Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, September 7, 2012

akhirnya berjaya celebrate sikit2=)

Assalamualaikum..

esok is my BIRTHDAY ! ^^,

dah masuk umo 24 diriku ini.hehe.. masih muda kah..tp kan budak2 depan umah panggilku 'makcik' sbb saya ada anak, asyik kehulu ke hilir dengan anak.heeee.. ala..panggilla 'kakak'..*perasan*

Alhamdulillah, malam ni baru shj selesai jamuan kesyukuran sempena besdayku^^, sambut awal sbb esok Mr Hus keje pagi dan malam=) tapi xpe, permulaan hari kalau ikut islam kan dikira bermula terbenam matahari..jadi maghrib tadi masuklah umurku 24 tahun..alhamdulillah selesai jugak jamuan. Mama aufa masak spageti je, dan Mr Hus belanja Pizza 3 kotak, dengan minuman air epal dan oren. Aiskrim coklat sebagai desert^^,

Terima kasih kpd suamiku Mr Hus dan family Mr Hus, terutama Kak Timah, abang Rahim, Abang Lah, dan Adik Shafid kerana sudi memeriahkan suasana=) thanx soooo much atas hadiah.

                    Hadiah besday dr kak ipa, abang ipa dan suami=) Mr Hus bg hadiah Vacuum Cleaner yang mana memang ada lam wishlist mama Aufa selain mesin jahit.he2. suke suke suke

Sebenarnya teringin nak buat majlis jamuan besar2 sikit, panggil jiran2, kawan2 uia..tapi, almaklumlah rumah sewaku ni ruangnya terhad=) hee..insyaAllah ada rezeki kita buat lagi.

Ya Allah, panjangkanlah umurku dalam melakukan ketaatan pdMu..amiin..Alhamdulillah atas nikmat Islam dan Iman sehingga umurku yang kini..............

Thursday, September 6, 2012

Anonymous

saya still x faham..

ape yg si anonymous dengki dengan saya..

apa masalah yang saya buat pd dia..

dan saya tertanya2 hina sangatkah die sampai suka letak "anonymous" kalo nak komen..

kesian kat die..

bile nak kutuk2 mengomen seronok taruk anonymous..

kononnya rasa selamat bile takde orang tahu..

tapi, bg saya..

betapa hinanya die ni..

nama sendiri pon malu nak ngaku..

hm..

sebenarnya saya duk saje2..

terbelek lak ada beberapa komen dr anonymous..

yang sebelum ni saya tak tahu pon ada...(hehe..), saya tak perasan ada..

seriously, saya baru baca..

hm..sakit hati pon ada..

rasa nak gelak pon ada..

ntah ape2..

nak komen taknak gtau nama..

nickname pon takpe la kalo hina sangat nama tu..

ape salahnya bg nama dan link blog sendiri..

bolehla kite same2 tengok dan amik teladan dr blog die yang 'mulia' kan..

sbb kite punya hina kan..

sebenarnya..

kalau nak mengomen tp tak tahu asal usul periksa dan bg pandangan yang salah

baik tak payah..

buat rasa macam kesian lak..

sbb sy anggap die ni tak reti baca abc..

tak tahu keseluruhan cerita..

tapi nak menggedik komen..

so, kepada sesiapa shj yang suka guna "anonymous"..

sila berambus dr blog nih, kerana anda tak dialu2kan..

kalau blog ni saya nak meluah perasaan ke , nak marah ke, nak suka ke, nak gelak ke..

itu kan hak saya..

sape suh baca..

sape suh bukak..

dan takde orang suh komen pon..

ada saya tulis "wajib komen?"

takde kan takde..

pelikla..

dengki sebab ape ye..

saya buat bisnes pon dengki..

cara saya jaga anak saya pon die tak puas hati..

cara saya buat ayat pon die tak puas hati jugak..

matila kalo saya nak puaskan hati kamu sorang si anonymous..

kalau sy tulis benda baik takde lak nak cakap ape2..

kalau saya buat luahan sikit terus kena maki..

kalau bisnes saya berjaya terus die dengki..

jd..

sape2pon awak..

saya maafkan awak..

sebab saya faham yang awak O.K.U..

sebab tu awak suka komen bukan2.

haha.

nak godek2 lagi la blogger nih, kena wat approval sape2 nak komen *matila tiru kak Ilot*hehe...

lama2 rasa malas nak menulis dah..

waaaaaaaaaaaaaa...tetiba nak delete belokku inih.

ramai sangat dengki.

babai si anonymous..

4th Anniversary....Coming soon



SuBurkan CiNta sEnTiaSa

Assalamualaikum warahmatullah..

Cinta dan Mahabbah, anugerah Allah.

Cinta dan Mahabbah, nilainya free tapi tak boleh dijual beli.

Cinta dan Mahabbah, hanya kita boleh menyuburkannya..

ihsan: Google image


Semalam, sempat menghantar aufa ke rumah pengasuh sekejap sementara mama Aufa balik untuk buat urusan belian barang untuk order coklat next week. Kemas rumah, memasak, dan menanti suami pulang dengan sedikit makeup dan gaya rambut yang berbeza, dengan warna baju yang striking dan menarik perhatian, hanya untuk si dia^^. Bila suami ketuk pintu, salam disambut dan tangan dihulur, tangan suami dikucup, suami balas dengan senyuman, terus cakap. "cantiknya isteri abang.." haruslah malu tersipu2.hee=)

Hidangan sudah siap di atas meja bersama 2 gelas milo sejuk, jemput suami makan bersama2, Alhamdulillah..dapat makan sambil bersembang2 ceria^^ Lepastu kami masing2 tengok CD Ustaz Azhar Idrus same2, sampai asar, solat berjemaah dan terus pergi ambil anak tersayang bersama=) malam, suami bersiap untuk jadi imam, salam dihulur dan dibalas, selamat pergi dan selamat pulang diucapkan^^

Rasanya sudah lama kami tak sempat nak makan sama2, bulan puasa baruni pon jika suami jd imam terawih dekat2 kami berbuka sama2, jika tak saya berbuka keseorangan.hee..takpe, saya tahu dan faham komitmen seorang imam yang perlu memakmurkan masjid tempatnya bertugas^^ dan saya bersyukur beliau Allah kurniakan buat saya=)

Bila dapat meluangkan masa bersama2 sebegini, ianya bagai menyubur rasa cinta kembali, walaupun sudah hampir memasuki tahun ke-4 perkahwinan ini, semoga Allah terus menyiram rahmat kepada keluarga ini..

Rasanya sejak ada anak, kami bergilir waktu makan, si ayah makan terlebih dahulu, dan si ibu akan jaga anak dan menyuap anak, apabila si ayah selesai, giliran si ibu pula untuk makan. Kalau anak tidur baru berpeluang makan bersama2. Begitulah yang kami praktik dulu, sewaktu aufa kecil dan memerlukan perhatian yang lebih. Kini, bila usia anakanda sudah 2 tahun, kami melatihnya untuk makan bersama2 walaupun terpaksa melayan kerenahnya sewaktu makan. Namun, kami bahagia=) Peluang makan bersama bukan selalu ada memandangkan komitmen kerjaya suami dan study Ummu Aufa, yang mana kadang2 petang setelah tamat diskusi baru sempat pulang, dan kadang2 suami juga pulang petang atau malam setelah tugasannya sebagai ustaz/imam selesai=) Namun, saya tetap berusaha kalau boleh tetap makan bersama walaupun hanya untuk makan malam^^

Cinta dapat disuburkan melalui makan berjemaah, melalui solat berjemaah, dan masa yang diluangkan bersama. Buat para isteri, kecantikan harus dijaga di mata suami. Antara tips yang dapat saya kongsi ialah sentiasa berwangian bila suami ada, mengenakan gaya rambut yang berbeza setiap kali..adakalanya saya akan mengkerintingkan rambut, meluruskan, atau membuat style fesyen rambut terbaru., anda akan lebih nampak menawan jika ada juntaian rambut di hadapan sebelah sisi mata kanan/kiri. Pelbagai fesyen rambut boleh digayakan, samada berambut pendek atau panjang, boleh buat tocang, simpul, sanggul tinggi, belah tepi, kerinting, dan macam2 lagi. Percayalah, setiap perubahan yang dibuat pasti memikat hati kekasih hati itu^^, Ups, buat yang berkahwin sahaja.Hehe, saya sendiri mempunyai koleksi pengepit rambut, getah rambut, reben rambut, perhiasan diri sebekas besar di rumah, prepare untuk sentiasa memakai reben/ bunga/ scarf dihadapan suami=) Mungkin bunyinya seakan tak perlu kerana dirinya telah kita miliki, tapi, semua maklum, lelaki kan ada kuota=) Kita bukanlah perfect, namun isteri kan penyejuk mata suami, dan sebaik2 isteri ialah isteri yang solehah^^, semoga kita semua sentiasa berhias akhlak dan luaran supaya menjadi bidadari buat sang suami.insyaAllah.

credit google image

credit to google image



Bagaimana untuk bermakeup? (untuk suami di rumah *sahaja*)
Makeup siang dan malam perlulah berbeza, tampaknya mudah sahaja makeup ni kan, tapi perlu ada pengetahuan yang basic supaya kelihatan sesuai^^

Baca bismillah dan selawat, seterusnya...

