Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 30, 2011

tenggelam

assalamualaikum wbt..

bukan tenggelam dalam air sbb banjir, tp tenggelam dlm minggu2 yg dipenuhi dengan keje.

btw, jemput semua datang ke Exhibition Christopher Columbus esok malam 8.30pm-11.00pm kat HS building, IIUM..antara projek subjek American Literature..mama aufa akan berlakon jd King Ferdinand esok malam.wahaaaa..

lepas tu ada 2 lakonan pulak kena berlakon lagi. 1 teater, 1 lg video shooting. still masih menghafal skrip.hohoho.

dan 3,4 minggu lg revision week utk Final exam sem ni. fuh. minggu ni bermula harini ialah Pre-registration period utk budak2 uia..

weekend baruni kami sekeluarga balik kelantan jap (Jumaat-Ahad). diizinkan Allah, aufa demam kuat. meragam, menangis. then balik KL balik die tak meragam dh. myb berubah suasana kot.

pening. letih. tired. exhausted. itulah perkataan2 yg boleh digambarkan sejak beberapa minggu akhir sem ni. pergi uia pagi, balik petang, hujung minggu ade discussion. memang dh takleh rehat semenjak due ni. Hectic. huhu.

tp takpela, bile sem ni berakhir nak berjalan2 dan enjoy!!!!!!!!!!!!!!!! (^^)

Tuesday, November 22, 2011

pelepas angin

bak kate orang kelantan "pelepas angin"

maksudnya macam utk satisfaction la gitu kot.

patang td lepas amik Aufa dr umah pengasuh, mama ajak2 baba bawak kite ke Taman Kepong. sbb aufa syik jenjalan lam umah je, sian pulak..die pasti happy kalau dpt jalan d tempat luas sambil tengok pemandangan alam~

tp x dapat lama, ada la dekat setengah jam je sbb baba kena bertolak ke Sg Besi lak jd Imam maghrib isyak.

xpe, lenkali datang lama siket=) hihi..

gambar2 si tecit jenjalan........................

                                        aufa..cepatnya besar, nk sama besar ngan mama dah..hihi

                                                      bestnya angin bertiup sepoi2..=)


                                       mama n baba nyorok disebalik pokok=)


Monday, November 21, 2011

Malaysia menang bola sepak sukan sea

tahniah buat team harimau malaya.

syok jugak tengok bola sambil2 duk baca Beowulf..ayy..ada exam lusa..esok ada revision Beowulf. hoho..

Ya Allah, moga2 dipermudahkan segalanya~ amiin~


                                                      budak exam yg still g jenjalan~

Saturday, November 19, 2011

Freedom is a GOld in ur life after married


In jahiliyyah time, women were confined in their house. The stereotype os only one-MUST DO HOUSEWORK, TAKE CARE OF CHILDREN, TAKE CARE OF HUSBAND…
There is no difference in this confinement with the Christian PURITANISM which I learned in American Literature Class. The wife is considered as sinful and wrong if she expresses her opinion and went out from house. So pity right? So what are their jobs then? ONLY to teach Biblical teaching to their children, doing housework like cooking, sewing, washing..That’s it..

Also for women during medieval time, Canterbury Tales “The Prologue” by Chaucer (is good example).. they are also looked down by society and the stereotype is very obviousssss. Ish ish ish..so pity and kesiannn..huhu..

Then Islam as a religion of truth correct all this stereotyping.=) MashaAllah.
Islam recognize the rules of women in life, society, and politic.
Islam holds the upright of women essentially.
Islam opens the eyes of man that women should be treated equally.
Islam ALLOWED wife to went out from house, work, gaining knowledge with the PERMISSION of husband.

If a husband is a Manager of family, so wife is an Assistant Manager of family. So imagine the task is also well-great.

being independence is a teacher for so many things in life, because you actually cannot depend on someone for the rest of your life.

Last Thursday, i learned a lot about family life from my beloved lecturer, Kak TJ, When she told stories of her married friends..lot an dlot of stories.very interesting^^

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah..=) Allah gives me a husband who give me freedom in my action., freedom to choose, freedom to make a decision..BUT still he will advice and give his opinion also=) Freedom to went out home if he is not around is also like a GOLD for me. Rather than being confined at home, it is more great and satisfied if I can went out with my baby and window shopping and so on ,HahAhA. It is enough even I m alone because so many people outside there lah. Police pon a lot. So,if u need accompany, who will accompany you?? Friend? NOT ALWAYS BE... Friend can be with you when they are free but they are not always free=)U too right?always unavailable for them..hoho.. it is not that you go to a Dark, secret, sunyi place or Outside country laaa..that one you ARE COMPULSARY to have accompany ok^^ As long as you are with a bunch of people which have same purpose as you in Market/Shops, that’s enough. In Sociology, we call it “PURPOSEVELY SAMPLING-POPULATION) .Those who did not learn anything from Sociology will not know about this. HahAhA.That’s why u need knowledge before mentioned something.

Oh. BUT, if he(Mr Hus) is around, it is a MUST to go anywhere with him=) hihihi. Yeah, I like it if he can drive us anywhere though^^

So , where to go this weekend? I think after mid-break i got loaded with a lot of works. huHaHuaHaaa

I HATE WAITING…


Venue : Bersiaran dr perkarangan Human Science Building, IIUM.
Mode : Menunggu 4 orang lagi ahli kumpulan yg entah kat mana skg.
Jam skg : Pukul 11.15a.m
Diorang janji nak datang : pukul 11 a.m.

Wahai kengkawan ahli kumpulanku sekalian alam, taw tak..korang yg takder anak, takder suami, takder komitmen, leh goyang2 kaki kat asrama skg. Perhaps, u all have much time and less work to do.

But me, as a married student, as a mother.mcm chaos taw tak nak datang ke uia td.
Bangun2, terus masak utk anak dan suami, sediakan baju anak utk dimandikan, layan anak sambil2 masak..siapkan diri pulak utk terus datang ke UIA.sbb korang yang cakap ‘KITA WAT DISCUSSION PUKUL 11A.M.” silap jugak sbb tak mintak no fon diorang(ingat nak mintak harini sbb first meeting), ada no fon budak Iran tu je tp die memang ckp die lewat jag g.

Tu keputusan korang nak wat pukul 11. Kalau korang cakap pukul 11.30a.m nak mula discussion ok la, sy akan turun dr rumah pukul 11. Tp sayan dah turun dr rumah pukul 10.30 a.m lagi. Berat hati taw tak nak tinggalkan anak dengan suami pd cuti2 mcm ni.
I HATE WAITING, sebab ape, sebab bile lambat mula, maka lambatttttlah habis. Saya malas nak tangguh tangguh tangguh waktu balik sbb banyaaaaaaaaaaaaak lagi keje nak kena wat. So??

Tahu tak td terpaksa menyorok2 untuk keluar tanpa pengetahuan Aufa, t u pon aufa menangis2 nak mama sbb Nampak mama pakai tudung dan siap bawak beg lagi. Baba bawak aufa masuk bilik , sampai ke pintu rumah sy still dengar suara aufa menangis. Berat nya hati nak tinggal anak ujung minggu mcm ni, apetah lg dengar tangisannya. Huhuhu..T_T.
Ni saya datang. Kalau saya tak datang PASTI cakap, “tension ada ahli kumpulan yg dah kawen sbb tak dapat bg komitmen..” bile saya datang, korang tak datang. ? jd saya lak nak cakap mcm ni ,”TENSEN ada ahli kumpulan yg bujang2 sbb tak RETI menghargai masa..”

Sebenarnya sejak saya kawen, even anak sakit atau saya tak sihat, saya TETAP akan datang discussion atau kerja kumpulan. Unless kalau keadaan very very bad dan cannot be avoided.
TIME IS PRECIOUS. eVery second, every minutes..u will never appreciate it unless you face a limited time in ur life.Untill entry ni ditulis, pukul 11.30a.m, batang hidung malah bulu idung diorang pon tak Nampak lagi langsungggggg…sy benci menunggu orang yg berjanji mcm ni, apetah lg diorang yg bg masa nak discuss tu, kalau sy yg bagi waktu discussion saya boleh sabar menunggu lagi..ni diorang yg decide, tp *&%###@&^*=#.. (saat kucing bertukar jd rimau..! ) miowwwww arghhh!!!

Friday, November 18, 2011

MeNu MenU meNu??

Assalamualaikum pembuka bicara,
anak cicak tersepit kaki,
harini saya mula berbicara,
pasal menu yg patut dimasaki...

ecece..berpantun pantun lagi kalini..(dah la salah tatabahasa)

sebenarnya ada kerunsingan di hati yg ingin sekali berkongsi dengan sekalian.. sebenarnya lagi mama aufa dah buntu sebuntu buntunya sbb duk fikirkan menu nak masak utk aufa hari2..

hihihi. boleh jugak pulak kan, sebenarnya betul la, bangun pagi jer fikir, harini nak masak bekal ape utk aufa? hoho. memang sejak aufa start makan uMo 6 bulan, sebijik nestum pon tak pernah aufa makan sebab aufa makan nasik masakan mama tersayang. Nestum pon ada khasiat tersendiri jugak, tp dulu memang mama berdegil nak masak bubur utk aufa hari2..sampaila bile aufa tumbuh gigi depan dah besa siket, tukarkan jd nasik lembik, bile dah gigi geraham besar, memang makan nasik biase dah.

waktu checkup bulanan aufa dulu sibuk2 je mama aufa duk tanya nurse menu masakan utk anak. hihi, tiap kali checkup tiap kali tu tanya. nurse banyak bg nasihat kalo sayur tu rebus sampai lembik agar tak tercekik, gunakan syo lembut macam bayam/kangkung/carrot..carrot tekleh carrot semata2 sbb nanti carrot ni leh bawak kepada sembelit,kna campo sayuran ijau jugak..ayam ikan kena masak lama2 guna api slow supaya bakteria mati so baby susah kena penyakit,garam gula sebolehnya dielakkan sbb bahaya dan banyak lagi la nurse ajar. tiap kali belajar, tiap kali tu la rasa mcm banyak lg ilmu keibubapaan yg kena diselami. huhu.

berbalik pd menu. mama aufa sebenarnya segan sebab asyik2 memang pusing menu yg sama kat aufa hari2. kdg2 tertanya2 jugak aufa tak boring ke makan benda sama je?kalau mama aufa pasti boring, ye la, kat budak2 kecik takleh pedas, takder la masak merah, santan pon jarang guna sbb takut sakit perut aufa..takder masak asam tempoyak ke, masak 3 rasa ke, ayam kurma ke..nehi karongge..
je menu berpusing2 mcm ni je-

hari 1- ayam sup + sayur bayam + carrot

hari 2- ayam goreng
sayur air kangkung

hari 3 - ikan goreng
sayur brokoli, ubi kentang, bunga kobis (rebus)

hari 4- ikan rebus
sayur air kangkung + bunga kobis

hari 5- ayam kicap
sayur goreng carrot + kangkung

hari 6- ayam perap sos tiram goreng
sayur air bayam

hari 7- bihun sup. 
ayam masak halia
sayur bayam goreng

makanan sampingan :-
mama buat lempeng, bakar  roti, cekodok, bakar kek (aufa tak suke sgt kek), biskut, keropok ikan/udang goreng., bihun goreng, mee goreng/sup.

            bekal 2 hari lepas, kentang rebus bentuk bunga dan epal=), brokoli dan kobis bunga rebus.(idea tekap2 kentang tu dr Ibu Aqeef^^) aufa suke makan kentang tu, die wat mcm makan biskot je.hihi.

                     tambah dengan ikan goreng sbg sumber protein. bg ekor ikan je sbb takut tulang..


 pg td punya bekal, ikan rebus dengan asam keping sekeping, satu je sbb pagi td aufa dh sarapan ngan mama kat umah..
sayo air kangkung + bunga kobis pg td..

seriously, memang bertukar2 menu mcm ni la hari2.. memang mama buat jadual utk masakkan bekal aufa.sbb takut terrulang menu yg sama dan takut aufa keboringan makan.

nenek pengasuh aufa dulu ada cakap kalau tak sempat masak takpela tak payah masakkan bekal nanti nenek masak. (nenek sangat baik)..huhu. tp..mama kalau boleh nak air tangan mama yg sediakan makanan buat aufa. dah la nenek yg jaga aufa, dan kalau nenek jugak yg masakkan utk aufa, mama rasa macam,seolah2 mana tanggungjawab mama? lgpun, berkat masakan ibu...dengan doa, dengan selawat, moga2 anak yg makan menjadi solehah, cerdik, bijak, dan baik=) amiin...kat Pondok Pasir Tumbuh dulu la ustaz ustazah ajar doa supaya baca ketika memasak, supaya cinta suami bertambah, kasih sayang anak jgak bertambah.. lain kan kalau air tangan mama sendiri.. sbb tu la sejak aufa mula makan, memang mama demand utk masak sendiri (even baba suh beli nestum sbb kesian tengok mama tung tang kat dapo ), even mase balik kampung mama masakkan bekal tak kire kena bangun pukul 3 pagi nak masak bubur..
dan...............

alhamdulillah=) mama suke sangat sbb aufa berselera sekali makan=) jd bile anak berselera makan, mak nye pasti bersemangat nak masak..^^

skg makin mendevelop isi2..
tengok la ni...hihi..
^
^
^

mama sookaa tengok anak mama makin buulatt..=) geram2 nak tarik2 pipi dan isi2 itew..hoho


any idea nak masak ape lagi?boleh share.. sangat2 ingin menu2 yg menarik utk anak2.hihi..=)

teringat kat ma yg pandai masak dan dengan air tangan ma la, kami 9 orang adik beradik berjaya hingga ke menara gading..

love you mum and all moms out there=) lots and lots of love.

Killer Elite


Sebijik lg cerita best..

Pelakon utama die saper tak kenal Jason Statham yg berlakon banyak citer2 aksi mcm Transporter 1 & 2, The Mechanic, lg..?ntah. x ingat. hAhA..=D i like i like i like..!!

Suke suke suke suke bile ujung minggu cenni dpt relax2kan diri tengok movie tatkala anak tiDo..hehe=)

Tp kan..baru tengok separuh aufa dh bangun tido..pastu terpaksa la mama kena ulang tayang balik lenkali bile aufa tido sbb td mase mama duk khusyuk tengok movie tuh sambil suap nasik kat aufa sambil tu la aufa tutup muke mama ngan baju bushuk aufa nak main cak. Gelak2 die sorang2 tengok mama kelemasan. Ayyy=p

Aufa ni kan, mama amik dr umah pengasuh td pukul 4.50pm..balik2 makan buah pear ngan baba die, banyak gak die makan buah pear.suke rupenye..seblom ni mama selalu beli buah mangga dan betik sbb aufa suke sgt makan. Sebenarnya mama beli buah pear sbb kegemaran baba. Bile aufa suke makan jugak sah sah la anak baba.hahAA..muke pon memang fotokopi baba ye=) pastu makan kopok goreng pulak, pastu minum susu, pastu sambung makan buah lagi..pastu minum air masak pulak, pastu die ngantok2 pulak..jd td kul 6 tu aufa dh tido..lepas maghrib dan2 je mama siap solat die start bangun..

