Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 25, 2013

Work?

Assalamualaikum

Akhirnya sempat menjengah blog seketika. Tu pun bergantung pada keadaan. Kalau dua2 Qariah solehah ni tidur maka benda pertama saya kena cpat2 buat ialah makan. Haha. Makan. Ye. Kalau dah bangun salah seorang semput sat g mase makan. Kalo ngan kakak mase kite makan die join makan betul2 xpe, tp biasenye die kenyang dan nak kacau sahaja. Habis nt makanan die try pastu luah balik lam pinggan mama. Hee. So dari hangen baik makan waktu tenang sahaja.eee..taknakla angin2 skg sbb dah keje, so mase yg ada dengan anak memang nak bg diorang happy dan taknak la marah kakak T_T so kakak kena baik2 ye..;)

Kakak yang bijak, berumur 3 tahun 4 bulan (baru? Badan mcm besar..) hee. Perancangan mama dan baba buat kakak next year masuk umur 4 tahun nak hantar ke genius aulad dekat umah kami atau little caliphs. Haritu little caliph dah email jemput register. Tp tengok building genius aulad lagi wow. Mcm tu, boleh? Haha. So kakak, mama keje ni sbb nak kumpul duit yuran pendaftaran kakak ke genius aulad ye. Hee..bab nak daftar awal2 tu yang agak sakit, bayar bulanan die biase2 je. Kakak jangan sedih mama tinggal kakak skg, sbb nanti mmg dalam perancangan nak resign sampaila kakak masuk sekolah nanti;)

Kak aufa banyak berdikari, mandi sendiri, pakai baju dan seluar sendiri..Cuma pampes je pakai lagi.hahaa..masih belum toilet train lagi. Sepatutnya dah kena start sejak umo 3 tahun. Tp xpela baru 3 bulan lepas melangkah ke umur 3 tahun.heee…mama memang tak sempat. Awal2 dulu sbb ada baby memang tak sempat nak menunggu depan tandas tiap kali kakak yak2 walopun dah cuba. Last2 pakaila pampes dulu sampai hujung tahun ni;) jd sebolehnya bulan ni nak start toilet train. Sangat2 memerlukan kerjasama Mr Hus supaya tolong ler jaga anak cuti2 sekolah ni. Tp ofkos la die taknak kan sbb katenyer rugi je bayar kalau tak hantar. Boleh pulak. ;p.. kalau mama aufa, tak kisah pasal bayaran, asal dapat selalu bersama anak, tu yang utama. Kaum2 bapak myb fikiran ke arah ahli ekonomi sket..agaga..

Adik Adni zahratunnur yang comel nie..dah pun berumur 4 bulan lebih lebih. Dah start meniarap mase umur 3 bulan lebih. Perkembangan lebih cepat dr kak aufa dulu. Skg 4 bulan tangan dah cekap ambik barang, meniarap pun dah expert dan boleh slow2 balikkan badan sendiri pas meniarap. Kdg2 tak dapat jugak perlukan bantuan mama nak baring balik. Heee.. dr segi perkembangan linguistic, wow..dah lepas tahap cooing dan babbling, dah keluar mcm2 bunyi kdg2 macam “mammamma” dan “nannanna” “ccicaccaaa”. Heee..mungkin sbb adik mase dalam peyot mama dulu blaja comp apps so dr linguistiknye lg cepat dr kakak. Haha. Sembur pon pandai. Waaaa gugur rambot T_T seedy tp xpe..nt mama makan supplement. 

Adik adni Alhamdulillah still breastfeed. Dulu bekal 5 botol sehari. Sekang dah up kepada 6 botol sehari dan kalau pagi masih belum menyusu sbb syok tido kena bg bekal 8 botol sehari. Setiap botol 100ml / 3.5 oz. insya Allah nt masuk 5 bulan boleh la up kan kepada 4-5 oz sebotol. Skg adik minum 3.5 oz pon kenyang dan taknak da..tp pengasuh kate kalau die tidur lama kena bg 2 botol sbb nanti sebotol x cukup maknanya kena bg 7 oz. hoho…skg start minggu lepas dah up lg 4 oz X 6 botol. Adik dah menyusu banyak.
Sebab demand adik pd susu tinggi skg, maka berhempas pulaslah mama mengepam di ofis dan d rumah. Kalau kat ofis sebenarnya dibenarkan wat keje lain mase break sebelum 9.15 dan mase lunch 1-2pm sahaja. Waktu tu la digunakan nak pam. Waktu petang2 curi2 mase je keluar sekejap g tempat secret. Hee..tp kena hati2 la takut kena sound. Setakat ni tak lagi..;)

Ups.

