Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, August 29, 2012

hehe..kat kampung lagik

Assalamualaikum wbt..

mengambil kesempatan menghapdet di cc, sambil2 nak check result short sem sebenarnya tp tak keluar lagik.. hik2

kami 2 beranak di kelantan di, tengah bergumbira di sini sementara mama aufa cuti lagi sampai 10hb 9, tapi dengar kate Mr Hus nak ambik kami dah hujung minggu ni, minggu depan ade sekolah ganti katenyer...isk isk T_T

Tp rindu gak kat umah sewa kami d Gombak nun. ntah macama dah skg, ritu tinggal nak balik raya licin lemun kemas cantik2 tapi ditinggalkan kepada mr Hus mesti feeling2 bujang seminggu anak & istri tersayang takder kan.hehe

Hm.. Aufa, kalau balik kampung memang tak ingat mama, duk main 24 jam. ramai sangat yang melayan, tambah2 lagi kat kelantan ni ramai sepupu2 mama yang kecik2 duk mengasuh die, senang eden nak wat keje..nak masak, nak mandi, basuh kain. nak tido pon boleh.haha. kan best kalo kat kl pon ramai yang jaga aufa kan.hihihi..

Gambor nak penuh dah memory card amik..gambo beraya sakan pon ado.. tapi takleh nak upload ler kat cc, tak bawak usb pom.

kat rumah ade jer internet ikot samsung note guna Digi internet kami punya tapi lambat ler nak bukak..slow jer, tak besh sangat sangat..so mai cc ler laju siket internet.tp jarang2 lah mai cni, dekat jer ngan umah.

kami pon sempat g ekspo Fun & Fair kat area dekat umah kami baruni. naik Roller coaster, ketapi, macam2 lah. barang pon murah2 untuk membankrapkan diri sendiri..hihi^^,

Ehem2,,.2hb9 ni besday my Hubby, ingat nak wat seprais tapi awal2 lagi die tanya td dalam msj, besday die nak bg hadiah ape. ceh. ilang seprais. Haha. ingat nak wat kek sebijik. kalo rajin.kalo tak beli la kat kedai, tapi kek kat kedai siyes tak sedap,muak je makan walopun cantek.. kalo order  ngan orang lagi best. Kek red velvet kak Ilot sampai skg Mr Hus duk sebut suh order lagi .sedap sangat2.. hihi, tengok la nanti lenkali insyaAllah..

Tak tao lagi nak sambut mane besday Hubby ni, kat kelantan or kat KL..kalo sempat sambut sini je, kalo tak, kami sambut kat sane sambil2 wat open house raya kan. tapi feeling2 bajet takder habis utk raya.haha.

oK lah, nak balik dulu..ntah macamana keadaan aufa kat umah duk ngan mak-mak bapa2 sepupu die.hihi. Babay...

Monday, August 20, 2012

Aidilfitri kami sekeluarga 2012

Assalamualaikum warahmatullah..

Sebulan puasa sudah berlalu, menghantar Ramadhan pergi dengan rasa berat hati..Ya Allah, tahun ni rasa cepatnya sebulan bulan puasa! perasan tak cepat sangat? huhu. Ma citer kala mase ma puasa dulu dari pagi ke petang tu masa memang panjang dan lama sangat. Masa mama aufa dulu2 pun memang rasa lama je puasa dari pagi sampai petang tu..minit ke minit, jam ke jam, asyik tengok jam je tunggu berbuka..hehe..tp skg tengok2 jam rasa terkejut,eh?dah nak berbuka?Sekarang semuanya sudah cepat,kan?betul ke ni antara tanda2 kiamat? Ya Allah.............T_T




Sehari sebelum raya, pagi2 lagi mama Aufa bangun pukul 4 a.m, barang dah hampir 80% setel kemas semalam tapi still ada yang baru nak sumbat masuk beg.hehe. Pukul 4.30a.m gerak Mr Hus sbb die nak ambik Pak Su (adik) kat Kepong then bawak umah kami sbb nanti kami nak balik same2 ke Kedah. Mama aufa ekspres je masak sahur, memang kalut sangat sangat sangat mase tu.huhu.  Dengan masak sahur, dan masak utk bekal aufa makan dalam kete..pastu basuh segala2 periuk pinggan etc sbb nak tinggal umah seminggu kan. Then pecut mandi manda dan sahur terlebih dahulu sementara tunggu Mr Hus dan adik die sampai. After diorang sampai, diorang terus makan sahur dan minum2, pastu punggah barang2 masuk kete. Barang kami macam nak balik kampung sebulan.hehe. Lepas subuh, dalam kul 6.30a.m kami dah gerak dari rumah.

Jem memang jem la jalan, walaupun kami bertolak di awal pagi. Perjalanan yang biasenye 5 jam dah jadi 8 jam. Alhamdulillah, dalam zuhur kami selamat sampai=) Subhanallah, cantik dah rumah Tok & Wan. cat baru, luas, ada tiles, warna ceria, aufa masuk2 terus g pusing rumah. seronok nampak, ye la, umah sewa kami kan kecik je.hehe. Rumah Tok & Wan dah jadi rumah teres berkembar setelah anak2 beli rumah sebelah untuk disambungkan^^

Malam raya, sebenarnya kami baru nak g cari baju jalan2 raya utk aufa memandangkan die baru ada sehelai baju jalan2, yang lain baju kurung dan jubah.he..sambil2 nak cari tudung raya ke2 mama dan seluar baba. Maka malam tu kami ke Billion Sg Petani..ingatke sempatla balik awal nak  membungkus ketupat tp terlekat kat jem dan ramai sgt orang kat Billion T_T. Malam tu, geng2 lelaki kemas umah dan geng2 mak2 dara wat keje dapo.. After siap keje dapo, mama aufa terus gosok baju raya kami bertiga, akhirnya semua setel dan pukul 2 pagi jugak la dapat terlelap.

Subuh2 lagi after solat cepat2 mama aufa ke dapo utk persiapan memasak rendang membantu Tok Umi. Alhamdulillah walaupun Tok Umi kurang sihat tp Allah masih kuatkan Tok Umi untuk beraya bersama2 kita=)

Siap memasak rendang dan siapkan barang2 mee sup Tulang n menanak nasi, mama terus mandikan Aufa dan pakaikan dengan baju raya^^ Comel anak mama solehah ni walaupun baju raya agak ketat,huhu. Then mama sambung susun2 pinggan etc dan terus mandi dan bersiap=) Diorang dah pergi solat raya, aufa, Tok Umi dan Mama je ada kat rumah utk persiapan last makan2=) then baru mama aufa dapat bersiap sepenuhnya. 

After semua balik solat raya, sesi bersalam-salaman di aidilfitri. Aufa seronok dapat duit raya=) kami sebenarnya buat queue utk salam, tp aufa potong queue..hehe..*ups.mama dapatduit raya jugak la* haha.


                                             bersama pak lang yang rajin layan aufa.

Then sesi bergambar2 sebelum makan. Macam biasa, awal2 aufa ok lagi, lama2 die dah mula mengamuk sebab mengantuk, Yela, awal2 after subuh lagi die dah bangun teman mama kat dapo.huhu. Lepas ambik gambar, makan2, then kita semua macam biasa akan ziarah kubur Tok nek & Wan Tok di Kuala Ketil, tp sebab cuaca panas dan aufa tidur, mama temankan aufa dalam kereta *mama pun tumpang tido sekaki sbb mengantuk sangat* lepastu terus balik rumah..agak lewat dah sampai, dalam pukul 2.30, takda perancangan beraya ke mana-mana harin sbb Tok Umi pon kurang sihat..jadi semua terus balik ke rumah. dalam kul 3.30 ada tetamu datang beraya..^^

Petang sempat kami ziarah rumah Tok Nek (ibu kepada Tok Wan) yang rumanhnya beberapa minit je dari sini..seronok menjamu selera dengan macam2 juadah..lontong, ketupat, rendang, kuih muih, semua ada..=)
aufa setelah pulang dari beraya umah tok nek, berkejar-kejar sebelum dapat masuk kete.hihi. Bergambar kenangan depan kete baba yang dah tukar sport rim baru sempena raya (cayelah baba*)



Raya ke-2, which is hari ni, pagi2 mama bangun masak mee goreng, then kami sarapan sama2.. after that, rehat2, then mama aufa masak Nasi hujan panas untuk makan tengahari (special request dari Tok Umi). Kak Ipa (kak ayu) buat laksa penang untuk tetamu, nasi hujan panas tak cukup..hehe..sempatla mama aufa masak ayam masak merah dan daging kurma sambil2 ada tetamu datang berpusu2 tadi.huhu. Alhamdulillah,,sampai malam pun tetamu still datang jd kami tak dapat nak g beraya ke mana-mana. hihi..takpe, insyaAlah esok lusa masih ada..Aufa dapat banyak duit raya, sukanya dia^^,

Cadang nak balik esok (raya ke-3) kelantan tapi sbb kami tak sempat nak ziarah rumah saudara mara lagi jd myb tangguh balik kelantan lusa insyaAllah=)

Hm..raya tahun ni aufa dah 2 tahun, dah pandai sembang2 dengan tetamu yang datang, pandai ucap terima kasih bile dapat duit raya, pastu suka join tetamu minum air dan makan biskut.huhu.kadang2 tak terkawal jugak mama pemakanan aufa di musim raya ni^^ orang makan die makan,pastu jarang dah tido..bile dah tak cukup tido, mcm2 kerenah manja comel yang dapat dilihat.hehe. Mama selamba je, seronok sbb kat sini ramai yang tolonng jaga dan main dengan aufa sampaikan memang die tak cari mama langsung. Bile nak tido baru panggil mama.^^


      Aidilfitri 2012 kami sekeluarga^^


Apepun, Salam 'Eid Mubarak kepada semua ahli keluarga, rakan2, pembaca blog dan semua^^ TAQABBALALLAHU MINNI WA MINKUM.. 

MAAF ZAHIR DAN BATIN^^

AssalamualaIkum warahmatullah

Friday, August 17, 2012

Raya kalini dan persiapannya

Dah hampir setel sepenuhnya..

persiapan aufa 100% setel.

Mama aufa 90%

Baba aufa same 90%

Tudung peach labuh je mama aufa belum jumpa yang sesuai lagi, tapi takpe sbb raya 1st kami berkelabu-kelabuan..raya ke 2 baru pakai peach.hihi. setakat ni g tengok2 takde yang berkenan di hati, jubah peach dah ada. Baba aufa tinggal nak cari kasut raya je.



 kasut mama Aufa, feeling2 kasut artis kan.hehe. tak biasa pakai yang bertumit tapi kalau tapakl lebar tinggi 2 cm macam ni bolehla feeling2 try..Beli kat Kedai kasut ape dah..lupa..mase offer 30%.



            Kasut aufa pon ade offer jugak. jimat duit..hehe..aufa sayang sangat kasut ni sampai mase try die taknak bukak dah.



               Baju2 raya Aufa..tahun ni ada 7 pasang, (2 pasang lagi mama aufa tengah nak jahit manik,takde lam gambar)  Kalini 1 pasang je tempah, 1 pasang beli, 1 pasang ambik taon lepas punya (sbb baru pakai sekali) dan 2 pasang lagi mama aufa jahit sendiri.lenguh tangan2 sbb takde mesin jahit..(hint utk baba sbg hadiah besday nt.hehe)



                  Tudung raya Aufa...3 helai wana kelabu, krim, dan oren..tapi yang warna krim tu die dah pakai banyak kali sbb die suke.



    baju dan tudung raya beliau=)

Menu-menu sempena Ramadhan 2012 (yang sempat diambik gambar shj)

haaaaaaaa...ini die tukang masak yang sebenarnya feeling2 suka memasak. haha. tapi masak biase2 je saya boleh. Kalau nasi kandar kena menuntut ngan chef wan dulu kot.

Hm.. selama 30 hari puasa (hari no ke 28, esok lusa tak kire sbb bukak pose kat kedah), memang kebanyakannya masak sendiri. seingat mama Aufa, 3 kali shj kami beli kat bazar ramadhan. Yang first beli tu sbb baru sampai petang dari Kedah, yang ke 2 sbb mama Aufa balik uia lambat, yang ke 3 sbb malas nak masak bile baba takder.hehehe..tapi tak best la beli2 sbb mahal sangat kot lauk2.kalau sedap tu takpe jugak, takdela tak sedap,bolehla telan, tapi kari ikan mcm takde santan je..lebih kurang mcm tu la *sy yang cerewet* mase last beli tu, amik ikan 2 kerat je, ikan tongkol yang die potong pendek2 tu, saiz sederhana jer dengan bendi sebatang, nak bayar mak cik tu kate RM9..ups, terkejut gue ikan 2 kerat dah rm9, terus tobat nak masak sendiri.hehe.

Inila sebahagian gambar2 bukak puasa kami yangs sempat ditangkat. Nak upload hari2 tiap2 malam memang tak mampu eden sbb bz teramat mcm ada anak seploh.hehe. jadi terus upload secara berjemaah di sini shj. sape2 nak resepi mintak ngan masterchef.haha

eh. susunan adalah tidak mengikut kronologi..dan gambar2 yang diambil adalah yang dimasak sendiri sorang2 dengan bantuan Aufa sbg assistant chef. (merasa)



                                 Nasi lemak sambal ayam, dan 2 cucur berlainan jenis (1 lg khas utk aufa)

                            

 ni bukan makanan walaupun geram nak makan2 pipi nak2 die wat muke comel cenggini




Rendang ayam sup sayo campo, daging goreng kunyit



       Mee sanggul (kegemaran encik suami)



 Onde2, kerang tumbuk serai, sambal belacan,sayur peria, ikan goreng.

             kerang yang sangat gemuk dan besar. saya suka saya suka..haha


          tengok kerang ni, besar,kan? makan 4 ketul kenyang sampai malam.sesuai sape2 yang ada hb low

            Onde2 yang buat sendiri, takde daun pandan,tarul pewarna hijau je..mudah sanngat buat benda nih rupanya..hehe.first time buat sendiri tanpa pertolongan emak




                               Kerabu peria..........................sedap tapi pedasssss sangat2..menangis kami telan.haha.mama aufa tersilap letak cili melaka 5 biji..tak tahu lak pedas sampai mcm tu sekali.




       ni menu paling ringkas sbb makan sorang2 mase ni. Kue biji nangka, sup telur (aufa punya) dan sambal telur.. Kue biji nangka tu second attempt after first attemt yang hancusss. kalini jadi dan sedap..haha



                   Ni menu 2 hari lepas, nasi minyak, ayam goreng kentucky dan kari ayam Thai..(memandai je tambah 'Thai") myb sbb pedas siket.haha




               Menu last semalam yang mama Aufa masak sempena nak bukak puasa beramai2 dengan adik beradik Mr Hus..gigih start masak kul4 sampai la betul2 dekat nak bukak pose..kalut sangat mase tu sengsorang kat dapo, tapi puas hati^^ 
Menu utama Nasi Hujan panas, ayam masak kurma, ayam masak merah, sup ayam + soohun, sambal udang, kari iKan, Spageti (tiada dlm gamba sbb makan pas semayang), dan last sekali desert-Cocktail berkuah.



Harini lak..?? erm. sambal udang semalam sbb masak sekilo, ada lagi semangkuk kecik tinggal, jadi panaskan jer! haha.takyah masak dah. yang lain licinnnnnnnnnnnnnn..tetamu kate sedap.wahaha.vangga vangga..=) seronok r masak kat orang ramai2..^^ feeling2 asyik masak kat sorang tu  je kan.hehe.


Sekian shj laporan masakan ramadhan kalini. Babayyy

Akhirnya ketemu jua!


Assalamualaikum semua!

Alhamdulillah..

Rasa seronok sbb dah terjumpa balik usb hp neh. Leh transfer gambar yang dah penuh memory card hp mama aufa.hihi.. dan leh upload gambar2 aufa dan kenangan ramadhan taun nie..yeay yeay

Naseb tak sempat beli baru. Haritu kami g Giant depan ni, sambil2 cari barang keperluan, singgah kiosk2 aksesori Hp, mama Aufa tanya la harga usb tu berapa kan, ingat nak beli terus sbb memang dah berat sgt dah memory card sampai nak bukak hp pon lambat. Sekali cine tu cakap rm25.. dalam hati mama uaf cakap , “mahalnya..harga same ngan coklat inti badam aku jual..hehe..” pastu terus cakap ok la, saya tengok dulu.terus chow……tapi rasa nak nak nak beli sesangat. Nasib baik semalam duk kemas2 umah maka ketemu sama usb kesayangan nih di bawah meja terselit2 gitu.huhu. pasni nak letak tempat tinggi2 dah supaya aufa tak sampai ambik^^

Aci tak kalo harini nak update blog bebanyak?? Sbb esok pas sahur terus kami nak balik kampong dah.hehe.kat kampong nt mesti la bz ngan persiapan raya kan. Sebenarnya mama aufa baru je habis final paper semalam. Waaaaaaaaah. Terujanya habis exam.boleh la beraya sakan pasni=) tak sabo nye nak balik kedah pagi2 esok, leh bungkus ketupat. hehe

Wednesday, August 15, 2012

Stress lately.............T_T

Assalamualaikum wbt..

tinggal 4 hari je lagi, nt Ramadhan akan menyusur pergi. Pastinya malam raya tu sebak kan,dengar takbir raya..T_T, berjauhan dengan keluarga. Ini kali ke-2 berturut2 berhari raya di kampung suami,suasana berbeza tapi mana2 pun kami tetap happy=D

Hm..sehari dua ni rasa macam moody sikit. Tak tahu kenapa, perubahan hormon kot. Sebahagian besar order memang dah siap dihantar, ada lebih kurang 7 order je lagi yang akan ambil lusa ni. Alhamdulillah berunsur setel.

Petang semalam, kepenatan pulang dari Kajang after hantar order dan ambik terus kueh raya yang diorder dari Kak Ilot(--,) *dah habis separuh dah Chocs Chips kami makan malam2,hehe..*, kul 6.30 pm dah sampai rumah after ambik Aufa dengan jalan jem bagai...mashaAllah, memang tercabar dengan jem petang2 skg di bulan puasa ni. Sampai umah, cepat2 masak. Nak beli pon rasa mcm rugi je sbb tengahari tu mama aufa dah belikan ikan cencaru untuk dibuat bakar cicah air asam..sayur mayur pon dah beli tengahari, jd terpaksa masak jugak takut membazir. Biasela, bakar ikan pon amik masa yang lama.. tung tang tung tang, pastu potong sayur,bawang bagai...basuh itu ini...mase tu Aufa duk main sorang2 kat ruang tamu, memang mama Aufa tak check pon die main ape, pasang tv dan bagi die main je.huhu. Mr Hus lak g bazar Ramadhan utk beli air cincau^^

Tetiba, mase nak g masak sayur tu, lalu ikot ruang tamu, mama Aufa terbau busukkk sangat sangat sangat.

Tengok2, aufa sebut "uk, uk".. bile perhati lagi sekali, die dah buang pampes siap2 dan die punya poo poo dah merata2. Allahuakbar, memang naik darah tinggi masa tu. dah la penat, stress nak masa cepat2 ni, pastu Mr Hus g bazar dekat sejam tak balik2 lagi padahal bazar depan umah ni je.huhu. Mase tu sabar lagi, memang mama Aufa teruskan memasak sbb kalau stop basuh poo poo die nt tak sempat masak, jam dah menunjukkan kul7 mcm tu. Stress sangat sangat sbb bau menusuk hidung. Aufa memang pandai buang pampes sendiri skg, sebelum ni mama Aufa tegur lemah lembut sopan santun gemalai bagai. Kalini, memang tak la.. Halilintar bergema satu rumah, dengan panas duk bakar ikan, die lak buat hal mcm ni. rasanya kurus dah puasa semalam..terus kena babab dan marah die,rasanya ini first time tangan diangkat utk babab die macam tu..biasenye dulu cubit2 manja jer. mama aufa bukak surat khabar dan suh die duk situ diam2 sampai baba balik, bia baba je basuhkan sbb mama Aufa nak siapkan juadah puasa. Tup Tup kul 7.30 baba die belum balik. Aduh. naik lagi darah tinggi. dalam hati fikir, "ni beli air ke buat air cincau...??" huhu.. mama aufa faham, mr Hus memang suka jalan jalan, tapi keadaan skg mendesak die utk balik secepatnya. Kol banyak kali dah T_T. Last2, sampai jugak die dekat2 nak azan dah dengan bawak sebungkus cincau dan popia. (tu je kan, beli dan dekat sejam..huhu)

Lepas kena marah mcm tu, aufa tak berani lagi buang pampes sendiri2, sampai la skg. huhu. Kdg2 method berlemah lembut pon tak kena bagi sesetengah budak, lain anak, lain cara ajar kot. kecik2 takpela kalau buat kesalahan mcm tu, tapi bile dah umo 2 tahun, dah cerdik dah..jd kena marah ler.hehe. takpela, lain orang lain cara kan. Yang penting, die dah tak berani buang pampes sendiri..Allah....memang sangat2 tertekan semalam sampai nak makan pon takde selera teringat duk marah anak T_T   Semestinya die nangis semahu2nya apetah lagi bile baba die ada.huhu. ye la, si ayah pon patutnya pulang awal waktu2 genting dekat2 nak berbuka mcm ni..........................(--,)

Jadi petang harini, mama Aufa nak tebus balik 'rasa bersalah' sbb babab aufa dan marah2 die semalam, jadi bawak die main kat Taman permainan dalam Giant bagi dia happy sehappynya.. ok la, die memang seronok main situ.

Untuk bukak puasa harini baba Aufa takde jd mama aufa beli je lauk sikit, kalau berbuka sorang2 memang ringkas je..tak perlu penat2 nak masak..hehe..beli sup tulang je. Kalau mr Hus ada baru masak.

Tapi harini jugak Aufa tanpa sengaja menaikkan darah mama lagi. Tengah2 azan betul2 tu, die jatuhkan cawan kaca, terus terpelanting dan pecah. Allahuakbar, kurma pon baru nak masuk mulut, kaca dah berterabur. Aufa..aufa..... mestila kena marah lagi kan.. sbb die main air tu, bukan minum betul2, kena babab lagi 3,4 kali. tapi yang ni die tak nangis sbb tak kuat pon tahu die tak sengaja sbb tangan die licin duk celup air milO..saboo je la lap air milo yang tumpah tu, dengan kutip kaca2, lap kaca betul2 sbb bahaya....huhu...tapi tak sabo jugak............................T_T

Malam ni terasa rajin lak mengemas peti ais dan dapo..lgpon Aufa tido awal pas kena marah tadi,hehe.. tapi makan still mcm tak lalu je. mudah kenyang sangat bulan2 pose ni, kdg2 bukak makan kueh je dah rasa tak lalu nak makan nasik, kdg2 lewat kul 12 baru makan nasik, tu pon sbb nak jaga kesihatan takut tak cukup zat lak. tak tahu kenapa, rindu kampung kot (--,)

Eh, dah kul 1.30a.m, alamak. kena tido awal ni, esok aufa mesti bangun waktu sahur sbb tido awal kan. pengasuh lak cuti esok sbb kena g hospital utk checkup. Hm.. takpela, aufa duk ngan mama je, tapi jangan la nakal2 lagi. aduh. mengalahkan anak lelaki.........panjat meja, panjat kerusi, tarik tong beras, kutip bawang bagai, habis langsir hiasan mama rosak ditarik2 aufa, buku2,cd2 habis die keluarkan dan susun balik dengan susunan yang buat mama pening.ayya... memang takleh feeling2 mendeko2 lagi la dengan anak kecik yang dah besar ni.huhu..

Moga diberi kesabaran utk melayan kerenah anak yang makin membesar. *ni baru sorang, macamana la ma jaga 9 orang dulu...**,

Monday, August 13, 2012

~Doakan saya~

Assalamualaikum wbt..

Esok, 14 hb 8 2012 & 16hb 8 2012 Mama aufa akan menghadapi Final Exam di sem pendek kalini.

Subjek Political Science dan Bahasa Melayu Kerjaya^^

Doakan saya ya! Moga Allah berkati kalian=)

*Saya memohon maaf atas segala silap dan salah jika ada terkasar bahas terguris hati, benar, kadang2 manusia tak dapat lari dr emosi, dan perasaan utk meluahkannya..dan..kadang2 perasaan marah membuatkan apa yang terbit dr penulisan tidak sepatunya^^ hehe*


Wassalam........................

Excited sangat sangat bile hadiah besday dah sampai.alhamdulillah..suke suke suke

Assalamualaikum wbt..

sequence besday aufa.......

6-08-2012
Bincang ngan Mr Hus nak sambut besday aufa kat mana,bile dan sponsor.hehe=p pastu bincang nak beli hadiah ape kat Aufa. Mr Hus cakap beli 1 sudah,beli kat Giant jer. Tp mama Aufa demand...special day katekan, nak beli something special la kan.ahaks *gelak gedik* Pastu Mr hus cakap mama aufa la uruskan, nt die bayar. Wah *rasa nak melompat di situ*

7-08-2012
Besday aufa. dapat wish je. hadiah tak de lagi..bz sangat haritu,kelas sampai petang..malam tu baru mama sempat nak godek tenet carik hadiah.

8-08-2012
Dah jumpa ape yang dihajati^^ rasa mcm berbaloi dan special utk tuan puteri bushuk masham neh. Pastu mcm Mr Hus, die setuju. Jadi terus call syarikat toys tu, urusan deposit bla3..esoknya terus die kourier..

