Assalamualaikum wbt..
Harini, dah masuk hari ke-4 Aufa duk dengan mama..bermula hari Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin.=) Mama cuba sedaya upaya mengurangkan waktu Aufa duduk dengan pengasuh, sebab mama mahu meluangkan masa terbaik dan berkualiti dengan Tarbiyah dari air tangan sendiri buat anak tersayang^^ Sejak masuk kanak2 lain yang sebaya dengan Aufa, mcm2 dah Aufa belajar perkara baru..yang positif dan juga tak kurangnya yang negatif T_T.huhu..
Yang positif bile aufa belajar bergaul..sebelum ni Aufa yang paling kecik kat umah pengasuh, aufa hanya ada kak Balqis sebagai kawan..skg dah ada 4 orang yang sebaya..dah pandai mintak barang elok2, dah boleh berdikari untuk pakai seluar sendiri, buang pampes sendiri,minum sendiri..dah belajar membina ayat yang panjang dengan kawan2. belajar sharing2 makanan..Alhamdulillah=)
Yang negatifnya, Aufa dah belajar mencakar..ish2, budak solehah tak mahu cakar2 ye..aufa mempraktikkan ape yang dipelajari dengan kawan2 lain pd mama/baba. Sakit..dulu mase die sorang2 ngan pengasuh tak pernah lg die buat..huhu..Mula2, mama tegur dulu,kali ke2,tegur jugak,kali ke 3 kalau tak jadi tegur, mama acah untuk cubit/tepuk.kalau tak dengar jugak maka mama terpaksa guna kekerasan..Supaya aufa tahu, bahawa kite takleh menyakiti orang lain, dan aufa kena tahu apa orang lain rasa bile kite buat, sakit bukan? lainkali dengar cakap mama.hehe..Mama ok lagi, kalau baba..campo dengan penat baba keje siang malam, tersilap haribulan kang lain lak jadinya^^ Jd, behaves well k sayang..Aufa jugak mula belajar manja..kadang2 semua tak kena,pujuk semua tak makan..tahan telinga je la.tapi jarang sebenarnya Aufa buat hal nangis tiba2 melainkan ada sesuatu yang aufa nak gtau sesuatu. Yang obvious skg, susah nak tinggalkan Aufa dengan baba, waktu mama memasak ke, mama nak makan ke..memang orang kate 24 jam berkepit ngan mama, dapat pegang kaki mama pon jadik la.huhu..Baba dukung tamao, baba dodoi takmao..semua tak mao..jadi nak elakkan aufa nanges2 bising2 baik mama biarje aufa berlekat ngan mama..^^
ni di waktu 3-4 pagi, Aufa menemani mama study,,tu rambut macam org korea.hihi.
Aufa, Quran & Buku tak dapat dipisahkan..jadikanlah mereka sahabat baik Aufa selamanya k..9 bulan dalam tummy mama aufa bersama buku dan study, 2 tahun pas keluar pon still dengan buku dan study..hihi..
Begitulah, proses membesar...anak2 akan belajar perkara2 negatif, dan positif..sebagai ibu bapa, memang kite takleh nak sekat diorang dari explore dan belajar benda baru, dan, itulah tugas ibu bapa, mengajar dan mendidik anak2 supaya amalkan perkara positif dan jauhi perkara negatif. Setiap orang ada cara tersendiri, bagi mama Aufa, mama aufa suka kaedah tegas tapi sayang..tak terlalu memanjakan..dan saya memang annoying dengan budak2 yang kuat menangis,hehehe..Alhamdulillah sejak aufa kecik sampai besar die jarang sangat nangis kuat2 bersungguh2..kadang2 ada gak.budak kecik katekan.^^ Mane tahu nanti diuji dengan anak yang suka menangis, moga mama Aufa boleh menghadapi dan diberi kekuatan. Dulu kerja jadi pengasuh pun budak2 menangis saya ok je,relax je jaga diorang.hihi. kalau anak sendiri tak tahu la sbb jaga 24 jam kan...
Esok.... 7-08-2012..
Satu tarikh yang amat bermakna dalam hidup mama & baba...dengan sebuah kelahiran Aufa. Kelahiran ni jugak banyak merubah hidup kami..dengan baba yang harus lebih kuat bekerja utk memenuhi keperluan hidup bertiga..dan hidup mama, sebagai seorang pelajar, isteri dan ibu..bagaimana masa mama sudah terhad..aktiviti kampus langsung terhalang, aktiviti bersama kawan2 memang tak lagi menajdi prioriti..MashaAllah, betapa hanya dengan sebuah kelahiran merubah banyak benda..namun kami bahagia, sangat2 bahagia..........kelahiran Aufa menyinari hidup Wan dan Tok, dan menggembirakan Tok Ma& Tok Ayah. macam 2 pengorbanan yang Wan,Tok, Tok Ma& Tok Ayah lakukan demi cucu2 tersayang^^ Juga menggembirakan pak2 sedara dan mak2 sedara baik dari belah baba atau mama..
Entri esok..insyaAllah jika berkesempatan mama akan titipkan sedikit kenangan aufa sejak dari lahir sehingga Aufa berumur 2 tahun..
No comments:
Post a Comment
mutiara berharga