Nak stori mori pasal work.
Dah terpanjang lebar citer pasal anak dulu.
Harusla kan;)

Work sy kat sebuah perbadanan NGO (badan bukan kerajaan) ni best. Sangat best. Kerja bahagian professional, sebagai pegawai. Buat penyelidikan, translate, tulis buku, uruskan pameran. Best. Sape taknak, boleh ke luar Negara, berurusan dengan pengarah2 dan menteri2. Bawak vip2. Press release etc. dan yang terbaru, mama aufa dah dimasukkan ke dalam team untuk rangka kerja ke Oxford, British, India dan Taiwan. Wah. Best. Tp mcmana nak tinggal family tu..huhu, xpe, ada masa boleh difikir lagi tp mama aufa memang WAJIB pergi sbb bahagian bawah jabatan mama aufa. Rangka kerja untuk awal 2015 tp skg dah kena start wat list etc. agak padat dan kerja di sector ni mmg memerlukan keprofesionalisma yg tinggi (ad eke perkataan tuh??) hehe

Kerja best.

Cuma yang tak bestnya ofis hour die.

Tp tu pon orang ckp dah ok berbanding company lain.
Ofis hour 9a.m-6pm.
Sedih wooooo
Tinggal anak2 waktu mcm ni.
Awal2 keje jangan kate r berapa besen air mata boleh tadah.
Dalam ktm dah bergenang air mata. Kena cover2 kalo tak org nampak.

Skg dah ok sket takde la mcm awal2 nanges2 Cuma skg rindu setiap hari itu pasti!
Pastu mase dah terhad. Mase mula2 start kerja adni betul2 baru masuk 3 bulan. Kire ok la tu kan dapat bersama adni 3 bulan penuh. Then tinggal die, 3 minggu sebelum kerja dah ajar susu botol siap2. Kdg2 nak kadang2 reject, ambik mase jugak die nak accept susu botol. Tp Alhamdulillah lama2 dia faham.
Awal2 kerja jugak mama aufa dah berazam dan tekad, kalau berlaku ape2 pada anak2 dalam seminggu due bekerja memang akan terus resign 24hours notice. My family first. Job can wait (always job can wait), believe me.

Tp Allah mudahkan. Pengasuh cakap adni mudah dijaga. Tak perlu berdukung atau ape2 pon, just menangis mase nak susu. Pastu yang lain die banyak duk baik je..pengasuh sendiri ckp mudah. Nak tido pon senang. Hu2. Nursery aufa lak, ok sangat. Aufa tiap2 hari cerita pasal kawan2, cikgu. Sayang sgt cikgu kat dia. Tiap2 hari ambil mesti comel je cikgu ikat rambut die..;) aufa pon happy, Alhamdulillah. Banyak belajar benda baru. Die memang xde ngadu ape2 Cuma ade la pasal kawan ambik barang die. Hehe (tu la sape suh bawak barang g skolah kan,?)

Tp macamanapun orang jaga tetap tak sama dengan kita jaga.
Bile duk dengan orang dan ditambah2 lagi bersama kanak2 lain start berjangkit selsema, batuk, demam etc.
Adni pon ada kena selsema, aufa pun same, sampai 2-3 minggu. Tp Alhamdulillah aufa tak demam. Adni kena demam sehari je pastu ok.

Takpe, kite redha dan pasrah. Yang penting tempat yang kite nak letak anak2 memang kite dah usaha survey yang terbaik, siap masuk check lagi mase sebelum daftar. Oh ye, aufa duk taska, manakala adni dihantar ke pengasuh dekat rumah. Pengasuh baik sangat2..alhamdulillah, tu pon survey 2-3 orang nak cari pengasuh..bukan senang nak cari yang boleh jaga anak kite dengan baik. Yang boleh jaga amanah kite dan amanah Allah beri sebaiknya. Syukur Allah permudahkan.

So start bulan 10 lepas sampai skg, I am working. Dah hamper 2 bulan keje;)
Habis keje kul 6 terus laju menuju ktm (naik ktm sbb kereta jem). 20 minit kemudian sampaila ktm dekat rumah. Pastu terus drive balik rumah. Paling cepat boleh sampai rumah pukul 6.45 pm. ;( sedih sangat sbb tu paling cepat leh sampai….huhu…kalau terlepas ktm awal, kena tunggu next ktm, so nt dalam 7.15 baru sampai rumah ;( sedih woooo bile sampai rumah tengok dah malam. Kesian anak2.kalau suami ade mmg suami akan ambik anak2 so lega siket, kalau suami xder mama aufa yang akan ambik anak (suami kdg2 kerja malam jugak) redha dan pasrah naik ktm sbb tak sanggup nak redah jem 1-2 jam tiap2 hari.
Penat? Memang takleh nak kate. Awal2, mase 2-3 minggu pertama memang terasa sangat2 penat, xder masa, kelam kabut, tension….

