Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, May 16, 2011

sy jeles...but...............???



                                                        my soul, my life, my everything..


Kadang2 sy jeles dengan ibu2 yg baby mereka tidur lama setiap kali sebab, baby saya hanya tidur sekejap2 dan bermain dengan lama..huhu..sejak umo 3 bulan ke atas, aufa tak pernah tidur straight sampai 2-3 jam kecuali malam la..ia melimitkan mase mama untuk wat keje umah, untuk masak dan sebagainya.even nak tulis blog pon tk sempat..dulu sempat je mase die baru lahir-2 bulan lebih..skg? no no no..sy tengok anak saudara saya wafaa’ dan hasnaa’ yang tidur dengan lama waktu siang, banyak kali lak tu so kak ipar saya boleh buat keje rumah sesiapnya..bile sy tengok, sy tak mampu nak siapkan keje umah selengkapnya sebab my baby tidur sekejap2..kalau org bangun solat subuh, die pon bangun jugak..mase mama tengah bz buat keje, die tak tido pon..=( sy tengok baby org  lain akan tidur sampai sejam dua, tp baby saya akan tidur dalam mase 15-20 minit dan bangun bermain2.. untuk waktu siang, aufa hanya 2/3 kali sahaja..pagi, tengahari, dan petang sekejap..tu pon kdg2 die tak tido petang..setiap kali tido, 15-20 minit.. biasenye, lepas subuh aufa bangun..main2,minum susu, kalau bubur dah siap, makan2, mandi..then pukul 10-11 die akan tido balik kejap..then bangun lagi bermain2..makan tengahari lak.. lepas tu dalam kul 3pm tido sekejap 15 minit..then tak tido dah..malam lak..cuba bayangkan dlm mase sesingkat tu, ape yg mama aufa leh buat? Huhuhu..mcm harini, bangun awal2 lg sebab ada checkup kat klinik untuk umo 9 bulan. Pukul 6 pagi lagi die bangun, 7.15 kami dah sampai klinik..balik2 dekat kul 9.00 a.m dah, sebab bangun awal, aufa ngantuk2 lak..bg susu, tidurkan aufa..then mama terus ke dapur masak bubur nasi, sambil2 tu ambil baju2 aufa yg disidai dan lipat semua, habis lipat baju (tak banyak pon) nak basuh baju aufa, aufa dah pon bangun dan berusaha nak turun katil..ayy..cepat2 mama g amik aufa, try tidurkan die balik tp nan ado die nak tido pon.huhu..terus la die celik mata untuk bermain..mama dalam fikiran baru je fikir nak buat sarapan,pstu mengemas semua.bile aufa dah bangun, takdernye mama nak menyapu depan die, mesti aufa akan wat operasi kejar mengejar mama nak dapatkan penyapu dan penyodok antara barang die sangat minat,ayy..).lgpon taknakla debu2 kang masuk hidung/mata die..tp, even mcm tu, sy bersyukur sngat sebab aufa dah tak berjaga malam.kalau berjaga malam lg penat woo..sy pernah merasainya, dan ibu2 di luar sane pon pasti dah rasai pengalaman anak berjaga..sangat meletihkan kn? Bile difikirkan, bak kata kak ity, rezeki masing2..kalau anak suke tido pon rezeki gak, leh buat keje umah n mcm2 lg, kalau anak tak suke tido pon rezeki gak, leh main2 dan tak sunyi sangat..mcm2 lagi la. Tp bagi mama, ok la kalau aufa tk tdo lama sangat pon, maknanya aufa sehat walafiat la..aufa akan tido lama2 bile die tak sehat je..huhu=o

Kdg2 sy jeles dengan isteri2 yg suami mereka sentiasa ada di rumah dan bekerja hanya waktu bekerja je..dapat bersama2 di hujung minggu, jalan2..huhu..suami balik petang, dan ade sampai malam..sy mempunyai suami yg bz sangat, kerja sebagai imam, sebagai guru mengaji di samping setiap hari bertungkus lumus menjadi pendidik di sekolah rendah kebangsaan, dan yg terbaru, myb akan mengajar di hujung minggu kat pusat pra-tahfiz.. myb saya hanya dapat lihat wajah suami waktu malam, atau waktu siang sekejap..di hujung minggu, kalau ada peluang dapatla bersama family, g jalan2 kejap..kalau suami keje, maka di rumahla kami=) tp sy bersyukur sekurang2nya kami tinggal serumah, tak berjauhan..dan saya bersyukur mempunyai suami yg suke bekerja, bukanla seorang yg kaki lepak atau malas=) sy bersyukur kerana ini mendidik saya untuk meghargai masa yg ada tika bersama, dan ia mendidik saya untuk menjadi seorang yg tabah, sabar dan cekal.kalau nak dikira, ape sangatla keadaan saya jika nak dibandingkan dengan mak saudara sy, atau org2 lain yg berjauhan dengan suami.. At least, setiap hari dapat menatap wajah die yg disayangi..suami yg penyayang, suke kan budak2, walaupun pd wajahnya ada bait2 keletihan lepas penat mecari rezeki tp masih lg mengukir senyuman pd kami yg menanti di rumah walaupun sudah lewat malam=) alhamdulillah..sy bersyukur dipertemukan dengan seorang yg penyabar dan baik hati, berpanas berhujan dalam perjalanan mencari rezeki, hanya dengan menunggang motosikal tp tak pernah merungut.. sanggup berulang alik dr gombak ke sungai besi, dan tidak memilih untuk menyewa di sana supaya perjalanan ini menjadi mudah buat saya..suami hanya memilih untuk tinggal di gombak agar saya mudah ke uia biarpun die susah untuk ke tempat kerjanya.betapa pengorbanannya satu dalam sejuta..

Kdg2 saya jeles dengan rakan2 saya yg banyaknya masa terluang untuk dihabiskan di sana sini. Dapat jalan2 di hujung minggu tanpa terikat pd mana2 komitmen, dapat belajar dengan tenang dan tumpukan sepenuhnya, dapat join segala persatuan/kelab/ sukan..dapat bergosip, luch bersama, berbual2 panjang dan sebagainya..kerana saya tak punyai masa sebegitu..dah jarang sangat sy berbual panjang dengan kawan2 sebab nk kejar masa balik umah, ambik naka dan sebagainya..sy dah takder feeling nak jalan2 atau shopping bersama kawan2 bile teringatkan anak di rumah..instead, memang suami tak bg pon dh.hehe..tp semua ini memberi satu semangat buat saya, satu inspirasi..mengajar sy untuk meghargai masa yg ada, mengajar sy agar tidak mensia2kan masa..mengajar sy agar mementingkan ape yg lebih penting. Bohonglah kalau saya katakan sy tidak rindukan kawan2 saya dan mase remaja saya..saya sangat rindukan itu semua, namun satu perkara besar telah merubah seluruh kehidupan saya..iya, perkahwinan ini..menukar status saya (dr seorang bujang kepada isteri, dr isteri kepada ibu), meng”hilang” kan hubungan saya dengan kawan2 secara tidak langsung, me”limit”kan masa saya untuk bertemu kedua ibu- bapa saya dan adik beradik yg lain, malah ia telah mematangkan pemikiran saya lebih jauh dengan umur saya..di umur 23 tahun ini, sy belajar banyak perkara baru, saya melihat kehidupan dengan satu persepsi yg jauh lebih real dr segala yg saya fantasikan sebelum ini.. di umur 23 tahun ini, saya dah berfikir tentang asset harta dan pembelian rumah bile sudah bekerja nanti, saya sudah berfikir rancangan jangka panjang untuk bermastautin di mana bersama anak2 nanti, saya sudah berfikir di mana tempat rebaik untuk menyekolahkan anak, sekolah bagaimana, didikan yg macamana, dan sebagainya. Di umur 23 tahun ni, saya sudah tahu erti tanggungjawab seorang ibu dan isteri..berfikir untuk menghidupkan bai’ah islamiyah pd keluarga kecil ini, berfikir cara mentarbiyah diri sendiri dan anak2..Di umur ini, saya sudah terfikirkan bisnes yg bakal saya layarkan bile grad nanti. Di umur ini, sy sudah tak berminat dengan mainan fantasi yg hanya menyekat sy dr merealisasikan imaginasi.. dan, satu perkara penting yg mengajar saya, iaitu perkahwinan ini adalah guru..

Banyak perkara yg sy “jeles”kan dengan org lain. Tp sebenarnya perkara2 ini merupakan kelebihan untuk diri sy sendiri. Sedar atau tidak, saya telah melalui fasa2 kehidupa yg saya sendiri tak pernah terjangka ia akan berlaku. Satu perkara yg saya sering lupa, tp saya cuba untuk mengingati dan setiasa mengingati iaitu, hidup ini adalah kerana Allah.. ya Allah, betapa saya sudah hanyut dengan mainan duniawi, namun Allah masih sayangkan hambaNya ini..Allah yg Maha Pemurah, Allah yg mengatur segala2nya dengan indah sekali. Terima kasih ya Allah kerana hambaMu ini amsih berpeluang menyedut dan menghembus nafas di bumi Mu yg indah ini.. alhamdulillah atas segala kurniaanMu ya Allah..kurniakanlah diri ini kesabaran sebagai seorang isteri, sebagai seorang ibu, sebagai seorang anak, dan sebagai hambaMu Allah..

Selagi berpeluang, setiap orang diberi ruang untuk memperbaiki kelemahan diri. Mungkin ada kata2 yg sebelum ni yg tersasar dr landasan kebenaran, saya mohon maaf pd mereka yg terguris, ampunkan lah saya..benar, mata pena lg tajam dr mata pisau, tusukannya lebih menikam dr tusukan duri, maafkan lah.. saya masih belajar dan akan terus belajar untuk memperbaiki diri..