haaaaaaaa...ini die tukang masak yang sebenarnya feeling2 suka memasak. haha. tapi masak biase2 je saya boleh. Kalau nasi kandar kena menuntut ngan chef wan dulu kot.
Hm.. selama 30 hari puasa (hari no ke 28, esok lusa tak kire sbb bukak pose kat kedah), memang kebanyakannya masak sendiri. seingat mama Aufa, 3 kali shj kami beli kat bazar ramadhan. Yang first beli tu sbb baru sampai petang dari Kedah, yang ke 2 sbb mama Aufa balik uia lambat, yang ke 3 sbb malas nak masak bile baba takder.hehehe..tapi tak best la beli2 sbb mahal sangat kot lauk2.kalau sedap tu takpe jugak, takdela tak sedap,bolehla telan, tapi kari ikan mcm takde santan je..lebih kurang mcm tu la *sy yang cerewet* mase last beli tu, amik ikan 2 kerat je, ikan tongkol yang die potong pendek2 tu, saiz sederhana jer dengan bendi sebatang, nak bayar mak cik tu kate RM9..ups, terkejut gue ikan 2 kerat dah rm9, terus tobat nak masak sendiri.hehe.
Inila sebahagian gambar2 bukak puasa kami yangs sempat ditangkat. Nak upload hari2 tiap2 malam memang tak mampu eden sbb bz teramat mcm ada anak seploh.hehe. jadi terus upload secara berjemaah di sini shj. sape2 nak resepi mintak ngan masterchef.haha
eh. susunan adalah tidak mengikut kronologi..dan gambar2 yang diambil adalah yang dimasak sendiri sorang2 dengan bantuan Aufa sbg assistant chef. (merasa)
Nasi lemak sambal ayam, dan 2 cucur berlainan jenis (1 lg khas utk aufa)
ni bukan makanan walaupun geram nak makan2 pipi nak2 die wat muke comel cenggini
Rendang ayam sup sayo campo, daging goreng kunyit
Mee sanggul (kegemaran encik suami)
Onde2, kerang tumbuk serai, sambal belacan,sayur peria, ikan goreng.
kerang yang sangat gemuk dan besar. saya suka saya suka..haha
tengok kerang ni, besar,kan? makan 4 ketul kenyang sampai malam.sesuai sape2 yang ada hb low
Onde2 yang buat sendiri, takde daun pandan,tarul pewarna hijau je..mudah sanngat buat benda nih rupanya..hehe.first time buat sendiri tanpa pertolongan emak
Kerabu peria..........................sedap tapi pedasssss sangat2..menangis kami telan.haha.mama aufa tersilap letak cili melaka 5 biji..tak tahu lak pedas sampai mcm tu sekali.
ni menu paling ringkas sbb makan sorang2 mase ni. Kue biji nangka, sup telur (aufa punya) dan sambal telur.. Kue biji nangka tu second attempt after first attemt yang hancusss. kalini jadi dan sedap..haha
Ni menu 2 hari lepas, nasi minyak, ayam goreng kentucky dan kari ayam Thai..(memandai je tambah 'Thai") myb sbb pedas siket.haha
Menu last semalam yang mama Aufa masak sempena nak bukak puasa beramai2 dengan adik beradik Mr Hus..gigih start masak kul4 sampai la betul2 dekat nak bukak pose..kalut sangat mase tu sengsorang kat dapo, tapi puas hati^^
Menu utama Nasi Hujan panas, ayam masak kurma, ayam masak merah, sup ayam + soohun, sambal udang, kari iKan, Spageti (tiada dlm gamba sbb makan pas semayang), dan last sekali desert-Cocktail berkuah.
Harini lak..?? erm. sambal udang semalam sbb masak sekilo, ada lagi semangkuk kecik tinggal, jadi panaskan jer! haha.takyah masak dah. yang lain licinnnnnnnnnnnnnn..tetamu kate sedap.wahaha.vangga vangga..=) seronok r masak kat orang ramai2..^^ feeling2 asyik masak kat sorang tu je kan.hehe.
Sekian shj laporan masakan ramadhan kalini. Babayyy
fokus kat aufa yg santek!..mase kecik2 tgk pics tepi mcm muke baba..dah besa sekarang nih ikut mama pulak..
ReplyDeletealamak,fokus kat aufa ker..ingatke kat makanan tu..hihi, aufa pon jadi salah satu menu jugak kan tetiba**,
ReplyDeleteaufa macam muka mama dah ke skg? mungkin sbb selalu duk berkepit ngan mama jd terjangkit siket2.hihi.
ReplyDelete