Oh ye, nk gossip siket..otw balik td, jem la jugak padahal baru je lepas kuar traffic light dr umah pengasuh..ada eksiden betul2 dekat traffic light ke Uia tuh. Mama amik gamba die mase traffic light tu merah. Lori tu terbalik. Tak sangka lak masuk berita Tv3, dengar kate berlanggar dengan kete..pemandu parah. Anyway, esok boleh la beli paper nak tengok gossip ni betul ke idak.=) niway lagi, I got proof..=)
          td hujan kat Gombak & batu caves tu..jalan pastinya licin amat.kalo ujan2 gini mama aufa bawak slow je mcm siput kudung. hati2 is better than tak de hati..

    nampak tak saya jd Dreba Ma'am Datin Aufa Hibriyah? Can i praise her for being sooooo well in the car lately? hihihi.. tu la tempat aufa dalam Mpv mama, kat belakang je sbb kat depan silau. jd Datin la yer.. (p/s-Mpv kenit @ kancil kiut)

Wednesday, November 16, 2011

frust tp happy

ade jugak perasaan gitu kan.

hehe ^^

semalam aufa tido agak lewat, dekat kul 10 pm baru tidur. jd kerja2 mama tertangguh dan terpaksa dimulai bile anak dah tidur.

kerja pertama, buat research online untuk persentation keesokan hari (iaitu harini).

sambil2 menaip, membelek buku, aufa kerap kali terjaga.. tepuk2 aufa bg tido balik. urut2 kan kaki aufa sbb myb die lenguh2 kaki seharian berjalan tak henti2, duduk boleh bilang bpe kali je. jaaaalan terus menerus.huhu.

then sambung menaip dan membaca.

pastu tengok jam dah pukul 12 a.m, kena finishkan dapo sebelum masuk tidur.

basuh2 periuk, panaskan air, topup air masak, licinkan sinki, kemas dapur, dah lega..

hm. rasa mcm tak puas hati takut tak ready nak presentation esok, buat latihan presentation lagi. baca dan baca serta try explain pd diri sendiri.

tengok2 jam dah pukul 1 a.m...


alamak. takleh jadi.kena terus tidur kang esok tak larat nak g kelas.

malam tu aufa bangun pukul 5 a.m menyusu then tidur kembali.. 

lepas solat subuh, sambung lg practice utk presentation..kemaskan hafalan ayat2 quran yg nak dibentang bersama translationnya. nampak senang tp susah jugak tajuk Prophethood and Revelation ni bile kena kaji dr sudut Modern thinking mcm Prof mintak.

then aufa terjaga lagi. nak susu lagi..lepas tu tidur balik.entah macamana mama tertidur sekali tepi aufa sbb mengantuk sangat. terjaga tiba2 dah pukul 9! kelas start pukul 10..ape lagi, dusshhhhhhhh terus ke bilik air, siapkan aufa, siapkan diri sendiri, ambik buku, bawak barang semua, turun bawah, start enjin kete..brOOmmm...memang pecut td ke UIA. haha.. jd harini mintak maaf dengan pengasuh sbb tak bawakkan bekal lauk utk aufa sbb dh ter lewat nak masak.hehehe.. nenek cakap takpe, die ada masak dah lauk utk budak2..=)

ok la. kelas kul 10 habis jam 11.20a.m.. then kelas Islamic Aqidah yg ada presentation jap g pukul 11.30a.m..sempat la mama aufa g beli Waffle jap buat alas perut.

masuk2 kelas, tunggu lecturer.

dengan perasaan debar2, sbb nak kena present harini.huhu.

