Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 5, 2010

Aufa lahir ke dunia


07-08-2010- sebuah peristiwa kelahiran yang akan diingatan sampai bila2

Pada tarikh inilah puteri sulung mama dan baba, Aufa Hibriyah lahir kedunia.
Sekaligus menjadikan status mama dan baba bertukar sebagai ibu dan ayah.
Sekelipmata hidup mama dan baba berubah dengan kehadiran cahaya mata ini.
Tiada lagi tidur 6 jam sehari…tiada lagi tengok tv dan movie lama2..tada lagi nak jalan2 makan di restoran..tiada lagi tidur malam yang nyenyak..tiada lagi buang masa sesaje..tiada lagi menghadap laptop berjam2 dan main game..noo..:D
Lahirmu membawa bahagia..

Aufa cucu ke-3 bagi keluarga Hj Khalid& Samsiah serta keluarga Hj Bakar & Puan…
Sampai sekarang kesakitan yang dirasai tatkala mahu melahirkanmu masih basah diingatan, memori yang tetap dikenang sampai ke akhir hayat..

Aufa,
Aufa tahu, setiap ibu mengandung pasti mengimpikan proses bersalin yang mudah…kerana sakit bersalin ni hanya Allah  yang tahu betapa sakitnya.. Kata Ustaz Mat Nor, seorang guru mama di Maahad Muhammadi dulu, sakit bersalin merupakan sakit ke-2 selepas sakit untuk meninggal dunia..boleh aufa bayangkan macamana?tapi jangan takut pula..Allah Maha Adil, Dia Maha Tahu setiap ciptaanNya dan Dia tak membebani hambaNya melainkan mengikut kadar kemampuan hambaNya.

Di sini, mama mahu merakam kenangan yang mama hadapi di saat mahu melahirkan Aufa..
Mama sambung masuk UIA selepas cuti sem ketika itu kandungan dah 7 bulan..mama terus belajar sampai kandungan cukup2 9 bulan..2 hari sebelum due date mama ambil cuti dan pulang ke kampong untuk bersalin.. Alhamdulillah Allah takdirkan Aufa lahir di Machang,..kalau di KL mama pun buntu nak buat macamana..hehe..Aufa tahu, sepanjang mengandungkan Aufa, mama cuba sedaya upaya untuk mengkhatamkan Quran..tp tak sempat…semasa mama berada di juzuk 29, aufa dah menjengah dunia..tak sempat bukan sebab tak ada masa..masa alhamdulillah Allah bagi banyak walaupun mase tu study pun memerlukan waktu panjang juga..tp disebabkan mama turut mengulang hafazan dari juz1-5 untuk kelas hafazan mama di UIA, dan surah2 amalan yang mama baca iaitu surah Maryam, Luqman, Sajadah, dan Yuusuf.. mama bahagikan masa untuk bacaan2 itu…kadang lepas baca surah amalan semasa mengandung mama sambung baca ayat2 sambungan harian.hehe..aufa faham kan? Mama tahu ibu2 mengandung diluar sana turut mengamalkan surah2 pilihan ini, sebagai usaha dan ikhtiar agar Allah beri kemudahan untuk bersalin.

6hb8, 2010-malam tu mama tak dapat tidur lena coz terasa baby bergerak dengan aktif..waktu tu mama asyik berulang alik ke tandas sahaja..setelah jam pukul 3a.m mama tak dapat tidur jugak, mama kejutkan baba mintak izin mahu solat malam dan baca quran coz tak dapat tidur langsung..baba ckp pd mama baba mahu temankan mama..mama tak mahu mengganggu baba tp baba tetap mahu teman gak..mama ok je..

Dlm pukul 4.00 pagi, mama selesai solat hajat, disamping berdoa agar dapat cepat melihat aufa lahir ke dunia dan mudah proses bersalin nanti.. pd perkiraan baba, jika 7hb8 aufa tak lahir lagi baba akan pulang ke KL dan dtg semula ke kampong bila aufa lahir..mama sedih nak berpisah dengan baba, apetah lg takut menyusahkan baba untuk ulang alik dr KL..selesai berdoa, mama terasa sakit sedikit..mama minum air zamzam dan sapukan sedikit pd perut sambil selawat dan baca ayat2 tertentu dr surah maryam.,.Sentiasa tak dilupakan permohonan kepada Allah agar mudah bersalin…setelah tu mama mahu sambung baca quran, tp terasa mahu membuang air kecil..jd mama ke tandas sekejap..setelah tu berwudhuk dan kembali membaca surah yaasin dan surah maryam..

Setelah selesai, mama teerasa mahu membuang air besar lak..jam menunjukkan pukul 5.15a.m…mama ke tandas namun tiba2 turun darah serta liquor(ketuban). Mama cepat2 bagitahu baba..baba terus bangun dengan wajah excited nak bawak g hospital..(mlm tu baba pujuk baby tau suruh keluar cepat..hehe..)

Mama pergi cari tok ma yang pd waktu tu tengah mandi dan tok ayah sedang solat malam.. tok ma ckp tunggu solat subuh dahulu dan terus pergi hospital..waktu ni tak sakit sangat..siap leh amik gambar lagi masa pakai tudung nak gi hospitalJ.lepas solat subuh,kami sarapan..kata tok ma, ambil tenaga untuk bersalin nanti..waktu ni dah rasa sakit sikit2 jd tak lalu makan..apatah lg excited nak tengok baby..

Kami ke hospital jam 6.30a.m..sampai2 disana nurse tengok mama relax je lagi,dia ckp “ni nampak tak sakit sangat lg..tak beranak lg ni harini..”huhu..best je dia ckp gitu..waktu t dah sakit tp takkan nak wat muka mcm kna tembak kan..hehe..mama tunggu nurse dtg check,lama sangat,lebih kurang sejam lebih…lepas check, wat CTG check jantung baby..masa ni mama asyik ulang alik ke tandas lagi…liquor tak henti2 mengalir..

Dalam jam 8a.m mama di admit ke wad..masa tu tok ma dating masuk..mama cakap tak sakit sangat lg dan nak balik umah dulu..hehe..tok ma cakap..mana leh balik kalu dah keluar tanda..kecewa takleh balik lagi..hehe..pastu baba datang lak teman mama..mama siap mintak baba bawak laptop nak main game..baba ckp “nurse bagi ke?” hehe..lawak2..ada perasaan lg nak main game..hm..pastu baba kna balik coz bukan waktu melawat lagi..mama kirimkan telekung sembahyang dan alquran serta sedikit barang keperluan..

Tersangat boring dalam wad..mama jalan2 g tengok baby orang lain..lepas mandi2..tengok jam kul 10..sakit dah kerap tp leh tahan lg..masa tu doctor lelaki dating check sorang2..sampai di katil mama dia tanya itu ini..siap ajak berbual lagi..huhu..lama lak dia ajak berbual, mesra alam sungguh doctor ni..lepas tu mama tunjuk muka sakit..pastu dia kate “sakit eh?kenapa?” –leh wat tipu2 tak tahu lak doctor ni..mama ckp la guna bahasa inggeris “Contraction 10 minutes at once”..doktor tu ckp kalau dah 5 minit panggil nurse..dia ckp lagi kalau tak bersalin harini dia akan inject bagi bersalin keesokan hari..mase tu mama sangat takut dengar..hehe..

Pastu baba dtg lagi tp x leh masuk jd mama yang pergi keluar jumoa baba..masa ni dah kul 11 lebih dah..sakit makin kuat..masa ni mama menangis di bahu baba..baba tenangkan mama..setiap kali sakit, mama genggam tangan baba kuat2..oh ye, sakit kontraksi sebelum bersalin ni dia dating 10 minit sekali, pastu berhenti, pastu datang balik 10 minit kemudian..sampai la selang 5 minit..3 mint..1 minit..bila dah sikit masa selang maknanya dah nak bersalin la tu..lepas tu mama pergi semula ke katil mama..cuba bukak quran yang baba hantar, nak baca tapi sakit sangat sampai mampu baca dalam hati shj..

Dekat pukul 1 baba datang lawat lahi..waktu ni waktu melawat..katil2 lain ramai yang datang..masa ni sakit teramat sangat dah..sampai mama tak dapat bernafas setiap kali sakit..sakit waktu ni mcm2 serba tak kena…sakit mcamana ea?mcm pinggang dan perut kena pukul2 dengan tukul kot sampai remuk..hehe..gitulah ibaratmye..sila jangan takut lak..masa ni orang datang pun mama tak peduli..dah sakit sampai tak kisah dah ada org ke tak..mama tahan diri dari menjerit…huhu…baba yang jd mangsa kna genggam tangan dan gosok2 belakang mama bila sakit datang..masa ni air mata mama tmpah setumpahnya…mama baca segala doa yang mama tahu dengan linangan air mata..sakit yang teramat hanya membuatkan mama mampu menyebut Allah..dan bacaan lain sekadar dlm hati..masa melawat nak tamat dah..mama menangis tak mahu baba pergi lagi coz mama sakit dan tak nak keseorangan..baba serba salah..baba ckp kejap je baba kna keluar coz tok ma dtg lak pasni..lepas tu tok ma datang..mama segan ngan tok ma tak mahu tok ma tengok muka mama yang tengah nangis..,mama tudung muka dengan kain..
Jam menunjukkan pukul 2.15pm..seorang nurse datang bawak mesin,amik tekanan darah dan check jantung baby (ctg)..nurse duk di tepi katil mama..masa ni dah tak tahan sakit..mama mintak ngan nurse nak ubat tahan sakit…nurse ni baik sangat..dia ckp “adik nak ubat ke?sakit sangat ke? Kejap ye dik..kita tengok dulu macamana..sabar ye..” masa wat ctg, setiap kali sakit datang mama pegang besi katil dan tak bernafas,,nurse tenngok dan ckp..”eh, dik..bukan mcm tu kita kna buat..” pastu dia ajar cara bernafas untuk hilangkan sakit..nurse ni sangt2 baik..lepas dia bg nasihat mama tenang sikit..mama masih ingat nasihatnye…:-
                      “Adik, kita orang perempuan ni memang sakit nak bersalin..semua orang rasa macamni dik..barulah kita tahu btapa susahnya mak kita nak melahirkan kita dulu..ubat nak bersalin ni takde lain dah iaitu keluar baby, itulah ubatnye..pas baby keluar sikit pon tak sakit dah..adik banyakkan berdoa, inagt Allah, selawat banyak..mintak tolong dengan Tuhan, dia yang ciptakan kita.. Allah tahu orang perempuan mampu bersabar dengan sakit yang sebegini..sebab tu nikmat melahirkan hanya dirasai oleh ogolongan wanita, orang lelaki tak..anggaplah ia penghapus dosa2 dik..kalau kita tak psycho diri kita sendiri memang semua surrender mintak operate je coz tak sakit operate..kita sendiri yang kna bijak kawal fikiran..banyak2 sabar dik.akak bukan tak nak bagi ubat tahan sakit tp ubat tu ada kesan lama la...”

Lepas dengar nasihat nurse yang baik ni, mama relax jap tp sakit tetap kuat..betullah, kita kna kawal fikiran sendiri..dalam keadaan sakit teramat tu, mama terasa nak buang air kecil, mintak ngan nurse tp dia tak bagi lagi…tiba2 mama rasa nak meneran…hehe..nurse risau tengok mama mcm sakit sangat dah..dia amik wheelchair dan tolak mama ke bilik rawatan nak check bukaan..masa nit ok ma setia di tepi katil dan membaca doa..mama dengar mulut tok ma membaca doa tiap kali sakit mama datang…huhu..terharu sungguh…

Lepas nurse check di bilik rawatan, dia terkejut dan cepat2 suh mama turun dari katil..”cepat dik turun, kang terberanak di sini..” hehe..rupa2nya jalan dah terbukak banyak..patutla sakit sangat…nurse lari2 tolak mama dengan kerusi roda..masa lalu dekat katil mama, nurse suh tok ma prepare baju baby..masa ni mama mcm tak percaya dah nak bersalin la..nak tengok babay jap gi..happy sangat dalam sakit! Atas kerusi roda mama kol baba suh cepat datang teman mama dlm labour room.masa ni baba tengah cari stoking kat mama di pasar machang..baba bergegas datang..

Mama masuk labour room dekat2 pukul 3 dah..masa tu rasa mcm mimpi je..takut pun ada..mama asyik terfikir mampukah mama melakukannya?mama jenis tak tahan sakit..huhu…lepas tu ada 2 org nurse yang baik gak datang untuk proses bersalin ni..mama masih ingat di dinding bilik bersalin ada tulisan ayat mudah bersalin dan 1 jam besar..mama asyik tengok jam tu je depan mama…hehe..pastu proses meneran bermula..anak sulung memang kebanyakan ibu tak tahu cara..nurse tak ajar lak waktu tu Cuma suh tarik nafas panjang sahaja..pastu baba dtg dan bagi semangat kat mama…lebih kurang 16 minit, dengan berhempas pulas dan bantuan dr Allah Yang Maha Pemurah, lahirlah puteri mama ni pd jam 3.16 pm..mama dengar tangisan aufa rasa bagaikan mimpi..tibe2 perut dah ringan dan tak sakit langsung dah…nurse Tanya mama sambil angkat punggung aufa kat mama “anak awak lelaki ke pempuan?” hehe..mama senyum dan ckp “perempuan” masa ni baba di tepi mama usap2 kepala mama.. lepas nurse sedut lendir dari tengkuk aufa, baba azankan aufa..masa ni baba kelihatan teruja sangat tp kekok pd mulanya..mcm berdebar nak pegang aufa..lepas baba azankan, baba dukung aufa bawa pd mama dan ckp “tengok..anak kite yang”msa ni perasaan mama seribu satu perasaan,,gembira..terharu..terkejut..tak percaya..semua ada.. lepas tu baba keluar dan nurse teruskan proses seterusnya.. dekat pukul 5 nurse tolak mama masuk wad mama balik..mase ni mama tengok tok ma sedang tunggu di tepi katil mama,,mama senyum dalam letih..hehe…pastu mama pas kan aufa pd tok ma…keesokan harinya kita dah boleh balik rumahJ

Dugaan Allah dtg kembali apabila mama demam kuat seminggu lepas bersalin..Aufa lak ada kuning sikit..hampir2 nak dimasukkan ke dalam wad namun Alhamdulillah kuning aufa turun dengan mendadak lepas menyusu banyak..awal2 susu masih kurang sebab tu kuning aufa naik..mama tiba2 muntah dan cirit birit sampai tak boleh berjalan, dahla demam kuat waktu tu..cepat2 baba, tok ma dan nani temankan mama ke hospital le wad kecemasan…masa tu mama rasa nak pengsan sangat..kebetulan haritu check kuning aufa di hospital machang tempat yang sama..mama diletakkan dalam wad kecemasan, diambil darah, dimasukkn sebotol sodium klorida..doktor datang dan cakap dalam darah ada kuman, doctor nak tahan mama dalam wad tp mama mintak sangat dengan doctor nak balik coz kesoan kat aufa menyusu badan..akhirnya doctor bagi kebenaran boleh balik dengan syarat kna terus dtg kalau demam tak kebah..

Agak kuat jugak mama demam..akhirnya, dengan izin Allah, mama minum the herba HPA dan madu HPA berterusan..dalam sehari tu 5,6 kali mama buat the herba HPA..alhamdulillah mama sudah pulih dengan cepat..benarlah sabda Rasulullah bahawa madu merupakan ubat.. dan juga the herba yang sangat berkesan..

Apabila sudah sembuh dari demam maka mama lebih bertenaga dan sihat, dapat menumpukan perhatian pd aufa dengan lebih baik…~sayang aufa selalu~

2 comments:

  1. salam.. dik, muka aufa mase 2 weeks tu sama macam hadeef la.. hehe.. akak ade gak wat blog utk anak2, tapi sekadar private sebab takut tak sempat nak hapdet.. dik, mase awak sakit2 tu doc tak cek ke jalan dah berapa cm?

    ReplyDelete
  2. wkmslm..
    a'a..mase tengok muka hadeef yg comel tu teringat lak aufa mase mule2 lahir..nak sama je muka..hehe:)
    check mule2 tu sebelum admit wad..baru je 1.5cm dlm pukul 7.30pg.then
    mase saya sakit2 doktor x check, cz saya x panggil suh check lg...saya takut nak check banyak kali..sakit..huhu..padahal nurse dah pesan kalau sakit sgt atau kontraksi 5 minit sekali panggil nurse, nurse nak check jalan..tp saya tahan je sampai sakit kuat sgt2 dah x pduli lagik..takut sakit wat VE punye pasal..nasib baik x terberanak atas katil..hehe..kire 2 kali je check, first seblom admit wad, second seblom beranak..

    ReplyDelete

mutiara berharga