Pastu skg masuk bulan ke 2 kerja dah makin ok, tp penat tu tetap ada…mase pon tak reti sangat mama aufa nak bahagikan dengan baik..sbb yang susun jadual kite ialah anak2.;) jadi balik2, simpan stok susu dalam peti ais >salin baju > rehat jap sambil layan aufa > susukan adni >>mandi >> solat maghrib >> masak dan makan (kdg2 x masak, beli je) >>tidokan adni >> layan aufa >> tidokan aufa >> solat isyak >> pam susu >> basuh baju/ sidai baju >> pam susu >> gosok baju & tudung untuk next day work >> basuh segala alatan mengepam dan botol susu >>siapkan beg nursery kakak dan adik >> tido (paling awal pukul 12.30 leh tido)

Tido memang tak dapat awal. Kdg2 lepas maghrib adni suke tido awal, jd kdg2 terlelap sekali dengan adni sambil menahan lapar…kakak aufa pon terlelap sekali tp kak aufa biase memang dah makan malam kat skolah kul 5.30pm mcm tu. .. Jd malam bg die makan ringan2 je. so bile tertido awal makan terbangun dalam kul 2-3 pagi mcm tula saat2 nak makan, kemas beg nursery dan sidai baju etc . tp kak aufa memang suke bangun bile mama bangun. Layankan je la kalau die ade sekali. Heee..

Penat? Sangattttttttttttt sangattttttttttttttt sangatttttttttttttt penattttttttttt

Warghhhhhhhhhhhhh nak resignnnnnnnnnnnn

Huhu

Tp susah sangat nak resign
Lagi susah dr nak apply kerja
Nak kerja yang ofis hour sekejap je boleh? Hee..
Mcm jadi cikgu, pergi pagi tp tengahari dah boleh balik.
Cuti pon banyak..

Cuma kerja pon banyak jugak.
Tp still. Ofis hour yang diminati ramai. Heee
Ramai berpendapat, dah dapat kerja, kerja la dulu kan. Try je.
Skg dah try. Dan sangat tak best dengan kehidupan lepas kerja.
Anak2 mcm terabai walaupun sebenarnya kite cuba bg perhatian sepenuhnya.
Memang kerja2 takde langsung dibawak balik. Tak sempat den. Nak makan pon tak sempat
Bg mama aufa, kerja kat ofis je, balik rumah babay kerja. Mcm tu la.
So skg..

Dalam dilemma

Nak teruskan kerja atau tak

Nama dah terlibat dengan projek besar.
Skg pon dah masuk team utk menulis buku (my part dah siap).. bulan 6 tahun depan buku tu akan dipublish di Malaysia.

Kerja ni sgt best……sayangnya……..

Tp saya lebih sayang keluarga saya…..anak2 saya….

Bila kerja nak balik kampong pon tak sempat……;(

Balik hujung minggu 2 hari je kat kampong sgt memenatkan..nak cuti lama2 takleh. Annual leave punyer la siket 13 hari sahaja untuk setahun dan mc sangat kedekut. Company ni la paling kedekut nak bg cuti (hehe kutuk company sendiri). Taho tak mc bukan main susah nak accept??! Lebih dr university ler..kalau mc dr hospital govmen pon die tak terima, bayangkan..giler..mc hanya boleh dr klinik panel yang haprak jauh kot ..
Uhuk2..

Dilema~ oh dilema~
Dilema~ nak resign~
Susahnya~ nak resign~
Taknak kerja dahhhhhh
Waaaaaaaaaaaaaaaaaa ;(
So nak kerja ke tak?

ok, semua ada pendapat masing2..semua betul, ikut kebolehan masing2 sebab kite lebih kenal diri sendiri dan kebolehan kita.

Bagi pendapat peribadi mama aufa, JOB CAN WAIT. Tak kira kat mana pon, insya Allah rezeki Allah luas. Sentiasa ada di mana sahaja. Yang penting kite kena bijak ambik peluang.

Buat mama aufa yang ada PILIHAN nak kerja atau tidak (kalau kerja government yang tetap tu mmg takde pilihan so teruskan yang terbaik;)Mama aufa juga rasa terlalu awal untuk seorang ibu meninggalkan anak2nya di masa2 yang sangat2 penting ni. Umur bayi dari lahir sehingga 4-5 tahun kan merupakan crucial time coz di sini kite akan bina basic personality, psychology dalam diri mereka. Mase ni jugak imun mereka tengah terbentuk, kekuatan badan mereka, fikiran, emosi, perasaan, mereka baru mengenal dunia. Takkan nak kenal dunia tanpa ibu di sisi? Cukupla buat masa sekarang ayah yang mencari nafkah. Kesian kan? Mereka kenal benda di sekeliling melalui pengasuh/ guru taska. Mane peranan ibu? Adekah hanya setakat 4-5 jam di rumah dan di hujung minggu bersama anak2 yang baru 3-4 tahun atau beberapa bulan mengenal dunia ni? Pendapat peribadi, apabila mereka membesar tanpa insan yang paling penting disisi, maknanya akhlak mereka dibentuk oleh orang lain. Jadi bayangkan seolah2 air dalam pembetung, air mengikut bentuk pembetungnya. Skg apabila ibu bapa banyak masa dihabiskan di tempat kerja maka siapa yang menjadi pembetung buat anak2 yang di anologikan bagai air ni? Pastinya pengasuh..maka dari merekalah anak2 kecil belajar tentang akhlak, personality, adab,dan paling penting ilmu. Jadi tak hairanlah bile bersama mak ayah sendiri mereka jarang dapat mendengar kate atau arahan mak ayah sebab mereka menerima instruction juga dr pengasuh dalam bentuk berbeza.

Jadi nak stop setakat ni shaja dulu. ;( dah tak sanggup. Orang kate biaserla perubahan menuju ke fasa yg lain, fasa kerja, memerlukan pengorbanan. Tapi x sanggup bile perngorbanan memakan diri. Saying lagi rumahtangga yang dibina ni. Bayangkan bile kerja takde mase nak kemas rumah, xder masa nak memasak dengan nak layan anak2 lagi, sian pulak suami. Huhu.

Pasti ada jugak positif bile kite kerja, dari segi kewangan mmg best la kan. Boleh bantu suami, hantar pd mak ayah sikit, boleh kerap balik kampong, belanja pakaian dan barang pon senang dengan duit sendiri, dan jugak paling penting boleh beli aksesori breastfeed yang seblum ni tak termampu nak beli (hee skg dah ada 2 electric breaspump, satu single dan satu double,beli ngan duit gaji..yeayyy) apepun semua benda ada pros dan cons ye tak.

Allahumma yassir ya Allah.

Semoga apa jua keputusan yang diambil diberkati oleh Allah, diredhaiNya.

Amin.

Saturday, November 2, 2013

Assalamualaikum! i miss my blog**Updated news**

Assalamualaikum wbt..


Rushing...rushing...


hehe..entry sepantas kilat. (kak Aufa start jeles dah bile nampak mama bukak laptop suh bukak upin ipin die je...mmg laptop mcm hak milik maam besa aufa..hihi)


adik adni tengah tido...nampak mcm geliat2 dah..(petanda nak bangun le tu..)


Banyaknyaaaa nak cerita..tak sempat...seriously, mmg tak sempat.huhu. dengan aufa memonopoli laptop dan smartfon mama, dan adik yg tido kejap kejap dan mase lena sebetulnya maka mama start wat keje rumah.hehe..


Berita terbaru, Alhamdulillah i am now an employee.. ye...start 1hb 10 mama aufa dah start kerja di sebuah perbadanan milik NGO di pusat bandaraya KL. Bahagian pentadbiran.semalam dah genap sebulab kerja. tempat rahsia...hehe..


tp dalam suke gak dpt keje ada sedihnya jugak.hm...biaserla..dah lama tak berpisah dengan anak2 tetiba kerja start 9a.m sampai 6pm.


huhu..sedih.


Aufa 3 tahun lebih.


Adni baru je nak masuk 4 bulan 


jelitawan2 ni buat mama serba salah nak kerja. Tp tu la, bile rezeki dah dapat, cuba yg terbaik kan. sbb skg dengar kate susah nk dapat kerja.


Aufa kembali ke nursery dekat perumahan kitorang ni. manakala Adni dihantar ke rumah pengasuh. Adni still fully breastfeed, so tiap2 hari mmg kerja mengepam jer..hehe..kat Ofis 2 kali pam, pagi dan mase lunch hour, mase petang dah tak sempat, bile sampai rumah je dapat terus pam. Tp biasenye mmg tak sbb bile sampai terus ambik adni dan terus direct feed je, so malam je boleh buat stok susu. Syukur, sekali pam dapat 8-10 oz. Stok kat ofis dalam 12-15oz sehari..stok frozen skg dah 50oz,,(tp still sikit)..hehe...tak guna sgt stok frozen, banyak bg fresh ebm je kat adni, cuma adala kalau tak cukup topup sebotol ngan stok frozen. Bekal susu untu Adni 6 botol X 3.5oz sehari ..maknanya 20 oz sehari bekalan ebm untuk adni. lgpon skg umo die baru 3 bulan, mmg suap kat rumah pon paling banyak die minum 3.5 oz..tp kalau direct breastfeed banyaknye die minum..hehe


sebenarnya rindu sgt nak merepek2 dalam blog ni. banyak sebab tak dpt nak fokus writing blog cayam. tp rugi gak..sbb banyak perkembangan adni tak tercatit..uwaaa... Antaranya:-

-Laptop lembap mcm siput sedut (nk bukak google ambik mase 5 minit, pastu asyik hang dekat 10 minit 2,3 kali mase guna..mmg spoil mood nak bukak laptop)
-x bes update guna smatfon..sbb skrin kecik kot.hehe..
-aufa memonopoli laptop n henset
-anak2 ku 2 org yg mcm 10 orang..
-kerja umah banyak tertangguh sejak keje..hihi (biasela kan..)
-nak gosip ngan hubby bile mase free.. (lalala)

rasa nak gosip pasal keje jugak tp hehe..tak tahu bile.

adni sangat2 ok, die budak yang baik sgt, jarang nak nangis..pendiam orangnya..hehe..kdg2 je boleh dengar die bebel2. skg adni dah mula nak meniarap, bontot terbalik dan tangan still terlekat tp die usaha jugak. haha. comel.

Aufa? banyak nya cakap..alahaiii ..penat nak melayan. awal2 mase mama aufa keje mmg setiap pagi die akan bangun dah, bile tengok mama die bersiap, terus tanya "mama nak g mana?" (soalan tiap2 pagi). mama cakap "mama nak g kerja sayang.." aufa tanya lagi "aufa macamana? nak ikot boleh?" "boleh aufa, mama bawak aufa ikot mama naik kete, nanti mama letak aufa kat sekolah..seronok, ada cikgu, ada kawan, banyak mainan..boleh blaja..."

huhu. tiap2 pagi mmg mcm tu. layankan jela.. nasib baik tiap kali hantar die tak nangis nak ngikot.

skg bile dah biase dan tahu tiap2 hari mama g keje, bile hujung minggu die tanya "mama tak g keje ke?"

hehe, jd mama jawab "tak, harini mama nak jaga aufa dan adik..mama tak g keje.."

aufa ni pelik siket. kalau die tanya ape2 takleh jawab pendek2..takleh jawab ye, atau tak je..kena ada reason sekali. kalau tak die akan cakap "cakapla betul- betul mama/baba.." mcm tu la si kakak...ayodaiii kena pandai cater skg dgn die...hu2..


pasal work lak..saya suka kerja saya skg. sangat2 suka. walopun kalau nak kira payment tu hmmm..hm.....still tak sampai tahap sepatutnya plaja degree dapat, tp kalau diikutkan ok dah la kot. ntah la.huhu..


And...


next 2 weeks i will have a CONVOCATION CEREMONY!!  yippieeee!!!!


best sangat ,memandangkan dua2 (mama aufa dan sepupu) konvo pd hari sama di UIA, maka family kami beramai2 datang UIA..dah tempah keretapi separuh gerabak! waaa..seronok sangat sangat sangat! x sabar nak konvo.


ok..last but not least, doa2kan sy banyak mase free nak update. huhu. sian adik..tak sempat menyempat nak tulis perkembangan adik..checkup bulan2 pon patut tulis baru ingat dan tahu perkembangan tp x sempat. aufa dulu sempat je...btw, adni sgt big baby..hehe. mase 1 bulan beratnya dah 5Kg, bile 2 bulan naik sampai 7.2 Kg,  sampai doc risau kot2 mama aufa dah suap adni makan..hehe..takde doc..adni minum susu badan je sepenuhnya..alhamdulillah.. berat 3 bulan baruni dah 8.1 kg. (^^) 


lastly..ni gambar puterisss bulan lepas..latest punya gambar masih x transfer lg..hehe..








                                            hehe..topi adni mcm kopiah lak...rrrrr...