Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 8, 2011

Urusan pindah rumah, balik kampung, dan kenduri sahabat


Assalamualaikum warahmatullah semua=)
Terutama puteri mama yg makin membesar aktif dan kiut..Aufa Hibriyah..

Jadilah puteri yang setia pd agama, ibu bapa dan keluarga serta setia pd tanah air. Kerana itulah maksud namamu “Aufa” = Yang paling setia (menggunakan isim tafdhil atas wazan”Af’al”   hehe=D review bahasa arab yg dirindui sekian lama waktu mama belajar dulu…rindu sangat lughoh jannah itu..

                                        rumah sewa pertama, sebelum taw nak kena pindah=)


                                        proses pemindahan umah,barang2 start dipunggah..


    this is our previous home, the kitchen, bathroom, walking area, rooms.. barang2 habis diangkut sudah..


              ruang ni lah aufa suke lari2 dan main ciku cak serta kejar2 baba & mama dengan walker die..


then...


our new home...


welcome=)


                                           baru lepas pasang tikar dan mop lantai..


                           not too large but enough for a small family like us=)


        bawak aufa ke umah lama wat kali last, untuk jenguk2 dan kutip barang2 tertinggal..mase ni h sedih woo....


Erm..di mana nak mula ye?
Lama sungguh tak mencoret, haritu sempat join contest sebelum tarikh tutup..cepat2 join=) saje try nasib dan nak berkenalan dengan rakan blogger secara lebih dekat lagi.

Ok lah,mula2 nak citer pasal pindah rumah dulu.

Kami dah pindah ke rumah sewa baru minggu lepas! Alhamdulillah=) masuk 1 Jun 2011..hehe..

Alhamdulillah=D lega bile semua dah setel. Bile dah jumpa rumah, dah angkut barang semua.rasa macam excited la pulak nak duduk rumah baru. Tp disebalik tu ada rasa sayu sangat hati nak tinggalkan rumah sewa lama dan kenangan2 yg tercipta di sini. Mama dan aufa pasti merindui Zinnirah yg kecik tp aktif=) mama pun rindukan Ibu aufa (jiran sebelah) serta Kak Ila (jiran bawah) dan semua pelajar2 tahfiz lilbanat kat bawah rumah sewa kite.

Erm, mama dan baba tak ambil masa yg lama untuk mengemas barang2..hanya sehari sahaja sebab barang nampak mcm tak banyak. Tp bile kemas ya ampun! Berkotak2..hehe=) tambah2 dengan buku2 mama, buku2 kursus baba, barang2 aufa.. banyak sangat sampai mama dan baba kepenatan mengemas2. rumah kite takder perabot sangat, yg besar2 mcm tv, mesin basuh, peti ais, meja makan, rak buku, meja tulis, dan rak kain..tu je. Cume barang2 yg dasyat banyaknya mcm barang dapur, baju2, serta buku2 dan barang2 ntah pe2 lg..hehe..

Rumah sewa baru terletak kat Batu Caves, belakang Giant je. Yg ni lagi dekat ke UIA..suke3..hehe.. kalau nak kire 10 minit j eke UIA berbanding rumah sewa lama myb sampai mengambil mase 20 minit kalau kete banyak dan traffic light bz.

Sepanjang mama dan baba bz mengemas rumah, aufa diletakkan dengan pengasuh je. Risau jugak kan takut debu2 nak kemas semua. Lgpun kalau ada aufa confirm tak mengemas la jawabnya=) hehe.. aufa kan jenis tak tido siang. Malam boleh la die tidur lama siket.

Lepas baba siap sain agreement, dengan rasminya rumah tu akan disewa oleh kami=) alhamdulillah, dalam agreement wat kontrak setahun dua je. Sebenarnya berada di KL bukanlah rancangan jangka panjang kami. Kami menyewa di Kl ni pon sebab sementara mama habiskan pengajian di UIA. Insyaallah ada 2 tahun lagi. Alamak, nampak mcm lama la pulak..hehe..jd nya aufa takder adik lg la dalam mase 2 tahun..haha.. rancangan jangka panjang pulak, sem akhir mama di uia, baba nak apply tukar mengajar di Kedah dan insyaallah kite duk kedah na=) ayy..mama lak beriya nak menetap di kelantan.hoho..kalau boleh nak dekat ngan family kan? Hehe.. tp baba pon same jugak, masing2 nak duk dekat ngan family. Erm, takpelah, mama kena la ikut suami kan?tp mama takleh bayang mama akan berbahasa kedah beserta anak2 dalam mase 10 taon lagi..ngeh3=p, apekate duk perak je, tengah2..leh balik klantan, leh balik kedah tiap2 minggu kan kan kan..hua3..

Erm, berbalik pd urusan pindah rumah, 28hb 5, petang, 2 bijik lori datang punggah barang. Lori ni kawan baba yg punya, die wat business angkut2 barang. Tengok, kan sampai 2 bijik lori muat2 barang2 umah kite, tu baru setahun duduk=) kalau 5 taon kite duk nak pindah nanti agak2 5 bijik lori kot angkut barang,hehe..

Lepas barang2 sume dah hantar rumah baru, rumah sewa lama dah kosong sekosong2nya. Waktu tu sayu sangat hati mama tengok sunyinya rumah tu tanpa barang2 kite lagi=( mama sapu2 rumah utk kali last sambil menitis2 air mata. Tak dapat nak tahan sebak sedihnya dan sayunya membiarkan kenangan2 di rumah tu berlalu begitu sahaja.. segala kenangan bermula dr mama pregnant, dan membesarkan aufa di situ melayang2 di fikiran..pahit manis sebagai suami isteri, ibu dan bapa walaupun hanya setahun Cuma cukup memberi kesan yg mendalam. Di situlah aufa mula belajar mengeluarkan suara, memegang, meniarap dan mengengsot serta berusaha nak merangkak. Rupanya itulah perasaan bile pindah rumah ye, sangat sedih, hati macam ditusuk2..tak tahu nk cakap mcmana,kalau beginilah perasaannya, mama tak sanggup hadapinya berulang kali. Mungkin cz itulah rumah sewa pertama yg mama dan baba pernah duduk semenjak bergelar suami isteri, dan mungkin cz di situlah kami membesarkan aufa dengan pelbagai cabaran dan pengalaman baru..

inilah dikatakan perpisahan dan penghijrahan..berdepan dengan sebak di dada, seribu satu persoalan akan peristiwa yg bakal dihadapi di tempat baru dan asing. Bayangkan, bagaimana penghijrahan Rasulullah dan para sahabat, dr bumi barakah yg dicintai dan tempat tumpah darah iaitu Makkah ke satu tempat baru yg asing iaitu Madinah. Patutlah Allah menjanjikan balasan ganjaran pahala berganda buat mereka yg sanggup melakukan pengorbanan hijrah dr Makkah ke Madiah, dan patutlah, para sahabat berta hati mahu meninggalkan rumah sendiri, tanah air sendiri..tp demi tuntutan agama, pengorbanan tetap dilakukan, demi kalimah La Ilaha Illallah...
 Rumah sewa lama tu terletak kat Jalan Gombak, dekat area awal2 masuk Sentul.. rumah tu boleh dikatakan luas la bg kami sebagai family kecil ni.walaupun Cuma 2 bilik dan 1 bilik air, tp mama dan baba cukup berpuas hati sebab sewanya murah dan rumahnya agak luas jika nak dibandingkan dengan rumah sewa lain kat KL ni dengan sewa sebegitu. (<rm400) aufa lak suke berlari kat lorong yg panjang tu dan kadang2 main kejar2 dengan mama & baba=) rumah sewa baru kat Batu Caves ni pulak, tak seluas rumah sewa lama, harga sewanya standard sewa kat KL (>rm500) oh ye, apartment, tingkat 2..huhu..lepas ni mama & baba turun naik tangga la ye=) tp alhamdulillah la, die punya cat baru, kawasannnya majority melayu, dekat surau, da dekat playground. Dapur agak kecik tp ok la=) semuanya bagi mama & baba cukup sempurna untuk kami bertiga.tunggulah mama kerja kalau nak umah besor po kan.hehe..bersyukur sangat, yg paling penting, kawasan selamat dan dekat uia. Senang urusan ke kuliah mama nanti..

oh ye, terima kasih diucapkan pd mereka yg membantu memudahkan urusan pindah rumah ni, terutama kepada Pak Su Shafid (adik baba) , pak cik lori, baba, mama dan aufa..hehe=)


Balik kampung

Hari Jumaat, 3hb6 2011 alhamdulillah baba, mama & aufa selamat tibe di kampung kat kelantan  jam 12.00 tengahari. Tu pon, tak rancang sebenarnya. Malam tu baru sibuk kemas2 baju dan barang nak balik. Sebenarnya mama yg teringin sangat nak balik sebab nak hadiri kenduri best friend mama kat tanah merah. Kawan baik mama mase mama sekolah di Maahad Muhammadi Kb dulu..sangat2 baik sampai mase exam SPM dan lepas SPM mama duk rumah die sampai 2 bulan(lepas exam spm, join kelas tahfiz same2 dan kursus tarannum & qiraat di kb). Mak die dah layan mama mcm anak sendiri dan mama dah serasi sangat denga adik beradik die. sampaikan mak die dan ma mama saling kenal mengenal dan berkawan baik sampai skg=) huhu.. mama sebenarnya dah 2 hari merayu2 ngan baba supaya benarkan mama balik  naik bas ke kelantan kejap ke..kire balik terus pd hari yg sama dan baba jaga aufa kat KL sehari je. Tp baba tetap tak benarkan. Malam sebelum hari pernikahan kawan mama, zulaikha tu, memang mama sedih sangat2 tak dapat g kenduri die sebab family die datang kenduri mama walaupun dah malam sebab ada hal mustahak. 

Mama terkenang saat2 mama berkwan baik dengan die malam tu..berlinangan air mata, sedih tak terkata..tp mama redha la dah tak dapat g, myb leh ucap tahniah melalui mesej je la kot. Tau tak, bile kawan baik kawen, rasa mcm hilang separuh badan..huhu..tak tahu la nape rase mcm tu..rasa mcm kehilangan sangat, dan bile tak dapat hadir saat2 bahagia die, mcm perpisahan yg panjang lak. Myb ni la yg kawan baik mama rasakan bile mama mula2 berkahwin dengan baba dulu..rupe2nye itulah perasaannya kan? Baru mama tahu=( sedih, dan rasa kehilangan..benarlah, lepas kahwin, komitmen dah terbahagi banyak..mase untuk berkawan pon secara otomatik hilang gitu je..  hm.. malam tu, baba tengok mama sedih sangat sampai tak dapat tumpukan perhatian pd Aufa..malam tu, mama merayu lg kat baba nak balik kelantan esok pagi dan balik Kl terus malam tu dengan bas. Mama tak mintak baba hantarkan sebab mama tahu kewangan agak merudum lepas urusan pindah umah, jd kalau nak jimat balik ngan bas dan mama sorang2 je la.. tp baba tak bg jugak.. last2 mama mengalah.. malam tu, mama banyak mendiamkan diri.. mama redha la kalau tak dapat hadir kenduri best friend.. last2 sebelum tidur, baba tanya, “betulke nak balik kelantan?” mama jawab “mama tak nak balik kampung, mama nak g kenduri zulaikha je”     baba tiba2 cakap, “kalau nak balik, jom la, kite balik pagi2 esok sebelum subuh, sempatla g kenduri tengahari tu..” mama jawab balik,”takpela baba, tak payahla, taknak baba hantar, taknak susahkan baba, asalnya nak balik ngan bas je, tp dah tak sempat, biarla..” mama dah mula pasrah dan memang dah putus asa nak g kenduri zulaikha.. dan baba pujuk lg benda sama nak hantarkan.. bile banyak kali, mama mula percaya kat baba, dan mama kembali ceria=D hehe.. malam tu jugak, agak lewat malam cepat2 mama siapkan beg pakaian. Rancang nak balik sehari je la sebab nak hadiri kenduri tu, so siket je baju bawak.yg lain, mainan dan barang aufa je la..

Alhamdulillah, sempat g kenduri kahwin auntie Zulaikha=) buat pengetahuan aufa, kami sama2 join musabaqah hafazan(kategori 1-5juz)  peringkat negeri kelantan tahun 2006. waktu tu auntie Zulaikha dapat johan dan mewakili Kelantan ke peringkat kebangsaan, masuk Tv 1..mama hanya dapat no.3 je waktu tu. Start waktu tu la kami mula rapat dan berkawan baik. Lepas spm, mama ke Uia, auntie Zue masuk Darul Quran dan insyaallah tahun ni sambung Degree ke Mesir bersama suaminya.alhamdulillah..

Di kenduri Auntie Zue, aufa behave well sebab ada ramai kawan=) aufa kalau jumpa budak2 lain cukup suka. Mama lak sempat la snap gambar kahwin auntie zue beberapa keeping, Cuma kecewa tak dapat bergambar sama2..kawan2 dan sanak saudara suaminya bz duk amik gambar..jd mama takleh la nak mencelah kan.lepas tu mama dan cik uni g makan2… ingat nak bergambar bersama pengantin tp pengantin tengah makan berhidang lak..agak lama sampai baba pon tunggu lama dah..mama risau lak sian baba penat.. sempat la jumpa auntie zue tp tak sempat berbual lama pon=( takpelah, org yg diraikan memang bz kan..huhu..apepon, mama rasa berbaloi la datang jauh2 dr KL untuk tengok perkahwinan sahabat baik dulu..

Lepas kenduri, terus balik machang sekejap. Ingat duk sehari je la, kire keesokannya balik KL terus..mama memang tak rancang balik kelantan lama2, barang2 rumah belum dikemas sepenuhnya pon=) tp tiba2 baba ubah fikiran, baba cakap bak balik kedah sehari dan terus ke KL.. mama setuju je, lgpun teringin nak ziarah tok nek yg baru lepas kena operate mata sebab terjatuh dan mata terkena bucu meja=( kesian tok nek, syafakillah ya Rabb.. mama tak tahu, tp mama rasa ada keserasian dengan tok nek, setiap kali balik kedah, mesti tak sabar2 nak jumpa tok nek, seronok sembang dengan tok nek..tok nek ni ibu kepada tok wan aufa ye=) suaminya meninggal pd hari kelahiran aufa. Tok umi dan tok wan pon rindu nak jumpa aufa..aufa pon lama dah tak jumpa semua org kan=) seronok balik kedah, mama dapat relax sebab kat kedah ramai pengasuh aufa..hehe..=) ingat duk sehari , baba ubah fikiran lg, cakap nak duk lama sikit..kire sehari di kelantan 3 hari di kedah, dan petang semalam kite balik Kl..terima kasih tok ummi sebab masak sedap2..semoga Allah memberkati tok umi dan tok wan selalu.. dan kepada tok ma dan tok ayah jugak=) thanks sebab belikan aufa biskut tiger yg aufa suke makan..hehe..thanks sebab jaga aufa dan baik sangat dengan aufa..thanks kepada semua org. aufa dah mula serasi dengan pak lang, alhamdulillah=) suke sangat bile aufa dah start tak cranky dengan org. di kedah aufa bukan main lg bersuka ria denga kak anis dan kak alya kan, sempat kite g pantai merdeka kat Kuala Muda kedah untuk bereakrasi sekejap walaupun tak sempat pon main air.hehe.. nanti baba bawak kite g langkawi pulak ea.=)

Mungkin setakat tu kenangan2 yg sempat dicoret.. panjangnya kan.huhu..

Aufa skg mcm2 benda dah die start belajar dan discover..sangat menghiburkan hati..pandai kenyit mata sebelah, dah boleh duduk sendiri, pandai mengikut org cakap, buat muka bushuk, buat hidung n mcm2 lagi..suke sangat tengok keletah aufa=)

oh ye, kat kampung tu aufa kena sembelit..tatau ape puncanya, myb sebab mama bg aufa makan nasi blend bukan bubur nasi sedangkan aufa tak biasa lg makan nasi..even dah campur sayur.. kuat sangat aufa menangis sebab sembelit, sampaikan mama & baba risau..last2 lepas aufa tak stop lanngsung menangis mama  baba abwak aufa ke klinik..doc bg ubat poo poo..lepas je cucuk ubat tu terus uk uk tp mcm sakit la die..=( sedih mama tengok aufa.. nape bile balik kampung je mcm2 dugaan yg berlaku ye? myb ni ujian Allah..takpe, insyaallah sabar, dan kena hati2 buat masa lain.. dan aufa gak jatuh walker sampai lebam bawah dagu dan pipi, luka sikit kat bibir..die main sorang2..laju je jalan tak terkejar terus ke billik air bawah.. mase tu mama duk sibuk2 kat atas nak ambik baju utk mandikan aufa, baba lak tengah basuh kete.. family lain bz.. sampaikan baba seolah2 serik nk balik kelantan lg..baba cakap setiap kalli balik kelate pasti ada sesuatu jd kat aufa.demam la, sembelit la, jatuh la.....hoho=(.. semua yg berlaku ketentuan Allah, kdg2 kita dah hati2 tp bile benda dah jd, ape boleh buat..kat kedah ok la, ramai yg tengok2kan aufa, ramai layan aufa dan aufa tak pernah terlepas dari mata semua walau sekejap..myb sebab aufa sorang je cucu kecik kat sane, semua boleh bg perhatian kat aufa..kat kelantan ramai budak2, jd tak dpt tumpu perhatian kat aufa sorang.. insyaallah jd kan semua ni pegajaran. rasanya  kalau nak salahkan orang, bukanlah family mama, tp mama sendiri yg salah.. apepun, tak dapat nak tolak takdir yg berlaku.. moga Allah lindungi aufa sentiasa...mama minta maaf pd aufa dan baba..janganla takmo balik kelate lg taw..mama rindukan family mama di sana..huhu..