Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, March 15, 2012

air mata rindu..

Assalamualaikum warahmatullah...

opsss.seblum tu let's me kutip tarantula yang tengah nak buat sawang..shuuuuh..shuuuh..hihi, akhirnya terupdate juga blog kalini..=)

alhamdulillah, harini dah 15 hb 3, bersamaan bersamaan 22 Rabi'ul akhir 1433 Hijrah=)

bulan 3 ni jugak, aufa sudah 1 tahun 7 bulan..makin sihat, makin bulat ;) macam2 kerenah, kecomelan, keletah, perangai semua ada..hihi..

harini, 15hb 3..bersamaan hari Khamis..masih lagi cuti sekolah. Mr Hus kan ustaz jd tentulah cuti jugak.hehe...dan harini baru Mr Hus free untuk balik ke kampungnya..sebelum ni mengajar tuisyen al-Quran budak2 dan tugasan Imam.

mama aufa ada kelas pukul 12 harini. tapi semalaman semalam tak tidur, berjaga dari malam sampai ke pagi menyiapkan analisis verbs untuk subjek Semantics, berdasarkan Research article yang diberi..panjang sangat research article tu..sampai tersengguk2 depan laptop.huhu..Prof pun sebenarnya baru je bagi tugasan 3,4 hari lepas. termasuk tugasan2 dr lecturer lain, jd agak sesak nafas nak bernafas untuk kejar masa menyiapkan esaimen..*skg dah ngantuk dah..*

oh ye, Mr Hus balik Sg Petani petang tadi, dan....bersama Aufa..=) ada sorang lagi tumpang sekali iaitu Pak Lang Aufa.hehe.nasib baik ada Pak Lang, boleh tolong tengok2kan aufa dalam kereta, buatkan susu,suapkan makan..kala Mr Hus shj nt nak drive lagi,nak layan aufa lagi..mama aufa teringin sangat2 nak balik sekali, huhu.mesti best sangat balik sane cuti sekolah ni kan, The Carnival Taman tema air dekat2 sg petani mesti wat promotion.waaa..bestnya! hihi..tapiiiiiiiiiiiiiiii..sedihh...hujung minggu ni bagaikan no weekend at all. Esok (Jumaat) ada 2 discussions, 1 esaimen untuk hantar lusa. Lusa, hari sabtu dan Ahad wajib menghadiri seminar Methods of Dakwah bawah subjek akademik..huhu..

terkilan jugak tak dapat balik, tak de cuti..lagipun minggu depan ada exam mid sem..bile Mr Hus cakap nak balik kampung, mama aufa yang suggest bawak balik aufa sekali..tok dan wan mesti rindu kan aufa sangat2 =) lagipun, mama aufa mungkin tak dapat nak tumpukan perhatian pada aufa sbb ada seminar,balik petang, ada discussions lagi, esaimen lagi, study utk exam lagi..jd..rasanya ok la kalau baba bawak balik aufa sekali..

em..sebenarnya, semenjak aufa lahir hingga sekarang, inilah kali pertama mama berjauhan dengan aufa..rasa sedih, tak dapat dibayangkan. pd awalnya mama sangka ok la aklau aufa takde mama leh tumpukan perhatian pd study dan boleh buat kerja rumah sebaiknya..tp...wrong...bile aufa takde, mama rasa down, mama rasa takde semangat, tak dapat nak tengok buku, tak lalu makan, rindu..rindu sangat2.........even bukak laptop pun tak dapat nak tumpu perhatian pd tugasan.....

mama rasa,mama jauh lagi boleh tumpu perhatian pd study dan keje umah bile aufa ada di sisi..walaupun kadang2 dan selalunya mencabar,tp..tak tahu kenapa..rasa senang, tenang, seronok, walaupun kadang2 tension jugak..tp rupa2nya bile buat keje dengan mengetahui anak tersayang jauh dr mata, tak dengar suaranya, tak dengar jeritan,tangisannya...pelbagai perasaan yg datang..rinduuuu...sangat2..

contoh, semalam, mama berjaga semalaman siapkan analisis research article tu..dalam pada tu, lebih dr 5 kali aufa terjaga, selain susu, aufa nak digosok2, mengigau..mcm2..tp..mama dapat tumpu perhatian sampai siap jugak esaimen tu..tp harini, aufa takde...suara aufa tak kedengaran, wajah aufa tak kelihatan..mama langsung tak dapat nak taip apepon...

Nilai rindu ni..jauh lagi perit dr ape yang dibayangkan..
ingat seketika...tp...sedih tak terkata...
mama rindu..suara aufa, wajah aufa waktu tidur, wajah aufa waktu marah, waktu merajuk...
mama rindu, keletah aufa, ketawa, senyum, cara aufa ajak mama kalau nak tidur, bile aufa mengada2 ngan mama, bile aufa nak bermanja, bile aufa nak memanjat, bile aufa mintak susu...mintak nasi................

sekarang mama berseorangan,  insyaAllah esok kawan mama akan datang temankan mama=)ni pun budak2 mengaji baru balik..saje je harini suruh diorang duk lama2 sikit dalam umah ni, takla rasa sunyi sangat..huhu..

peritnya rindu...
bile dekat dengan mata, kdg2 rasa nak marah, nak cubit bile nakal,bile ngada2..hehe..
bile jauh..rasa sayang, kesian, nyesal.....aduh.................=)
lambatnya Ahad, untuk aufa kembali ke sisi mama=)
mama rindu bau aufa..mama rindu nak peluk2 aufa, nak gigit2 jari aufa yang tembun tu..hehe..

setiap malam, setiap hari, aufa suke tarik tangan mama/baba sambik ajak "jom..jom.." untuk ajak main same2.kadang2 ajak lepak2 atas tilam die sambil tengok video2 aufa,..kdg2 aufa tepuk mama,gosok mama..hehe..nampaknya 3 malam tak dapat dengar suara aufa ajak "jomm jomm.tito..tito..mama...."

mama...........
rindu sangat kat aufa....
sejak aufa berangkat bersama baba petang tadi, sehingga sekarang..kdg2 air mata mengalir sendiri..mencari2 suara anak kesayangan mama..
mase nak hantar aufa tadi,mama hanya berani kuatkan hati untuk hantar aufa dan baba depan pintu je, bukan sampai ke kereta..sebab, mama tak dapat tahan perasaan,bile bersalaman dengan baba, dan aufa salam mama, lalu aufa cium pipi mama tadi, terus mama menangis...tp td aufa excited nak g ngan baba, mungkin aufa ingat baba nak bawak aufa jalan2 macam biase,kejap je round2 ngan kete..tp kalini 5-6 jam dalam kete untuk sampai sg petani..

mama tertanya2, macamana nanti? aufa pasti akan tercari2 mama..kite tak pernah berpisah lama...nenek pengasuh cakap,kalau petang aufa macam tahu waktu mama datang pick up die, biasenya dalam pukul 5 mama dah datang, jd kalau terlewat sikit aufa duk sebut2 mama, mama, sambil mintak pengasuh bukakan pintu..pantang dengar bunyi kereta pasti meluru ke pintu sbb cari mama..tu yang pengasuh citer...

jd nanti 3  hari aufa tak jumpa mama...tp aufa jangan sedih2, jangan risau..aufa ada baba, ada paklang,ada paksu, ada kak alya dan kak anis nak main sama2, yang penting, aufa dapat jumpa tok dan wan, mereka semua sayang sangat kat aufa sebagaimana sayangnya mama pd aufa..

mama tengok video aufa dan gambar2 terkini aufa..tapi mama tak dapat teruskan..sbb..air mata mama mengalir bile dengar suara aufa dalam video..jd kalini mama tak dapat upload gambar aufa..sbb..tak...tak mampu nak tengok lama2.......

mama tak dapat tahan perasaan rindu ni..walaupun hanya untuk 3 hari..............................
moga Allah berikan mama kekuatan..
insyaAllah bile bz esok lusa tulat myb leh kurang perasaan sedih ni..hehe...
i m not worry, because she is in good hands, but i just miss her so much!

3 comments:

  1. sabar ye nina..wani pun mmg xleh berpisah ngan anak..even pernah shari tu.wani sengaja tggal wardah kat taska sampai ptg..selalu abis kelas terus amek..tp bila balik umah..rsa lain macam bila sunyi sepi..cpt2 capai kunci then pickup dia bwk balik..rs xsnggup bersendirian..takpe..lusa nanti aufa dtg ye mama.. :)

    ReplyDelete
  2. :) wah, xsabar nak rasa jadi ibu jgak... cam tharu je baca...smoga kak nina jd ibu yg mithali n lahirkan zuriat yg soleh/solehah. untg aufa dpt mama yg cyg sgt kat dia.:)

    ReplyDelete
  3. slm..
    mawar- hehe, tu la, kena banyak2 bersabar,sedih gak rupanya bila sunyi je umah tanpa keletah si kecik,kalau die ade jd teman suke n gado gak.hehe.

    cik as
    -cewah cik as, nampak mcm tak lama lagi k.nina boleh makan kari kambing la ni..hihi..=)

    ReplyDelete

mutiara berharga