google image

 
Gunakan foundation yang sesuai dengan kulit wajah. Jika saya, saya lebih memilih Maybelline BB Cream kerana ia menutup pori2 wajah dan kelihatan mulus. cewah^^, Sebelum ni saya hanya gunakan bedak sengkuang mustika ratu yang hanya perlu dicampur dengan air untuk dijadikan foundation sekaligus bedak wajah tp nampaknya kurang sesuai dengan kulit saya. Untuk makeup siang, setelah disapukan foundation, gunakan bedak asas tipis sahaja untuk makeup siang, dan celak mata dicalit tipis atas alis, sedikit atas kelopak mata atas dan bawah. Seterusnya guna eye shadow yang gelap untuk penghujung kelopak mata (ekor) dan makin lama makin cerah sehingga penghujung kelopak mata (bahagian batang hidung)*hihi*faham x, kalau ada gambar biasanya lagi jelas. Untuk hidung, bagi yang hidung tak berapa mancung macam saya, letak foundation 1 garis atas batang hidung, then sapu dengan bedak asas, hidung akan nampak mancung. Gunakan gincu yang pinky2 dan seterusnya calit lipbalm untuk kelihatan lembab. Untuk kelihatan berkilat dan kulit tak nampak kering, semburkan dengan air keseluruh muka dan lap secara lembut, insyaAllah, makeup akan kelihatan natural dan tak hilang kecuali setelah dibasuh dengan pencuci muka.

Untuk makeup malam, asas foundation dan bedak tetap sama cuma bedak asas disapukan agak tebal, pemilihan eyeshadow ialah warna2 gelap, dan gincu warna terang menyerlah. Percayalah, mata encik suami tak berkelip nanti=D

Pemilihan baju pula perlu sesuai, elakkan pakai baju t-shirt sahaja ataupun blaus yang biasa, pakailah baju yang ada renda2, tipis, warna terang menyerlah ataupun warna hitam=) insyaAllah cinta akan sentiasa subur dan mekar=)  Biarpun ada anak, namun anak bukanlah penghalang untuk si ibu kelihatan cantik dihadapan suami kan=D kadang2 kesibukan menghalang kita dari berhias namun percayalah, ianya hanya mengambil masa 5 minit jika dah biasa. Pakai baju cantik, hias rambut, makeup, hadiahkan senyuman, then siap!^^, Sebenarnya saya secara peribadi memang minat dengan makeup2 dan selalu belajar ikut internet/tv dan tengok jurumekap pengantin. Last2 dapat mekapkan kawan2 waktu kat asrama uia dulu, dan makeupkan pengantin pulak. hehe..insyaAllah semua orang boleh cuba.

p/s-tips ini hanya boleh diapplykan di rumah sahaja di hadapan suami SAHAJA. Jika diluar rumah, makeup biasa shj sekadar foundation dan makeup tipis tapi baju menutup aurat dan berwarna biasa.

Berdoa, dan berdoa, dan terus berdoa..moga Allah curahkan rahmat dan keberkatan ke atas rumahtangga kita semua.....insyaAllah..amin..

Wednesday, September 5, 2012

Besday suami tercayang.........^^, Sanah helwah ya zauji al-mahbuub.

Iya....baru harini berkesempatan nak menghaplod gambar2 sbb anak tengah syok tido..hehe..Galaxy note kan kongsi2, jd bile mR hus ada kat umah baru leh copy cat gambo2 sekalian.

2hb 9 2012..genaplah umur Mr Hus.. 28 tahun^^ Alhamdulillah, semoga Allah menjadikan abang seorang hambaNya yang soleh, anak yang taat, suami yang mithali, menantu yang baik, ayah yang penyayang dan penyabar. Amiiiiiiiiiiiiiiiiin.......

1hb9 2012, tengahari baru bincang dengan ma & kak na ingat nak buat surprise kenduri sikit je, tp ma & kak na sanggup tolong masak..yeay! Alhamdulillah, thanks ma & kak na sebab sporting. Inen pon sudi basuhkan ayam waktu kami keluar kejap g kenduri Saidah petang tu.hihi. Jadi tengahari tu mintak izin ngan Mr hus nak keluar konon2nya nak cari hadiah utk kawan yang kawen tp sambil2 tu terus g beli bahan2 nak masak utk sambut besday beliau. Beli ayam 2 ekor, rempah2 gorengan, pinggan dan cawan plastik,kek besday ..etc..hehe..seronok memborong.lalala~

Petang, sempat bawak birthday boy g cari hadiah *motif takde surprise hadiah??* haha.Hadiah? Rahsia.......^^

Petang tu jugak msj sanak saudara supaya datang makan2.. alhamdulillah semua datang sampai ayam goreng kentucky tu tak cukup..^^

Gambar2 kenangan malam tu-









To abang,
I love u forever=)
Thanks for everything^^