Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, May 12, 2013

Assessment terakhir


Last week, Khamis 9/05/2013..berakhir sudah presentation terakhirku untuk sem terakhir di bumi UIA..dan ia juga presentation dan assessment terakhir untuk kelulusan Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Kesusasteraan dan Linguistik. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah.. next week ialah minggu last buat sem ni, sebak rasanya..minggu terakhir untuk pengajian ijazahku..setelah tu cuti seminggu sebelum exam..dan after exam secara unofficialnya sy sudah menjadi seorang Graduan! And I will graduate soon! Masya Allah tak sangka tak sangka sudah 4 tahun berlalu berhempas pulas utk segulung ijazah mendalami ilmu di negeri orang.

Presentation dan assessment terakhir kelmarin di bawah subjek World Literature. Mama aufa present tentang similar issue in Mala and Mr.Tang’s Girls, 2 short stories taken from The Merlion and The Hibiscus. Debaran dup dap dup dap 2,3 hari sebelum present lagi sbb antara banyak2 subjek sem ni, subjek ni paling mencabar. Kami kena habiskan 3 novel untuk analisis, dan around 15 short stories dalam dan luar negara dari dua buah buku. 3 novel tu memang tebal dah; Green is the Colour by Lloyd Fernando, The Guide by R.K Narayan, Henderson the Rain King by Saul Bellow…tebal habiss…hihi..tapi short stories yg lima belas cerita tu punya la panjang mcm novel jugak..1 short story dalam 20-35 pages..ngeh2..itula tugas kami pelajar2 bahasa inggeris..baca dan baca dan baca sampai muntahhhh..ngeh2..tp x muntah pun.baca meluaskan minda kan=) Prof Qayum kitorang selalu advice utk terus membaca dan menulis terutama untuk literature.


Nak present semalam untuk subjek World Literature memang takut habissss tp Alhamdulillah dpt control bile kat depan. Sebab nervous sgt ialah coz lecturer kami merupakan Head Department Kuliyyah IRKHS, dan beliau merupakan seorang Professor asal dr luar Negara tp dah lama kat UIA..beliau supervisor students Master dan P.H.D utk subjek literature, seorang penulis buku yg terkenal di Malaysia dan Singapura. Nak speaking ngan beliau mmg xleh salah grammar langsung.Kalau hantar esaimen, satu grammar salah tolak 1 markah.kalau markah penuh 20 memang kena jaga dengan kesalahan grammar…hoho..tp Alhamdulillah lepas dah consult die 3 kali minggu lepas utk present ni, dan bile present idea ok la. Oh ye, 1 lg lepas present wajib jawab at least 3 soalan…memang banyak gilerrr dapat soalan dr audience semalam takker ketar lutut kat depan tu. After kelas mmg leh tahu terus markah..syukur dapat A- walaupun rasa mcm byk lg kena baiki utk present..alhamdulillah.

so lepas ni tumpukan untuk final exam b4 bersiap siaga untuk berpantang...hihi..now i am already 34 weeks and 6 weeks to go....debaran kian terasa........^^, mohon doa semua ye^^

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga