Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, July 11, 2012

First time g secara Live!

Assalamualaikum wbt


Petang kelmarin mama aufa suggest ajak Mr Hus tengok Maljlis Tilawah Antarabangsa kat PWTC.. Asyik tengok ikot TV je kan sejak 6 Julai lepas..jd sebab last year nak g tp asyik tak jadi..alhamdulillah semalam dapat g.hihi.

Pas ajar ngaji sikit2 bebudak yang datang, kul 8.30 kitorang bertolak..Aufa excited la jenjalan malam. Tp masuk kete terus tido..which is her hobby skg.kalau kat rumah memang tak tido la mase2 macam ni.

Sampai dekat2 kul 9, nak cari parking susah jugak sbb banyak bas yang datang..nampak budak2 sekolah agama berbaris nak masuk dewan..

Sbb first time g PWTC, Kami blur2 je lagi nak lalu ikot mane, nak g ikot mane..tp wat selamba je.nasib baik dah tahu Dewan Merdeka..masuk je..ada mak gad bg instruction,kalau bahagian bawah dah penuh, die tunjuk jalan untuk naik bahagian atas.



Kami pon naik..aufa baru bangun, still blur2 lagi katne die skg.hihi.


Kami duk bahagian atas, dapat tengok secara live..wa..teruja..! kalo sesape tengok rtm semalam, mase org kemboja tu tengah bace, nampak la muka kami bertiga di mana kamera fokus kat kitorang time Aufa tengah peluk Quran..hehe.*perasan dapat masuk Tv..hoho* Aufa lak..berebut Quran ngan mama, mama nak tengok part mane org tu baca, die duk peluk je quran sbb semua quran yang ada kat umah dah jadi milik die.huhu.

Bile tengok secara live baru tahu suasana dewan macamana..lain sgt dengan yang tengok lam tv hari2.. mase Cik Husna Al-Kholili dari Negara Maghribi baca, orang2 arab dalam tu bersorak..memang best la cik Husna ni baca...suara tinggi, dan suara die mcm budak kecik..exactly dengar macam lam dvd..best... tp kurang lagu walopun die baca dengan riwayat Kisaa'ii. Kite kat Malaysia baca dnegan Riwayat Hafs tau..jd ada beza bacaan kita dan die..sbb tu kalau dengar diorang baca lain sikit bukan bermakna salah, semua betul..ikut riwayat masing2..=) sbb, ada pakcik belakang kitorang duk pelik2 kenapa bahagian pendek die baca panjang dan bahagian panjang die baca pendek..pasti kalau lam dan hamzah, terus panjang tanpa sebut hamzah tu..tu Riwayat Qaaluun namanya..^^

Kitorang tak tengok sampai habis pon, sbb Aufa dah start buat aksi macam2.huhu..terpaksa sumbat puting supaya die tak bising.Kalau takde pacifier ni memang MasyaAllah bergema suara aufa dalam dewan tuh.huhu.dah la banyak cakap..kalau menjerit lagi kuat.

Mula2 sampai die ok lagi.


pastu lama sikit die mula turun dari riba baba..nak duk sendiri atas kerusi.



pas duk atas kerusi die turun bawah pulak. pastu duduk kat kaki mama. 


pastu dah start buang puting, buang tudung, kami sumbat balik puting lam mulut die.hehe.

Pastu dah selak kain sendiri nampak betis. segan daa mama dan baba, banyak kali tarik tutup balik, tp die selak balik.


Pastu aufa g selak baju sendiri sampai atas. aduuh...malu..huhu. Last2 kitorang decide nak balik la..sebelum die g pecat pampes depan orang ramai. si kecik ni pandai bukak pampes sendiri da skg.huhu.


lebih kurang kul 10.30 kitorang balik.. pastu sambung tengok kat umah pulak^^ dah setel 10 orang peserta baca.


Peserta Malaysia yang lelaki ialah Ustaz Anuar..dari Machang Kelantan.hehe.kalau nak tahu rumah die dan rumah mama aufa kat kampung dekat je..kitorang berjiran. Kelebihan ust Anuar ni, selain kuat agama, pandai mengaji, die juga boleh berubat orang yang terkena gangguan makhluk halus. Memang terkenal la, inysaAllah kalau yang kuat pon dia boleh ikhtiar dengan izin Allah..Die baru je dapat baby last 2-3 weeks, jd kemenangan die menjadi Johan peringkat kebangsaan baruni adalah rezeki baby baru=) Kebetulan, rumah die kat KL ni depan masjid Mr Hus jadi imam, jd diorang berkawan..Ust anuar msj Mr Hus baruni, die akan baca Hari Khamis ni.jadi semua, mari kita bagi sokongan kepada peserta dr Malaysia a.k.a Kelantan ni.=) dengar la die baca,sedapppppp=)

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga