Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, June 15, 2011

Perkembangan di usia 10 bulan


Assalamualaikum wbt=)


Dah seminggu usia aufa masuk 10 bulan, alhamdulillah..Allah kurniakan Aufa kesihatan dan keaktifan selaras dengan umur aufa.



                                        manisnya anak pmpuan tecit duk bersimpuh=)


Pejam celik, sudah 2 minggu aufa di bawah jagaan mama sepenuhnya, mama bercuti sampai bulan 9 ni insyaallah. Lamanya cuti, kan? Hm..mama teringin nak kerja part time, cari pengalaman sementara ada masa..tp, kekangan keluarga dan masa membantutkan hasrat mama. Bile dah ada anak dan suami, sesetengah kerja part time tu susah nak dapat, percaya tak? Coz employer nak cari wanita bujang so dapat bg komitmen penuh terhadap kerja. Hm..rasanya ini mind set org melayu kite yg perlu diperbetulkan..tak semua wanita berkeluarga tak dapat memberi komitmen pd kerja..sekiranya peluang selalu tidak diberikan, maka di manakah pengalaman tu akan dapat kan? Hm, tak kisahlah, kalau diikutkan hati, mama lebih suka berada si rumah menjaga anak serta buat kerja rumah walaupun kerja sebegini ‘tak bergaji”, namun pahalanya besar di sisi Allah.

Masa cuti mama banyak bertemankan aufa..ke mana mama pergi, di situ ada aufa=) kalau mama masuk bilik, aufa ikut jugak, kalau mama g bilik air, aufa tunggu je depan dapur dekat sekatan sambil mulut bising2, kalau mama masak, aufa masuk dapur jugak, mama tengok tv, aufa main mainan sambil manja2 ngan mama=) bahagianya saat2 ni, mama dapat lihat dan tatap anak mama 24 jam sehari semalam. Mama dapat lihat bagaimana aufa belajar benda baru setiap kali..dan mungkin saat2 ni mama kena nikmati sepenuhnya kerana untuk sem depan, masa mama sudah terhad untuk puteri mama..kemungkinan mama akan ada kuliah dari pagi sampai petang dan hanya malam lah masa untuk mama bertemu aufa sem depan nanti.. Mama kena kejar syllabus dan study sebaik mungkin, mama tak sabar nak habiskan sisa2 di uia secepatnya agar masa mama dapat bersama family. Tp takpe, perjuangan ini kerana Allah..tuntutlah ilmu Allah yg luas ini, insyaallah jalan ke Jannah akan dipermudahkan.

Disebabkan masa mama banyak dengan aufa sekaranglah, mama dapat lihat development aufa sebaiknya=) alhamdulillah..

Di usia 10 bulan si cinonet ni dah pandai:-
Menyebut Allah walaupun sebutannya sangat comel bunyi “A….woh..” kadang2 aufa buat mama dan baba very impressed sebab bile barang jatuh ke, aufa sebut “A…woh..”  sebutannya lucu tp comel..

Menyebut nama sendiri, bile mama /baba sebut Aufa, maka aufa akan tiru walau tak sama..tp yg lawaknya die sebut “A..bo” atau “Uuu..pa” tak leh lg huruf “f” tu..hehe, xpe aufa, belajar sikit2 lama2 pandaila=)

Duduk dengan sendiri dan beralih dr duduk kepada baring, tp kena observed lg sebab kadang2 mase nak beralih tu aufa still tak cekap lg, kdg2 jatuh tangan dulu..cian aufa..

oo..masih tak merangkak. Rasanya dah 2 bulan aufa start angkat2 bontot tanda nak merangkak, tp harini pun aufa tak start melangkah lg.. mungkin aufa rasa takut2 lagi kot. Ish, aufa, aufa kena yakinkan diri sendiri tau, make me proud k.insyaallah boleh je pun. Tak penat ke asyik mengengsot mop lantai tiap2 hari?hehe=)

memanjat. Ni skill baru dpt..suke panjat mama/ baba..kadang2 kalau tengah tidur, aufa bangun dulu..mulalah memanjat badan orang.kalau mama ok la mama kecik je, tak jatuh la aufa panjat..kalau baba, tergolek2 aufa jatuh haritu..baba tak biasa lagi aufa panjat2..hehe..mama dah biasa dah tiap2 hari aufa panjat mama.. kalau mam atengok tv di ruang tamu, aufa boring2 terus panjat riba mama dan baring manja..sweet moment=)

mula makan nasi lembik, bukan bubur dah.. tp yg ni mama kena ensure yg aufa makan buah/ sayur sekali untuk elak sembelit. Kalau aufa sembelit, ya ampun…….satu kampung dengar suara die menangis sehabis daya mcm haritu kat kampung..2 jam menangis tak henti2 dan kuat sangat sampai mama dan baba terpaksa bawak aufa g klinik. Kat klinik, semua pandang bile aufa nangis kuat sangat.. sebenarnya mase tuh aufa sembelit..doc bg ubat, balik , sumbat ubat, terus poo poo… dan terus ok.. kalau tak…ish2… dah la aufa bukan jenis penangis, bile menangis mcm tu semua bimbang.
  nasi lembik aufa, + ikan bilis je, mama malas nak lecek sayur..so mama ganti ngan buah pas makan.
                                                    habis licin aufa makan=) good girl.
           habis, makan buah betik lak. kalau mama raji baru blend sayur..haha..

Makan, minum susu alhamdulillah kire ok la dengan umur die..tak la banyak sangat, tak la siket.. Cuma nya air masak die tak suke.bukan main paksa lg minum air masak pas makan nasik, nehi..tak minum jugak..hm..Cuma aufa akan minum air masak banyak bile pas makan biskut. Ni kena suap biskut hari2 la kot..

Suke berdiri sambil pegang tangan org je..aufa dah boleh berdiri dan pegang tangan je, mcm konfiden la berdiri tuh sedangkan merangkak belum je pon.huhu=D.. setakat ni masa terlama aufa berdiri tanpa pegang ialah 4 saat sahaja..hehe..


Aufa skg makin manja dengan mama ye, mentang2la mama cuti..ish2..mama rasa kena hantar aufa umah nenek jugak kadang2, bayar hari la kan, risau gak die mengadap muke kiut mama hari2,.kang nanti taknak ngan pengasuh lak..pengsan mama nt.

Dah tahu sign bile baba balik keje. Dulu kat umah lama, bile bunyi moto baba je, terus die g ke pintu..skg kat apartment ni tak der la nak dengar moto baba, bunyi baba bukak grill pintu, aufa dah tahu baba balik..=)

Ape lg ye? Minat laptop mama? Oh..benda ni la aufa paling minat kat dunia ni. Ni kalau bukan aufa tidur, tak dapat mama nak update blog taw.. aufa jeles kalau mama depan laptop, mesti panjat2 mama, tepuk2 laptop..tarik wayar sane sini…ayyoo…

Waktu tidur aufa still tak berubah sgt, mcm dulu la..cumanya skg kalau paksa die tidur balik lepas bangun dr tidur tengahari yg 15 minet tuh, die akan tidor balik Cuma bersabarlah dekat setengah jam aufa pusing, kite tepuk die, gosok2 rambut..tp lepas tu die akan tido lama..kdg2 sampai mama sekali join tido sebab lama sangat nk bagi die tidur balik. Tu kalau lepas baru bangun dr tido kejap la.. tp kalau aufa ngantuk nak tido, tak perlu tepuk2..just lepat atas tilam, baring tepi die, bg bantal peluk, tak sampai 5 minit die akan lelap.