat mama rimas..hihi),,tp dalam keadaan tertentu mmg kakak boleh diharapkan..contoh suruh ambik pampes adik, minyak adik..tolong letak kapas adik..simpan barang adik...ok la..tp bab minat bebenor dengan segala minyak ubat adik dan mandian adik tu mmg takleh stop..semalam habis sebotol sabun johnson baby adik kakak buat buih sabun.hihi..

ok..till then.Adni dah mula nak bangun tu..kak aufa lak suh mama bukakak kacang ni.nt story pasal new life begins...hehe.wassalam..

Saturday, August 3, 2013

Awan rindu buat Ummi

Dengan titisan air mata ku cuba mencoret sebuah puisi mengenang seorang insan yang menjadi ibu kedua buatku. Ibu kepada suamiku, ibu mertuaku. Pemergiannya pada penghujung Jun yang lalu masih dirasakan baru sahaja berlalu. Malah seakan2 mimpi rupanya itu kali terakhir kami bertemu ummi. Aidilfitri tahun lalu merupakan aidilfitri terakhir ummi bersama kami……..

Awan rindu buat Ummi
Sesekali
Angin rindu bertiup lagi
Dingin kalbu
Sayu hati
Disapa pilu
Manisnya memori
Peritnya bergelumang rasa
Meruntun jiwa
Akan lafaz
Yang belum terungkap
Lafaz kasih sayang
Lafaz kemaafan
Lafaz cinta
Buat ummi

Ummi
Bagaimana aidilfitri kalini agaknya
Tanpa masakan dari air tangan ummi
Ketupat rendang seperti dahulu
Lauk pauk yang kami gemari
Yang dimasak ummi dengan penuh kasih sayang

Ummi
Bagaimana pagi aidilfitri kalini agaknya
Tanpa melihat senyuman ummi
Tanpa dapat bersalaman dengan ummi
Tanpa mendengar suara indah ummi
Tanpa dapat memeluk dan mencium ummi
Tanpa dapat menziarahi sanak saudara bersama ummi
Sayunya hati kami wahai ummi
Dibelenggu rindu yang dalam mencengkam
Dibasahi air mata yang bergenang dengan memori

Kenapa
Hati berasa seakan2 ummi masih bersama kami
Kenangan bersama ummi masih segar
Memori bersama ummi belum pudar
Suara ummi bergema di telinga kami
Senyuman ummi kelihatan di mata kami
Wajah ummi jelas bermain di minda kami
Rindu..terlalu rindu..ummiku sayang

Kami menyayangimu ummi
Tapi Allah lebih menyayangimu
Allah menjemputmu sebelum sempat kami menikmati Ramadhan tahun ini bersama ummi
Kami redha
Kami rela
Walau perit dan pedih
Kami redha

Kami akan sentiasa mendoakan Ummi
Walau di mana kami berada
Kami akan mengirimkan permata doa
Kalimah2 suci AlQuran
Selawat dan zikir
Sebagai pahala yang sentiasa mengalir
Buat insan yang pernah bersama kami
Buat insan yang membesarkan kami
Pengorbanan tulus yang tak terbalas dek kami
Insan suci, cinta hati kami
Yang bergelar Ummi
Al-Fatihah


Khas buat ibu mertuaku Puan Bt Ismail, semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Sesungguhnya daku merindui ummi sepenuh hati.  

Wednesday, July 31, 2013

Being a mother of TWO ;)

Assalamualaikum Wbt..

How can I believe this? On my 25 years old, I am already a mother of two princesses. 8 years ago, I was sitting for my SPM examination..a year after, I took STAM while studying in CFS IIUM..2 years in CFS, I pursued further in IIUM Main Campus Gombak for 4 years. My first year of studying for degree I got married, the next year I delivered a baby girl and nearly 4 weeks ago I delivered my second baby girl! Subhanallah….the beauty of Qadha’ and Qadar^^,

Hm..while I was pregnant for my second baby, I was always asking myself how the new comer will affect me and my husband as parents and how Aufa will welcome her younger sister. The another question keeps buzzing in my head was how our life will change totally with the coming of the second baby. Another part of me keep feeling excited for I was longing to hold the small cutie newborn baby=)



Being a mother of two??

Now I can feel how hectic my life will be ;)

Hehe..ok…change language. Ampunn, dah habis belajar lama lak tak guna BI..kalau lecturers kat English Department taw ni mao kena lepuk.hehe..terabur kang grammar or nahu sorafku~

Hm,minggu lepas after 2 minggu kat KL aufa dah dihantar balik duk ngan mama semula. Happy sgt mama dpt jumpa aufa. Rindu sangat sangat sangat. Menghitung hari je sebelum tu nak jumpa aufa dan baba.
Waktu tu la cabaran bergelar ibu anak dua yg masih kecil bermula. Kalau si kakak tak aktif takpe, ni si kakak Masya Allah;) hehe. Kena banyak mujahadah dan last2 mama jugak kurang sabar..isk..isk..T_T

Mane taknye, nak urus kakak, dan nak urus adik sorang2. Everything mmg I do it by my ownself sebab mmg takde sape nak tolong kat umah. Tambah lg takde orang pon kat kampong selain ma ayah dan sorang abang yg keje.hihi. Ma bz, ayah pon bz..tambah bulan puasa. Rutin harian totally change bile ade aufa. Lepas send aufa balik sini, baba aufa pon balik KL..waaa…;( assistant a.k.a pengasuh aufa dah balik..sediiiihhhhhh…sob..sob..



Due2 kakak n adik bangun pagi,aufa pg2 beyak..hihi..jd mama aufa basuh beyak die dan terus mandikan si kakak..siapkan pakai baju cantik2 come2..adik mmg dah nanges habes sbb xde orang n nak susu. Then breastfeed adik , kakak lak duk mintak susu..mintak aufa tunggu jap, adik tengah menyusu dengan mama..tak dpt tunggu mule la si kakak wat aksi..nangesss…bia dulu kejap,lepas siap adik menyusu cepat2 buat susu kat kakak dan sediakan air nak mandikan adik.lepas mandikann adik, bg susu kenyang2, suap kakak sarapan makan nasik..kalau adik tido mama makan nasik sekali kalau x mmg tengahari baru dpt makan..huhu…

Kakaknye ‘rajin’ ngasuh adik. Adik tido je die gerak ‘adik..bangun..celik mata adiiikk…’ huhu.kdg2 mama nak makan nasik mmg cepat2 n makan sikit je, risau tinggal kakak dengan adik je. Nak mandi lagi la..tunggu tok ma die balik atau sape2 yg besar ade untuk tengok baru berani mandi..kdg2 terlajak sampai tengahari sbb xde sape nak tengok budak 2 orang kecik ni.hihi. katil baby kat KL..x teringat pulak nak buat balik.

Tengahari kalau nasib baik kakak aufa main sorang2..kalau tak mmg adik jd mangsa. ‘main’ dengan adik kononnya..kalau celik mata je mmg cari adik nak sayang2.hehe. yg paling geram semua barang adik dibuat mainan…huhu T_T..kelambu adik jd khemah die, tilam adik buat selimut, kotak ubat dan bedak habis terabur, losyen selambak keluar, bedak memutih dalam kotak. Minyak baby dipakai banyak sampai nak habis…haha...mitten n booties adik besar2 dah sbb kakak nak try pakai.agaga…mane mama tak jadi singa..hoho..

Then adik lak keje menyusu je..kejap2 susu..kejap2 susu..sian jugak kat kakak mcm terabai, mama tak sempat nak layan kakak sbb adik mmg kuat bebenor menyusu.tido kejap, susu..tido jap, susu balik… sian kakak. Tengahari mandikan kakak lg, biasenye kalini die berak lagi lepas main..peluh2. pastu kakak mintak susu, dalam kul 2-3pm tidurkan kak aufa dalam bilik sekali dengan adik. Biasenye kakak tido adik lak tak tido..memang mama takde peluang nak rehat except tido di waktu malam.

Hm..keje2 rumah lain mcm nak basuh kain sidai kain mmg buat malam je atau curi2 mase kejap waktu siang. Semua buat sendiri dah..huhu..malam sempatla lipat2 kain2.kalau nak sidai kain tu mmg ajak aufa datang sekali sbb lg selamat dr tinggalkan adik dengan kakak. Kdg2 adik tengah tido lam kelambu, kak Aufa tarik kelambu nak masuk sama sampai terkeluar adik dr kelambu. Mama Cuma risau kaau besi hujung tu tercucuk mata adik ke or kelambu jatuh atas adik..huhu. adik is so small, needs more attention and careful care. Agak susah bile ade kakak yg aktif. Nak riba adik tu mmg die asyik mintak skg after tengok salah sorang sepupu kecik die riba adik Adni.hee..mujur petang sepupu2 kecik mama dah balik sekolah dan boleh main dengan aufa..

Dan..being a mother of two jugak mencabar EMOSI.

Biasela, kak aufa umur nak masuk 3 tahun baru dapat adik. Selama ni mm absolute attention n care just for her. Tido mmg ngan mama..bile ade adik mama kena jadi divider duk tengah2,kanan adik tido, belah kiri kakak aufa tido. Bile mama duk berpaling kat adik kakak sedih2 mintak mama duk dekat aufa, bile mama duk dekat kak aufa adik lak eeekk ekkk nak susu..kdg2 cakap kat aufa kejap je mama susukan adik nt mama peluk kak aufa ye.pastu last2 lama sgt adik menyusu kak aufa tido je sendiri biase mama peluk2 dan gosok rambut die.huhu.sian kakak. Kdg2 rasa mcm tak adil, biasela adik perlukan perhatian lebih..namanya pon kecik..hehe…bile marah2 kakak sbb duk buat adik, malam2 tengok die tido sleeping beauty rasa bersalah. Mmg tiap2 hari kakak kena marah kdg2 sbb asyik main2 mase mandi dan nak pakai baju lambat je sedangkan adik duk menangis tak hengat dah mintak susu.hhuhu..dlm keadaan tertekan mmg terrmarahh jugak la kat si kakak.

Penat? Absolutely..lgpun dalam pantang lagi.belum sampai 30 hari pon lagi. Mase duk jage kakak aufa seminggu lepas baru masuk 20 hari. Bile duk tunduk2 mandikan dan basuh berak kakak dan guna tenaga jugakla nak pakaikan pampes baju seluar kakak tu rasa mcm letihhhhhh sangattt. Then nak mandikan adik, siapkan si adik pulak…huhu..Seriously, kalau ade org tolong mandikan dan basuh berak aufa pon saya rasa lega teramatttt tp redha je kena buat semua sendiri. Xpe..nak melatih berdikari nt duk rumah sendiri semua kena buat sendiri kan.

                                                    cuit2 adik..gerak x bg tido..huhu
                                                      start dh aksi bahaya..







  Happynye die dapat riba adik..pastu start lenguh tangan.hehe



Hm..banyak lg la cabaran yg bakal mendatang;) apepun Alhamdulillah ‘ala kuli haal.. Allah kurniakan dua orang puteri solehah yg cantik dan bijaksana.hehe..penyeri hati kami sekeluarga. Cabaran mm cabaran, tp kemanisan tetap ade. Semoga Allah kurniakan mama aufa kesabaran dan ketenangan untuk menjadi ibu yg terbaik buat anak2.amin.

finally...photo fresh adni semalam dan sehari lepas...^^

                                                                     26 hari..

                                       umur 27 hari semalam

till we meet again.....