Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, July 2, 2012

Nilai 3 yg menensenkan

ASSalaMuAlaikum dan Haiii everybody..

Pepagi lg Mr Hus duk gerak ajak g Nilai 3 kul 7.30 a.m..

mama aufa kemalasan. ada ke kedai bukak kul 7.30? jd tarik selimut tido balik.haha=p relax r, Ahad kan..lgpon bile dah start Isnin takleh tido pagi2 lagik.ha3. *pemalas*

Sbb kena kacau ngan Aufa, tido tak lena..bangun gak kul 10 lebih, rasa malas pulak nak masak. suh Mr Hus g beli roti canai je. *impian bersenang lenang*

sebenarnya memang Mr Hus janji nak bawak g Nilai 3, katanya nak cari Frame quran / ape2 frame nak gantung2 kat umah. mendeko katenyer sbb dinding kosong kan. Mama aufa lak cakap, jangan risau, nt yang deko la dinding, yang kan leh tulis khat. Pastu khat yg ditulis sampai skg tak frame2 pon. duk terlipat dalam rak. wakaka. Tp tetibe semalam ckp tak jadi sbb die kena keje hari Ahad, pastu tetiba pagi kul 7.30 ajak g Nilai 3 balik sbb katenyer tak jadi aja tuisyen harini. Penin sekejap mama, jd terpaksa tido balik sbb kepeningan *alasan semata2*

Then, tiba2 after breakfast, bincang balik ngan Mr Hus, betul ke nak g Nilai 3, taknak la g waktu poket kosong nih. kalau g kang tensen takleh beli barang. Mama aufa suggest g Muzium Negara atau Balai Seni Negara, lg best, duit tak mengalir sangat, dan hobi mama aufa mmg pasal 'art'. boleh dak dah 3 tahun duk Gombak, 15 minit je ngan Muzium Negara tak pernah jejak kaki?kan? warganegara yang tak mengenang budi nih.ish3...haha. kalau jauh kat Bidong takpela tak g, ni 15 minit je kot. Tp Mr Hus tak minat la pulak tempat2 gitu. baginya, maksud "jalan-jalan/makan angin" ialah shopping mall. aduh. bg mama aufa lak, maksud makan angin ialah g sungai, tasik, pantai, muzium ke..mane2 tempat yang tak mengalir duit sangat. kan Contrast tuh..

Last2, Mr Hus bg keputusan nak g Nilai 3 jugak, katenyer tak tahu jalan nak g Muzium Negara.boleh pulak. Jadi pas Zuhur td kami bertiga bertolak la ke Nilai 3, (dalam keadaan mama aufa tensen) duk dalam kete,cuaca panas, aufa tak duk diam. rasa nak bom je kete tp sabo je. kebetulan kete banyak masa lalu jalan bandaraya..hari ahad katakan. bertolak kul 1.30, kul 4pm baru sampai Nilai 3 campo dengan g basuh kete dan tersesat bagai..

Akhirnya, ketensenan melanda bile sampai syurga kain nih. waaa..banyak nya kain cantik2..kain cadar,baju,jubah,tudung.....masyaAllah..^^ tergugat nafsu seketika tp takleh la nak beli sbb ongkos kureng jd cuci mata je. Akhirnya hajat Mr Hus tercapai, beli 2 pasang frame. 1 frame quran dan 1 lagi frame bunga. pastu beli cadar, baju mr Hus dan baju Aufa. baju mama aufa rembat sehelai je sbb kepeningan. balik dalam keadaan tensen lg sekali sbb rasa mcm gerammmmmm .haha. oh yes, i m shopaholic gurl. sesape nak g Nilai 3, ada seribu best la shopping. hihi. 

Babai=)

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga