Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Saturday, April 7, 2012

2 is never better than 1..

assalamualaikum..


berkongsi tentang kisah kekecewaan harini, disebabkan sifat manusia yang tak habis2 hasad & dengki.


saya pon tidak tahu mengapa.. 


Dipendekkan cerita, harini, Jumaat (6 April 2012), ada program Explorace untuk pelajar2 Nusantara, anjuran CELPAD (Centre for Language Enhancement).


saya antara jawatankuasa yang handle. sebenarnya dpt maklumat dah last minute, 3 hari lepas shj, sempat meeting dengan Lecturer sekali je. yang lain bg sms atau emel. waktu meeting, lecturer saya telah pilih saya untuk jadi ketua jawatankuasa. ahli2 lain ada sebanyak 12 orang. sebenarnya saya keberatan untuk menerima pelantikan tu, tp, sebab telah dipilih, dan masa pun suntuk, saya terima tanggungjawab tu sebab taknak hampakan pensyarah dan beliau pun hanya kenal nama saya waktu tu.


masa meeting, datang segolongan yang lambat. dah nak habis meeting baru datang, lepas tu lecturer bagi tau balik sape ketua in-charge (iaitu saya). lepas lecturer habis breiefing, saya minta izin untuk bincang dengan semua ajk lain pertemuan next meeting. sy mencadangkan tenpat yg sama (sbb kondusif dan itu yg lecturer sarankan) tetapi golongan (yang lambat tu) ubah tempat lain. diorang nak ikot mudah diorang je..sedangkan tempat yang diorang pilih JAUH sangat dari kelas saya dan 4,5 orang ahli lain. konklusinya, lepas habis meeting, saya lambat 15 minit ke kelas.


Dalam meeting, nampak sangat golongan tu tunjuk pandai. dan bertindak seolah2 ketua. Baik, i don't care if they want to be a leader. Just be it. tak kisah pun kalau diorang nak jadi ketua dan in-charge semua. Tp masalah, cadangan diorang tak masuk akal. bila orang lain suggest lain, diorang bantah,bile diorang suggest, semua kena terima pulak. ada jugak manusia mcm ni.


sebab masa dah suntuk (hanya tinggal separuh hari seblum program), jadi saya sarankan kite ikot plan asal sebagaimana yang pensyarah dah tetapkan. tp diorang nak ubah jugak. ok, fine, saya bukan jenis suka tolak cadangan orang, saya dah kata,mana2 idea yang boleh digunapakai,kite akan guna.


memang agak rushing, menaip proposal, plan, tugasan committee semua. sampai sekarang pon penat tak ilang lagi.nak emelkan pd semua committee tugasan dan proposal tu, bukan keje mudah.amik masa berjam2 depan laptop .(tu sy tak suka jd ketua)..huhu...


beberapa jam sebelum program, untuk menyiapkan kertas klu2 bukan perkara mudah. 168 helai kertas kena print!, di mana takde pun yg volunteer sanggup nak print maka haruslah ketua bertanggungjawab. juga saya sediakan tag nama ajk2 untuk program. 


baik, hari program. janji pukul 2, pukul 2.30 golongan tu tunjuk muka. tp muka sombong, saya tahu diorang tak puas hati bile pensyarah pilih saya sebagai ketua. myb diorang rasa diorang lebih layak, kenapa tak angkat tangan dan mintak nak jadi ketua? sedangkan wktu pensyarah pilih, saya dah mintak kalau ada yang lagi layak, saya tak nak jd ketua.


sebelum start program, golongan tu mula tunjuk tanduk. segala kertas yang saya susun, diorang ubah plan entah apa2. ni Explorace, ada 10 checkpoints, dan klu2 dah tersusun rapi. tp diorang ubah, diorang campurkan. mula2 saya dah kate semua dah susun, diorang cakap diorang nak guna plan diorang. ok, saya tak bantah,jika diorang ada plan lagi baik. tp tiba2 beberapa minit sebelum program start, setelah diorang MENGKUCARKACIRKAN keadaan, diorang serah balik pada saya benda yg kucar kacir tu dan mintak saya uruskan. Astaghfirullah. waktu tu, air muka saya berubah. dengan rasa panik sbb peserta dah bersedia. dengan rasa gementar sbb amanah yg pensyarah pilih sebagai ketua. saya cuba menyelesaikan secepat mungkin. Alhamdulilah, ada jawatankuasa2 yang baik, tolong membantu, dan golongan hasad tadi hanya berdiam diri buat tak bersalah.


ada beberapa kekeliruan juga berlaku waktu program berjalan. dan, saya sebagai ketua, kena rushing ke sana sini untuk setelkan. beberapa kali pensyarah kol, bila ada problem ,jadi saya hanya jawab saya akan setelkan secepat mungkin,Alhamdulillah perkara2 dapat disetelkan..mungkin di sini Allah nak ajar saya problem-solving in critical time.


alhamdulillah, walaupun ada sedikit kesilapan, program explorace pelajar2 nusantara td berakhir dengan jayanya. banyak perkara lucu berlaku terutama bile diorang nak siapkan tugasan yang pelik2..huhu. 


dan..saya tak tahulah tentang golongan hasad tu. saya cuba bertoleransi, cakap baik2, cuba untuk berkomunikasi..tp seolah2 mereka mencipta sendiri 'gap' dan jurang, saya tidak faham adakah sebab saya ketua? adakah sebab diorang nak sangat jadi ketua?


jadi begitulajh, kalau dalam satu organisasi atau program, bilamana ada 2 kepala, musnah segalanya. sebab itulah ketua hanya perlu seorang sahaja.bukan 2, bukan 3. bayangkan kalau dalam negara ada 2 PM, habis..huhu..


moga kisah ini jd iktibar buat diri saya..dan diri orang lain...

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga