Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, December 5, 2011

aquaria visit..=)

assalamualaikum wbt..

setelah sekian lama mama tak menghabiskan masa bersama2 baba dan aufa, akhirnya alhamdulillah dibukakan ruang semantara utk kite bersama2 melihat keindahan ciptaan Allah.

Aquaria @ KLCC..satu tempat yg famous dengan hidupan akuatik dan jugak reptilia.. bile berada dalamnya seakan2 berada di dalam lautan yg luas.. terfikir seketika, ruang laut buatan ciptaan manusia yg indah, namun langsung tak dapat menandingi "nature" yg Allah ciptakan. mungkin indah, cantik, mengagumkan, namun ape yg ada di alam sebenar lebih dr itu. subhanllah..

bertolak dr pukul 11 pagi dr rumah, perjalanan mengambil masa hanya 30 minit utk sampai ke KLCC..parking yg agak penuh namun masih ada ruang kosong, sebenarnya, ini hanya kali ke2 mama menjejakkan kaki di klcc. kali pertama waktu menyambut Konvokesyen Abg Ngah di IIUM 6 tahun yg lepas barangkali.. kadang2 rasa mcm lawak pulak, dah duk di area KL 3 tahun tp tak sekali pun menjejakkan kali di sini dalam masa 3 tahun ni. hanya klini berpeluang, tu pon atas alasan nk menghabiskan masa bersama aufa dan baba=)

rupa2nya penat jugak ye berjalan ke Aquaria, walaupun hanya dalam 1 bangunan di klcc..lepas parking bukan boleh terus pergi, kena naik lif, berjalan ke satu bangunan lain, panjang perjalanan, baru sampai. untuk beli tiket, beratur pulak selama 15 minit.. harga bg dewasa ialah RM35..baby bawah 3 tahun free sahaja.. tp kalau ada kad student mcm mama aufa RM30 shj..hihi..

Tiket mahal tp..BERBALOI! (^^).. dengan tempat yg indah, haiwan2 akuatik dan reptilia yg boleh disentuh (tp tak semua).. luas, besar, unik, dan menarik..hihi..cuma kalau boleh masuk lam laut tu lg best kot..

mula2 masuk kami tengok Pirana, atas tu label besar (NEW PIRANHA FEEDING) *mcm tu kot, tak ingat..* betul2 pirana maaa..gigi nya ayyo... aufa excited dan sengih2 gelak2 tengok ikan2 ni. lama2, makin lama, die makin mengantuk, amik gambar pon die tamao dah..last2 die tertidur atas dukungan baba nya..=)

kami balik dah pukul 2 lebih..keluar2 je Aquaria, mashaAllah, ramainya org tengah beratur dan berjalan nak masuk. baba cakap "nasib baik ite datang pagi..".. betul tu, masa nak parking kete, berderet2 kereta baru masuk...berduyun2 manusia mula membanjiri klcc.. hihi,nasib baik dah nak balik. jd sesape nak g Aquaria atau klCC dinasihatkan pergi awal2 pagi kul 9-10 gitu..=)

last but not least, picturess....!! =)














No comments:

Post a Comment

mutiara berharga