Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, May 30, 2013

Update kesihatan Aufa dan Final Exam

Assalamalaikum Wbt

Ahamdulillah dengan izin Allah, after aufa telan antibiotik yg Hospital Selayang bagi die dah tak demam, tonsil dh surut dan aufa dah lalu makan. syukur sangat.

Cuma part batuk + selsema agak lama nak sembuh. Oh, dan popom melecet sebab aufa cirit birit mse demam tepoh hari sampaila semaam baru kurang dah cirit. Kalau tak memang dekat 7-8 helai pampessehari. Huhu. Yang part cirit ok lagi, aufa tak meragam pon, tp part nak basuh tu..........aduuusszzzz....mengamuk bukan main sbb popom dah merah dan melecet. Even after die cirit je terus kami basuh tp coz banyak kali sgt memang merah habis lgpon popom aufa mmg sejak kecik sangat sensitif pd najis..kalau dah poo poo takleh tunggu 5 minit, memang kena basuh terus kalo tak merah2 sudaaa..hoho.apetah lagi cirit2 ni..Harini syukur sgt aufa dah tak cirit cuma kami still continue letak krim sbb melecet lagi. Huhu, meraung2 tiap kali nak letak krim..sedangkan mama letak penuh lemah lembut dan sopan santun..jd nak tak nak kena la Mr Hus pegang coz tak larat mama kena tendang nt.hihi.

Tadi pas maghrib, aufa tertidur kat ruang tamu lepas habiskan 2 botol susu (note: 2 botol x 6 oz)..huhu. Jadi mama dpt solat dengan tenang pas aufa tidur.hehe. Tapi pas solat je, tak sempat bukak telekung dah bunyi aufa batuk2, terus mama cepat2 ke ruang tamu tp memang tak sempat bat ape2 tersembur muntah aufa, habis muka die kena tutup ngan muntah tu (siannya)..huhu...mase ni die kan tengah mamai coz tido. Mama ape lagi, dengan tengah pakai kain sembahyang terus dudukkan aufa dan rembat je kain yg ada utk lap muka die. kesian sgt. tp tensen pon ade..hoho..tengah2 lap, selambak lagi keluar dr mulut aufa, habis kena baju, tilam, badan die..mama cepat2 buang telekung solat dan uruskan aufa. Mase ni mcm blurr siet sbb keadaan berlaku pantas sangat. Then aufa batuk lagi, keluar lg selambak tp kalini mama sempat capai plastik terdekat utk tadahkan. fuh.. Kesian aufa..tp tu la, memang banyak keluar sbb 2 botol susu baru dihabiskan. Apepon nampak keluar sekali ngan lendir2 kahak yg buat die batuk2 tu..syukur jugak die muntah even banyak la benda nak kena urus.

Terus mandikan aufa coz seluruh badan die dah kena, salin baju lain..Then bg aufa rehat jap, pastu mama sbg ayam bakar yg memang beli khas untuk die kat pasar malam td. hehe. Sementara aufa makan (dengan sangat berselera, myb lapar coz baru muntah) , mama cepat2 mandi sambil basuh2 baju aufa yg dah kotor td. Huh..penat deyyyyhhh..malam ni aufa tidur nampak ok siket batuk dan selsema die..cuma seblom tido td die ngamuk habis sbb kitorang sapukan krim melecet popom pas basuh poo poo die..huhu, then die tido lepas puas ngamuk. Jarang sebenarnya aufa ngamuk mcm ni tp dah tak sihat dan myb popom pedih, tu yg die buat perangai siket..sabo je la...T_T

Update kedua pasal Final Exam di sem akhir ni. Pagi td berakhir paper ke-2..Alhamdulillah walopun semalam tido terganggu dengan aufa meragam tengah malam sbb batuk + hidung tersumbat, semua berjalan lancar. Syukur sangat fina exam Literary Criticism td masuk benda yg group kitorang present mase kuliyah dan jugak masuk topik yg mama Aufa pilih untuk wat assignment. Overall ok la. Tp kalini tak yakin sgt nak dapat A or A- sbb subjek Literary Criticism perlu pd hafalan dan pemahaman yg banyak..kena study hampir 11 theory panjang lebar utk final exam ni. Exam first pasal subjek Computer Application in Language Studies jugak mcm mencabar sikit tp setakat ni rasa mcm boleh jawab..hehe..apepon kite dah berusaha sedaya upaya, yg lain tawakkal pd Allah.



Mase exam dalam keadaan sarat mcm ni, sangat mencabar jiwa dan raga.huhu. Selain baby duk seronok bergoek2 lam peyot, masalah lenguh pinggang belakang dan sakit popom kalau duduk lama2. Ok, tu boleh bear lagi..yg paling tak tahan bile rasa nak terkucil sangat sangat sangat..apetah lagi mase baby tengah tolak2 peyot, memang nak terkucil dengan sendirinya..haha. Yang herannya, memang mama aufa kurangkan minum air sejam dua sebelum masuk dewan exam (tahan je la dahaga..) sbb taknak la tahan nak terkuci nanti tp lepas je setengah jam masuk dewan exam, terus rasa nak g toilet..huhu..seksa seksa seksa..menahan. Mase first final exam memang tahan sedaya upaya 2 jam dlm dewan exam. Pas ketua pengawas cakap boleh chow dr dewan terus lari2 anak ke toilet.haha. Pagi td memang tak tertahan dah so angkat tangan dan pengawas exam datang..pas isi borang, akan di eskot ke toilet. malu hokey walopun pengawas exam pompuan.huhu..pas siap keluar toilet siap kena check la kan kot2 ada bawak kertas ke ambik kertas ke..huhu. Tu malas nak g toilet mase exam coz banyak prosedur. Apetah lagi dengan peyot boyot nak cari ruang nak jalan celah2 meja students yg tengah exam. ayyyyy.....sabo je la..

Esok dan lusa straight ada 2 lg final exam..pastu sy akan melompat keriangan.haha (over). Harap2 semua setel dengan jayanya..dan usaha sy selama 4 tahun di UIA ni berbaloi..pray for me=)

Monday, May 27, 2013

risau..apesal lama sangat ni...

Harini, 27/05/2013..dah masuk hari ke-5 aufa demam lepas dah 3 hari sembuh dr demam minggu lepas. Tapi kalini bile 5 hari demam tak sembuh2 walaupun dah makan ubat dan antibiotik, mama dan baba risau. Risau sangat sangat sangat....sampai mama tak dapat tido malam nak monitor suhu badan Aufa.

So pagi ni kami terus ke Hospital Selayang..lepas checkup di tempat saringan, dapat nombor untuk ke Fever Centre. Pastu biasa la dalam 2 jam tunggu baru dapat jumpa doktor. Mase ni suhu aufa 37 C shj. Ye, suhu aufa akan turun pas makan ubat, dan pagi ni memang dah bg makan ubat lepas aufa menangis2 nak makan ubat (myb tak tahan sakit demam tu, sampai merayu mintak ubat, kalau tak memang susah makan ubat..) Hati mama dan baba risau kalau2 aufa kena tahan kat wad..=(

Doktor check, ada tonsil aufa bengkak n merah dan ia penyebab demam nya. Kami lega.fuhh..nasib baik bukan denggi coz kawasan apartmen kami memang ada 3,4 kes kematian disebabkan denggi so memang kami bimbang sangat2. Tapi yg herannya 2 hari sbelum ni dah g Klinik Swasta dan dalam mase 2 hari dah bagi aufa makan antibiotik dan ubat demam tp tonsilnya tak surut. So kami suarakan kebimbangan kami pd doktor..dan doktor cakap it's ok, just stop dulu ubat klinik tu dan continue dengan medication baru yg Hosp Selayang bagi. But, lepas 2 hari kalau aufa still tak baik kena SEGERA ke Hospital. Alhamdulillah harini tak payah masuk wad..yeay yay,,

Semalam, disebabkan keresahan dlam hati sy tentang demam anak sy yg berpanjangan kalini, sy google2 lam internet pasal demam berpanjangan. Ada info ckp tak perlu risau, ada info ckp yg ia merbahaya...dan...sy terbuka 1 blog ni, baca dan baca sampai la bengkak mata sy menangis...huhu..sedih sangat kisahnya..bagai terasa keperitan dan kesakitan ibunya melihat anak pergi meninggalkan dunia dalam keadaan yg terseksa di katil hospital dan semuanya bermula lepas demam........hu2.. kalau korang nak nangis sama bace la..memang sedih sgt sampaikan mama aufa terisak2 baca sambil 2 orang kesayangan tengah tidur nyenyak di malam hari.-

anis sabrina dalam kenangan

Hm...malam ni suhu aufa dah tak panas, cuma batuk makin menjadi2..
Kalau dulu batuk je mama suap madu dan memang berkesan pas 2,3 kali makan madu asli insya Allah batuk beransur pulih..tp skg coz aufa tengah makan ubat doktor so kena stop madu sementara waktu coz nak concentrate utk ikhtiar pulihkan demam aufa. Bile demam, kalini lengkap dengan pakej muntah + cirit birit + selsema + batuk..sian anak mama... 

Tapi...if lepas medication tak menjadi kami akan ikhtiar utk ke klinik Homeopati terdekat. Sepatutnya start awal demam haritu kami patut bawak ke klinik Homeopati sbb ia takde unsur drugs n selamat utk kanak2..cuma ntah macamana kami terlalai, lupa, dan baru je teringat nape tak ikhtiar dengan homeopati..Coz mase aufa baby dulu bile kurang sihat je kami jumpa doktor homeopati dan beliau bagi ubat kecik2 dan sedap2 je utk bayi telan..pastu alhamdulillah cepat sembuh dan susah nak jangkit demam/batuk balik. Ingat lg dulu ubat batuk homeopati aufa mase baby kecik je sebesar ubat titik telinga, warna putih..lepas 2 hari titik dalam mulut alhamdulillah dah ok dan lama tak kena batuk..hu2..maafkan mama dan baba coz lupa ttg ni aufa...sian Aufa asyik makan ubat sampai nampak lemah je..dan mama aufa pon mmg tak berkenan sgt anak2 makan ubat coz long -term effect nt dan badan susah nak develop antibodi sendiri. Tengoklah insya Allah kite try dulu antibiotik baru yg dapat dr Hospital, dan kalau dlm mase sehari belom ok kite akan beralih kepada perubatan homeopati. Insya Allah kita ikhtiar..

Begitulah, menjadi ibu bapa bukan mudah sebenarnya..ni baru cabaran sikit selama 2 tahun lebih bergelar mama dan baba..bagaimana dengan tahun2 mendatang? kite belum tahu.. ada moment2 indah bile lihat anak membesar, bergelak ketawa, gelagat yg mencuit hati, ada moment2 mencabar bile geram dengan anak yg aktif, tak terkawal kdg2anak berjaga malam, ada moment2 sedih bile anak sakit dan kurang sihat...mcm2 moment ada..itulah pahit manis kehidupan, dan baru kite sedar betapa besarnya pengorbanan ibu ayah selama ni.. 

Saturday, May 25, 2013

Bersabar, redha, usaha, dan tawakkal..

Assalamualaikum Wbt..

Di musim final exam ni, anak tersayang demam..bukan sekadar demam, malah batuk + selsema + muntah + cirit..

Ujian dr Allah, kasih drNya..

Harini saje dah 4 kali aufa cerry berry dan beberapa kali muntah, tatkala Mr Hus tiada di sisi coz ada urusan penting di luar..malam baru balik..

And tomorrow my final exam will begin at 9.a.m.

Resah hatiku..

Resah mengenangkan musim revision week baruni x dapat tumpu sepenuh perhatian coz aufa demam dan ditambah dengan keadaan diri yg tengah sarat, duduk tak kena, baring tak kena.huhu.

Resah mengenangkan anak tercinta kurang sihat..

Malam ni dah masuk hari ke-4 aufa demam on-off..bile makan ubat demam die ok selama beberapa jam, aktif seketika, tp lepas 4-5 jam badan panas balik dan mula meragam.

Kami ingat lepas 2,3 hari ok tp tak jugak. Jadi malam ni memang kena bawak aufa g klinik jugak. (malas sebenarnya nak g klinik lagi coz minggu lepas baru je g klinik dah cz demam..)

Yup..suhunya sangat tinggi, 40.2 darjah c, terus doc masukkan ubat poo poo...walaupun suhu kalii tinggi tp aufa tak la sampai tahap terketar, die masih nampak ok cuma tak bermaya.

Macam biasa, doc bg ubat antibiotik, ubat demam, ubat selsema, ubat batuk...dan kosnya kalini RM80..hoho...sesuai dengan nama klinik, Klinik Seri Indah (bayaran pon indah..hihi). sebenarnya tak pernah pon g klinik ni tp nak try cz td takde org kat sini, dan klinik besar, nampak mcm profesional jer..hihi..tp servis biase2 je cuma ni je klinik 24 jam paling dekat.

Bersabar atas ujian Allah..dan terus berdoa agar anak tersayang diberikan kesihatan oleh Allah. takpe Aufa, aufa pon jarang sakit2 sebenarnya, nak2 kalini bile time mama presentation, or nak submit esaimen, or nak exam tiba2 pula Allah bg ujian sakit buat Aufa T_T

Kadang2 as a human,  a normal human being..rasa sedih sangat, pernah terlintas di fikiran why this time? why at this moment? why Aufa? why me? ye la, tambah dengan keletihan dan kepenatan tengah sarat preggy at the final stage of pregnancy, nak jaga anak demam, nak study....

But, Allah sedarkan saya..Dia hadirkan sesuatu yg paling indah dalam hidup ini..ye...kesabaran..dan ayat paling menenangkan jiwa saya "Sesungguhnya di sebalik kesulitan itu Allah sediakan kesenangan.." Benar janjiMu Allah..

dan Allah kurniakan sy seorang suami yg penyabar, memahami, dan penyayang (walopun asyik bizi...hihi)..
When sy luahkan perasaan sy pd suami, my husband said, "sabarlah, Allah nak bagi ganjaran pahala kat yang, dan mungkin juga ganjaran dunia & akhirat..mungkin untuk exam kalini Allah bagi yang Dean's List lagi, Ingat tak dulu mase final exam sem lepas, yang tengah alahan teruk tapi yg usaha utk study walaupun ambik subjek yang banyak, akhirnya Allah bagi pointer yg tinggi dan dapat Dean's List walaupun yg hanya sempat study sikit2 sebab alahan dan sakit2.."

Ye..benar...setiap yg terjadi ada hikmahnya..yang penting bersabar, redha, usaha, dan tawakkal. Usaha tetap kena ada..selagi masa masih bersisa, usaha dan teruskan usaha..insya Allah kejayaan menanti di hadapan.

Yup! teruskan usaha! sambung study untuk hadapi final exam esok.. (hihi, baru dpt study pas aufa mcm ok sikit malam ni..) alhamdulillah..

Friday, May 24, 2013

Manjaku Sales @ Sri Gombak

Assalamualaikum wbt..

skg banyak sales kan..kat Sogo pon tengah sales..

Kitorang tahu pasal Manjaku sales ni pon dr pekerja die mase last week g survey katil baby..die suh datang 23 hb katenye ada sales n harga akan turun. so kami terpengaruh. hihi.

Jadi pas Mr Hus balik keje semalam dan makan tengahari, kitorang pon pergi ke Manjaku Sri Gombak. Memag niat nak beli 2 barang. 1-Electric Breastpump, dan 2- Baby Cot.

Tapi dah nama sales, kami tergoda dengan barang lain yg murah2..haha. jadi sempat remba baju 2 pasang kat Aufa..bile nak rembat lagi baju, Mr Hus dah jeling2 dan ckp kate nak beli katil baby je kan..haha. ye la ye la, 2 pasang je..pastu mase otw ke kaunter mama Aufa rembat lagi sikat n berus baby.haha..

Alhamdulillah tercapai jugak beli katil baby..masih lagi duk lam kotak lam kete tak angkut2 wat naik lg coz berat.haha. Tu pon pekerja Manjaku yg tolong usung katil tu masuk lam kete. Nasib muat Pesona ngan kotak besar. oh..sangat tak sabar nak tengok rupanya pas dipasang..tp Mr Hus ckp sabo dulu..cz kami skg tengah tunggu keputusan Mr Hus dpt pindah or tak ke Kedah.hihi. Kalau dpt pindah so nt minggu ke2 cuti sekoah berangkut2 lah barang2 fly ke Kedah^^ dan kami sekeluarga menjadi resident di sane..hihi..

Electric breastpump beli kat MyBabyWorld kat Batu Caves..sangat sangat suka! sebenarnya nak pilih jenama Marvel..tp..tengok ada lagi 1 jenama Snowbear yg comel, kecik, ringan, dan sangat kiut! lepas bace2 pasal details die so mama Aufa pilih jenama snowbear je. Malam td try pasang dan sangat suka ngan function die! bunyi pon tak kuat, gentle je, xde gegar2..yg penting eh bawak ke tempat keje gitu~ ^^




              sangat kiut, dan boleh guna 2 mode-pakai bateri or electric..siap dpt beg botol susu lg=) Harga pon berpatutan^^ I like.....=)


SnowBear Advanced electric Breastpump-Description:


SINGLE PUMPING BREAST PUMP

*LOW NOISE
*LIFE-SIMULATION SUCKING:AUTOMATIC SUCK-RELEASE-RELAX CYCLE.IMITATES BABY'S MOUTH.LET MOM FEEL SOFT AND SAFE
*3 LEVELS FREQUENCY MODE: THERE ARE 3 INTERVALS BETWEEN CONTINUOS SUCKING MOVEMENTS.MOM CAN CHOOSE THE FREQUENCY ACCORDING TO MOST COMFORTABLE FEELING.
*PREVENT MILK BACKFLOW
*WORKS WITH ADAPTER OR 4 PCS DRY BATTERY.CAN USE FOR HOME OR JOURNEY


Oh, pas shopim mopim, g ambik aufa kat nursery...pengasuh ckp aufa demam .uhuk2. memang badan die start panas semalam lg tp pas makan ubat demam dah ok dan aktif tp demam balik lak. Ayyo... Aufa memang susaaaaaaaaaaaaaaaaahhhh sangat nak makan ubat. Penat pujuk...bile pujuk cara baik dan mcm2 cara tak jadi, last2 mestila kena paksa makan ubat kan. Bile kena paksa kesian la, 2 orang pegang, pastu kena bukakkan mulut, konpem2 ubat tak masuk habis tambah lagi pas besar ni pandai buang dan tak telan so suhu badan panas tak turun2..guna air asam jawa je lap2 badan tu pon die tak suka..siap lari lagi.hu2..aufa kena sihat cepat2 k sbb mama dah start exam lusa..(naseb baik Mr Hus cuti sekolah..yeay!)

Sangat stress bile anak demam dan susah nak makan ubat. Malam2 konpem tido tak lena. Pastu aufa jenis batu siket muntah selambak.....2,3 kali kena basuh comforter, cadar, bantal, kain, towell.....sangat tak suka basuh muntah coz susahhhhh..bukan leh masuk mesin terus, kena buang2 bersih2 dulu then baru masuk mesin basuh.hu2..kan senang kalau anak mudah telan ubat. bile demam, madu pon taknak, mase sihat hari2 telan madu. Cuaca panas sangat kebelakangan ni, ramai budak2 nursery demam + selsema agaknya aufa terjangkit lagi la kot..biase susah sangat aufa nak kena demam ni..dah lama tak demam. xpela, ujian Allah..nikmat sihat dan ujian rahmat=)

Thursday, May 23, 2013

Sangat sangat sangat teruja!! (^^,) Scan 3d/4d at Klinik Fauziah Ampang. Mood Happy sehappy nya..

Assalamualaikum =) panjang tajuk entry...haha..

Hari Isnin lepas booked appointment secara online untuk Scan 3D/4D kat link ni:

Appointment 3D/4D

or just go to scan 3d/4d malaysia (dlm fb)

Mudah je skg, book appointment, pilih tarikh, dapat confirmation dr Dokter dan boleh pergi pd tarikh dan masa tersebut. Canggih!

Mase preggy kakak Aufa dulu takder nak scan 3D/4D coz mase tu mmg siket tak tahu pasal teknologi scan nieh.Tahu gitu2 je tp tak reti nak buat kat mane n macamana.hihi..tu pon scan 2D teruja je dulu.

Okeh, berbalik pd citer scan, dah dpt confirmation dr email utk scan harini (Rabu 22/05) pukul 2.20pm. So malam td excited dan takleh tido. haha.lalala~~~ Jadi dah takleh tido tu mama Aufa ambik kesempatan cari2 barang2 Aufa masa baby dulu untuk pass down kat adik. jenuh bukak kotak, plastik semua. Yela, dah 2 tahun lebih barang tak terguna dan kami dah berpindah randah kan. =) Bile jumpa kumpul2 semua, kemas2 bilik mainan, dan basuh kelambu baby + tilam aufa dulu. Fuhhh~ pukul 3 pagi baru siap..haha..bile anak n hubby tido senang wat keje takde gangguan.lalala lagi~

Bile dah tido kul 3 pagi haruslah ngantokkkk sangat2..tp nasib aufa kejut mama solat subuh, awal2 kul 6 a.m dah bangun mintak susu. Pas wat susu kat aufa, saya solat2, dan sambung basuh baju2 cinonet +mitten+ booties yg berjaya dikorek2 dr gudang lama malam td. Last2 mase saya dah berjaya basuh semua dan tunggu part nak rinse + spin untuk tambah softlan, tetiba Aufa bangun dah...wa...awalnya aufa bangun..kul 7.30 pagi dah bangun. terbantut harapan mama  nak sambung tido balik...pedih mata ngantok sangat.haha.

Nak tak nak layankan la aufa kejap..mama terus masak nasi coz aufa mmg biasa sarapan b4 g Nursery. Suap susu, mandi2 siap2 comel2 dan dalam kul 8.30 mama hantar aufa ke Nursery..ingat nak hanta lewat sikit coz nak main ngan aufa tp mata mama pedih duk tahan tido.haha. Kalau aufa bg mama tido takpe, ni mama tersengguk siket die suh mama bangun. ayyo..pas hantar aufa ke nursery, mama  sambung sidai baju2 dan barang2 cinonet (buat ampaian lam rumah je) dan terus tidoooo..lama kot nak sidai segala pakaian + mitten + booties + barut cinonet..semua kecik2 dan lenguh pinggang berdiri. Haha..*baru terperasan banyak gak baju aufa mase baby dulu , tp kebanyakan girly..so terdetik kat hati harap2 2nd baby gurl lah~ hoho*

Tido kejap je, tak sampai 2 jam (hihi..lama jugak), then bangun coz lapar. Msg baba tanya kul bpe balik harini coz nt nak g Appointment scan 3d/4d kat Ampang (takut baba terlupa..hihi), then baba ckp beliau akan balik awal. Yeayyy! Jadi pas solat Zuhur kami terus pecut ke Ampang. Sebenarnya dekat je tp coz kete agak banyak (jalan Ampang selalu bz) dan traffic light berlambak jd kena g awal takut terlepas time appointmnet. Rupa2nya bukan mama aufa je excited nak jumpa baby, baba die lagi excited..bukan main awal lagi balik umah n sanggup mintak ngan Pen.Kanan sekolah nak balik awal teman isteri checkup.hehe.

Senang je nak cari Klinik Fauziah ni, lgpon dalam emel mmg die dah bagi direction (email sgt details! sy suka). Sampai2 je bagi nama dan cakap dah buat appointment sekian sekian dengan Dr Jezzlyn (yg sangat baik n friendly)..then die suh tunggu. Mase kami sampai ada sepasang suami isteri tengah tungu turn utk scan 3d/4d jugak. 

Then the couple enter the room. agak lama jugak Dr scan sorang2, dalam 20-30 minit, depends pd kerjasama baby..coz selagi baby tak tunjuk muka selagi tu doc akan buat die tunjuk muka (coz lau tak nampak baby face, free of charge^^) Lepas diorang siap, tunggu kejap coz terus burn cd + gambar, so mase kami dipanggil masuk tu kena tunggu semua settle kejap dlm 5 minit je.

Then, the awaiting moment came..hihi..Doc suh baring, sapu gel mcm biase..ramai panggil Doc Jezzlyn, ada gak panggil Miss Jezzlyn, manis orangnya..kecik je dan sangat gentle=) Then doc jezz tanya due date, dan nama untuk die taip kat situ..mase mama ckp about 34-35 weeks, doc ckp probability nak nampak muka baby susah siket sbb baby dah besar, depends pd air ketuban dan ketebalan kulit. Tp doc cakap kite try dulu ye, kalau tak nampak takpe, free..hihi..Mula2 Doc Jezz tengok ikot 2d dulu, then bile beliau dah sure kedudukan baby die mintak mama Aufa mengiring coz muka baby mengadap ke kanan..memang baby banyak ke kanan (i can feel the kicking always at the right side)hihi..Tp expert giler Doc ni, sekejap je die tahu mcmana kedudukan2 tu.fuyyoooo~salute salute...hi..

Then nampak la muka comel anak mama yg kedua ni^^, She said air ketuban banyak lagi so nampak muka baby dan anggota badan dengan clear, happynya^^, Doc cakap baby sangat suka bergambar, dengan bangganya tayang muka eh tanpa tutup2 dengan tangan.hehe.baby nak jumpa mama n baba kan. Oh ye, kaum bapa boleh duduk tepi meja doktor dan tengok skrin satu lagi..ada 2 skrin sebenarnya..baba gelak2 tengok baby gerak2 tangan tp tetap tak tutup muka pon. Memang clear lg jelas muka baby. Doc tunjukkan hidung, mulut, mata..details sangat! Then cari kedua2 tangan cinonet ni..Doc Jezz cakap baby sangat chubby, dah ada double chin..dan untuk mama yg kecik ni, baby adalah besar..haha.



               shaye syok tido..tp sape kacau nih..*mase ni tengah genggam jari..pastu gerak2 tangan   


Then beralih kepada bilang jari jemari tangan, kaki..then..part yg saspen..gender! haha.. Jelas sangat nampak gender yg doc tunjuk tu. Gender baby adalah rahsia..hihihihiiiiiii=) mama n baba aufa gelak n ucap alhamdulillah~


                              hihi..jari kaki shaye yg tembamm bam bamm


Pastu doc Jezz ukur semua body part..n tumbesaran baby mmg ikot due date, 34 weeks 5 days..=) +- 35weeks. Dan berat baby terkini 2.35 kg. Berat baby adalah normal, tak kecik dan tak terlebih berat...hi2.

Scan tu ambik mase yg lama jugak..selain ukur dan tunjuk semua part badan, doc Jezz godek2 baby dan cakap "senyum baby...ala..seriusnya...", pastu die godek2 lagi (cucuk2 geli2 kat tepi rusuk ni ..haha)..pujuk baby senyum. Pandai Doc pujuk baby senyum, last2 baby senyum jugak. haha. Mule2 die marah coz kacau die tido..doc cakap baby tengah syok tido, relax je tido, pastu menggeliat pas kena usik, pstu sambung tido balik pastu tenyeh2 muka..haha.comel comel..geram je tengok.=) banyak kali doc cakap tembamnya baby awak..dagu berlapis2..jari tangan bulat2.haha..same mcm kakak Aufa^^, 
                 my baby senyum..doc dapat capture gak gambar baby senyum setelah dipujuk2..haha


Alhamdulillah, gembira sangat dapat tengok 3d/4d scan. Lama jugak dan sangat details..sangat2 berbaloi dan puas hati dengan bayaran RM120, then sebelum balik terus dapat CD (yg ada video + gambar2 baby), dan dapat gambar yg dah print sekeping dengan sekeping details scan dan kad diskaun beli barangan baby online. Dalam kete mama asyik belek gambar tu je dan dah start bincang ngan baba nama baby=) dah confirm gender kan.haha..

Oh~a happy day today~

Bg sesape yg nak try scan 3d/4d sangat direkomenkan ke Klinik Fauziah Ampang, dan set appointment dengan Miss Jezzlyn. Sebelum buat scan 3d/4d ni pon mama aufa google2 dan banyak terbaca pasal ibu2 yg buat appointment dengan Miss Jezz dan semua sgt puas hati. Jd sy terpengaruh sekali..haha..tp memang betul la..berbaloi..

td tunjuk video 4d kat aufa, cakap aufa jom tengok adik..hihi..aufa tengok je pastu g sane sini, pastu datang balik panggil "adik..meh kakak suap madu"  sambil sentuh skrin laptop dan ala2 dukung adik..alahaiiii..aufa memang suka madu..sampai kat adik pon nak suap madu..hehe.


p/s- muka adik same ngan kakak mase baby dulu..hihi.

Monday, May 20, 2013

yeayyyy..udah revision Week!

Assalamualaikum^^,

Minggu last belajar di uia as a bachelor degree student (hihi,masih ada niat nak sambung master)


Kalau sem sebelum2 ni mmg setiap kali kelas terakhir sebak sangat, padahal nt akan masuk lagi next sem lain. Tapi sem kalini walopun sem LAST dan hari LAST tak sesebak dulu. tak tahula, myb sbb kelas sikit, ada kelas dan takde kelas tu sama banyak. sem lepas2 punyala banyak ambik subjek jd bile dah start revision week rase rinduuu deyh kat Kuliah.kih2. Kalini dah start revision week tp rasa mcm tak pon. sebak sikit2 je mase lecturer bagi amanat terakhir kepada graduating students..isk isk...hihi.

Hari Jumaat malam, mama aufa ajak Mr Hus celebrate sempena 'berjaya' menghabiskan 4 tahun a.k.a 8 sem panjang untuk segulung ijazah.hi2. lgpon nak celebrate same hari guru beliau...tp last2 tak jadi Jumaat malam sbb aufa kurang sihat, so Sabtu malam lepas siap je solat maghrib terus kitorang chow ke KL Festival, hajat di hati nak makan di Seoul Garden la kan, tp alamak, sampai2 je dah ramai orang, tempat duduk ade je yg kosong tp kami x suke duk tengah2 mcm tu..lebih suke tempat privace yg romantik.ecececeee..hihi.. so kami ke restoran Ayam Penyet.kebetulan I tengah mengidam nak makan ikan Pari Bakar, tengok2 ada kat restoran ni..waaaahhhh^^, best nya..ilang kempunan,haha. *sampai skg rasa lagi nak makan ikan pari die..besttt*


                                                 my two hearts..=)

Mama order Ikan Pari Bakar + Nasi putih + Air Watermelon special

Mr Hus punya ayam bakar Minang (ntah ape name die lupe...hihi) + Nasi + Nescafe Ais

Aufa lak order Sup Ekor lembu + Nasti putih (air kongsi ngan mama sbb mama order yg less ice..

So far, rate harga berpatutan..rasa makanan pon alhamdulillah sedap^^, my ikan pari bakar is sangat beshhh.Hihi...tp sup ekor lembu Aufa lak paling mahal. hehe. Total price kitorang makan ritu RM 48 ++. Bolehla..tp lainkali tetap nak makan kat Seoul Garden.uhuk2..^^,

syukur sangat kanak2 solehah ni behaves well=) kalini tak wat perangai...risao gak memula kang mase makan die mengamuk.hoho..Alhamdulillah..mood aufa ok bile duk lam stroller,agaknya die lg suka duk lam stroller lebih relax..lainkali nak shopim memang kena bawak la 'kete' die..hihi..


My Final Exam schedule:- dah tepek besar2 kat ruang tamu. dekat meja makan lak tu..senang setiap kali makan leh tengok. Haha..oh.....dah final~~~~~~~ Allahumma Yassir..amiiiiiiiiiiin...




*Sempena nak menghadapi exam ni, Secara ikhlasnya, saya  nak  meminta maaf kepada my parents, my family, my hubby, my children, my friends, to all bloggers, readers atas segala silap dan salah..forgive me and... 
please pray for my success* amiinn..

*Baby, let's study together=) due2 anak mama ambik exam mase lam peyot.hihi..nt anak2 mama jd anak2 yg bijak, soleh/solehah, dan sentiasa berjaya dunia akhirat.amiin..

Saturday, May 18, 2013

Menanti barang2 yg diorder =) set bersalin n lain2..hihi

Assalamualaikum ^^,


Lama gak wat research pasal set bersalin ni. Sane sini godek. baca forum, tengok blog2, baca testimoni2.. Kalau semasa berpantangkan Aufa dulu guna Set Bersalin HPA, harga murah, memang paling murah dipasaran, produk herba yg bagus..cuma myb tak serasi dengan myself, so ada sembelit,then pastu demam2..hihi. Jadi kalini ingat nak berubah selera, nak cuba produk lain. Kriteria pemilihan yang paling penting memulihkan dalaman & luaran, berasakan herba, dan memulihkan tenaga=) Yang lain2 mcm nak kurus tu mmg tak dela dlm kriteria pemilihan sbb mama aufa memang jenis tak naik badan, jd berat mase mengandung tak langsung jd masalah sbb skg 8months preggy pon berat 48kg^^ Alhamdulillah finally i've made a decision. I've ordered this:



Set Bersalin Herbanika NonaRoguy=) Setelah survey harga yg berpatutan dan online shop yang boleh dipercayai, akhirnya sy order set bersalin NR ni..mmg banyak baca pengalaman pengguna2 dr blog dan so far sgt convincing, hopefully ia serasi dengan saya..tak sabar nak cuba^^ sy order dr website ni dan harga memang paling murah setakat yg sy survey..skg ada promotion, siap dapat free gift lagi:-


Kelebihan Produk bersalin Herbanika NR:-
Boleh baca di sini



                           Then, sy add lagi dengan tungku herba dari set bersalin Ibu Halimah ni. Tungku herba takde dalam set NR, so, beli asing dr set bersalin ni. Tu pun pas baca khasiat2nya. Dulu mase berpantangkan aufa guna tungku warisan turun temurun dr mok punya=) hihi. Tapi skg susah dah nak cari daun mengkudu, daun2 herba yg nak letak mase bertungku. So beli je lah tungku herba ni, cara nak panaskan pon senang je letak lam periuk kukus=) so nt my mother tak perlu nak bakar2 batu atas dapo lagi. 


Set Bersalin Ibu Halimah ini merangkumi

• Jamu Mak Dara (Serbuk) 
• Jamu Mak Dara (Kapsul) 
• Losyen Param Ibu Halimah 
• Pilis 
• Bedak Sejuk 
• Rempah Mandi
• Bengkung 
• Tungku Kukus Herba (yg ni saya beli asing) -Tungku Kukus Herba 
Tungku Kukus Herba ini di perbuat herba dan rempah ratus yang menjadikan ia bahan pemulih semulajadi. Selain itu ia juga digunakan untuk pelbagai kebaikan kerana kehangatan dari batu tungku ini dapat membuka liang liang roma seterusnya memudahkan penyerapan kebaikan herba dan rempah ratus oleh tubuh. 

Di gunakan untuk melegakan sakit sakit sendi dan sengal sengal pada badan. Tungku herba ini juga dapat mempercepatkan proses pembakaran lemak dan memperkemaskan tubuh bagi ibu-ibu dalam tempoh berpantang. 

so Harga Set Bersalin Herbanika NonaRoguy RM275 + Tungku Herba RM 45
=RM 320 (Including postage + Free Gift)





Sebelum wat pemilihan sebenarnya sy sangat2 tertarik dengan set bersalin Tropical Herbs (Amway) sebab banyak herba, lengkap dengan bengkung sekali, ada sekali produk untuk baby..sangat2 details dan bagus.siap ada herba mandian, herba lulur badan,pilis, param..memang bagus untuk org pantang cuma bab nak lulur2 badan dan nak pakai banyak benda tu yg sy agak berat hati sbb biase la lam pantang nak mandi pon cepat2 sbb baby nanges..hihi..Tp bg sesape yg rajin leh try set bersalin ni:-


Then..i m still waiting for this:-
ordered it from my friend kat FB Kedai kanak2 murah. sesape nak beli barang baby leh jenguk fb die sbb skg die nak wat stock clearance^^ 



I bought this only RM37 with postage=) semangat nak buat stok susu EBM for my second baby..

cuma...

B'pump je belum beli lagi..still survey2..uhuk2..

berkenan sangat2 nak beli yg mcm ni tak mampu lagi,harga beribu u, paling murah pon rm1700++.....tunggu keje dulu la..=) 


 jd sementara tunggu keje, kena beli yg mampu milik je la..asal ada dulu pon xpe, dapat buat stok mase pantang, tp yg penting kena electric bpump, sbb dulu beli manual & bateri lenguh je tangan.huhu..pilihan antara empat ni,harga lebih kurang same cuma spectra tu paling murah. Tp dulu pernah guna spectra (Try pinjam yg kak ipa punye..hihi), selesa tp berat je la T_T






dan baby cot (katil baby) akan menyusul next week insya Allah^^




Mood skg: menanti barang2 yg ku order sampai...hihi..takpela, pelaburan yang insya Allah akan bg kebaikan buat ibu dan bayi..kalau dikira2 set bersalin + Breastpump + Breastmilk Storage + Warmer + Baby Cot dah mencecah rm1000..tu lom masuk payment untuk berbidan lagi..biasanya kena spare lg RM 300 untuk payment berbidan, mengurut dan bertungku sepanjang berpantang dan lg RM200 ++ untuk makanan sepanjang berpantang mcm Ikan haruan segar, belut, sayur (dulu tiap2 Jumaat beli belut dan Haruan kat Pasar Tani..kat kelantan banyak, sini susah nak cari-tapi mahal ler-rm18-20 per kg)..So, to all mothers to be, be prepared mentally, physically, and financially~ hihi

Wednesday, May 15, 2013

bersulam air mata...

sedihnya....sebak...deras air mata mengalir baca kisah yg masih baru lagi dr blog yg dikongsi dalam my fb..

perginya seorang permata hati indah (please click this link)

sy tak mampu menahan sedu n tangis...

tabahnya hati ibu muda ini...semoga Allah mencucuri rahmat atas keluarganya.amiin...

~that's all i can say~

Tuesday, May 14, 2013

34 weeks antenatal checkup & ATT Injection

Asssalamualaikum Wbt!

Salam Selasa semua^^ sementara nak tunggu kul 11 nak g UIA nie, update siket.hehe. 

Mama Aufa baru je balik dari antenatal checkup kat klinik UIA..dah siap makan sarapan semua..lapo lapo..

Punyala awal g Klinik harini, hantar Aufa ke nursery kul 7.30 (biase kul10), then terus drive ke UIA, park dekat2 area klinik.kul 8 sampai. Ambik number semua...tp tak tahu la walopun datang awal dekat kul 10 jugak siap sedangkan tak ramai sebenarnya org wat checkup preggy kat sini. Cuma prosedur die yg leceh sikit, tp doktor dan misi sangat2 best=)

Mule2 g letak buku pink dan kad matriks, pastu tunggu nurse panggil nama, then ambik number untuk g Makmal buat ujian air kencing dan HB, pastu datang balik klinik, baru dapat jumpa doktor. Result air kencing dan HB tu yg lama.tambah td ramai lak yg wat check darah,hihi,biase nye dulu sy sorang je cepat je. Tp xpela, still ok lagi dibandingkan dengan kat klinik desa yg wat checkup seblom ni. Dengan ada beberapa misi yg kurang mesra dan prosedur yg lama dan lambat coz ramai sangat orang..lg seksa wat checkup kat klinik desa...hihi

Masuk bilik doc, jumpa doc..sangat happy sbb doc ni lemah lembut dan sangatttttt baikkkkkkk. Thumbs up!  doc perempuan,kalau doc lelaki yg bilik sebelah tu agak tak best.hehe. Oh, result Hb sy turun lg, just 10.6 je kalini.isk2..dah agak dah sbb sy kurang makan sayur..buah tiap2 hari telan.Ntah, malas semenjak due ni nak masak sayur...makan simple2 je sbb penat nak berdiri lama2 masak. Urine ok, bersih...BP pun ok. Berat terkini sy sudah 48kg. ceh..still naik biase2 je=) takpelah, nt sy makan banyak2 lagi.

Doc cakap lagi 2 minggu awak masuk 9 bulan, kena prepare utk bersalin mulai skg.hihi..(sy tak prepare pon lagi barang baby..isk2). Bile doc check poyot, doc cakap kepala baby dah di bawah dan dah rendah! myb sbb banyak berjalan turun naik tangga di UIA..doc cakap die faham student kan, biasela..keje banyak sikit..Doc expect myb sy akan bersalin awal sbb kepala baby dah rendah sgt, so kena prepare..tambah lg anak kedua. Hm..mase aufa dulu 38 weeks pon head still not engaged sampai dulu doc risau dan mintak prepare mentally for caesar.huhu, skg 34 weeks dah engaged.. yela kan, dulu awal2 dukung aufa sane sini, pastu suka wat keje berat2..kan padan muka..kih2.^^, Doc cakap doa2 la moga awak sempat habis exam hujung bulan ni, tp kena bersedia utk terus ke hospital kalau sakit.

Then after checkup pergi another room untuk ambik suntikan ATT (Anti Tetanus), nasib baik anak kedua kena inject sekali je.hehe.. sakit woooooo..tp nasib baik nurse tu lemah lembut mase die cucuk rase sakit kejap pastu tak rasa pon jarum masuk. then siap, pastu mula la rasa lenguh2 sebelah kiri ni. Seriously, cucuk ATT mase ngandung memang sakit..kalau anak first lagi la kena ambik 2 dos. hoho. Alhamdulillah settle bab cucuk2 ni.

Next checkup lagi 2 minggu. Tp doc tu baik n sangat understanding, die cakap kalau bz exam takpela tak datang lg 2 minggu tp kena datang jugak 3 minggu lagi ke coz nak monitor kesihatan baby n mum=) ye, tq doc yg baik...^^,

my next mission ialah makan makanan tambah darah lagi. hehe. yg ni susah siket coz tak lalu makan sayur tp boleh la telan.hihi. nt makan daging, kerang, sayur, hati etc banyak2..insya Allah. Mr Hus, sile beli banyak2 barangan tersebut ye..kih2.

Baby...mama udah request nak scan 3D ngan baba..baba dah on cuma mase tu tak tahu nak curi katne..hihi..dan lagi jauh2 je tempat nak scan 3D baby..takde kat area2 Gombak/Batu Caves..yg mama tahu setakat ni kat Kelana Jaya..ayyy..jauh wooo..tengokla, ade rezki leh scan 3d, kalau tak sempat takpela nt jumpa baby keluar2 je bulan depan. hihi.




Sunday, May 12, 2013

'Mum & Baby Expo @ Mid Valley" >>ToBaT dah Tak nak BaWak ini budaK.....

Assalamualaikum!

Pagi tadi kami ke sini >>>>>>>>>>>




Semangat sejak minggu lepas lagi rancang nak g. Tp fahem2 ler kan my hubby pedanaa metri..kih2.hujung minggu pon die keje, ni naseb baik ahad pagi x keje, tp balik2 je MidValley terus die berdesuuuup g keje part time yg disukainya itu. xpelah, redha2..dah orang minat keje..seb bek jugak dpt hubby rajin. keh2. Tapi kan................so so so stressful kadang2 tengah sarat nak jaga anak umo nak masuk 3 tahun ni. Fuh. Mencabar jiwa raga dikala sorang2 jaga anak. Hanya orang2 yg suami keje pagi balik malam dan keje hujung minggu je paham. So, sy WAJIBkan kepada Mr Hus untuk stop wat part time bile anak dah masuk 2.Kalau nak keje jugak boleh tp kena upah MAID sorang utk kemas umah n jaga anak..kih2..tp syaratnya maid tu takleh tinggal sekali, datang tengahari balik malam gitu.Bolehhhhh? dan kalau nak keje jd imam kat masjid tu sy tak kisah lg sy happy cuma cari la dekat umah..bukan di hujung benua sane...isk isk isk..haha. ok ok, bab2 drama sudah habesss..nt kan sy dah habis belaja leh goyang kaki.lalala~

Orait! sambung citer kami g MidValley bertolak kul 10 lagi semata2 nak g ekspo mum & baby ni ler. Aufa punya la excited awal2 nak keluar umah. Mama die pon sama. Dah aim dah nak beli Electric Breastpump, dan BabyCot kalau ada yg murah, dan barang2 baby yg lain2..dan jugak merancang nak beli my maternity wear...

sampai2 je Mid, tahu2lah hari Ahad, dekat 10kali pusing nak cari parking,memang susahhhhhh sangat2 nak cari parking.hu2. last2 Mr Hus parking secara illegal je,asal tak blok kete org sudah. naseb tak kena clamp.kih2. Kami pon masuk mencari Mum & Baby Ekspo ni.yg lain tak layan dah.

Naik la kami 3 beranak ke level atas sekali lepas berpusing2 n tanya kaunter pertanyaan tempat die katne..sampai je Level tu, Masya Allah!!! Ramaiiiii sangat2 orang, bersesak2 sesakan, lebih dr pasar malam, nak berjalan pon takleh,memang sesak sangat2.hu2. penuh dengan mak2 buyong (like me) dan mak2 bapak2 yg bawak baby,dengan stroller2 lagi. Kitorang memang tak bawak stroller dah coz malas nak menyesakkn mall yg rasa2 dah sesak hujung minggu ni. Tambah2 ada personaliti TV td Dynas tengah bg talk dengan peraduan untuk pampers PetPet..

Tapi sesak2 pon, kami redah jugak la sbb alang2 dah sampai kan, dengan penat2 cari parking bagai..walopun berkepit2 mase nak jalan tp sabo je la..baba aufa dukung je aufa mase ni kesian die nanti terselit kat kaki orang.hehe. Dah jumpa booth yg jual electric breastpump tp harganya mak oiii, tak mcm ada less pon, lg mahal ade la..mama aufa tengok yg lam internet lg murah! mcm2 jenama ada tp harganya kalau bukan seribu ke atas ada la rm999. hoho.. yg murah jenis manual je la. apesal mahal sgt katenye exspo kan. ceh. my friend told me last year die dtg beli breastpump kat mum & baby expo dapat half price..ayyo..myb stok dh habis kot coz kami dtg last day harini. Yg lain2 baju2 baby, barang baby, harga standard je..walopun digembar gemburkan dengan less yg banyak tp tetap mahal.ceh. tipah tertipu lagi. Last2 sy beli tungku baby je satu. 

Nak jalan2 lagi utk tengok semua booth tp aufa mula wat perangai. cranky sangat2 dah.myb panas, myb penat..dan sebenarnya die ngantok!kami stop kejap hujung2 tu cari tempat duduk n bagi aufa susu, dah minum susu kenyang2 pon tetap wat perangai... selalu mcm tu time2 mama nak syok shopim ni la die ngantok. Tak sempat jenguk separuh dr booth pon baba aufa dah stress dah coz aufa wat perangai kan. mama aufa lagi la stress tak leh tengok barang2 lain.hihik2.

Finally kitorang TERPAKSA keluar dr expo tu. Aufa dah uncontrollable..taknak didukung, taknak pakai kasut, menjerit2 sudaa..naseb baik tak pandai wat aksi guling2 depan orang.hihi. tp baba die dukung jugak secara paksa wat turun..die nanges taknak didukung. pastu Mr Hus letak bg die jalan, tp die taknak pakai kasut, habis dibuang kasut yg kitorang pakaikan. mama jugak tukang kutip..ceh.....ayyyyaayai...kitorang bia je la die jalan mcm tu sampai semua tengok mcm kitorang dera anak lak tak pakaikan kasut.haha. nak cari kete yg diparking secara illegal tu pon susah jugak, jauh  sgt berjalan mcm nak tercabut kaki nak cari kete. akhirnya jumpa jugak. Tup2 masuk kete, aufa minum susu lagi terus tido........ sah, die memang ngantuk & letih, tu buat perangai 'baik' punya.......mama aufa balik dengan rasa tensen yang amat,hihi..g jauh2 tp beli tungku baby sebijik je...lain kali kalo nak best shopim memang jangan bawak ini budak la..tak aman mood bershopim2.

Assessment terakhir


Last week, Khamis 9/05/2013..berakhir sudah presentation terakhirku untuk sem terakhir di bumi UIA..dan ia juga presentation dan assessment terakhir untuk kelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Kesusasteraan dan Linguistik. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. next week ialah minggu last buat sem ni, sebak rasanya..minggu terakhir untuk pengajian ijazahku..setelah tu cuti seminggu sebelum exam..dan after exam secara unofficialnya sy sudah menjadi seorang Graduan! And I will graduate soon! Masya Allah tak sangka tak sangka sudah 4 tahun berlalu berhempas pulas utk segulung ijazah mendalami ilmu di negeri orang.

Presentation dan assessment terakhir kelmarin di bawah subjek World Literature. Mama aufa present tentang similar issue in Mala and Mr.Tang’s Girls, 2 short stories taken from The Merlion and The Hibiscus. Debaran dup dap dup dap 2,3 hari sebelum present lagi sbb antara banyak2 subjek sem ni, subjek ni paling mencabar. Kami kena habiskan 3 novel untuk analisis, dan around 15 short stories dalam dan luar negara dari dua buah buku. 3 novel tu memang tebal dah; Green is the Colour by Lloyd Fernando, The Guide by R.K Narayan, Henderson the Rain King by Saul Bellow…tebal habiss…hihi..tapi short stories yg lima belas cerita tu punya la panjang mcm novel jugak..1 short story dalam 20-35 pages..ngeh2..itula tugas kami pelajar2 bahasa inggeris..baca dan baca dan baca sampai muntahhhh..ngeh2..tp x muntah pun.baca meluaskan minda kan=) Prof Qayum kitorang selalu advice utk terus membaca dan menulis terutama untuk literature.


Nak present semalam untuk subjek World Literature memang takut habissss tp Alhamdulillah dpt control bile kat depan. Sebab nervous sgt ialah coz lecturer kami merupakan Head Department Kuliyyah IRKHS, dan beliau merupakan seorang Professor asal dr luar Negara tp dah lama kat UIA..beliau supervisor students Master dan P.H.D utk subjek literature, seorang penulis buku yg terkenal di Malaysia dan Singapura. Nak speaking ngan beliau mmg xleh salah grammar langsung.Kalau hantar esaimen, satu grammar salah tolak 1 markah.kalau markah penuh 20 memang kena jaga dengan kesalahan grammar…hoho..tp Alhamdulillah lepas dah consult die 3 kali minggu lepas utk present ni, dan bile present idea ok la. Oh ye, 1 lg lepas present wajib jawab at least 3 soalan…memang banyak gilerrr dapat soalan dr audience semalam takker ketar lutut kat depan tu. After kelas mmg leh tahu terus markah..syukur dapat A- walaupun rasa mcm byk lg kena baiki utk present..alhamdulillah.

so lepas ni tumpukan untuk final exam b4 bersiap siaga untuk berpantang...hihi..now i am already 34 weeks and 6 weeks to go....debaran kian terasa........^^, mohon doa semua ye^^

Saturday, May 11, 2013

10 minutes only..

Assalamualaikum..

dah lama sebenarnya ada lam fb seblom pru lg..tp nak share jugak dlm blog.hihi. Harap2 ia dpt membuka minda kita semua^^ dengar dan baca penjelasan beliau^^ usah tengok berita tv3=)


Wajib Baca... Anwar Ibrahim: Mengapa Saya Bersungguh-sungguh Mahu Merebut Putarajaya?








"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera!

Saya mohon agar rakyat Malaysia bertenang dan dapat meluangkan 10 minit dari masa berharga anda untuk membaca luahan hati saya agar rakyat faham mengapa saya bersungguh-sungguh dan beria sangat ingin merebut Putrajaya.

Jika saya katakan ia bukanlah perjuangan peribadi bagi membela ketidakadilan yang telah berlaku ke atas saya, pastilah ramai yang tidak akan percaya dengannya. Oleh itu, saya mengambil keputusan menulis beberapa fakta agar ia dapat meyakinkan rakyat bahwa saya ikhlas dan jujur memperjuangkan nasib kita semua.

Saya pernah dituduh liwat beberapa tahun lalu dan mahkamah mendapati saya tidak bersalah atau lebih tepat saya tidak melakukan perbuatan terkutuk itu sebagaimana yang didakwa oleh musuh-musuh politik saya. Tidak cukup dengan itu, saya kemudiannya diheret semula ke mahkamah dengan tuduhan lain pula. Kali ini mereka mendakwa saya telah melakukan kesalahan ‘menyalahgunakan kuasa’. Saya akui saya tersilap mempercayai anggota polis yang sering mengiringi saya ketika itu.

Saya telah meminta beliau menyiasat siapakah penulis buku ’50 dalil mengapa Anwar tidak boleh jadi PM’. Hanya itulah kesalahan yang mereka takrifkan sebagai ‘menyalahgunakan kuasa’ yang akhirnya menyebabkan saya terpaksa meringkuk selama 6 tahun dalam penjara. Bolehkah anda bayangkan perasaan saya dan keluarga ketika itu?

Sebaik keluar dari penjara, setelah 6 tahun menghabiskan sisa-sisa hidup dengan pelbagai amalan keagamaan di dalam sana, saya amat bersyukur akhirnya Tun Mahathir mengaku dalam satu sidang video bahwa beliau memang sengaja mengada-adakan kesalahan saya bagi memastikan kerjaya politik saya berkubur dalam penjara Sg.Buloh. Ramai rakyat yang telah tahu dan pernah menonton video pengakuan Tun Mahathir ini. Anda juga boleh melihat pengakuan Tun Mahathir di link youtube ini: http://www.youtube.com/watch?v=aPKrsCqznS0

Apabila satu persatu tembelang BN terbongkar, mereka mulai berasa kurang selesa serta risau dan mereka mula mengatur sebuah lagi fitnah bagi ‘menyibukkan’ saya dengan sesuatu yang tidak pernah saya lakukan. Tiba-tiba seorang pemuda mengaku diliwat oleh saya sehari selepas beliau bertemu Dato Seri Mohd Najib di pejabatnya. Saya yang berada 6 tahun dalam penjara seolah tidak pernah belajar bahwa ‘kebebasan’ itu adalah nikmat yang harus saya syukuri. Saya sekali lagi terpaksa berhadapan dengan kemelut yang amat memalukan saya dan keluarga.

Saya ingin bertanya, selama 6 tahun dalam penjara, berapa ramaikah banduan yang telah saya liwat? Mengapa perlu tunggu keluar penjara untuk melakukan perbuatan terkutuk itu? Saya sebenarnya tiada ruang untuk menjelaskan kebenaran ini. Saya dinafikan keadilan. Saya juga turut dinafikan hak bersuara di semua akhbar, stesen TV dan Radio milik BN. Saya tiada tempat yang dapat menjelaskannya secara meluas kepada rakyat jelata. Dimanakah dapat saya kemukakan bukti bahwa saya sungguh tidak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu? Mereka suruh saya buktikan di mahkamah, sedang merekalah yang sebenarnya menguasai mahkamah. Ya benar! Mahkamah kita masih belum bebas. Ia masih terus dikuasai sepenuhnya oleh ‘orang’ yang berkuasa.

Saya menolak untuk bersumpah kerana bukan saya yang sepatutnya bersumpah, tetapi orang yang mendakwa diliwatlah yang sepatutnya bersumpah laknat. Dia telah pun bersumpah dan biarlah Tuhan sahaja yang melaksanakan laknat-Nya ke atas mereka yang bersumpah bohong. Itu bukan lagi dalam kekuasaan saya. LA HAWLA WALA QUWATAILLAH BILLAH. Jangan lupa, beberapa individu yang terbabit memfitnah saya dahulu ada yang telah mati dengan tragis dan ada pula yang masih hidup tetapi mengalami sakit yang aneh. Dan berhubung DNA pula, saya enggan diambil sekali lagi sample DNA kerana mereka telah punyai DNA saya dalam pertuduhan kes liwat yang pertama dahulu. Saya bimbang seandainya mereka mempunyai muslihat jahat terhadap sample DNA terbaru itu nanti. Saya harus lebih berhati-hati.

Andaikata benarlah saya ini ‘kaki liwat’ sebagaimana fitnah mereka, bukankah molek jika ianya saya lakukan di luar Negara. Saya mengajar di sebuah Universiti di Amerika Syarikat, it’s a free country, jika benarlah saya ini kebulur sangat meliwat seseorang, saya boleh melakukannya dengan sesiapa sahaja yang saya ingini di sana. Mengapa harus saya lakukan perbuatan jahat itu di Negara sendiri, di Negara yang mana saya berpolitik, berkeluarga dan mempunyai ribuan kenalan dan sahabat handai. Ia tidak masuk akal dan tidak munasabah. Ia satu fitnah jahat yang amat berat buat saya dan keluarga.

Justeru itu saya berazam untuk menyelamatkan Malaysia dari kejahatan orang-orang yang jahat dan tidak berperikemanusian itu. Saya rela mati kerana rakyat Malaysia. Hanya dengan menguasai Putrajaya sahajalah segala tipu muslihat mereka dapat kita bongkar kepada umum. Masa itu, anda nilailah sendiri dan saya akan memaafkan anda yang turut menuduh dan memfitnah saya ketika ini kerana saya mengandaikan bahwa anda ‘jahil’ atau ‘tidak tahu’ ketika itu. Saya akan biarkan anda semua berkesempatan bertaubat kepada Allah atas dosa dari kesalahan memfitnah saya, yang disifatkan Allah dan Rasul-Nya sebagai lebih buruk daripada membunuh satu jiwa mukmin.

Berhubung pemilikan harta, setakat ini belum ada bukti bahwa saya memiliki harta atau wang yang luar biasa banyaknya samada dalam mahupun di luar negara. 9 tahun lamanya sebagai Menteri Kewangan Malaysia serta Timbalan Perdana Menteri Malaysia, ramai dari kalangan pemimpin BN yang berpendapat adalah amat bodoh saya tidak menggunakan kesempatan untuk 'membaham' khazanah negara ketika itu. Memang benar ketika itu saya boleh sahaja melakukannya jika mahu, ia adalah dalam bidang kuasa saya sebagai Menteri Kewangan Malaysia, namun hukum Allah dan syariat Islamlah yang telah membendung saya dari melakukan perbuatan khianat seperti itu kepada rakyat Malaysia.

Kami, pemimpin Pakatan Rakyat berjuang dengan menggunakan hasil pendapatan masing-masing dan dari kemelut 'kekurangan dana' ini, akhirnya membawa kepada keluarnya beberapa pemimpin yang 'kononnya' ingin berjuang bersama tetapi rupanya mempunyai hasrat 'berbeza'. Pemimpin Pakatan Rakyat yang bercita-cita jahat untuk meratah khazanah kekayaan negara awal-awal lagi telah 'disingkir' oleh Allah Swt melalui ujian-ujian-Nya. Antara mereka adalah Ezam Nor dan Zulkifli Nordin, sekadar menyebut beberapa nama dari mereka. Syukur Alhamdulillah!

Baiklah, setakat itu sahaja yang dapat saya perjelaskan tentang apa yang telah berlaku kepada saya selama ini. Saya ingin bertanya, apakah anda sebagai rakyat Malaysia sanggup membiarkan orang yang paling bermotif membunuh, menjadi PM? Jika anda sangsi dengan dakwaan saya bahwa mereka, pemimpin-pemimpin BN terpaksa bersekongkol dengan perancang utama satu plot pembunuhan hanya kerana ‘survival’ politik mereka, cuba anda perhatikan fakta-fakta dan bukti-bukti di bawah ini:-

PEMBUNUHAN ALTANTUYA - WAJARKAH RAKYAT MENUTUP KES INI?
Firman Allah surah An Nisaa' (105): Sesungguhnya Kami telah menurunkan kitab kepadamu dengan membawa kebenaran, supaya kamu mengadili antara manusia dengan apa yang telah Allah wahyukan kepadamu, dan janganlah kamu menjadi penentang (orang-orang yang tidak bersalah), kerana membela orang-orang yang khianat (lagi berdusta),

Fakta Individu-individu yang terbabit secara langsung @ tidak dalam kes Pembunuhan Altantuya:

Altantuya Sharibuu @ Aminah bt. Abdullah adalah penterjemah Bahasa Perancis bagi urusan pembelian kapal selam oleh Kementerian Pertahanan Malaysia melalui 'Perimekar' milik Penganalisis Strategi Ketenteraan Malaysia yang juga merupakan teman baik Dato Seri Mohd Najib.

Dato Seri Mohd Najib - Menteri Pertahanan Malaysia / Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Abdul Razak Baginda - Penganalisis Pertahanan kepada Kementerian Pertahanan Malaysia / pemilik 'Perimekar'.

Ketua Inspektor Hazilah Hadri - (UTK) yang berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Koperal Sirul Azhar Umar - (UTK) juga berkhidmat sebagai 'body guard' di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Aziz Buyong - Kolonel Tentera / Pakar bom C4.

Abdullah Ahmad Badawi - Perdana Menteri Malaysia / Menerima Kertas Siasatan dari Penyiasat Polis Tentera Malaysia (MP).

Khairy Jamaludin - Menantu Perdana Menteri Malaysia / Menyimpan Kertas Siasatan berkenaan bagi tujuan survival politiknya setelah ketiadaan Pak Lah nanti.

Rosmah Mansor - Isteri Dato Seri Mohd Najib / Berada di tempat mayat diletupkan dengan C4.

Norhayati - Isteri Kolonel Aziz Buyong / Pembantu Khas Rosmah yang turut berada di tempat kejadian letupan bom C4.

Fakta-Fakta lain dalam kes Pembunuhan Kejam Altantuya:
Bom C4 milik Angkatan Tentera Malaysia.

Dua anggota UTK - Suspek utama pembunuhan adalah body guard di pejabat Dato Seri Mohd Najib.

Rekod Imigresen kemasukan Altantuya dan sepupunya ke Malaysia di'lenyap'kan oleh seseorang dari Jabatan Imigresen Malaysia dengan arahan orang-orang tertentu bagi menutup konspirasi ini.

Zahid Hamidi ketika mengambilalih tugas Menteri Pertahanan Malaysia akhirnya terpaksa membuat kenyataan 'konon'nya Angkatan Tentera Malaysia tidak memiliki Bom jenis C4 dan itu adalah amat bercanggah dengan kenyataan sepanjang kes perbicaraan Pembunuhan Altantuya di mahkamah. Atas arahan siapakah beliau 'berbohong' dan untuk survival siapa?

Keterangan-keterangan ringkas dan jelas:

Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari Unit Tindakan Khas, yang juga merupakan ‘body guard’ Dato Seri Mohd Najib tidak pernah mengenali Altantuya sebelum kejadian 'bunuh' itu dan tidak langsung mempunyai 'motif' untuk membunuh model berkenaan tetapi mereka berdua mungkin telah diarah oleh sesorang 'yang berkuasa' untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan dalam konspirasi pembunuhan ini. Mereka berdua akhirnya didapati bersalah oleh mahkamah kerana membunuh dengan niat dan dijatuhi hukuman mati oleh hakim mahkamah. Mereka ini jelas telah 'dikambing hitamkan' oleh pihak tertentu dalam usaha menutupi pekung 'pengarah sebenar konspirasi' pembunuhan Altantuya.

Abdul Razak Baginda memang mempunyai motif untuk membunuh Altantuya kerana beliau dilaporkan 'kononnya' adalah pasangan kekasih kepada model ini dan kedatangan Altantuya dengan sepupunya Burmaa Oyunchimeg adalah 'kononnya' untuk mengambil komisyen berjumlah US500 ribu yang dijanjikan kepadanya seandainya pembelian kapal selam itu terlaksana. Adalah difahamkan bahwa Syarikat milik Abdul Razak Baginda 'Perimekar' menerima komisyen jualan sebanyak RM4.7 billion dari kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pertahanan Malaysia, hasil dari kejayaan dalam urusan pembelian 3 buah kapal selam dari Perancis untuk kegunaan Tentera Laut Malaysia.

Anehnya Abdul Razak Baginda kemudiannya didapati tidak bersalah dan dia dibebaskan sepenuhnya dari pertuduhan membunuh kerana dilihat tiada mempunyai kuasa untuk 'mengarah' suspek utama kes, yakni Ketua Inspektor Hazilah dan Koperal Sirul Azhar dari UTK untuk melakukan pembunuhan mangsa (Altantuya). Jadi siapakah yang mempunyai kuasa ketika itu? Jika diamati serta diperhalusi, 'orang yang tak berapa nak cerdik' pun boleh menilai fakta ini dengan baik. Cuba lihat rantaian fakta ini bagi mengaitkan siapa jua yang bermain di minda anda sebagai 'suspek sebenar' yang bertindak sebagai 'pengarah operasi' permbersihan nama baik seorang PEMBESAR dalam kes pembunuhan ini.

Siapakah PALING BERMOTIF untuk membunuh Altantuya selain Abdul Razak Baginda? Dan fakta yang paling penting untuk kita perhalusi adalah siapakah yang berkuasa atau mempunyai kuasa untuk mengarah dua orang UTK (Pengawal peribadi Dato Seri Mohd Najib - Hazilah dan Sirul) serta Pakar Bom C4 tentera (Kolonel Aziz Buyong)? Siapakah pula yang berkemungkinan mempunyai pengaruh dalam 'melenyapkan' rekod kemasukan Altantuya ke Malaysia? Sudah tentulah ia melibatkan sesuatu yang AMAT BESAR sehingga perlu dihapuskan wanita 'berbahaya' ini. Siapakah pengarah sebenar dalam konspirasi pembunuhan ini? Apakah motif sebenar nya? Apa jua jawapan yang bermain di'minda fikiran' anda, simpan dahulu untuk telahan fakta berikutnya.

Dato Seri Mohd Najib kemudiannya bersumpah bahwa beliau tidak pernah mengenali dan tiada kaitan samada secara langsung atau tidak dengan Altantuya. Sedangkan umum akhirnya mengetahui bahwa Altantuya rupanya adalah 'Perterjemah Bahasa Perancis' yang diguna pakai ketika berlangsungnya urusan pembelian kapal selam berkenaan. Ini menyebabkan Dato Seri Mohd Najib 'terpaksa' juga mengenalinya walaupun dia ingin sangat agar rakyat tahu 'konon'nya dia tidak pernah mengenali Altantuya. Fakta ini bukan omong kosong. Ia turut dinyatakan di mahkamah dalam sebutan kes yang berlangsung di Paris, Perancis berhubung penipuan yang berlaku dalam skandal penjualan dan pembelian kapal selam itu.

Menambah buruk persepsi itu adalah apabila sepupu Altantuya, Burmaa Oyunchimeg mengemukakan bukti bergambar di mahkamah ketika diminta memberi keterangan. Bukti itu adalah gambar Abdul Razak Baginda, Dato Seri Najib dan Altantuya sedang menjamu selera di sebuah restoran eksklusif. Ya lah! Takan hanya kerana keluar makan bersama sahaja terus hendak dikaitkan beliau sebagai pembunuh, itu tidak adil dan zalim namanya. Cuma yang jelas di sini adalah Dato Seri Mohd Najib telah bersumpah 'bohong'. Dia sebenarnya memang mengenali Altantuya. Kenapa ia seakan hendak di’sembunyi’kan dari rakyat Malaysia? Pasti ada sebab BESAR disebalik semua itu.

Baiklah, sekarang amati pula dari sudut berbeza, Abdul Razak Baginda hanya perlu melunaskan US500 ribu atau hanya kira-kira RM1.6 Juta sahaja berupa komisyen kepada Altantuya. Dan jika mengambil kira jumlah komisyen yang dimilikinya iaitu RM4.7 billion (Ringgit Malaysia Empat Ribu Tujuh Ratus Juta), jumlah RM1.5 juta itu amatlah kecil dan boleh dilunaskannya pada bila-bila masa sahaja. Sekali lagi, Abdul Razak Baginda dilihat tiada sebab atau motif kukuh untuk membunuh 'kekasih gelap'nya itu (Altantuya), dan lebih meyakinkan adalah beliau juga dilaporkan tidak berupaya atau tidak mempunyai kuasa bagi mengarah suspek-suspek yang terdiri dari Ketua Inspektor Hazilah, Koperal Sirul dan Kolonel Aziz untuk melaksanakan tugas-tugas 'pembersihan' itu.

C4 adalah bom milik Angkatan Tentera Malaysia, dan harus diingat Dato Seri Mohd Najib Razak adalah Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Malaysia yang berkuasa penuh terhadap apa jua aktiviti Angkatan Tentera Malaysia. Dari semua fakta ringkas di atas, anda pasti sudah boleh mengagak serta mengetahui siapakah KETUA sebenar dalam 'KONSPIRASI PEMBUNUHAN KEJAM' ini. Demi survival politik dan survival parti, 'orang yang zalim' ini terpaksa dilindungi oleh orang-orang besar parti yang lainnya.

Apakah anda mengandaikan semua barisan kepimpinan BN itu 'bodoh', 'buta' dan tidak mengetahui tentang hal sebenar ini? Tidak, mereka semua bukanlah orang-orang yang bodoh, malah mereka bijak berpolitik dan tahu apa sebenarnya yang sedang berlaku. Jika begitu, jika benar mereka semua tahu, mengapa pula mereka beria-ia menyembunyikan fakta sebenar dan sekaligus mempertahankan 'orang yang zalim' ini?

Nyatanya, semua ketumbukan kepimpinan BN sebenarnya amat sedar dan tahu akan kebenaran ini, namun mereka jauh menyedari serta tahu bahwa menyelamatkan 'orang zalim ini' adalah sama seperti menyelamatkan kedudukan mereka sendiri. Mereka sedar seandainya jatuh 'orang yang zalim' ini, maka hancur berkecailah keseluruhan empayar yang telah mereka bina selama ini. Justeru itu, mereka tiada pilihan lain kecuali berusaha mempertahankan juga 'orang yang zalim' ini sekalipun terpaksa 'membohongi' rakyat jelata. Tidak mungkin mereka mahu melihat Pakatan Rakyat menguasai PUTRAJAYA hanya kerana kesilapan yang dilakukan oleh 'orang yang zalim' ini.

Mereka 'terpaksa' jua mengangkat 'orang yang zalim' ini sebagai pemimpin mereka, walaupun hati mereka jelas menolaknya. Sayang sekali mereka semua terlupa pada Tuhan. Mereka terlupa bahwa Tuhan Maha Mengetahui apa sahaja yang mereka nyatakan atau sembunyikan dalam hati mereka. Mereka lupa bahwa mereka kelak akan tetap didatangi oleh Malaikat Maut. Mereka berusaha dan cuba untuk melupakan semua kemelut itu demi kehidupan dunia yang fana ini. Ada di antara mereka yang telah menerima 'hukum' Allah yakni mati, namun yang masih hidup terus leka dan lalai dengan segala macam imbuhan duniawi yang diterima mereka dari 'orang yang zalim' itu.

Kehidupan dunia ini adalah segalanya bagi mereka-mereka ini. Mereka tahu ada akhirat menanti tetapi mereka berasa 'yakin' kononnya mereka berada di pihak yang benar dan akan 'terselamat' dari api neraka. Mereka bersangka baik terhadap harapan palsu yang dijanjikan syaitan buat mereka dan penyokong-penyokong mereka. Sedang mereka dan penyokong mereka bersekongkol dengan 'orang yang zalim' itu, Allah juga mempunyai rancangan-Nya. Dan sudah tentulah perancangan Allah jauh lebih baik dari ciptaan-Nya.

Apa boleh buat saudara, kita terpaksa menunggu sehingga ke hari pembalasan, yakni akhirat, bagi melunaskan semua yang kita persangkakan. Takan kita semua mahu turut serta bersama mereka dalam menyokong 'orang yang zalim' itu. Mereka sendiri pun sebenarnya 'terpaksa' menyokongnya demi survival politik sempit mereka. Ayuh rakyat Malaysia, berfikir dan bertindaklah dalam Pilihanraya Umum nanti. Mari kita tegakkan kebenaran dan keadilan buat semua. Kita tunjukkan bahwa rakyatlah yang paling berkuasa, dan bukan mereka para pemimpin yang jahat itu.

Important link to the case: http://en.wikipedia.org/wiki/Murder_of_Shaariibuugiin_Altantuyaa

Harus diberi perhatian serius bahwa Allah dan Rasul-Nya telah acap kali mengingatkan dan memberi amaran kepada kita agar berwaspada terhadap suatu zaman di mana pemimpin yang dusta itulah yang akan 'dipercayai' dan diberi kuasa. Ia sedang berlaku sekarang dan kita 'yang diberi hidayah Allah' mudah membezakan antara penyokong yang melakukan kebaikan (amal makruf) dengan mereka yang melakukan kebathilan (Mungkar)

Firman Allah surah Al Maa-idah (51): Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani (yakni orang yang suka berdusta) sebagai pemimpin-pemimpin (mu), sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa di antara kamu mengambil mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim.

Hadis Rasulullah Saw pula menegaskan bahwa: Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (mendukung/menyokong) tindakan mereka yang berbuat aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga)”.- Hadis Riwayat Tirmizi, Nasae’i dan Hakim.

Sudah jelas bahwa Allah dan Rasul-Nya melaknati orang-orang yang berdusta dan berbuat aniaya. Malah penyokong-penyokong yang mendukung aspirasi pemimpin-pemimpin jahat itu juga nantinya akan turut sama terpelosok di kancah neraka jahannam. Pasti akan ada kelompok ini yang bertanya: "Bagaimana pula dengan ustaz-ustaz dan ulama UMNO?. Apakah mereka ini turut bernasib malang dan terpaksa menghuni neraka jahannam?".

Jawapan saya 'itu semua, keputusan ke mana mereka akan dikembalikan kelak, kita serah bulat-bulat kepada Allah Azzawajalla sahaja'. Bukan kita yang berhak menentukan ke mana kembalinya mereka nanti. Namun, di sebalik penyerahan tawakal kepada Allah, kita harus faham bahwa Rasulullah Saw diutus bagi menyempurnakan akhlak kita semua. Dalam sirah nabi banyak sekali dipaparkan kisah-kisah bagaimana Rasulullah Saw bukan sahaja bijak dalam ilmu agama, malah Baginda amat arif menilai akhlak orang-orang di sekelilingnya. Baginda mengajar semua khalifah dan umat ketika itu bagaimana dapat mereka mengenali samada orang itu berakhlak terpuji atau sebaliknya. Ini bermakna, mereka para ustaz dan ulama bukan sahaja perlu menilai pemimpin dari sudut agamanya sahaja, akhlak pemimpin itu turut menjadi faktor utama dalam penilaian mereka sebelum seseorang pemimpin itu wajar disokong.


Seharusnya itulah yang menjadi panduan ustaz-ustaz dan Ulama UMNO di dalam menentukan sokongan mereka. Menyokong membabi buta akan menyebabkan mereka terdedah untuk menerima nasib yang sama dengan kelompok ini kelak. Rasulullah Saw telah bersabda dalam banyak hadis yang saya rangkumkan peringatannya, antara lainnya untuk mengenali akhlak seseorang yang baik itu ada beberapa ciri utama:-

1. Pertama lihat suaminya samada dia bersolat fardhu di masjid atau tidak?
2. Kemudian lihat isterinya, apakah dia menutup aurat atau tidak?
3. Kemudian lihat pula anak-anak gadisnya, apakah mereka menutup aurat atau tidak?
4. Lihat bagaimana mereka sekeluarga berbelanja, apakah mereka boros atau tidak?

Walaupun banyak lagi ciri-ciri lain, solat fardhu umpamanya, boleh dilakonkan watak itu dikhalayak ramai oleh seorang munafik kerana kekerapan bersama dilihat menjadi faktor ia mudah dilakonkan. Jadi, memadai melihat 4 ciri di atas yang ditekankan Rasulullah saw, yang saya rasa amat sukar untuk dilakonkan kerana ia memerlukan seseorang itu istiqamah dalam perilakunya itu. Itulah yang harus dinilai terlebih dahulu agar kita dapat menetapkan kaedah menilai individu pemimpin berkenaan seterusnya.

Akhir kata, saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, marilah kita 'share' amanat ini di kalangan fb'ians' dan teman kita semua di luar sana, samada dengan mencetak dan mengedarkan amanat ini kepada keluarga serta semua sahabat handai atau mencetak dan mengedarkan ia di kampung-kampung, di mana maklumat ter'sekat' oleh pembangunan yang sengaja di'tahan' ke sana oleh pemimpin-pemimpin tertentu.

Jika bukan saya serta pemimpin-pemimpin lain dalam Pakatan Rakyat yang bangkit memperjuangkan nasib kita semua, andalah yang terpaksa bangkit dan berjuang bersama demi kesejahteraan generasi anak-anak kita yang akan datang. Ayuh! Marilah kita semua 'Gegakkan Gempita' kerana semboyan telahpun berbunyi. Setiap dari kita rakyat Malaysia berkewajipan mencanang semboyan ini kepada sekurang-kurangnya ahli keluarga terdekat. Andaikata anda berkuasa melakukan lebih dari itu, saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih yang tidak terhingga.

Berilah peluang kepada Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya pada PRU ke 13 nanti. Saya akan pastikan semua mereka yang boros membelanjakan wang rakyat termasuk Rosmah Mansor yang sanggup membeli sebutir cincin berlian berharga RM24juta di kala rakyatnya ada yang masih hidup dalam kemiskinan dan ahli keluarga kepada Ketua Wanita UMNO Shahrizat Jalil yang tergamak membelanja sampai RM250 juta wang dana Tabung Makanan kita dalam skandal NFC di bawa ke muka pengadilan.

Janganlah 'terpedaya' atau 'diperbodohkan' lagi hanya kerana 'sogokan' wang RM100, RM500 dan beberapa ratus lagi menjelang pilihanraya yang akan di'saji'kan oleh pemimpin-pemimpin BN. Lihat angka yang mereka 'baham'. angka yang diberikan kepada anda amatlah kecil berbanding jumlah yang mereka ambil tanpa restu anda semua. Nasihat saya, anda ambillah wang itu kerana wang itu memang milik rakyat dan bukan milik mereka, kemudian undilah Pakatan Rakyat dalam PRU-13 nanti. Pakatan Rakyat akan pastikan mereka-mereka yang bertanggungjawab atas setiap kesalahan mereka itu menerima hukuman yang setimpal dengan kesalahan yang telah mereka lakukan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Bangkitlah wahai rakyat Malaysia!!!

- Dato' Seri Anwar Ibrahim