9-08-2012
Start buat coklat utk customer yang nak ambik awal..hehe

10-08-2012
Dasyat sekali kebizian harini............sampai umah pon dah lewat, masak pun lewat..pastu dalam kul6 gitu syarikat kourier ktm ketuk pintu hanta barang. Rasa mcm nak melompat lompat lompat je happpppyyy hadiah Aufa dah sampai.hehehehe=) Mase tu bz lg duk masak nak buat kerabu peria..duk goreng ikan, tumbuk daging ikan ngan kelapa parut bagai, sbb teruja nak bukak hadiah aufa,memang terrmasukkan banyak sangat2 cili sampai kitorang menangis mase bukak puasa T_T.haha.

after masak memasak, memang cepat je gelojoh g bukak hadiah tu.haha. waaaaaaaaaa..seronoknya..

pastu tunggu aufa balik. Mr Hus tolong g ambikkan die..bile aufa balik, die tengah tido, tp mama aufa g kejut suh tengok hadiah.teruja katekan kan kan kan.hehe. Die pon celik mata ngan payahnya tapi tetiba bulat mata tengok hadiah sambil senyum. Mr Hus pon join teruja.

Hadiah besday aufa kalini 2 items berlainan. 1 dari mama, 1 dari baba..
 tak la mahal sbb kami tak mampu nak beli mahal2..huhu..T_T . tp moga ia tinggalkan kenangan kuat buat anak kami..

sebijik Hello Kitty Tent dengan 25 pcs free ball & Kabinet dapo mainan.

Aufa sampai skg tiap2 hari masuk lam "umah" die.

cedihnya tak jumpa2 sampai skg usb yang sambung hp ngan laptop ni, mane la si aufa letak..ayyya.....cubit kang.


Friday, August 10, 2012

tiba-tiba sebak pulak...

Assalamualaikum wbt..




Minggu lepas, salah seorang pelajar Qiraati& Quran yang mama Aufa ajar dah berjaya Khatamkan Al-Quran buat kali pertama. Mama aufa yang terlebih excited tiap2 malam habis lewat kelas mengaji, dah la bulan puasa kelas ajar mengaji kat diorang start pukul 8.30 sbb sibuk sikit nak berbuka dan solat dan bersiap bagai..huhu..jadi sebab makin lama makin nak habis adik ni baca, after ajar Iqraa' budak2 6 orang tu,peluang untuk ajar adik ni sorang2 sampai la 9.30pm..yang sukanya, adik ni rajin membaca al-quran, langsung tak penat walaupun baca berhelai2 muka surat..katenye semangat nak khatamkan Al-Quran sebab mummy die nak buat pulut kuning.hehe=) Walaupun die sudah di Tingkatan5, tapi segulung tahniah mama aufa ucapkan kerana die berusaha untuk khatamkan Quran sedaya upaya=)

Jadi masuk juzuk 'amma, die ambil masa 2 malam untuk habiskan.Alhamdulillah minggu lepas tamat sudah semuanya.. Bile akhir dengan annas dan alfatihah, tibe2 rasa sebak lak..mama Aufa yang rasa sebak,dia happy sangat.huhu. Rasa tak percaya, saya dah berjaya mengajar Quran budak ni sampai die khatam.MashaAllah,ape perasaan ni, susah nak luahkan..tapi rasa sebak, syukur...........

....dan teringat pada ayah di Kelantan. Usia ayah hari demi hari makin meningkat, tapi ayah kelihatan kuat dan gagah sekali, sebagai pemimpin keluarga, imam keluarga, aktif dengan kegiatan dakwahnya di Islamic Outreach Organisation ABIM..

Dulu kami 9 beradik memang sepenuhnya dibawah didikan Al-Quran daripada ayah..tak dapat saya bayangkan, bagaimana ye agaknya perasaan ayah apabila seorang demi seorang anaknya khatam al-Quran di bawah didikan ayah dan ma, di rumah sendiri..MashaAllah..ayah merupakan pengajar yang hebat, dan apa yang saya ajar pada kanak2 mengaji di rumah skg adalah berbekalkan apa yang ayah ajar pada saya dahulu. Saya sebak, terkenangkan ayah yang banyak berkorban.

Seawal usia 5 tahun, kami 9 beradik sudah diperkenalkan dengan Iqraa', mula dengan Iqraa' 1 sampailah 6. Teringat dahulu masa kecil, setiap buku Iqraa' tu kan berlainan warna dari 1-6..bile dapat beralih warna contohnya pink ke hijau, gembira sekali, rasa semangat! ayah memberikan pujian pada anak2nya jika berjaya tapi ketegasan dalam mengajar quran sampai ada antara kami membaca sambil mengalirkan air mata=) bile dikenang, manis saat2 itu..^^ Apabila memasuki usia 7/8 tahun, rata-rata anak2 ayah sudah berjaya khatam Al-Quran. Setiap kali ada yang khatam, ma akan buat pulut kuning dan sedikit majlis kesyukuran khatam Al-Quran. Tapi selepas khatam, kami adik beradik tetap membaca al-quran di bawah supervision ayah tiap2 malam sehinggalah memasuki sekolah menengah. Sesetengah adik beradik yang boleh membawa suara, ayah ajarkan Tarannum yang mana ayah belajar pada waktu itu tiap2 malam Jumaat. Indahnya..tarannum yang sempat dipelajari seperti bayati, hijaz, nahwan, ras..semuanya saya dan abang/kakak mendapat basic daripada tunjuk ajar ayah. Bukan sekadar tarannum, malah cara tarikan nafas dan Tobaqat suara diajar oleh ayah.. Ayah memang hebat! Mama aufa tak tahu sama ada dapat mendidik anak2 seperti yang ayah buat. Semoga Allah memberkati ayah..^^

Selepas tamat SPM, mama Aufa bersama kawan baik, Zulaikha telah memasuki kursus Qiraat di KIAS Nilampuri, bersama-sama ayah. tapi ayah lagi advance..sebab mase tu kami baru belajar Qiraat Hafs dan Qalun serta tarannum Hijaz tapi ayah sudah ke peringkat Qiraat lain yang lebih tinggi seperti Kisa'ie. Jadi, ayah juga lah yang membantu saya menamatkan kursus ini selama 4 bulan dengan jayanya=)

Aufa, di mana jua berada, jadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup..Junjungla Al-Quran walau di bumi mana kita berada.Ingatlah, sebaik2 insan ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkan Al-Quran....

Wednesday, August 8, 2012

Selamat Hari Lahir Aufa yang ke-2!!!!!!!!!!!

Assalamualaikum Warahmatullah..

Harini 8/8/2012 baru berkesempatan mengupdate, kesnya, Aufa tido awal semalam, pagi ni lepas sahur die udah bangun, pastu tidokan aufa balik dalam kul7, sampai mak nye pon terlelap sekali...lantas...terlepas kelas kul9 sebab kul 9 baru bangun.waaaaaa..sedihhhhhh..biase kelas kul9, kul8 mama aufa bersiap tung tang tung tang salin pampes aufa bagai.Aduh,harini tertido..huhu..

