Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 29, 2010

Di sebalik namamu "Aufa Hibriyah"

Assalamualaikum permata hati mama & baba..

Rupa2nya bukan senang hendak memilih nama yang terbaik untuk diletakkan buat permata hati ini. Begitulah yang dirasai oleh setiap ibu bapa mungkin, atau sesetengahnya. Namun yang pasti semua mahukan yang terbaik buat anak2. Mengambil mafhum dr kata2 Rasulullah s.a.w bahawa nama merupakan doa, maka mama & baba berusaha mencari yang terbaik buatmu. Semenjak di awal kandungan, mama telah membeli buku "nama2 bayi dalam islam". Kesemuanya ada 3 buah yang mama beli dan 1  antaranya mama berikan hadiah kepada Ibu Ila, jiran kita di Sentul kerana waktu itu dia pun turut mengandung;) Ibu Ila melahirkan anaknya 3 bulan awal dr kelahiran Aufa. Begitu cantik nama anaknya, perempuan juga..bernama Fatin Zinnirah. Fatin lahir 2.6 kg di Hospital Bersalin Muslimah.
Pada awalnya baba tak mahu mama mencari nama buat Aufa awal2 coz baba ckp nanti takut berubah fikiran, Tp mama menyenaraikan nama2 yang terpilih dulu dan tunjukkan pd baba, kebanyakannya x di approve ye sayang..hehe..baba ckp nama kawan die, nama ustaznye, nama anak kwnla n mcm2 lg..lawaklak bila terfikir. hm..awal2 kami x tahu jantina anak comel ni lg..so just bg senarai nama anak lelaki n perempuan.  Apabila kandungan mama genap 9 bulan baru kami bersepakat. last2 nama tu dr cadangan baba gak lepas musyawarah dengan mama.

Aufa Hibriyah..kesayangan mama dan baba..
Aufa bermaksud "setia" "ta'at" "patuh"
Hibriyah bermaksud "keindahan" "kecantikan"

Mama dan baba harap, dengan panggilan yang indah ini sebagai do'a, Aufa akan menjadi seorang muslimah yang setia dan taat pd Allah, Rasulullah..patuh pada ajaran agama islam dan setia pd saudara seislam. Mama dan baba jua turut berharap dan berdoa agar Aufa menjadi seorang yang taat pd ibu bapa, keluarga, guru2 dan rakan2 serta saudara seislam. "Hibriyah"-keindahan- semoga akhlakmu indah bak peribadi ummahaatul mukminin. Jadikanlah Rasulullah contoh terbaik dalam kehidupan kita. Perindahkanlah akhlakmu maka wajahmu jua akan terserlah dengan keindahan. Aufa sememangnya indah di hati mama dan baba~ love u always.. nahnu nuhibbuki ya habiibatuna.. Aufa~

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga