Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, September 5, 2012

lagi kenangan raya + sambutan besday + kenduri kawen2012 di kampung (2)

Sambungan...gambar2 lagi.hehehe..


                                                          beraya di Sg petani


                                                      aufa on the wedding day

                                                       Majlis sambut menantu


                                     Aufa otw nak g beraya umah sanak sedara di kelantan

                                                          Aufa and the gang...
                                                                    beraya sakan..


                                                 Aryan posing @ wedding sepya (3pupu ku)
                                                                       Wedding sepiya


                                                   Wedding Saidah, sahabat lama MMP dulu..


                                              Malam berinai tp kami berlebih..hehe
                                          Hari akad nikah..ye,sy jurumekap pengantin itew..hehe



                  bilik pengantin Azmah, best friend ku waktu sekolah rendah hingga sek.menengah.

                                                       Me and my bestie=)



                        Aufa @ kampung di kelantan. tiap2 petang jalannnn je keje.hihi
                                                       Naik moto ngan mama.


                                                 g Ekspo Fun Fair kat tanah merah




p/s- saya sengaja mengkecikkan dan mem-blurkan gambar2 tertentu..hehehe...=)

As-syifa’ itu ada…….tp saya lupa..T_T


Assalamualaikum wbt..

After returning home baru2ni, I m not feeling well, actually rasa2 mcm nak demam dah start masa dalam kereta lagi, bayangkan, perjalanan jauh di bawah terik mentari selama 7 jam. Sebenarnya balik dr Kelantan yang sebelum ni pun mama Aufa demam teruk sampai dekat seminggu untuk sembuh. I don’t know y, maybe sbb berada di bawah ekon terlalu lama dan terlalu penat dlm perjalanan. Biasala, jd mak orang kan..hehe..berhenti2 salin pampes anak, suap anak makan, layan kerenah anak dalam kereta, sampai demam.hihi. Dalam kereta baruni pun asyik rasa nak termuntah je, nasib baik Aufa banyak diam je haritu, kalau die lasak mcm biasa rasanya habisla kereta baba,huhu.

Sampai rumah dr kampong haritu, after makan, saya mencari2 panadol sbb kepala terasa pening sangat dan rasa nak vomit je..alhamdulillah terjumpa panadol soluble, rendam dalam air sebijik dan terus minum. Keesokannya saya still rasa tak sihat, walaupun suhu badan masih normal, tp dalam badan rasa sakit Ya Allah..rasanya panas dalam..habis sakit pinggang, urat2 saraf dan otot2 semua.hihi. Kan,kalau demam lepas ada anak ni, rasa sakit demam tak mcm sebelum beranak tu..yang paling ketara, sakit2 bahagian rahim..lenguh2 badan semua.. my mum pernah said that perempuan lepas dah ada anak bila demam semua bahagian yang terlibat waktu bersalin akan rasa sakit termasuk rahim, otot2 semua, semua kesan contraction dulu. Waaa..betul la..hehe. saya telan panadol lagi, rasa sakit hilang sikit tapi masih lagi sakit.

Semalam, dah masuk hari ke-3 badan rasa tak sihat mcm tu..tp gagahkan diri jugak utk berpuasa 6, entah ada sesuatu yang mengetuk pintu fikiran saya suatu petang itu sewaktu terdengar alunan azan..ya…di rumah ini kan ada as-syifa’, saya yang beli, saya yang suap untuk anak saya sewaktu dia kurang sihat, tapi saya tak amalkan pulak.huhu.. astaghfirullah…ya, benar, madu Naqia yang saya beli masih banyak lepas menjadi penawar ubat batuk untuk Aufa 2 bulan yang lepas, saya lupa, saya benar2 lupa bahawa madu bukan sahaja penawar untuk batuk malah untuk semua penyakit. Bila tiba waktu berbuka, after makan saya mula mengambil madu dan minum sesudu besar.


                                 credit to Google image


Alhamdulillah, malam tu, rasa demam makin berkurangan, dan pagi ni saya bangun terasa sihat tubuh badan, tidak ada lagi lenguh2 badan, pening kepala pun dah hilang. MasyaAllah, ajaibnya madu! Alhamdulillah, sesungguhnya Allah la As-Syafi………….^^, saya terlupa, astaghfirullah, kerana mencari2 ubat moden sewaktu kurang sihat, ubat yang dicampur bahan kimia, ubat yang pahit dan terpaksa diambil berkali2..sedangkan madu itu penawar yang manis dan asli=) dan, Allah jua yang menyembuhkan.
Berkongsi khasiat madu, memang berbeza madu yang ori dan madu campuran. Banyak di pasaran madu yang telah bercampur dengan gula yang mana ia tidak boleh dijadikan sebagai ubat kerana tidak lagi asli. Sewaktu Aufa batuk2 semasa bayi, ubat batuk yang doc bagi memang kurang berkesan, jadi kami bertukar kepada madu dan ubat Homeopati. Alhamdulillah, sehingga umur setahun lebih Aufa tidak batuk2 lagi. Sehinggalah 2 bulan yang lepas, aufa batuk kembali sebab infection dari kanak2 lain di rumah pengasuh.. Lagi sekali kami memberikannya madu, 3 kali sehari, hanya dalam 2-3 hari batuk2 terus hilang sehingga ke harini dia tak batuk2 lagi^^ syukur Alhamdulillah.

Khasiat madu akan hilang sekiranya madu diberikan dengan sudu besi, kerana besi sejenis iron yang akan menyerap khasiat madu. Jadi memang kadang2 ada orang hairan kenapa walaupun minum madu kesihatan still x pulih2, mungkin antara sebabnya ialah  menggunakan sudu besi ataupun madu campuran.. Jadi ada baiknya menggunakan sudu plastic untuk minum/makan madu. Madu yang asli takkan tembus. Menitik jika dititiskan di atas sehelai kertas..leh la try cuba eksperimen yang mudah ni.hihi.Banyak lagi cara nak mengenal pasti madu yang asli tp mama aufa lupa dah..

Saya juga ada terjumpa artikel untuk dikongsikan mengenai khasiat dan kelebihan madu yang diambil  di sini-khasiat madu:-













Fungsi Madu Dan Peranannya.

  • Meningkatkan kadar serapan kalsium dalam badan
  • Dapat meningkatkan hemoglobin dan dapat mencegah dari serangan anemia.
  • Bila dicampurkan sedikit cuka ia dapat merawat arthirik sendi
  • Kegunaan madu secara luaran juga dapat mempercepatkan lagi proses penyembuhan.
  • Dapat meningkatkan pengeluaran gastrointestinal untuk merawat ulcer.
  • Sumber laxative yang natural dan lembut
  • Sumber utama vitamin dan mineral yang kaya.
  • Sumber tenaga yang hebat dan semulajadi tidak seperti gula pasir yang memudaratkan

NOTA: Madu asli mengandungi enzim-enzim hidup yang amat diperlukan manusia untuk meningkatkan fungsi tubuh badan ke tahap optima. Seperti mana kandungan-kandungan yang dihasilkan lebah iaitu madu, royal jelly, bee pollen, propolis terdapat bahan-bahan hebat yang tidak dapat dikenal pasti. Lebih menarik lagi, bahan-bahan ini tidak boleh ditiru atau dihasilkan secara sintetik oleh makmal. Ini bermakna madu tidak boleh dihasilkan oleh makmal secara olahan kimia. Madu hanya boleh didapati pada sarang lebah itu sendiri

KHASIAT MADU ASLI YANG TELAH TERBUKTI

A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH

1. Memulih, menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.

B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.

1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
                       
KELEBIHAN

1. BAYI/KANAK-KANAK:

a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.


2. REMAJA:

    Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.

3. WANITA:

a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.

4. LELAKI:

a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.

5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):

    Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
           
6. UNTUK SEMUA:

a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
           
CARA MENGGUNAKANNYA

1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais. (Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.

"MIRACLE ANTIBI0TIK"

KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH

Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.
 SAPULAH MADU JIKA ANDA

    a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
    dan luka terlindung dari kuman.
    b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
    lain-lain.
    c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
    d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.

MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN

a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.

KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU

A) IBU MENGANDUNG

    1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
    dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
    2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
    kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.

B) ANAK DALAM KANDUNGAN

    1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
    madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
    2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
    menguatkan janin.
    3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
    kuasa dalam madu asli.
    4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
    5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para ibu yang mengandung.

C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR

    1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
    mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
    bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
    2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
    perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
    3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
    4. Mengelak dari kembung perut bayi.
                       

D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK

    1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
    mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
    2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.


CARA MENGGUNAKAN MADU:
Batuk :
madu + limau nipis (diperah)
Menguatkan minda:
madu + kismis
Menguatkan tulang:
madu + susu anlene
Menyembuhkan luka dan melecur:
sapukan pada luka
Lelah dan sesak nafas:
madu + lebak putih (diparut dan diperah)
Pembersih muka:
putih telur + limau nipis (diperah) + madu
Pelembap muka:
kobis + madu
Melangsingkan badan:
madu + pati kunyit ( minum seminggu sekali)
Tenaga batin:
1 sudu madu + 3 biji lada hitam + 1 ulas bawang + kuning telur.
Wanita mengandung:
1 sudu teh madu 2 kali sehari



Tuesday, September 4, 2012

lagi kenangan raya + sambutan besday + kenduri kawen2012 di kampung (1)

Gambar2 kenangan..upload siket2 lama2 jadi bukit...hihi..

selain raya, kenduri sanak saudara juga meriah dengan ramai orang..mcm2 design pelamin ada.hihi

 Majlis sambutan besday orang sebenarnya nih tp x taw tibe2 aufa tumpang sekaki jd besday girl lak, die lak jadi tumpuan.hehe..


                  Jalan2 shopping pd malam raya ke-2 setelah penat beraya..


                               Kat majlis akad nikah..di masjid Besar machang




Monday, September 3, 2012

Assalamualaikum….Home sweet home^^,


Alhamdulillah akhirnya petang kelmarin selamat sampai di Selangor kul4 petang, 7 jam perjalanan dr Kelantan..jadi lama siket sbb 2 kali berhenti untuk basuh poo poo aufa dan solat.hihi..

Rindu rumah sewaku di sini=) nasib baik la tak sepah sangat walaupun orang tu jd bujang seminggu duk sorang2.=p

Kelas sem1 untuk 2012/2012 akan start next week, ingat nanti esok nak start hantar aufa kejap2 kat umah pengasuh, dah dekat 3 minggu dah tak jumpa pengasuh sejak cuti raya dulu=) biasanya aufa ok je kalau jumpa nenek=)

Sampai umah semalam, lapar sangat rasa..nasib baik ma dah bagi bekal sbb makanan basah tak beli pon lagi..orang tu duk seminggu tak masak katenyer.,beli je..hehe..jd takde lauk..panaskan bekal ma bagi je. Aufa pon makan banyak nasi dengan lauk sup. Pastu kami masing2 kepenatan tido sampai kul6.hehe.

Malam semalam Kak  Ipa jemput makan2 nasi arab kat rumah Kak Ipa di Kepong sempena sambut besday my Hubby (bertuahnya besday boy sambut besday 2 kali), Alhamdulillah^^ rezeki lagi, takyah masak utk makan malam.hihi,lepas isyak kami go…yeah yeah, bestnya makan nasi arab dengan lauk kambing..sedap sangat daging kambing tu, leh order lagi ni. Aufa happy dapat jumpa pak lang, pak su, pak ngah dan mak ngah die=) sebelum tu mase petang after bangun tido aufa nanges2 sbb teringat kat kampong (agaknya) sbb die mula rasa lain duk umah takde orang kan. Kat kampong kan ramai sangat melayan aufa, tiap2 hari main, tiap2 petang naik motosikal, tiap2 malam sepupu2 mama datang main ngan aufa..tapi tiba2 die tak dengar suara sape2 melainkan suara mama dan baba dia..terus die nangis..sebut “ayah cu..” “Tok Ayah..”..pastu sebut “nak..nak..” tak tahu nak ape..agaknya die nak cakap nak balik kampong kot. huhu.. tapi Alhamdulillah pagi ni die dah ok, bangun pon sengih2..biasela, nak adapt balik suasana Bandar after 3 weeks dah duk kampong..seminggu kat kedah, hampir 2 minggu kat Kelantan.hihi.

Cuti after raya baruni dipenuhi undangan2 kenduri kawen..ramaiiiiii snagat kawan2 mama aufa kawen. Kenyang perut suka hati.Tahniah buat yang mendirikan rumah tangga baru2ni.Barakallahulakuma wa Baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma bilkhair..


*berhenti sekejap sbb daging rebusku atas dapur dah kering* masak daging goreng kunyit.lalala~


Ok, sambung…

2Hb 9, which is kelmarin kan harijadi suami tersayang i..*geli ke?* haha.

Jadi sbb kebetulan suami ada kat Machang, sanak saudara semua ada mama Aufa rancang nak sambut Sabtu malam tu sbb Ahad pagi kami dah nak bertolak balik KL. Alhamdulillah, tak sangka, perancangan saat2 akhir menjadi jugak. Ma dan Kak Na serta adik beradik lain sangat lah sporting. Cayelah! Mama aufa gtau ma nak beli KFC dalam 50 ketul dan kek sebiji, nak sambut besday Mr Hus, pastu ma cakap ok la, nanti ma top ngan mee goreng kebetulan dah beli mee mentah 4 bungkus..pastu kak Na cakap rugi je belik KFC baik goreng sendiri dapat lagi banyak..pastu mama aufa fikir ye tak ye jugak kan, beli ayamn 2 ekor tak sampai 30ingget je, then kak na nak tolong buat rempah goreng ayam yang best sebijik mcm kfc..resepi die lain kali lah post.haha. tapi memang best la ayam goreng tuh. 2 ekor ayam tak cukup malam tu, habis licin…..^^ Family kami memang besar, ramai yang datang masa jamuan malam tu, dalam 5 family jugak yang memenuhi rumah. Best! Meriah sangat sangat sangat.=) Nanti akan ada entry khas jamuan besday & raya nanti. 


Ok lah, sampai bertemu kembali=) nak g masak sayur kangkung pulak, Mr Hus nak bawak bekal bukak puasa.hehe..tata..