Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 28, 2012

Kedah-->Kl---->Kedah----->Kelantan---->Kl

Assalamualaikum wbt..


gitu..sequence bulan ni.hihi..


awal2 bulan haritu,ada gap seminggu sebelum final paper untuk final exam sem kalini..Kami 3beranak balik Kedah sementara Mr Hus still cuti sekolah.


5 hari di Kedah, balik Kl semula..mama aufa sit for final paper..then seminggu bergoyang kaki di rumah.


Then dapat panggilan dr abah, Ummi masuk wad. kami sangat cuak. mama aufa cancel kan nak balik Kelantan, kami terus balik Kedah. sempat menemani ummi di wad. Alhamdulillah, after 3 hari ummi dapat discharge..kesihatan ummi makin pulih. Moga Allah terus memberi kesihatan,kekuatan pd Ummi. sayang Ummi.


Kami balik Kelantan. mama aufa dan aufa duk kelantan seminggu sementara Mr Hus balik KL sbb cuti sekolah dah habis.. after seminggu ma ayah dan cik na hantar kami berdua balik Kl naik keretapi..


perjalanan yang sungguh lama..sungguh jauh..=) tp sangat bermakna.


Minggu ni dah start short sem.=) ambik 2 subjek je..maksimum 3 subjek tp dah penuh kelas satu lagi.huhu.takpela, amik due pon jadi la,moga2 dapat score insyaAllah.


Result sem lepas alhamdulillah..sangat menggembirakan=)


walaupun kawan2 semua cakap "keje gile" amik 8 subjek sekaligus, dengan 19.5 credit hour seminggu..tp alhamdulillah, "keje gile" ni berhasil. ni semua dengan pertolongan Allah. haza min fadhli rabbi=) kali ke dua dapat anugerah dekan kalini, hadiah untuk suami tersayang dan anak tersayang..dan hadiah untk kedua ibu bapa tercinta..^^

Friday, June 15, 2012

bersalin dalam kete..

Assalamualaikum wbt~

lepas aja budak2 ngaji td, habis dalam 9.30pm g ziarah baby anak jiran a.k.a merangkap adik baru salah sorang budak ngaji, baru lahir..baru je umo 3 hari..kiutttttt sangat3! geram,comel^^

Aufa lak mase tu ngantuk, duk mengamuk umah orang..duk nanges..huhu..mama pujuk pon x makan..tp dalam melayan kerenah aufa sempat la sembang dengan akak yang bersalin dan mak die..sebelum tu anak die (umo 5 taon) dah citer yang mama die bersalin dalam kereta..tp mama aufa tak caye lg,coz budak2 katekan..banak imaginasi..sekali..mama die dan nenek nye cerita balik..betol la..huhu=D

Kisahnya mase 3 hari lepas, mak die dah start sakit2 perut..pastu suami bawak pecut g Hospital Selayang..Doc check bukaan baru 2 cm, Doc suh balik coz due die lambat lg supposed to be 16th June..so memandai je doc tu cakap, "awak datang balik 16 haribulan ni.skg awak lambat lagi nak bersalin nih..so dengan kecewa diorang balik la rumah coz doc takmao warded lagi myb coz penuh kot wad bersalin..

then diorang balik, sampai2 rumah.. she went to the toilet but then scream after hearing "pop" sound.. she called her mother (eh.tetibe ckp omputih..uhuk.)..die panggil mak die, mak die bergegas g bilik air, tengok dah penuh dengan air ketuban dampai ke dapo..mase tu die tengah berpaut kat sinki, then mak die suh cepat2 baring sbb kot2 kang bayi keluar bahaya kalau jatuh if die berdiri.. dalam keadaan kelam kabut dan taktao nak wat ape,mak die ketuk2 pintu jiran depan tu dan mintak tolong..jd suami jiran and suami si pesakit usung pesakit masuk kete..belum sampai hospital separuh badan bayi dah keluar tp terlekat kat bontot..then..mak die yang jd tukang sambut tp mak die cakap die mampu tadah je coz tak tahu nak tarik macamana & gerun + tader pengalaman.. sampai2 depan hospital selayang subuh2 tu, diorang menjerit2 panggil nurse, nurse cepat2 datang,tarik baby keluar habis, gunting tali pusat dan pecut g bilik doc sbb baby dah biru coz terbelit tali pusat.memang kelam kabut sgt time tu..

dalam pada tu, mak die dan suami mintak stretcher (katil tolak) kat nurse tp nurse cakap takde sebab ramai sakit, memang takde stretcher kosong. (logik tak?) rasanya mmg terlalu ramai kot pesakit haritu..so nak taknak diorang tolak si ibu dengan kerusi roda, which is actually bahaya coz uri masih terlekat dalam rahim lagi, sepatutnya kena baring sampai uri keluar. tp alhamdulillah, sempat sampai emergency room, keluarkan uru semua2..dan bayi selamat alhamdulillah.

kuasa Allah, bayi dilahirkan sangat2 bersih..mengikut kate maknya, setitik darah pon takde mase bayi keluar..ketuban jernih je yg keluar..kire kereta dibasahi dengan air ketuban tp takde darah..=) after uri went out  tu la baru blood menyusul..

Bayi yang dilahirkan dengan saat2 penuh getir dan moment dinamakan Mohd Khalish. so cute^^

kesian kat si ibu sbb tak sempat bersalin dalam labour room.. menghadapi saat2 getir tp sangat kuat dan tabah untuk melaluinya. waktu mama aufa g ziarah td die dah bersila dan nampak sihat=) Tahniah atas kelahiran seorang putera yg comel^^

Wednesday, June 13, 2012

Album C.H.E.N.T.A

Assalamualaikum, tahiyyatan wa salaaman, wa'alaikumussalam ahlan wasahlan...
(hehe..lagu nasyid kumpulan adduha mari belajar b.arab yang aufa suke..)

Sobahal khair kullukum jami'a?
'asallah an yahaba lana rahmatihi fanakuuna minassoolihin...amiin..

hi2, praktis bahasa arab,lama kot tinggal..nak cakap pon tergagap2 dah.

harini bangun pagi2, lepas solat subuh td, nasib bek aufa tido..bangun cari susu je pastu tido balik. mama ada projek mega pagi ni. mr Hus dah g keje, tinggal mama menguruskan projek mega..hihi,mentang2 cuti kan.heaven r! leh wat ape je..takyah g kelas..yiiiiieeehuuu... projek mega pagi ni ialah menyusun gambar2 dalam album. campo gambar2 lama dan baru dicuci, susun balik dalam album chenta  kami mengikut kronologi.=) projek mega hanya boleh dibuat waktu aufa tido je keh..kalau die tak tido, memang nehi karonggek.

Ni lah album Chenta kami..hihi^^

                                                                     ~Akad Nikah~

                                                                  ~ Kenduri di Kedah~

                                                                  ~Kenduri di Kelate~



                                                       ~Album kelahiran Aufa Hibriyah~
                                               kenangan pahit,manis, seribu satu memori...






                                       Album yang terkumpul setakat ni, (setakat 3 tahun kawen)..
                             gambar banyak kot yang tak cuci, yang cuci ni dikira baru separuh..ke tak sampai separuh.hihi..tp even leh tengok lam laptop,lain rasa kalau dapat tengok secara hard copy..lg manis tengok sambil pegang album..hihi..gitu...^^

Saturday, June 9, 2012

yippie yippie HOOraYYY!

Assalamualaikum all=)

alhamdulillah
alhamdulillah
alhamdulillah



tanggal 9Jun2012 iaitu harini, tamatlah sudah 8 subjek exam sem 2 2011/2012. Maka dengan rasminya mama aufa ada lagi 2 sem bersamaan 8 bulan untuk menghabiskan degree Bahasa Inggeris Kesusasteraan dan Linguistik. 

HaaaHaaaHaa..LEGA SESANGAT rasanya.mcm burung leh terbang di awan2 gitu.

ni tak konvo lagi, kalau konvo rasanya buat bungee jumping tingkat 5 apartmen nih.haha (*tipu)

eh. nape ek orang tengah belajar tak sabar nak keje.orang yang dah keje tak sabar nak cuti gitu. yeker.haha.tp bile dah keje mesti teringat tentang memori belajar kan. huhu.

Ucapan segulung dua tiga lapan ribu gulung terima kasih buat Mr Hus dan Aufa serta my family dan kawan2 yang doakan kelancaran exam kalini. Thanks baba aufa sebab bersabar, sangat bertolak ansur dengan mama aufa waktu exam yang tak masak,tak basuh kain,tak kemas umah.haha. hanya sempat wat waktu cuti hujung minggu je.tp hujung minggu pon ada exam jd mama sempat wat umah ala kadar je.thanks baba, thanks aufa sbb walopun aufa suke kacau mama mase mama study,tp aufa tetap behaves well, aufa tak sakit2 alhamdulillah, aufa ceria dan boleh berdikari sikit2.

erm..ingat nak celebrate la kan habis exam harini nak belanja mr hus g makan2 ke tp die takde umah tengahari sampai malam. so, belanja aufa la jalan2 naik beskal.

hari Isnin lepas sampai Khamis kami balik Kedah. Alhamdulillah kesihatan Ummi semakin pulih, abah pun sihat alhamdulillah. Aufa happy sangat kat Kedah, ramai orang, ramai kawan. kami sempat g jalan2 kat Pekan Rabu..heaven! syurga kain..penuh ngan kain.pening..mama aufa beli ikan pekasam dan belacan yang tersohor kat pekan rabu.yummy..sedappp=)

insyaAllah minggu depan kami balik kelantan lak seminggu=) baruni tak sempat balik mase ramai2 semua adik beradik ada kat kelantan sbb kami kat kedah, takpela, nt kumpul ramai2 raya ni.hihi.

Wassalam..~

Saturday, June 2, 2012

ruang bernafas seketika

Assalamualaikum warahmatullah..

tamat sudah exam 6 subjek dalam masa 5 hari tiap2 hari. Boleh dikatakan, takde ruang kejap nak bernafas. pergi sane sini berkepit ngan buku. tengah drive pon letak nota kat stereng..

Lepas je tamat Exam Romantic and Victorian Literature Khamis tu, rasa nak melompat2. padahal final exam tak habis lagi.hehe. ada 2 paper lagi tp berselang 3 hari. lepas tu last paper selang 5 hari. Alhamdulillah..=)

Lusa ni exam lagi. then next week pulak.

Perancangan nak balik kampung hari Jumaat baruni di cancelkan. Baba Aufa jadi Trainer seminggu di Smart Moslim Innovators, UIA. hari Jumaat tu last kem, ada majlis penutup yang habis lepas Asar. so Mr Hus cancelkan nak balik Kedah sebab dah lewat nak balik. Rasa rindu pada Ummi dan abah yang sangat baik.. Tok dan Wan, nanti minggu depan Aufa balik ye. Setakat ni, Aufa cucu paling kecil yang ada di sebelah pihak family suami. Jadi, bile aufa balik memang aufa menjadi penghibur tambah2 lagi dengan keletah die yang banyak bercakap.

Teringat pagi tadi aufa wat lawak. tergelak2 mama dengar. Aufa tengah tengok kartun depan TV sambil meniarap, mama baru siap mandi masuk bilik.. pastu aufa lepas "bom"..pooouut bunyiknya kuat lak tu. mama pandang die, die pandang mama sambil sengih, tangan die letak kat hidung dan sebut "totot" (kentut). hAHAaaHa. lawak la Aufa.

pastu kaki pandai tergedik2 lak skg sambil2 tengok citer atau bace buku. duk goyang kaki. Boleh sebut A Baa Taa, dan one two three.. tp one two three die sebut dengan "two" "one" "tri..." tak tao nape terbalik macam tu, banyak kali dah ajar.hoho. A ba ta pon kadang2 start dengan ta dulu. rasanya ni kena kaji dr segi aspek Phonetics. kalo nak ikotkan, coz huruf "b" tu berada di Bilabial part, so paling mudah nak sebut bg budak2. hihi2.

dr aspek pemakanan lak, skg memang lalu makan, tak macam dulu2..tiap2 hari makan 3 kali nasik. setiap kali makan 1 senduk je nasik, lauk je lebih2. die pandai mintak lauk.huhu.demand..
tp skg die tak memilih lauk ape, kadang2 ganti lauk ngan ubi kentang pon takpe asal nampak menda macam lauk.haHa. paling malas kalo mama penat masak telor goreng je nanti licin gak aufa makan ngan nasik. air kegemaran skg ialah air sejuk. sebenarnya tak ajar pon die minum air sejuk, tp bile baba die selalu minum, die pon nak jugak, jd setiap kali baba die minum air sejuk, aufa minum sungguh2. hoho. Mama bg je makan apepun, coklat,gula2, aiskrim, snek, keropok.. lantakla. asal halal. ada sesetengah orang tak bagi sbb nak jaga pemakanan anak tp biarla, tu cara diorang..ape salahnya bagi kalau tak melebihi kuantiti kan..lgpun bukan tiap2 hari makan coklat, gula2..asal diam tak kacau mama sudah. cuma syarat nye lepas tu penat duk tenyeh gigi die ngan berus gigi je la.hoho.

aspek tido pulak, sehari tu ada la 3-4 kali tido..bangun pagi dalam kul9, nanti dekat zuhur tido balik tp kejap je la, kul 2 or dekat2 kul3 bangun la die.paling lama tido 2 jam..paling kejap tido setengah jam..jarang sangat tido lama, kalau ada orang join die tido maka lama la..

berat aufa skg 12.5kg, huhu. memang tak heran la tercungap2 mama dukung aufa turun naik tangga.. g mane2 memang nak jalan sendiri, dah pandai menjerit2 dan berputar2 kalau dukung. huhu. tu saat mencabar kalau nak bawak aufa g supermarket.huhu.

Tu pasal aufa, pasal baba aufa lak..em..takde pe2, cuma die relax la cuti 2 minggu kan, tp Mr Hus macam biasa, tak letak kat umah, ada je agenda..ingat kalau Mr Hus cuti, bagi aufa duk ngan die, ye la kan, dah tiap2 hari Mr Hus keje, balik petang atau malam, aufa dapat main kejap je..jd kalau boleh cuti ni b aufa rapat ngan Mr Hus tp enggak ada die setuju. die cakap dah bayar kat pengasuh,hanta jela..kang rugi lak.huhu.itu die baba aufa, sangat berkire bab dwit taw..... dan..memang tak suka duk rumah....sebab tu hujung minggu je, pasti die ajak g mana2.dulu Mr Hus selalu ajak g Kajang hujung minggu,rumah abang ipa die..(abang mama aufa ler)..skg kami jarang g dah..Mr Hus ajak g tempat lain lak.hehe. macam2 la..biasela, perdana menteri.bz memanjang...sebab tu nak balik Kedah pun susah, Mr hus jd imam malam, aja ngaji, jadi trainer program, ajar pusat tuisyen.huhu.gigih baba isi masa lapang..=) die memang tak suka suk diam,ada masa free je memang die akan cari apa2 untuk diisi..this is my beloved ones=) beza ngan mama aufa, cuti lebih suka duk umah, suka goyang kaki, kemas2 umah, wat keje umah, melukis ke,mendeko ke, orang kate indoor activity la..huhu..outdoor Vs Indoor..~

erm. aufa dah bangun lak. babai...=)

wassalam.