Lecturer masuk dan cakap:

"Sorry pupils, i have to cancel class today. I feel very tired because just finished the conference, I couldn't understand myself speaking.."

students? mcm2 bunyi keluar..ada yg happy, ada yg frust..

bg yg dah prepare habisss mcm mama aufa sampai berjaga malam pastinya FRUST la. tp happy dapat balik rumah awal sebelom ke kelas pukul 2. hoho...

happy la dapat bukak tenet jap kat umah. 

tp frust la, ingat ke dah lega bile dh habis presentation harini, bile tertangguh rasa mcm ada benda yg tersekat je..huhu..

anyway. happy day=)

Monday, November 14, 2011

Criminal minds

My favourite movie is now available! hehe=)

oh.nelson mendela, derek morgan..........lalala~

dah lama tunggu siri ke 6 citer Criminal Minds ni.

citer die sangat2 best , anggota penyiasat yg cekap, jenayah yg kejam dan unik (hehe..) serta yg paling penting penuh ngan saspen.

ni memang fevret mama aufa la.. so Aufa, pukul 10.30 sampai 11.30, bg peluang kat mama berfoya2 depan tv jap. aufa main ngan baba, kalau baba tak balik lg, aufa main sorang2. hahAAhahaA..

kalau sesape nak tengok jugak leh la..kat 8TV, pukul 10.30 setiap hari Isnin..

hm. ni citer bersiri.

kalau movie dvd tuh, i like citer Saw1,2,3,4, dan last sekali dh tengok saw7. (sile jangan tengok sambil makan nasik).. lg citer Final Destinanation 1,2,3,4, dan baru ni last yg 5. (ke ade yg baru lg?tataw..).antara citer seram lain yg best ialah Frit Vilt (bahasa Jerman), Wrong Turn (uwekkk..ngeri..!..), lagi Halloween, Scream4, lagi..ape ye? tak ingat dah..nanti la ada entry khas pasal cd2 mama aufa yg tak habis2 suke citer Thriller dan hORRor.wuuu....hihihi.........=) 

bile dah on dvd tuh, sesape pon takleh kacau dah...biasenye tengok mase aufa tido sbb kalau aufa tak tido memang tak bukak dvd/ laptop pon. kalau tak, mam aufa mengalami tekanan yg besar amat. On tv je untuk di lihat gitu2 jer.


ay.. dah jauh merapu lak. padahal tengah taip esaimen nih. taip sambil tunggu citer Criminal Minds pukul 10.30 jap g. hoho. aufa dh tido kul 9.30 td.. sampai pg esok dah tu... entah la skg kalau die merajuk MashaAllah, susahnya nak pujuk.........dilempar2 barang pulak....style baru..sabar je la sambil pujuk die..kalau cara pujuk tak kena jugak mama aufa diam je sambil tahan perasaan marah. memang la kena banyak bersabar la bile anak masuk umo setahun lebih ni, macam2 perangai dah die dapat explore. huhu. takpe, solehah, solehah....=).aiyy..setiap kali nak marah aufa, mesti terfikir, "nak marah ke , nak pujuk..?" mesti duk sebut2 banyak kali lam hati. then istighfar..ingat balik anak ni anugerah Allah, die tengah nak membesar.. jd diam je la. huhu. kdg2 terrrrlepas jugakkkk suara lantang bergema ni sampai terkejut si kecik tu, pastu menyesal pulak bile dh terrrmarahhh..hua hua hua. tu la kan, yg masuk paper dera2 anak tuh sbb tak sabar, mama aufa faham sgt mcmana..memang kena control diri sendiri bile hadapi anak2 yg mcm2 kerenah ni, kalau tak habis la bile syaitan dh merasuk diri. huhu. . setakat ni mama aufa tak pernah lg la naik tangan kat Aufa, (tak tahu lg future macaman..huhu T_T..) rp kalau terrtinggi suara tu memang dah terrrlepas banyak kali jugak..tu pon mase keletihan, kelaparan, mase penat jaga anak sorang2 waktu suami balik malam2..gitu la.. doanya moga Allah kurniakan kesabaran yg tinggi buatku dan para ibu bapa di luar sane......^^