Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 6, 2012

SuBurkan CiNta sEnTiaSa

Assalamualaikum warahmatullah..

Cinta dan Mahabbah, anugerah Allah.

Cinta dan Mahabbah, nilainya free tapi tak boleh dijual beli.

Cinta dan Mahabbah, hanya kita boleh menyuburkannya..

ihsan: Google image


Semalam, sempat menghantar aufa ke rumah pengasuh sekejap sementara mama Aufa balik untuk buat urusan belian barang untuk order coklat next week. Kemas rumah, memasak, dan menanti suami pulang dengan sedikit makeup dan gaya rambut yang berbeza, dengan warna baju yang striking dan menarik perhatian, hanya untuk si dia^^. Bila suami ketuk pintu, salam disambut dan tangan dihulur, tangan suami dikucup, suami balas dengan senyuman, terus cakap. "cantiknya isteri abang.." haruslah malu tersipu2.hee=)

Hidangan sudah siap di atas meja bersama 2 gelas milo sejuk, jemput suami makan bersama2, Alhamdulillah..dapat makan sambil bersembang2 ceria^^ Lepastu kami masing2 tengok CD Ustaz Azhar Idrus same2, sampai asar, solat berjemaah dan terus pergi ambil anak tersayang bersama=) malam, suami bersiap untuk jadi imam, salam dihulur dan dibalas, selamat pergi dan selamat pulang diucapkan^^

Rasanya sudah lama kami tak sempat nak makan sama2, bulan puasa baruni pon jika suami jd imam terawih dekat2 kami berbuka sama2, jika tak saya berbuka keseorangan.hee..takpe, saya tahu dan faham komitmen seorang imam yang perlu memakmurkan masjid tempatnya bertugas^^ dan saya bersyukur beliau Allah kurniakan buat saya=)

Bila dapat meluangkan masa bersama2 sebegini, ianya bagai menyubur rasa cinta kembali, walaupun sudah hampir memasuki tahun ke-4 perkahwinan ini, semoga Allah terus menyiram rahmat kepada keluarga ini..

Rasanya sejak ada anak, kami bergilir waktu makan, si ayah makan terlebih dahulu, dan si ibu akan jaga anak dan menyuap anak, apabila si ayah selesai, giliran si ibu pula untuk makan. Kalau anak tidur baru berpeluang makan bersama2. Begitulah yang kami praktik dulu, sewaktu aufa kecil dan memerlukan perhatian yang lebih. Kini, bila usia anakanda sudah 2 tahun, kami melatihnya untuk makan bersama2 walaupun terpaksa melayan kerenahnya sewaktu makan. Namun, kami bahagia=) Peluang makan bersama bukan selalu ada memandangkan komitmen kerjaya suami dan study Ummu Aufa, yang mana kadang2 petang setelah tamat diskusi baru sempat pulang, dan kadang2 suami juga pulang petang atau malam setelah tugasannya sebagai ustaz/imam selesai=) Namun, saya tetap berusaha kalau boleh tetap makan bersama walaupun hanya untuk makan malam^^

Cinta dapat disuburkan melalui makan berjemaah, melalui solat berjemaah, dan masa yang diluangkan bersama. Buat para isteri, kecantikan harus dijaga di mata suami. Antara tips yang dapat saya kongsi ialah sentiasa berwangian bila suami ada, mengenakan gaya rambut yang berbeza setiap kali..adakalanya saya akan mengkerintingkan rambut, meluruskan, atau membuat style fesyen rambut terbaru., anda akan lebih nampak menawan jika ada juntaian rambut di hadapan sebelah sisi mata kanan/kiri. Pelbagai fesyen rambut boleh digayakan, samada berambut pendek atau panjang, boleh buat tocang, simpul, sanggul tinggi, belah tepi, kerinting, dan macam2 lagi. Percayalah, setiap perubahan yang dibuat pasti memikat hati kekasih hati itu^^, Ups, buat yang berkahwin sahaja.Hehe, saya sendiri mempunyai koleksi pengepit rambut, getah rambut, reben rambut, perhiasan diri sebekas besar di rumah, prepare untuk sentiasa memakai reben/ bunga/ scarf dihadapan suami=) Mungkin bunyinya seakan tak perlu kerana dirinya telah kita miliki, tapi, semua maklum, lelaki kan ada kuota=) Kita bukanlah perfect, namun isteri kan penyejuk mata suami, dan sebaik2 isteri ialah isteri yang solehah^^, semoga kita semua sentiasa berhias akhlak dan luaran supaya menjadi bidadari buat sang suami.insyaAllah.

credit google image

credit to google image



Bagaimana untuk bermakeup? (untuk suami di rumah *sahaja*)
Makeup siang dan malam perlulah berbeza, tampaknya mudah sahaja makeup ni kan, tapi perlu ada pengetahuan yang basic supaya kelihatan sesuai^^

Baca bismillah dan selawat, seterusnya...

google image

 
Gunakan foundation yang sesuai dengan kulit wajah. Jika saya, saya lebih memilih Maybelline BB Cream kerana ia menutup pori2 wajah dan kelihatan mulus. cewah^^, Sebelum ni saya hanya gunakan bedak sengkuang mustika ratu yang hanya perlu dicampur dengan air untuk dijadikan foundation sekaligus bedak wajah tp nampaknya kurang sesuai dengan kulit saya. Untuk makeup siang, setelah disapukan foundation, gunakan bedak asas tipis sahaja untuk makeup siang, dan celak mata dicalit tipis atas alis, sedikit atas kelopak mata atas dan bawah. Seterusnya guna eye shadow yang gelap untuk penghujung kelopak mata (ekor) dan makin lama makin cerah sehingga penghujung kelopak mata (bahagian batang hidung)*hihi*faham x, kalau ada gambar biasanya lagi jelas. Untuk hidung, bagi yang hidung tak berapa mancung macam saya, letak foundation 1 garis atas batang hidung, then sapu dengan bedak asas, hidung akan nampak mancung. Gunakan gincu yang pinky2 dan seterusnya calit lipbalm untuk kelihatan lembab. Untuk kelihatan berkilat dan kulit tak nampak kering, semburkan dengan air keseluruh muka dan lap secara lembut, insyaAllah, makeup akan kelihatan natural dan tak hilang kecuali setelah dibasuh dengan pencuci muka.

Untuk makeup malam, asas foundation dan bedak tetap sama cuma bedak asas disapukan agak tebal, pemilihan eyeshadow ialah warna2 gelap, dan gincu warna terang menyerlah. Percayalah, mata encik suami tak berkelip nanti=D

Pemilihan baju pula perlu sesuai, elakkan pakai baju t-shirt sahaja ataupun blaus yang biasa, pakailah baju yang ada renda2, tipis, warna terang menyerlah ataupun warna hitam=) insyaAllah cinta akan sentiasa subur dan mekar=)  Biarpun ada anak, namun anak bukanlah penghalang untuk si ibu kelihatan cantik dihadapan suami kan=D kadang2 kesibukan menghalang kita dari berhias namun percayalah, ianya hanya mengambil masa 5 minit jika dah biasa. Pakai baju cantik, hias rambut, makeup, hadiahkan senyuman, then siap!^^, Sebenarnya saya secara peribadi memang minat dengan makeup2 dan selalu belajar ikut internet/tv dan tengok jurumekap pengantin. Last2 dapat mekapkan kawan2 waktu kat asrama uia dulu, dan makeupkan pengantin pulak. hehe..insyaAllah semua orang boleh cuba.

p/s-tips ini hanya boleh diapplykan di rumah sahaja di hadapan suami SAHAJA. Jika diluar rumah, makeup biasa shj sekadar foundation dan makeup tipis tapi baju menutup aurat dan berwarna biasa.

Berdoa, dan berdoa, dan terus berdoa..moga Allah curahkan rahmat dan keberkatan ke atas rumahtangga kita semua.....insyaAllah..amin..

3 comments:

  1. wah2 kak nina, dh jadi mak andam gituuu..;) cayalah... as pun minat jgk make up2 ni..hihi

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. bole2=) mak andam isi masa lapang je.hihi^^ As comel dah, x mekap pon tetap chantek!

    ReplyDelete

mutiara berharga