Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 15, 2013

Turn Aufa pulak kena chicken pox..


Assalamualaikum Wbt

*entry tersimpan dlm document sbb bz x smpat post..p/s-btw, aufa baru keluar wad kanak2 lewat petang semalam.alhamdulillah, alhamdulillah....

Selepas 2 minggu mama sembuh dari chicken pox, dah start buat aktiviti biasa termasuk ulang alik kelas.demam chicken pox dah ilang sepenuhnya Cuma tinggal kesan2 yg belum hilang lagi..tempoh yg sangat2 merisaukan cz dalam 2 minggu ni memang still try to create boundaries dengan 2 org tersayang. Mama memang elak dr sentuh aufa, cayang2 aufa dan peluk aufa..hihi, terseksa jiwa raga takleh cayang2 anak mama aufa dah 2 minggu lebih. My clothes pon basuh asing, sidai asing2, makan minum pon asing2 malah sy mmg elak memasak utk prevention x bg jangkit.hi2.buat susu aufa pon mr hus je, kalau sy buat sy pastikan basuh balik dan lap botol susu aufa bersih2 seblom bg si kecik ni minum.Then masuk minggu ke 3 after my chicken pox, dah mula uruskan aufa cz ye la mr Hus pon bz dah sambung keje malam lepas 2 minggu bercuti dr bertugas tuisyen n imam malam2 cz nak jaga aufa.hihi..

    sehari sebelum kena, aktif mcm biase ke sane ke mari dlm rumah..tolong mama.=)


ISNIN 8/04/2013
Hm..even langkah prevention dah dibuat segala, tp memangler virus Varicella Zoster ni mudah merebak,even bukan melalui sentuhan, melalui angin..so, dah tinggal serumah risiko tinggi. Pagi Isnin minggu lepas, after bangun dr tidur, aufa kejut mama dan cakap “mama, ada bintik kat tangan aufa” sambil tunjuk sebiji bintik air kecik ada kat tepi ibu jari die. Mama yg tengah pejam mata terus bangun tengok dan terus suruh aufa bukak baju dan seluar nak tengok. Memang sangat2 risau mase tu, dan dah syak bintik tu bintik chicken pox. Bile check memang ada 2,3 biji baru naik kat belakang bahu, ada sebiji kat lengan.bintik2 merah mula nampak. Tp suhu badan aufa mase ni normal, belum demam. Mama cepat2 msj Mr Hus gtau yg aufa myb dah terjangkit chicken pox. Huhu.mase ni aufa relax je.lepas mandikan aufa cepat2 buh calamine lotion kat bintik2 tu. Aufa lg la seronok nak join mama sapu ubat siap ckp “meh aufa buh ubat sendiri”.hehe. mase ni die still ceria..^^, oh ye, di waktu umur 2 tahun 8 bulan ni mmg aufa dah fasih bercakap..kdg2 kitorang heran mane die amik ayat2 tertentu. Jd kalau sakit ke ape mmg die dah leh gtau.

Pg ni still x pasti nak hantar aufa ke nursery or tak sbb takut berjangkit ke budak lain. Tp memandangkan bintik baru je keluar 2,3 biji dan mama aufa mmg bz ada kelas harini dan kena hantar esaimen lusa jd hantar jugak la aufa. Petang ambik awal dr biasa, kul 4 dah ambil dan nak bawak g klinik sbb nak dapatkan MC utk Mr hus (sy xdpt mc cz sy study..hi2) cz esok kalau bintik start keluar banyak2 mmg kena kuarantin aufa kat umah je. But, klinik yg kami pergi semua penuh, tengok jam dah lewat cz Mr Hus kena keje malam lak. So kami tangguhkan bawak aufa esok je la. Sebelum g klinik dah belikan air kelapa muda asli utk buat penawar chicken pox..mase mama aufa kena dulu pon minum air kelapa muda memang cepat bintik2 tu keluar dengan banyak..hari ke2 dah start naik kat muka.hi2. Tp dah namanya kanak2, mmg tak suka air kelapa muda asli ni.dah la tak sejuk, tak manis kan.huhu. jd even hari ke3 pon chicken pox aufa naik sikit2 je..hu2..mcm2 cara kami buat nak suh aufa minum air kelapa nan ado die nak minum. Last2 mama dan baba jugak yg minum.he2.


          malam-aufa still aktif walaupun dah start demam sikit..masih baca Iqra' sementara tunggu kakak2 datang mengaji, aufa bace dulu ngan mama^^,


SELASA 9/04/2013

TODAY pagi2 lagi kami ke klinik.. Memang doc confirmkan yg aufa dah kena chicken pox dan mase ni aufa baru start demam tp suhu tak tinggi. Doc bg Paracetamol dan ubat gatal je memandangkan calamine lotion masih ada yg mama aufa dapat dr Hospital Machang dulu. Tp MC dapat sehari je utk harini..doc ckp x dpt bg MC banyak cz anak yg sakit. Ayyo..kedekut MC jugak la doc nie, even kami dah terangkan budak2 kena chicken pox dilarang hantar ke nursery kan selama seminggu..so mak ayah die patot dpt mc nak jaga die kat umah..hu2.doc suh hantar anak ke kampong sementara waktu as the best solution..tp mmg tak la kan,hehe..jauh sgt dan bukan senang nak hantar anak sorang2 ke kampong.hmm redha je cpt mc sehari.hu2.  

Bintik2 dh mula naik kat badan, belakang, peha tp tak banyak. Suhu badan aufa mmg panas.  Mama aufa pon terus g kelas tengahari dengan perasaan berat hati sbb aufa demam + chicken pox. Harini mmg sangat2 bz, kelas sampai petang, dan after kelas kul 5 mama aufa terus ke library utk siapkan assignment nak hantar esok. Mmg mintak mr hus jaga aufa seharian harini cz dah 2 malam kitorang x dpt tido lena sebenarnya sbb gilir2 jaga aufa yg nangis malam2..bukan setakat nangis, tp muntah2, batuk2, tak dapat tido sbb gatal chicken pox nie..hu2..mmg masuk harini hari ke 3 kami semua tak cukup tido, mata pon dah jd mcm panda..haha. so mama aufa duk UIA sampai maghrib, akhirnya esaimen siap,hu2.sebenarnya baru dpt due date esaimen ni dalam 3,4 hari lepas mmg agak kelam kabut ler.tp Alhamdulillah setel jugak. Terus pecut balik rumah. Balik2 je rumah Mr Hus dan aufa takde..aik?mane diorang nii..hu2..

So sementara diorang takde sempatla mengemas dan masak ape yg patut. Dalam setengah jam mcm tu Mr Hus balik dukung aufa, rupa2nya Mr Hus bawak aufa ke klinik lagi sbb tiba2 suhu badan die naik mendadak even dah makan ubat. Dalam emergency mcm tu kredit lak takder so x dpt contact mama.hu2.katenye lg aufa demam sampai menggigil so cepat2 beliau mandikan aufa dan bawak aufa ke klinik dan doc check temperature aufa dah 40 celcius, hampir2 kena sawan dah..dan doc masukkan ubat bontot utk turunkan suhu dengan cepat. Additional prescription doc bg antibiotic. Mama rasa nak nangis dengar sbb mama takder mase tu, dan mmg kalau mama study mama concentrate dan last msj Mr hus lewat petang tanya keadaan aufa dan mase tu aufa ok lagi.hu2. mase ni muka aufa nampak lain, merah menyala mukanya dan mata kiri start nampak mcm bengkak sikit..hu2, mama peluk aufa, sian sangat anak mama. Malam ni berjaga lagi kami utk monitor suhu badan die.mama sejukkan kepala aufa dengan air asam jawa dn tuam tapak kaki die.hu2.


RABU 10/04/2013
                                             mata kiri yg start bengkak...

Morning sayang! =) aufa bangun pagi ni dengan suhu yg makin menurun. Today hari ke 3 aufa kena chicken pox..mama pujuk aufa mandi dengan umpan kolam mandi letak2 bola banyak2 dan guna air suam. Sejak semalam aufa mmg tak nak kena air, myb pedih bile terkena bintik2 chicken pox tu.hu2. akhirnya pg ni aufa mandi dan seronok main air (dah kena umpan yg menarik)..pastu mcm biase lepas mandi letak calamine lotion dan biarkan tak berbaju nak tunggu kering. Tp sampai last die tanak pakai baju. Mmg pon kan, bile kena chicken pox mmg rasa tak selesa pakai baju.hu2. tp something yg buat mama bimbang ialah sebelah bawah mata kiri aufa yg makin membengkak. Mata kanan kurang bengkak. Awalnya ingatke sbb die menangis malam2 so mata akan bengkak tp nape bawah je (eye bag area).hm…risau jugak. Bile mr hus balik try cakap2 ngan die nape mata aufa bengkak ek..mama takut cz infection sbb ada satu lesion yg dah pecah atas batang hidung mcm bernanah sikit tp dah kering. Mama aufa cadangkan g hospital utk check tp mr hus ckp ok kot, myb sbb demam, nanti surut la bengkak tu..hm..so sbb bengkak still nampak tak la besar sangat cuma mata aufa nampak sepet sikit jd tak risau sgt. Malam tu still gilir2 berjaga malam tuk jaga aufa..

keadaan umah sejak aufa kena chicken pox mmg takleh nk ckp ler mcamana..hi2, yg sempat buat masak bubur nasi/sup kat aufa hari2..tu pon kena cepat2 sbb aufa mmg moody sepanjang kurang sihat nie.kain sempat basuh dan sidai tp x sempat berlipat..dah mcm gunung everest dah.hoho..lgpon tiap kali batuk pas minum susu atau mase tido malam mesti aufa muntah balik dengan jayanya..so dengan malam2 duk basuh cadar, comforter, tilam, selimut segala yg terkena muntah si kecik, dah la kena basuh dlm 2 kali cz bau yg susah ilang..sabo je la..he2...mmg dah mcm kedai dobi dah dalam umah. hu2..dah lembik rasanya 3,4 hari dpt tido2 ayam je=) tp xpela, demi anak, selaut kasih ibu, segunung kasih bapa.......^^

p/s-gambar even dh rotate pn still terbalik lagi..ayyo...wat hal lak blog neh.hehe..sory ek

Then, Khamis 11/04/2013…episode aufa kena masuk wad………..next entry…hihi..terpanjang la pulak entry kalini.

3 comments:

  1. syafakillah buat aufa...:) moga aufa menjadi seorang yang kuat dan tabah... (^^) inshaallah.. amin. moga cepat2 sembuh, dan blh tolong mama lak...;)

    ReplyDelete
  2. :( cian aufa....... moga Allah sembuhkan beliau cepat2........ ain cepatla sambung citer...

    ReplyDelete
  3. cik as- amin, alhamdulillah skg dah sembuh..hehe. sian tengok aufa sakit2 mcm tu..

    Naniyoiii- a'a, owam pon setiap hari doa mg aufa cepat2 sembuh sejak kena chicken pox tu, next episode entri air mata, die kena sedia tisu banyak2..hehe...panjang ler tak siap tulis ag...huhu

    ReplyDelete

mutiara berharga