Assalamualaikum wbt..
After returning home baru2ni, I m not feeling well, actually
rasa2 mcm nak demam dah start masa dalam kereta lagi, bayangkan, perjalanan
jauh di bawah terik mentari selama 7 jam. Sebenarnya balik dr Kelantan yang
sebelum ni pun mama Aufa demam teruk sampai dekat seminggu untuk sembuh. I don’t
know y, maybe sbb berada di bawah ekon terlalu lama dan terlalu penat dlm
perjalanan. Biasala, jd mak orang kan..hehe..berhenti2 salin pampes anak, suap
anak makan, layan kerenah anak dalam kereta, sampai demam.hihi. Dalam kereta
baruni pun asyik rasa nak termuntah je, nasib baik Aufa banyak diam je haritu,
kalau die lasak mcm biasa rasanya habisla kereta baba,huhu.
Sampai rumah dr kampong haritu, after makan, saya mencari2
panadol sbb kepala terasa pening sangat dan rasa nak vomit je..alhamdulillah
terjumpa panadol soluble, rendam dalam air sebijik dan terus minum. Keesokannya
saya still rasa tak sihat, walaupun suhu badan masih normal, tp dalam badan
rasa sakit Ya Allah..rasanya panas dalam..habis sakit pinggang, urat2 saraf dan
otot2 semua.hihi. Kan,kalau demam lepas ada anak ni, rasa sakit demam tak mcm
sebelum beranak tu..yang paling ketara, sakit2 bahagian rahim..lenguh2 badan
semua.. my mum pernah said that perempuan lepas dah ada anak bila demam semua
bahagian yang terlibat waktu bersalin akan rasa sakit termasuk rahim, otot2
semua, semua kesan contraction dulu. Waaa..betul la..hehe. saya telan panadol
lagi, rasa sakit hilang sikit tapi masih lagi sakit.
Semalam, dah masuk hari ke-3 badan rasa tak sihat mcm tu..tp
gagahkan diri jugak utk berpuasa 6, entah ada sesuatu yang mengetuk pintu
fikiran saya suatu petang itu sewaktu terdengar alunan azan..ya…di rumah ini kan
ada as-syifa’, saya yang beli, saya yang suap untuk anak saya sewaktu dia
kurang sihat, tapi saya tak amalkan pulak.huhu.. astaghfirullah…ya, benar, madu
Naqia yang saya beli masih banyak lepas menjadi penawar ubat batuk untuk Aufa 2
bulan yang lepas, saya lupa, saya benar2 lupa bahawa madu bukan sahaja penawar
untuk batuk malah untuk semua penyakit. Bila tiba waktu berbuka, after makan
saya mula mengambil madu dan minum sesudu besar.
credit to Google image
Alhamdulillah, malam tu, rasa demam makin berkurangan, dan
pagi ni saya bangun terasa sihat tubuh badan, tidak ada lagi lenguh2 badan,
pening kepala pun dah hilang. MasyaAllah, ajaibnya madu! Alhamdulillah,
sesungguhnya Allah la As-Syafi………….^^, saya terlupa, astaghfirullah, kerana
mencari2 ubat moden sewaktu kurang sihat, ubat yang dicampur bahan kimia, ubat
yang pahit dan terpaksa diambil berkali2..sedangkan madu itu penawar yang manis
dan asli=) dan, Allah jua yang menyembuhkan.
Berkongsi khasiat madu, memang berbeza madu yang ori dan
madu campuran. Banyak di pasaran madu yang telah bercampur dengan gula yang
mana ia tidak boleh dijadikan sebagai ubat kerana tidak lagi asli. Sewaktu Aufa
batuk2 semasa bayi, ubat batuk yang doc bagi memang kurang berkesan, jadi kami
bertukar kepada madu dan ubat Homeopati. Alhamdulillah, sehingga umur setahun
lebih Aufa tidak batuk2 lagi. Sehinggalah 2 bulan yang lepas, aufa batuk
kembali sebab infection dari kanak2 lain di rumah pengasuh.. Lagi sekali kami
memberikannya madu, 3 kali sehari, hanya dalam 2-3 hari batuk2 terus hilang
sehingga ke harini dia tak batuk2 lagi^^ syukur Alhamdulillah.
Khasiat madu akan hilang sekiranya madu diberikan dengan
sudu besi, kerana besi sejenis iron yang akan menyerap khasiat madu. Jadi
memang kadang2 ada orang hairan kenapa walaupun minum madu kesihatan still x
pulih2, mungkin antara sebabnya ialah
menggunakan sudu besi ataupun madu campuran.. Jadi ada baiknya
menggunakan sudu plastic untuk minum/makan madu. Madu yang asli takkan tembus. Menitik
jika dititiskan di atas sehelai kertas..leh la try cuba eksperimen yang mudah
ni.hihi.Banyak lagi cara nak mengenal pasti madu yang asli tp mama aufa lupa
dah..
Saya juga ada terjumpa artikel untuk dikongsikan mengenai khasiat dan kelebihan madu yang diambil di sini-khasiat madu:-
|
betul nina..madu sgt2 baguss..
ReplyDeletewardah kalau demam wani mmg xkasi ubt doktor..
just susukan sbyk mgkin,n jelum2 dgn air sjuk/asam jawa..
kalau batuk,mnum ubt btuk hurix yg smulajadi dibuat dgn madu..dia pn xde la ngantuk mcm mkn ubt spital..
so far,wani xpenah lg demam/sakit truk slpas bsalin..Alhamdulillah..mgkin msih diberi peluang utk mnjg sikecik,kalu x..mgkin huru hara..hikmah kahwin..dulu ms bujang.wani sakit terukk..sbulan skali/dua kali mesti dmem berminggu2...
tu la, nina pun jarang demam, tp bile demam terus mmanjangg je.hihi..ni rasanya kali ke2 demam tahun ni=) tu pon sbb balik perjalanan jauh. Bayangkan, dr Kedah-kelantan-Kl...hehehe..tp alhamdulillah sakit itu kaffarah dosa, mg ini tanda Allah sayang buat hambaNya,amiiin=) bagus kan khasiat madu,insyaAllah penyembuh segala penyakit.
ReplyDelete