Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, October 5, 2010

9 bulan menanti, bagai 9 tahun..

Menanti kehadiranmu Aufa Hibriyah hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan bagaikan lama sungguh penantian ini. Tiap2 minggu mama mencari informasi tentang kandungan melalui internet. Laman web yg mama selalu bukak seperti Bidanku.com, family&parenting dalam Ivillage.com serta babycenter.com. Melihat perkembangan dan gambar 4D baby dalam kandungan melalui internet sangat mengujakan.bermula dari usia kandungan 7 minggu sehinggalah 40minggu..tiap2 minggu mama bukak..sangatlah tak sabar melihat perkembangan minggu demi minggu baby mama sorang ni. Ada 1 video yang membuatkan mama menitiskan air mata melihatnya, iaitu video tentang perkembangan bayi dlm kandungan bulan demi bulan sehinggalah bayi dilahirkan ke muka bumiJ sangatlah terharu ye sayang..rupa2nya bukan senang seorang insan baru berjuang untuk hidup dalam rahim ibunya, dan bukan senang juga seorang bayi itu berjuang untuk dilahirkan di muka bumi

Di awal kandungan, mama selalu muntah2 dan pening namun alhamdulillah mama x pernah muntah dalam kelas..Cuma perasaan loya tetap ada. Setiap kali makan, pasti dimuntahkan kembali..menangis mama dibuatnya kerana sakit tekak disebabkan kerap muntah terutama di awal pagi. Diizinkan Allah, waktu tu mama masih tinggal di asrama lagi, belum menetap bersama baba. Baba pula menginap di kuarters imam Masjid Muqarrabin manakala mama berada jauh di Asrama UIA Gombak.Tiap2 minggu pasti baba dtg bertemu mama. Namun selepas mengandung dalam seminggu acapkali baba dtg menjenguk. Ada sekali tu mama langsung x leh makan nasik. Mama hanya nak makan mee sahaja tp mee di CafĂ© asrama tak menepati selera mama. Jd baba lah terpaksa ulang alik hantarkan mee pd mama..seminggu mama x jamah nasik..hanya mee sahaja. Emosi waktu mengandung jua sentiasa berubah..kadang2  kesian baba terpaksa melayan kerenah isterinya iniJ namun mama bertuah baba seorang yang sabar dan penyayang.

Mama juga hadapi alahan ketika menaiki kereta..jd setiap kali naik kereta mesti prepare plastik coz mesti muntah nanti. Ia berlaku dari bulan pertama hingga bulan keempat. Selepas itu, alhamdulillah..bagaikan keajaiban, alahan hilang sama sekali. Setiap kali checkup bulanan di klinik mesti nurse bising2 cz awal mengandung berat badan x naik. Nak wat macamana, dah selalu muntah…mama pun tak tahu nak wat mcmana..baba lak dah bli macam2 makanann tp badan tetap  naik sikit shj..kdg2 mama menangis lepas checkup risaukan keadaan baby dalam kandungan mama.Sewaktu kandungan 5 bulan, mama kna cucuk ambik darah untuk pertama kalli sebanyak 10ML...Aufa tahu, sebanyak 4 kali nurse cucuk tp darah x keluar2..bayangkan sakitnye apabila jarum menusuk lengan..huhu..tp untuk kebaikan anak mama mama tetap tabahkan hati walaupun mama sangat takutkan jarum..kali ke-5 alhamdulillah darah keluar..lepas tu ada 2 kali lagi mama kna suntik ATT…sakit memang sakit tp asalkan bayi sihat xpe..

Aufa tahu, mama alhamdulillah takde mengidam nak makan yg pelik2 sepanjang mengandungkan aufa. Cuma awal2 dulu mama nak makan ketam gulai, nangka gulai, etok  shj..di penghujung kandungan, mama sangat2 suka makan buah durian sampai baba pun bising2 takut baby panas dlm perut..hehe..skg lepas aufa lahir, tengok durian pun x mahu rasanya.Aufa suka durian ke?:)

Ketika kandungan 6-9 bulan, HB mama turun..sampai 8.6 sahaja..Mama terpaksa direfer ke klinik lain untuk ujian darah di makmal…Doktor marah2 waktu tu dan mama sangat risau apabila doctor ckp apabila HB kurang bayi dalam kandungan boleh mengalami kegagalan jantung. Lepas jumpa doctor tu, mama menangis risaukan Aufa.. Baba usaha membeli makanan yang boleh tambah darah seperti sayur2an, sayur bayam, kerang, daging, ikan billis dan buah2an. Mama memang usaha makan semua tu dan tak ketinggalan gak ubat iron blood tp hairan, HB tetap tak sampai 11..di saat nak melahirkan aufa, Hb mama hanya 10.4..hm…dikira atas pagar la tu, nasib baik x de ape2 komlikasi..rupa2nya patutla hb mama berkurangan, aufa besar rupanya dalam perut mama..makanan tambah darah yg mama makan terus g kat aufa kot..hehe…

aufa dilahirkan dengan berat 3.0 kg sedangkan mama waktu tu 49.5 kg sahaja…mama gembira tatkala aufa menendang2 dan bergerak dalam perut mama..kadang2 senak juga dibuatnya, apatah lagi aufa memang sangat aktif bergerak masa mama dalam kelas..gelihati rasanya..aufa nak belajar gak kan.kdg2 bila aufa gerak kuat sangat dan mama rasa sakit2 mama akan bagitahu baba..terus baba cakap2 dengan aufa dan aufa terus diam..anak baba kan..patutla lepas lahir serasi dengan baba, dahla muka macam baba,hehe…apepun, pengalaman semasa pregnantkan aufa tetap diingatan mama sampai bila2..love you forever..

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga