Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 21, 2012

selamat pagi=)

assalamualaikum..

sempat lg pg ni berbelog eh? hehe

kelas harini start tengahari, bukak yahoo jap kot2 lecturer ada hantar attachment ape2 tp xde lak.jd terjun pd belog pula.hehe

aufa still beradu lagi, tp td terbangun dah, dan tido balik. konfem die akan bangun awal kalau tengok geng tido takde sebelah. kalau geng tido dia pastinya saya ada sebelah maka die tido lama.ish2. maknanya geng tido dia tido lama la kan.

semalam saya stress, susah sebenarnya nak stress ni. tp ubat mudah je. solat. zikir. dan buat apa yang kita suka. ha..jd nya lepas kelas semalam, setelah ke masjid uia saya terus g shopping (sbb saya suka shopping). Beli apa yang nak beli seblom ni, windows shopping lelama. hehe. takleh la beli semua kang pokai. uhuk.
balik2 rumah hilang tekanan tu=)

nasib baik pagi2 lagi dah masak, jd balik mr hus dah panaskan lauk dan semua. jd lepas solat asar, makannnn=)

Mr hus pergi ambil aufa umah pengasuh. mama aufa buat esaimen, mandi manda, dan bersiap untuk malam punya pengajaran quran.

budak2 ngaji datang awal, 7.40 dah ketuk2 pintu panggil ustazah.ayyo. orang baru siap berdoa. cepat2 salin baju pakai tudung, bukak pintu. tanya deorang, "eh, awal harini..kelas kan start pukul 8.30..?"
diorang reply ," mama nak pergi umah kawan, kami nak balik awal.." ustazah.."patutla.."

 
mengajar ngaji skg memang tak sunyi dr Aufa. biarpun dia tido, tp bila dengar suara kakak2 dan abang2 mengaji terus bangun. ada sorang budak umo 4 tahun, baru nak kenal a ba ta.. jd masa ni aufa pon ikut sama a ba ta jugak. kalau sebut ya maka ya jugak aufa sebut. lebih lagi suara die kuat dr suara kakak tu. tak khusyuk kakak nak belajar, takpe aufa, belajar same2 eh? hehe. kdg2 fikir2 ada benefit nya ajar ngaji kat umah, anak pon turut sama belajar walaupun hanya mengikut sebutan2..

tu part yang baik, part yang mencabar..bila mama pegang pensil tunjuk kat quran akak2, dia pon berebut sama nak pensil. ambik dan conteng buku2 iqraa' kakak2. mama tak benarkan mcm tu..nasib baik ada pemadam. jd mama tak bg aufa rampas pensil lagi, kdg2 sampai menangis la. huhu. mcm2. yang tu mencabar sikit, yang lain aufa behaves well masa orang lain mengaji. 

bila ada budak2 mengaji ni, rumah kami tak sunyi macam dulu..seblum ni mr Hus jd imam atau ajar mengaji malam2 nun jauh di Sungai Besi di sana.. jd lewat malam sampai rumah.. sunyi kami berdua.. tp bila ada budak2 mengaji riuh rendah.hehe. Oh, mengajar adalah minat saya=) tp cita2 saya bukan cikgu. saya nak jd Pensyarah!^^ insyaAllah, habis belajar tahun depan, sambung setahun atau 2 tahun lagi untuk Master.Jika diizinkan Allah, nak terus sambung PHD selepas tu..hm..ye la kan, muda2 ni la time nak belajar..

muda ke?? erkkk....
huhu..
tak sebelia dulu dah..umur mama aufa tanpa segannya bulan 9 nanti masukla 24 tahun!
waaa. umo 25 baru grad..huhu
sebabnya.. lepas sekolah rendah dulu, masuk sekolah arab, waktu tu ada Saff Awal (peralihan),sebelum masuh tingkatan 1..jd belajar bahasa arab setahun, baru masuk Tingkatan1. Ramai orang kata masuk sekolah arab rugi umur sbb setahun masuk peralihan. Tidak sebenar2nya, sbb masakan umur rugi, sedangkan 1 tahun penuh menimba ilmu Lughoh Jannah ( bahasa syurga). 

Tingkatan 1-3, study di Syamsul Maarif, dapat result PMR yang agak memberangsangkan, dapat surat tawaran dr Maahad Muhammadi Lilbanat untuk ambik aliran sains. maka berpindahla ke sana 2 tahun sampai tingakatan 5..berpindah ke Maahad Muhammadi merupakan satu titik kejayaan dan perubahan emas sebabnya di sana lah baru mama aufa kenal potensi diri. Guru2 di sana pandai menyuntik semangat dan membuka potensi diri para pelajar. Di sana, ustaz ustazah pilih jadi Exco Asrama,  jd pengawas, jadi MC, jadi pembentang, menjadi pendebat dan masuk syarahan.. peluang lebih terbuka di MMP yang tercinta..=) segala kenangan2 indah banyak tercalit di sini..alhamdulillah Allah membuka peluang untuk mama ke sana.

Tingkatan6- mama aufa berhasrat nak ambik STAM dan sudah berniat seandainya dapat panggilan U pun , STAM tetap nak diteruskan.
terpaksa berpindah ke Maahad Saniah sbb MMP nak pelajar yang ambik STAM sebetul2nya, sbb dapat 7A SPM, jd MMP cakap kemungkinan dapat panggilan U tu tinggi, jd taknak terima pelajar separuh jalan. so, mama aufa berpindah sekolah ke Pasir Putih (sekolah sama cik as..hehe)

Maahad Saniah.. banyak perkataan nak digambarkan di sekolah ni, walaupun tak sampai setahun, pelbagai kenangan pahit manis rupa2nya lebih banyak di sini berbanding di sekolah2 sebelum ni.

Guru2 Maahad Saniah adalah guru terbaik pernah mama jumpa. Waktu tu guru besar ialah Ustaz Nasir, merupakan seorang ustaz yang bagus, berdedikasi,bertanggungjawab, berhemah, sporting, dan memang baik sangat2. beza guru di Saniah berbanding di sekolah lain ialah, guru2 di sana LANGSUNG TIDAK pilih kasih. mereka kenal student seolah2 merekalah ibu bapa student tu. mereka kenal, dan sayang kepada semua student. (tak caye tanya cik as,hihi). setiap nama pelajar, tempat tinggal..memang mereka ingat (walaupun tak semua) waktu program ke, ape ke..guru2 yang banyak bg sumbangan, banyak tolong pelajar, kadang2 sampai sanggup bermalam bersama pelajar. Subhanallah, mulia sungguh guru2 di sana, dan semua guru=) Di Saniah juga lah ustaz ustazah lebih menggilap potensi diri mama aufa, masuk Debat Bahasa Inggeris peringkat negeri (lawan MMP Lelaki), masuk bola tampar (setakat sekolah je,hihi...) dan masuk Pertandingan Hafazan sampai la peringkat Negeri Kelantan (lastly lawan dengan bekas sekolah sendiri jugak, lawan MMP..)

ya,seperti dijangka, surat tawaran ke UIA diterima. perasaan berbelah bahagi antara suka dan duka.. suka sbb dapat masuk U.. duka?sbb nak tinggalkan sebuah sekolah yang terbaik di dunia=). duka nak meninggalkan guru2 yang banyak mendidik,menyayangi dan memberi ransangan kejayaan pd diri ini..

Ingat lagi, 2 hari sebelum mama meninggalkan sekolah, mama bertemu ustaz ustazah untuk kata2 terakhir. Ustazah balaghah (lupa nama) dan tafsir (ustazah Norazlina..<kalau tak silap,lupa..>) mengeluarkan air mata..mama aufa berjanji, akan teruskan STAM walaupun  di UIA..mama aufa akan menaikkan nama sekolah, insyaAllah..itulah janji mama pd mereka..

Keesokannya, tinggal sehari sebelum berangkat ke UIA Petaling Jaya, ujian Lisan untuk STAM bermula. Mama meminta pd Ketua pengawas untuk menduduki Ujian Lisan pd hari pertama sbb esok kena terus daftar ke UIA. Ketua Pengawas izinkan..tp kena jd pelajar terakhir haritu untuk ujian lisan..ok,mama setuju.

Mencatat sejarah, hari Ujian Lisan STAM merupakan sebuah hari yang takkan mama aufa lupa sampai bila2, sebuat detik bersejarah dalam diri. Setelah nama dipanggil, mama memberi salam dan masuk..ada 3 penguji berada sebaris di meja. (ujian lisan secara individu..). mama aufa duduk sorang2 atas kerusi. (rasa mcm kena interview).mula2 duduk mereka cakap, "awak orang pertama harini masuk bg salam.." mama aufa tersenyum..

sebelum ujian lisan, mereka tanya pasal pemergian mama ke UIA..tanya sebab?kos?bila?..baru ujian lisan dimulakan. soalan demi soalan diajukan, alhamdulillah dapat jawab dengan baik..sampai lepas habis ujian, mereka berpandangan sesama sendiri dan tanya mama aufa macamana awak menghafal semua Surah (Luqman, Yasin) dan Hadis2 dari buku Mustolah Hadis (20 hadis semua kena hafal) tanpa sebarang kesilapan baris mahupun perkataan?malah hampir mendapat markah penuh untuk perbincangan dalam bahasa arab , mama aufa hanya menjawab alhamdulillah, Allah kurniakan ingatan yang baik, dan saya memang minat bahasa arab..jd mereka tanya lagi, "kenapa ke UIA untuk ambik Bahasa Inggeris?" . mama terdiam dan jawab, "pertana ia pilihan keluarga, kedua, Bahasa Inggeris penting untuk dakwah pd masa sekarang.."

setelah ujian habis, mereka mengucapkan tahniah dan semoga berjaya semasa di UIA nanti. mama aufa keluar dr pintu bilik dengan perasaan lega sbb sudah selesai ujian. tiba2 ketua pengawas panggil..kami berborak di luar pintu bilik. Ketua pengawas merupakan pegawai atasan bahasa arab di Yayasan Islam Kelantan. dia memberitahu pandangannya terhadap mama aufa. disamping kata2 perangsang yang diingati sampai bila2..katanya, dia terkejut dan kagum dengan kebolehan yang ada pd diri mama aufa. sempat lagi die berpesan,

 "awak tak payah ke UIA, saya yakin, awak boleh mendapat keputusan cemerlang salam STAM,. saya nak awak jd macam saya, lepas ambik STAM, awak sambung ke Al-Azhar Mesir, ambik Bahasa Arab (sbb ramai yang taknambik bahasa arab konon2nya susah di alazhar), lepas tu sambung master Bahasa Arab, dan kerja di YIK atau mana2 tempat sebagai seorang yang expert bahasa arab, bila saya melihat awak, saya teringat diri saya yang dulu..satu kehilangan jika seorang yang mahir dan minat bahasa arab seperti awak ambik bahasa Inggeris."

kata2 pegawai YIK ni menjadi ingatan sampai bila2, kata2nya sangat berkesan, mendalam, dan penuh isi tersirat..

tp waktu tu, sudah terlambat untuk mengubah fikiran...
mama auf menjawab."Ustaz, saya janji walaupun saya ambik BI, tp saya takkan sia2kan Bahasa Syurga..terima kasih Ustaz.."

akhirnya, dia mendoakan yang terbaik..dan mama aufa pulang untuk persiapkan diri ke KL keesokan hari.

bukan  mudah. bukan mudah untuk membuat satu keputusan sebegini. sampaikan, sebab awal2 memang mama aufa bertekad taknak ke UIA sbb minat dengat STAM, jd ayah bawa mama ke Yayasan Islam Kelantan untuk jumpa sendiri dengan kawan ayah yang kerja di sana dan pegawai YIK untuk "brainwash" mama.untuk mendapat nasihat pakar=) mereka cakap, gunakanlah peluang yang ada..bila peluang ke U dah terbuka, kena cepat2 rebut sbb berapa ramai yang nak masuk U tp tak dapat..walaubagaimanapun, ayah mengizinkan mama aufa untuk ambik ujian STAM walaupun berada di UIA.

