Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, August 20, 2012

Aidilfitri kami sekeluarga 2012

Assalamualaikum warahmatullah..

Sebulan puasa sudah berlalu, menghantar Ramadhan pergi dengan rasa berat hati..Ya Allah, tahun ni rasa cepatnya sebulan bulan puasa! perasan tak cepat sangat? huhu. Ma citer kala mase ma puasa dulu dari pagi ke petang tu masa memang panjang dan lama sangat. Masa mama aufa dulu2 pun memang rasa lama je puasa dari pagi sampai petang tu..minit ke minit, jam ke jam, asyik tengok jam je tunggu berbuka..hehe..tp skg tengok2 jam rasa terkejut,eh?dah nak berbuka?Sekarang semuanya sudah cepat,kan?betul ke ni antara tanda2 kiamat? Ya Allah.............T_T




Sehari sebelum raya, pagi2 lagi mama Aufa bangun pukul 4 a.m, barang dah hampir 80% setel kemas semalam tapi still ada yang baru nak sumbat masuk beg.hehe. Pukul 4.30a.m gerak Mr Hus sbb die nak ambik Pak Su (adik) kat Kepong then bawak umah kami sbb nanti kami nak balik same2 ke Kedah. Mama aufa ekspres je masak sahur, memang kalut sangat sangat sangat mase tu.huhu.  Dengan masak sahur, dan masak utk bekal aufa makan dalam kete..pastu basuh segala2 periuk pinggan etc sbb nak tinggal umah seminggu kan. Then pecut mandi manda dan sahur terlebih dahulu sementara tunggu Mr Hus dan adik die sampai. After diorang sampai, diorang terus makan sahur dan minum2, pastu punggah barang2 masuk kete. Barang kami macam nak balik kampung sebulan.hehe. Lepas subuh, dalam kul 6.30a.m kami dah gerak dari rumah.

Jem memang jem la jalan, walaupun kami bertolak di awal pagi. Perjalanan yang biasenye 5 jam dah jadi 8 jam. Alhamdulillah, dalam zuhur kami selamat sampai=) Subhanallah, cantik dah rumah Tok & Wan. cat baru, luas, ada tiles, warna ceria, aufa masuk2 terus g pusing rumah. seronok nampak, ye la, umah sewa kami kan kecik je.hehe. Rumah Tok & Wan dah jadi rumah teres berkembar setelah anak2 beli rumah sebelah untuk disambungkan^^

Malam raya, sebenarnya kami baru nak g cari baju jalan2 raya utk aufa memandangkan die baru ada sehelai baju jalan2, yang lain baju kurung dan jubah.he..sambil2 nak cari tudung raya ke2 mama dan seluar baba. Maka malam tu kami ke Billion Sg Petani..ingatke sempatla balik awal nak  membungkus ketupat tp terlekat kat jem dan ramai sgt orang kat Billion T_T. Malam tu, geng2 lelaki kemas umah dan geng2 mak2 dara wat keje dapo.. After siap keje dapo, mama aufa terus gosok baju raya kami bertiga, akhirnya semua setel dan pukul 2 pagi jugak la dapat terlelap.

Subuh2 lagi after solat cepat2 mama aufa ke dapo utk persiapan memasak rendang membantu Tok Umi. Alhamdulillah walaupun Tok Umi kurang sihat tp Allah masih kuatkan Tok Umi untuk beraya bersama2 kita=)

Siap memasak rendang dan siapkan barang2 mee sup Tulang n menanak nasi, mama terus mandikan Aufa dan pakaikan dengan baju raya^^ Comel anak mama solehah ni walaupun baju raya agak ketat,huhu. Then mama sambung susun2 pinggan etc dan terus mandi dan bersiap=) Diorang dah pergi solat raya, aufa, Tok Umi dan Mama je ada kat rumah utk persiapan last makan2=) then baru mama aufa dapat bersiap sepenuhnya. 

After semua balik solat raya, sesi bersalam-salaman di aidilfitri. Aufa seronok dapat duit raya=) kami sebenarnya buat queue utk salam, tp aufa potong queue..hehe..*ups.mama dapatduit raya jugak la* haha.


                                             bersama pak lang yang rajin layan aufa.

Then sesi bergambar2 sebelum makan. Macam biasa, awal2 aufa ok lagi, lama2 die dah mula mengamuk sebab mengantuk, Yela, awal2 after subuh lagi die dah bangun teman mama kat dapo.huhu. Lepas ambik gambar, makan2, then kita semua macam biasa akan ziarah kubur Tok nek & Wan Tok di Kuala Ketil, tp sebab cuaca panas dan aufa tidur, mama temankan aufa dalam kereta *mama pun tumpang tido sekaki sbb mengantuk sangat* lepastu terus balik rumah..agak lewat dah sampai, dalam pukul 2.30, takda perancangan beraya ke mana-mana harin sbb Tok Umi pon kurang sihat..jadi semua terus balik ke rumah. dalam kul 3.30 ada tetamu datang beraya..^^

Petang sempat kami ziarah rumah Tok Nek (ibu kepada Tok Wan) yang rumanhnya beberapa minit je dari sini..seronok menjamu selera dengan macam2 juadah..lontong, ketupat, rendang, kuih muih, semua ada..=)
aufa setelah pulang dari beraya umah tok nek, berkejar-kejar sebelum dapat masuk kete.hihi. Bergambar kenangan depan kete baba yang dah tukar sport rim baru sempena raya (cayelah baba*)



Raya ke-2, which is hari ni, pagi2 mama bangun masak mee goreng, then kami sarapan sama2.. after that, rehat2, then mama aufa masak Nasi hujan panas untuk makan tengahari (special request dari Tok Umi). Kak Ipa (kak ayu) buat laksa penang untuk tetamu, nasi hujan panas tak cukup..hehe..sempatla mama aufa masak ayam masak merah dan daging kurma sambil2 ada tetamu datang berpusu2 tadi.huhu. Alhamdulillah,,sampai malam pun tetamu still datang jd kami tak dapat nak g beraya ke mana-mana. hihi..takpe, insyaAlah esok lusa masih ada..Aufa dapat banyak duit raya, sukanya dia^^,

Cadang nak balik esok (raya ke-3) kelantan tapi sbb kami tak sempat nak ziarah rumah saudara mara lagi jd myb tangguh balik kelantan lusa insyaAllah=)

Hm..raya tahun ni aufa dah 2 tahun, dah pandai sembang2 dengan tetamu yang datang, pandai ucap terima kasih bile dapat duit raya, pastu suka join tetamu minum air dan makan biskut.huhu.kadang2 tak terkawal jugak mama pemakanan aufa di musim raya ni^^ orang makan die makan,pastu jarang dah tido..bile dah tak cukup tido, mcm2 kerenah manja comel yang dapat dilihat.hehe. Mama selamba je, seronok sbb kat sini ramai yang tolonng jaga dan main dengan aufa sampaikan memang die tak cari mama langsung. Bile nak tido baru panggil mama.^^


      Aidilfitri 2012 kami sekeluarga^^


Apepun, Salam 'Eid Mubarak kepada semua ahli keluarga, rakan2, pembaca blog dan semua^^ TAQABBALALLAHU MINNI WA MINKUM.. 

MAAF ZAHIR DAN BATIN^^

AssalamualaIkum warahmatullah

2 comments:

  1. eid mubarak buat mama aufa sekeluarga.. ;)

    ReplyDelete
  2. syukran=) 'eid mubarak UM sekeluarga=)

    ReplyDelete

mutiara berharga