Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, August 10, 2012

tiba-tiba sebak pulak...

Assalamualaikum wbt..




Minggu lepas, salah seorang pelajar Qiraati& Quran yang mama Aufa ajar dah berjaya Khatamkan Al-Quran buat kali pertama. Mama aufa yang terlebih excited tiap2 malam habis lewat kelas mengaji, dah la bulan puasa kelas ajar mengaji kat diorang start pukul 8.30 sbb sibuk sikit nak berbuka dan solat dan bersiap bagai..huhu..jadi sebab makin lama makin nak habis adik ni baca, after ajar Iqraa' budak2 6 orang tu,peluang untuk ajar adik ni sorang2 sampai la 9.30pm..yang sukanya, adik ni rajin membaca al-quran, langsung tak penat walaupun baca berhelai2 muka surat..katenye semangat nak khatamkan Al-Quran sebab mummy die nak buat pulut kuning.hehe=) Walaupun die sudah di Tingkatan5, tapi segulung tahniah mama aufa ucapkan kerana die berusaha untuk khatamkan Quran sedaya upaya=)

Jadi masuk juzuk 'amma, die ambil masa 2 malam untuk habiskan.Alhamdulillah minggu lepas tamat sudah semuanya.. Bile akhir dengan annas dan alfatihah, tibe2 rasa sebak lak..mama Aufa yang rasa sebak,dia happy sangat.huhu. Rasa tak percaya, saya dah berjaya mengajar Quran budak ni sampai die khatam.MashaAllah,ape perasaan ni, susah nak luahkan..tapi rasa sebak, syukur...........

....dan teringat pada ayah di Kelantan. Usia ayah hari demi hari makin meningkat, tapi ayah kelihatan kuat dan gagah sekali, sebagai pemimpin keluarga, imam keluarga, aktif dengan kegiatan dakwahnya di Islamic Outreach Organisation ABIM..

Dulu kami 9 beradik memang sepenuhnya dibawah didikan Al-Quran daripada ayah..tak dapat saya bayangkan, bagaimana ye agaknya perasaan ayah apabila seorang demi seorang anaknya khatam al-Quran di bawah didikan ayah dan ma, di rumah sendiri..MashaAllah..ayah merupakan pengajar yang hebat, dan apa yang saya ajar pada kanak2 mengaji di rumah skg adalah berbekalkan apa yang ayah ajar pada saya dahulu. Saya sebak, terkenangkan ayah yang banyak berkorban.

Seawal usia 5 tahun, kami 9 beradik sudah diperkenalkan dengan Iqraa', mula dengan Iqraa' 1 sampailah 6. Teringat dahulu masa kecil, setiap buku Iqraa' tu kan berlainan warna dari 1-6..bile dapat beralih warna contohnya pink ke hijau, gembira sekali, rasa semangat! ayah memberikan pujian pada anak2nya jika berjaya tapi ketegasan dalam mengajar quran sampai ada antara kami membaca sambil mengalirkan air mata=) bile dikenang, manis saat2 itu..^^ Apabila memasuki usia 7/8 tahun, rata-rata anak2 ayah sudah berjaya khatam Al-Quran. Setiap kali ada yang khatam, ma akan buat pulut kuning dan sedikit majlis kesyukuran khatam Al-Quran. Tapi selepas khatam, kami adik beradik tetap membaca al-quran di bawah supervision ayah tiap2 malam sehinggalah memasuki sekolah menengah. Sesetengah adik beradik yang boleh membawa suara, ayah ajarkan Tarannum yang mana ayah belajar pada waktu itu tiap2 malam Jumaat. Indahnya..tarannum yang sempat dipelajari seperti bayati, hijaz, nahwan, ras..semuanya saya dan abang/kakak mendapat basic daripada tunjuk ajar ayah. Bukan sekadar tarannum, malah cara tarikan nafas dan Tobaqat suara diajar oleh ayah.. Ayah memang hebat! Mama aufa tak tahu sama ada dapat mendidik anak2 seperti yang ayah buat. Semoga Allah memberkati ayah..^^

Selepas tamat SPM, mama Aufa bersama kawan baik, Zulaikha telah memasuki kursus Qiraat di KIAS Nilampuri, bersama-sama ayah. tapi ayah lagi advance..sebab mase tu kami baru belajar Qiraat Hafs dan Qalun serta tarannum Hijaz tapi ayah sudah ke peringkat Qiraat lain yang lebih tinggi seperti Kisa'ie. Jadi, ayah juga lah yang membantu saya menamatkan kursus ini selama 4 bulan dengan jayanya=)

Aufa, di mana jua berada, jadikan Al-Quran sebagai pegangan hidup..Junjungla Al-Quran walau di bumi mana kita berada.Ingatlah, sebaik2 insan ialah mereka yang mempelajari Al-Quran dan mengajarkan Al-Quran....

2 comments:

  1. ya Allah untungnye mama aufa..dikurnniakan ayah yg sebegitu dan jalan belajar pun Allah bagi belaja agama..insan2 terpilih ;)

    p/s: coklat dah smpai..rasee die subhanallah..terbaeekk!! kalah coklat cadbury n sewaktu dgnnye ;)

    p/s lagi: ayah muhammad tgk jelah muhammad n UM makan tadi hehe..die kate patutlah muhammad dalam kete lepas satu satu mintak

    ReplyDelete
  2. Ummu Muhammad- syukran ya UM, semoga Allah turut memilih kite semua utk belajar agama^^ amiin..

    terima kasih ye atas komen tu, alhamdulillah selamat sampai, risau jugak mcmana agaknya rupa die dari Gombak ke Johor.=) msti comot2 kan Muhammad makan tu,kalau Aufa habis tangan dan seantero dengannya comot.

    ReplyDelete

mutiara berharga