Pd tahun yang sama, belajar di Petaling Jaya UIA...setiap hari, pasti ada buku2 STAM yang mama bawa. sebelum lecturer masuk, baca...lepas lecturer masuk, baca...semasa ada event ke, buku2 STAM pasti dibawa..

akhirnya saat2 yang ditunggu2 tiba..Ujian STAM bermula..waktu ni perit nak dikenangkan..sebab mama aufa berulang alik dari KL- Kelantan semata2 untuk Ujian STAM. bayangkan, pd waktu sama, exam Final Sem di UIA jugak bermula. Harini ada exam English Reading di UIA, esok ada Exam STAM Tafsir& Hadis di Maahad Saniah Kelantan, lusa ada Exam English Listening and Speaking di uia, Tulat ada Exam Balaghah di kelantan.. penat,letih,perit,berulang alik dr kl-kelantan, membaca buku dalam bas sampai orang lain heran.hihi. waktu ni, family lah, terutama ibu dan bapa banyak support..dr segi kewangan nak naik bas berulang alik dan dorongan mental dan fizikal..lepas habis Ujian di kelantan, malam terus naik bas ke KL..pastu esok pagi terus masuk dewan ujian, dan malam terus snaik bas balik Kelantan pulak..dalam bas la masa ni tempat mama study tanpa tidur..

beberapa bulan selepas tu, result exam uia dah dapat,kini tinggal result STAM di mana masa ni result SPM dan STAM keluar serentak.  Ingat lagi ma di kampung kol, katanya Maahad Saniah kol suh datang ambik result , dan pada masa sama result SPM cik Uni (adik mama ) yang belajar di Wataniah jugak keluar. ma, ayah, cik Uni, sama2 pergi ambik result SPM terlebih dahulu. Cik Uni orang pertama memberi khabar gembira dengan result 12A SPM sekaligus menjadi antara pelajar terbaik dan bakal mendapat hadiah dr Menteri Besar kelantan Tok Guru Nik Aziz masa tu (kini cik uni bakal menjadi doktor,insyaAllah). Kegembiraan ma ayah berganda setelah ke Maahad Saniah, segulung ucapan tahniah dr guru2 ustaz ustazah yang mengenali mama Aufa untuk mereka sebab berjaya menjadi antara pelajar terbaik STAM dengan result 9Mumtaz 1 Jayyid Jiddan (best student masa ni Farhan, yang dapat 10 Mumtaz)..dan juga bakal bergandingan dengan Cik Uni untuk mendapat hadiah dr menteri besar kelantan.. 

bila ma ayah kol dengan suara gembira, ucapan syukur alhamdulillah tak lekang dr bibir. kegembiraan, setelah keperitan, merupakan sesuatu yang paling manis dalam hidup..bukan senang untuk senang,bukan susah untuk susah..

dengan result stam, sepatutnya boleh apply mana2 U dalam atau luar negara dan peluang sangat2 besar untuk diterima..tp..sebab dah 'jatuh cinta' dengan bahasa inggeris ni, jd mama aufa peram Mumtaz dalam file sahaja..biarlah ia menjadi kisah iktibar dan galakan untuk adik2 dan anak2 mama nanti..

Sepatutnya, sekarang mama aufa dah start kerja dah kalau teru ssambung dengan result STAM. sebab sijil STAM equal dengan matriks/STPM..jadi jika masuk U hanya perlu sambung 2 tahun setengah atau paling lama 3 tahun. jika masa tu umur mama 19, + 3= umur 22 tahun dah Grad. huhu. mama jeles, jeles jeles sangat dengan kawan2 yang dah grad skg dengan masuk u menggunakan sijil STAM..mereka semua dah ambik master malah ramai dah keje..dan..saya..di umur 24 masih lagi menadah kitab di sini...huhuhu..ooooo=(

takpelah, tak rugi umur jika umur digunakan unruk mencari ilmu.kerana semakin banyak yang kita belajar, semakin banyak yang kita tak tahu=) dan, Ilmu lah penyuluh diri...

last but not least, pesan ikhlas dari diri, tiada sesuatu pun yang boleh dicapai dengan mudah..bagi sesiapa diluar sana yang mahu berjaya, usah takut pada kegagalan..ingatlah, jika berusaha pasti kita akan mendapat..takda istilah pandai atau tak pandai, yang ada, rajin berusaha atau kurang berusaha..dulu mama aufa pun kurang berusaha, belajar biasa2 je mulai dr sekolah rendah sampai tingkatan2, tp bila tingkatan 3, mama aufa membuat anjakan paradigma, bermula dr situ sehingga sekarang, sentiasa letak matlamat tinggi untuk berjaya kerana matlamat tinggi itulah yang mendorong kita untuk berusaha=)

sekian ceramah untuk pagi ini..hihi=)

4 comments:

  1. Salam mama aufa tersayang... sangat2 berkesan motivasi pagi ni tp cik as bca di petang hari.hehe.. xpe2, input yg diberikan sgt2 baik buat pedoman utk cik as juga. Alhamdulillah, suka sgt baca riwayat hidup kisah org2 yg berjaya dgn cemerlang ni. Cik as pun sgt jeles ngan kak nina.;) tp ni dpt naikkan smangat lagi utk terus berusaha. sangat2 rugi dan menyesal saat menengah dulu ,sbb byk main2... walaupun mmg byk knangan manis disana,.wlubagaimnapun, alhamdulillah jiddan. Cik as dapat tarbiyah dan suntikan semangat dari kUin (insaniah) skang ni. Lecturer kat sini benar2 hebat dan amat baik... wlupun berlainan bangsa... Insya Allah, semoga allah terus bantu kita semua dalam usaha dan amal utk kejayaan dunia akhirat... Tahniah kak nina atas kejayaan dulu ,skarang dan insya Allah selamanya. Doakan utk cik as juga... sayang Kak nina sgt2... Tiba2 rasa sayu hati...:'( maaf kak nina trpanjg komen kat sini.

    ReplyDelete
  2. salam..k.nina, nk shre la.. entri kali nie amat memotivasikan sy.. xiexie/syukran...

    ReplyDelete
  3. kita merancang, DIA juga merancang. Namun perancanganNya adalah sebaik2 perancangan (^__^)

    ReplyDelete
  4. cik as-
    Subhanallah cik As, Allah tempatkan cik as di sebuah gedung ilmu yang sungguh bagus, teruskan usaha cik as. Kak nina dulu memang tak pandai pun,belajar gitu2 je (suke main2) sampaila tingkatan 3,keinsafan seolah2 mengetuk pintu hati.as doakan k.nina berjaya ye,k.nina pun sentiasa doakan as dan adik2 semua semoga terus berjaya..Allah ma'ak=)

    nur azami:-
    wkmslm..rasanya entry kalini biasa2 je,hehe.cuma kenangan tu yang banyak..=) terima kasih sangat sbb sudi nak share,seganla sbb rasa mcm tak de pe2 pun.huhu. tq azami..

    Ummu auni:-
    benar,kan. mama aufa dulu teringin, sejak kecik lg nak ambik B.Arab,tp Allah izin, ambik satu bahasa yang tak pernah terlintas nak ambik..semuanya ada hikmahnya=) bestnya Ummu auni dh keje, mama aufa tak sabar nak keje nih.^penat dh kot wat esaimen jer..hihi^

    ReplyDelete

mutiara berharga