Semalam., 7/08/2012, Adalah Hari Lahir Aufa!!!!!!!!!!!!! SELAMAT HARI LAHIR Aufa Hibriyah Mohamad Husaini=) anakanada Pn. Ainina tersayang..

Disebabkan kite skg berada di bulan Ramadhan, takleh la nak sambut lagi Besday aufa.huhu.Kalau nak sambut malam pon semua g terawih.. jadi ikut cadangan baba, nanti Hari Raya ke 2 atau 3 kite akan celebrate hari kelahiran Puteri sulung kami^^

Ingat semalam nak design video dan Photoshope bagai untuk wat kenangan aufa dari lahir sampai umo 2 tahun, tapi kebetulan lak waktu besday aufa tu lah mama aufa bz yang amat..kelas semalam dari pagi sampai petang, kul 5.30pm sampai umah dah flat sebab penat sangat kelas harini. Balik umah, solat asar, sembang2 dengan Aufa sekejap da mama tertido..bangun kul 6.30pm terus cepat2 memasak Mee Sanggul 2 versi kat dapo..versi 2 untuk Aufa iaitu yang tak pedas langsung dan takde sayur..hihi, versi 2 mesti la yang pedas dan sayur serta daun bawang yang amat banyak untuk mama & baba aufa..hihi. Aufa memang pantang makan pedas,even takde cili pon, rasa rempah yang pedas2 macam bunga cengkih ke lada hitam terus die menjerit sambil sebut pedas pedas..huhu..mama rasa ikot lidah mama la kot sbb mama dulu memang tak suke pedas sangat..skg suke lak.huhu.

Best jugak bukak puasa semalam walopun mama aufa hanya masak mee sanggul, baba belikan tepung pelita 5 bungkus dan karipap goreng, mr Hus bertambah2 makan mee sanggul sampai kena warning dah.hihi.kate nak turun berat badan kan...gee  ggee..katenye sedap mee sanggul goreng tuh. vangga..haruslah vangga kan.haha.

Semalam, seblum tido,sambil baring di tepi aufa, mama sembang ngan aufa..

"Aufa, harini hari lahir Aufa, aufa tahu tak? Selamat hari lahir sayang mama."

"Ehek..he he he.." (gelak2 dan sengih)

"Aufa happy tak? Aufa dah umo 2 tahun..dah besar dah.."

"Eeeee......besa...he he (gelak lagi)"

 "Aufa kena jadi anak solehah ye, dengar cakap mama & baba,belajar pandai2.."

"yeay yeay..he ..he.. (gelak lagii..)"

pastu mama nyayikan lagu ..

Allah selamatkan Aufa..
Allah selamatkan Aufa..
Allah selamatkan Aufa Hibriyah,
Allah selamatkan Aufa..

terus g cium pipi die, die senyum2 happy sangat, macam faham je..mase mama duk nyanyi2 die tepuk tangan.huhu.

"Aufa sayang mama?"

"sayangg mama"

huhu..rasa sebak. dah besar dah anak mama a.k.a kawan rapat mama a.k.a teman terbaik a.k.a teman gaduh manja a.k.a buah hati.




p/s-tercari2 mana la perginya kabel USB yang sambung hp ngan laptop ni, nak update gambar aufa yang baru amik semalam..huhu..penat cari tak jumpa2..bile ada anak kecik ni mcm2 barang ilang dibuat main.haritu nampak aufa duk pegang sambil ayun2 usb tu.adoiii.....anak mama..huhu.

Monday, August 6, 2012

Menanti hari esok

Assalamualaikum wbt..

Harini, dah masuk hari ke-4 Aufa duk dengan mama..bermula hari Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin.=) Mama cuba sedaya upaya mengurangkan waktu Aufa duduk dengan pengasuh, sebab mama mahu meluangkan masa terbaik dan berkualiti dengan Tarbiyah dari air tangan sendiri buat anak tersayang^^ Sejak masuk kanak2 lain yang sebaya dengan Aufa, mcm2 dah Aufa belajar perkara baru..yang positif dan juga tak kurangnya yang negatif T_T.huhu.. 



Yang positif bile aufa belajar bergaul..sebelum ni Aufa yang paling kecik kat umah pengasuh, aufa hanya ada kak Balqis sebagai kawan..skg dah ada 4 orang yang sebaya..dah pandai mintak barang elok2, dah boleh berdikari untuk pakai seluar sendiri, buang pampes sendiri,minum sendiri..dah belajar membina ayat yang panjang dengan kawan2. belajar sharing2 makanan..Alhamdulillah=)

Yang negatifnya, Aufa dah belajar mencakar..ish2, budak solehah tak mahu cakar2 ye..aufa mempraktikkan ape yang dipelajari dengan kawan2 lain pd mama/baba. Sakit..dulu mase die sorang2 ngan pengasuh tak pernah lg die buat..huhu..Mula2, mama tegur dulu,kali ke2,tegur jugak,kali ke 3 kalau tak jadi tegur, mama acah untuk cubit/tepuk.kalau tak dengar jugak maka mama terpaksa guna kekerasan..Supaya aufa tahu, bahawa kite takleh menyakiti orang lain, dan aufa kena tahu apa orang lain rasa bile kite buat, sakit bukan? lainkali dengar cakap mama.hehe..Mama ok lagi, kalau baba..campo dengan penat baba keje siang malam, tersilap haribulan kang lain lak jadinya^^ Jd, behaves well k sayang..Aufa jugak mula belajar manja..kadang2 semua tak kena,pujuk semua tak makan..tahan telinga je la.tapi jarang sebenarnya Aufa buat hal nangis tiba2 melainkan ada sesuatu yang aufa nak gtau sesuatu. Yang obvious skg, susah nak tinggalkan Aufa dengan baba, waktu mama memasak ke, mama nak makan ke..memang orang kate 24 jam berkepit ngan mama, dapat pegang kaki mama pon jadik la.huhu..Baba dukung tamao, baba dodoi takmao..semua tak mao..jadi nak elakkan aufa nanges2 bising2 baik mama biarje aufa berlekat ngan mama..^^



           ni di waktu 3-4 pagi, Aufa menemani mama study,,tu rambut macam org korea.hihi.
Aufa, Quran & Buku tak dapat dipisahkan..jadikanlah mereka sahabat baik Aufa selamanya k..9 bulan dalam tummy mama aufa bersama buku dan study, 2 tahun pas keluar pon still dengan buku dan study..hihi..



Begitulah, proses membesar...anak2 akan belajar perkara2 negatif, dan positif..sebagai ibu bapa, memang kite takleh nak sekat diorang dari explore dan belajar benda baru, dan, itulah tugas ibu bapa, mengajar dan mendidik anak2 supaya amalkan perkara positif dan jauhi perkara negatif. Setiap orang ada cara tersendiri, bagi mama Aufa, mama aufa suka kaedah tegas tapi sayang..tak terlalu memanjakan..dan saya memang annoying dengan budak2 yang kuat menangis,hehehe..Alhamdulillah sejak aufa kecik sampai besar die jarang sangat nangis kuat2 bersungguh2..kadang2 ada gak.budak kecik katekan.^^ Mane tahu nanti diuji dengan anak yang suka menangis, moga mama Aufa boleh menghadapi dan diberi kekuatan. Dulu kerja jadi pengasuh pun budak2 menangis saya ok je,relax je jaga diorang.hihi. kalau anak sendiri tak tahu la sbb jaga 24 jam kan...

Esok.... 7-08-2012..
Satu tarikh yang amat bermakna dalam hidup mama & baba...dengan sebuah kelahiran Aufa. Kelahiran ni jugak banyak merubah hidup kami..dengan baba yang harus lebih kuat bekerja utk memenuhi keperluan hidup bertiga..dan hidup mama, sebagai seorang pelajar, isteri dan ibu..bagaimana masa mama sudah terhad..aktiviti kampus langsung terhalang, aktiviti bersama kawan2 memang tak lagi menajdi prioriti..MashaAllah, betapa hanya dengan sebuah kelahiran merubah banyak benda..namun kami bahagia, sangat2 bahagia..........kelahiran Aufa menyinari hidup Wan dan Tok, dan menggembirakan Tok Ma& Tok Ayah. macam 2 pengorbanan yang Wan,Tok, Tok Ma& Tok Ayah lakukan demi cucu2 tersayang^^ Juga menggembirakan pak2 sedara dan mak2 sedara baik dari belah baba atau mama..





Entri esok..insyaAllah jika berkesempatan mama akan titipkan sedikit kenangan aufa sejak dari lahir sehingga Aufa berumur 2 tahun..

Salam sayang__________________________________________________MaMa & Baba_____

harini 2 tahun lepas..

Assalamualaikum wbt..

Harini dah 6hb 08  2012. UIA cuti.yeay yeay.hehe.negeri Selangor cuti sbb NuzulQuran^^ Alhamdulillah best nyer rehat2 kat umah. Tp cadang nak bawak aufa g solat dan habiskan mase same2 kat Masjid UIA nanti..Tengah tunggu die makan ni.hehe. Sarapan ringkas je, nasi lemak + telur rebus + ayam goreng + air milo untuk Aufa. die memang makan sendiri skg, lapik paper, pastu tunggu la dekat setengah jam baru siap makan.hihi. Best tengok die berdikari.huhu.

Harini jugak, 6hb 8 2012.. kenangan 2 tahun lepas,kenangan terindah^^ disaat sarat preggy-kan budak kecik tapi dah besar ni.hihi. Esok, 7hb 8 2012, usia aufa masuk 2tahun. Waaa..cepatnya,anak mama dah 2 tahun! rasa macam baru semalam duk bedung aufa ngan kain lampin.

Aufa nak tahu, 2 tahun lepas..waktu tarikh mcm ni,iaitu sehari sebelum bersalin, mama dan baba dah berada kat Kelantan untuk menantikan saat2 kelahiran Aufa yang dijangka EED oleh Doc 7hb8..5hb kami dah sampai kelantan. Petang  5hb mama dan baba bermain badminton kat luar rumah di kampung.haha. Rasa lawak pulak tengah sarat duk melompat2 main badminton. Tapi memang mama aktif sangat2 dihujung pregnancy tu.myb tu antara sebab dengan izin Allah mudah bersalinkan Aufa tak sampai sejam masuk labour room. 6hb 8, baba bawak mama jalan kaki round taman kat Machang, jauh jalan tu..memang lama jalan, dekat sejam jugak.hehe..dengan harapan dimudahkan bersalin..Then lepas balik umah, petang tu jugak Tokma bawak mama g berurut ngan bidan kampung yang sangat2 berpengalaman. Bidan tu cakap kalau ikut poyot nye memang dah betul2 dah sampai masenye.hehe. Tup tup esok tu terus bersalin..^^

Rupa2nya kenangan tu dah berlalu 2 tahun lepas..rasa macam baru sangat2.. preggy is the best moment in my life=) dimanjakan oleh baba sangat sangat sangat..nak makan ape,semua dapat..hihihi.. mak mertua dan ayah mertua di Kedah pun sangat2 jaga dan sayang aufa sejak lam poyot mama lagi.hihi. sampai Umi sanggup masak ape yang mama nak makan kalau kebetulan ada sape2 balik kedah.waaah.. mcm princess la pulak,semua dapat.hehe. Sejak awal preggy, sampai dekat bersalin, baba lapik bantal khas untuk mama duduk lam kete supaya selesa dan selamat untuk mama & baby.waaaaaaa=D hehe..sayang semua semua semua banyak banyak.

Eh. Aufa dah siap makan. bising2 lak. ayy.kena cepat ni. tata.....

Wednesday, August 1, 2012

nama2 kuih...rasa nak tergelak guling2..


i have him...and everything that we need...Alhamdulillah

Assalamualaikum Wbt..

Aufa..
you've got the greatest daddy ever..
that provides everything that u need..
since u was born to this world..

As a wife..
i've got everything that i need..
being a wife
and being a mother..

Alhamdulillah..
Baba is our imam
and their imam (makmum of prayers)..
we glad to have u..
as our imam, baba..

Aufa..
i was always been mesmerized..
by the beautiful recitation of your dad..
sometimes in the morning i woke up hearing ur dad recited Quran..
sometimes i sleep besides him while he is reciting Al-Quran..
How i glad having him in my life..

-Tukar Bahasa melayu lak-hihihi..
Aufa..mama rasa aufa bertuah sangat sangat sangat..macam anak2 lain..
Sejak kecil, mama dan baba memang manjakan aufa dengan banyak mainan, buku2, makanan..semuala.
Baba belikan Aufa kereta BMW Ride on Car yang besar gedabak (which is mama tak pernah naik sejak kecik) yang harga beratus2, mama lak belikan Aufa Basikal kiut warna hijau yang aufa suka naik g jalan2..dah ada 3 kotak besar penuh dengan barang mainan, satu kotak letak umah nenek, dengan buku2 untuk Aufa study..hihi..MashaAllah, untungnya anak zaman sekarang kan.  Mama dan baba bukanlah kaya, tapi seronok bila dapat menggembirakan anak tersayang..

Mama? rasanya dah cukup..alhamdulillah..sedikit demi sedikit impian mama dilaksanakan dengan bantuan baba dan kerja keras mama sendiri..peti ais besar dah dapat, oven dapat, blender dapat, pemutar kuih elektrik dah dapat, gelang mas dah dapat, kereta dah dapat, tv besar dah dapat, dvd player dh dapat.cuma mesin jahit je tak dapat lagi..mane ni,hehe...tp walopun kebanyakan dah dapat semua, still rasa nak lagi..hehehehe..*perempuan katekan* aiiiykkk..same2 kita berusaha untuk menjadi insan bersyukur (tazkirah utk diri sendiri)

Rasanya, baba..dah lakukan yang terbaik sebagai bapa,sebagai ketua..dialah imam kita wahai anakku..jd,same2 kita menjadi yang terbaik untuk baba..so, aufa takmo nangis2 bila duk ngan baba taw=)

Wishlist mama lagi..nak cat kete cantik2 warna meroon gelap,pastu letak dvd player lam kancil same ngan pesona dah ade..kan best..hehehe..pastu nak beli vacuum la senang nak bersih umah nie..ahak2..daku yang tamak haloBa..wa...na'uzubilah...takder la tamak sgt, cuma nak memudahkan urusan je..hihi

ehhh..tak sabarnya nak habis belajar ni..nak cepat2 sambung master dan keje..tengah cari umah kat kedah=) hehe..

*tiba2 terlupa lak nak simpan kueh biji nangka yang masak td lam peti ais..mr Hus dah cop nak makan kueh tu sejuk2..hehehehe*

Rutin Ramadhan kali ini

Ramadhan tahun ni..merupakan ramadhan ke-3 mama Aufa sebagai isteri..sekaligus mejadi ramadhan ke -3 buat kami sekeluarga sebagai sebuah family kecil=)..dan juga..ramadhan ke-3 buat Aufa Hibriyah..

Aufa dilahirkan 7-08-2010, dalam 5 hari sebelum Ramadhan tahun 2010..memang Mama aufa berpantang dalam pose..satu kenangan indah sekali.hehe..after raya baru balik Kl

Ramadhan 2011, Aufa sudah berumur setahun, 2 minggu kami berpuasa di Kelantan, dan saki baki ramadhan bersama Baba di KL..mase tu mama aufa cuti sem, sementara baba bz jd 'amil zakat dan imam terawih, kami diterbangkan ke kelantan=)

Ramadhan 2012, Aufa hampir menjengah 2 tahun. minggu hadapan masuk 2 tahun usia Aufa..dah besar anak mama=) Sambut ramadhan kalini di Kedah, dan selebihnya kami di KL shj..=)

Ramadhan tahun ni juga, Mr Hus bz sebizi-bizinya..=) alhamdulillah rezeki Ramadhan. Mr Hus jd imam terawih, jemputan ceramah ramadhan,serta menjadi  'amil Zakat..kalini baba jd imam kat 3 masjid, jadi malam2 terawih baba dah dibahagikan kepada 3 fasa..imam terawih di Masjid Muqarrabin, atau Masjid Puchong, atau surau NSTP (News Straits Times Presss), malam tak jadi imam terawih jadi penceramah ramadhan. Alhamdulillah, rzeki baba, rezeki kite jugak kan aufa..?hihi. Mama teringin nak bawak aufa g terawih ikot baba, tp mcm sebelum ni, tiap kali bawak, aufa meneroka seluruh pelusuk masjid..hehe..pastu ramai g cubit2 pipi dan tegur aufa sebab anak tok imam..jd aufa lari atau nangis bila orang ambik.bile nangis tu..alahai susahnya nak pujuk mintak diam balik..waduh waduh...

Ramadhan ni jugak first time la mama amik short sem, jd ada kelas mase bulan puasa..sebelum ni tak pernah tergedik nak ambik short sem.tiba2 insaf sbb na grad cepat.hehehe..

Jadi sbb short sem, kelas 3 jam je sehari..habis kelas kadang2 ambik aufa terus, kadang2 balik dulu buat esaimen atau kemas rumah atau basuh sidai baju smua semua..lepas tu, pukul 4 baru pergi ambik Aufa..hehe..balik je main ngan aufa kejap dan terus masak untuk berbuka..Kalau Mr hus jd imam kat Puchong maka kami berbuka sama2, kalau mr Hus jadi imam kat Sg Besi maka mama aufa berbuka dengan aufa je..isk isk isk.hehe.tak sedey pon, dah biase=)

start kul 8.30, budak2 datang mengaji, sebab bulan puasa, mama aufa ajar sampai kul9pm je..after that rutin biasa salin pampes aufa, main dengan Aufa, ajar aufa menulis, ajar aufa membaca, then pasangkan kartun kat aufa, dan mama study. bile jam dah pukul 11pm, mama aufa start masuk dapo balik, siapkan kopi susu panas dan goreng kueh sikit untuk Mr Hus, cz biase kul 11.30pm mr hus akan sampai rumah, paling lewat pon kul12..jd kita tunggu sama die..hehe.aufa kdg2 mase ni dah tido dah..

Kami sahur kul 5.00a.m. kadang2 kul 5.30a.m baru terbangun..hehehe..tp memang sahur la, sbb perut mama aufa takleh kalau kosong, mesti makan jugak makanan berat.takde nasik, roti burger pon jadi,kalau lewat sangat, makan biskut ngan susu je..hehe..tp Mr hus tak suka makan makanan berat pagi2,katanya sejak kecik die jarang sahur dengan nasi, hanya kurma atau biskut je.. tak lalu katanya..jd memang masak sikit je la untuk seorang diri sbb kami adik beradik memanng diajar sejak kecik untuk sahur ataupon breakfast...

p/s-Alhamdulillah, rezeki coklat kalini mendapat sambutan yang hangat dr pelajar2 UIA dan penduduk2 sekitar gombak dan batu caves serta area kl.. Nt minggu depan baru boleh start buat, skg dah ada assistance anak jiran amik upah tolong pack in coklat2 ni.hehe. rentetan dr peristiwa order tahun lpas takde assistance memang penat sangat sangat sangat.tahun ni lega dah ada pembantu..^^ Order masih diterima sampai minggu depan shj (16/08/2012) ye..sape2 berminat leh sms, sambutan hangat niii=) sedap sedap sedap.hihi