Dengan titisan air mata ku cuba mencoret sebuah puisi
mengenang seorang insan yang menjadi ibu kedua buatku. Ibu kepada suamiku, ibu
mertuaku. Pemergiannya pada penghujung Jun yang lalu masih dirasakan baru
sahaja berlalu. Malah seakan2 mimpi rupanya itu kali terakhir kami bertemu
ummi. Aidilfitri tahun lalu merupakan aidilfitri terakhir ummi bersama kami……..
Awan rindu buat Ummi
Sesekali
Angin rindu bertiup lagi
Dingin kalbu
Sayu hati
Disapa pilu
Manisnya memori
Peritnya bergelumang rasa
Meruntun jiwa
Akan lafaz
Yang belum terungkap
Lafaz kasih sayang
Lafaz kemaafan
Lafaz cinta
Buat ummi
Ummi
Bagaimana aidilfitri kalini agaknya
Tanpa masakan dari air tangan ummi
Ketupat rendang seperti dahulu
Lauk pauk yang kami gemari
Yang dimasak ummi dengan penuh kasih sayang
Ummi
Bagaimana pagi aidilfitri kalini agaknya
Tanpa melihat senyuman ummi
Tanpa dapat bersalaman dengan ummi
Tanpa mendengar suara indah ummi
Tanpa dapat memeluk dan mencium ummi
Tanpa dapat menziarahi sanak saudara bersama ummi
Sayunya hati kami wahai ummi
Dibelenggu rindu yang dalam mencengkam
Dibasahi air mata yang bergenang dengan memori
Kenapa
Hati berasa seakan2 ummi masih bersama kami
Kenangan bersama ummi masih segar
Memori bersama ummi belum pudar
Suara ummi bergema di telinga kami
Senyuman ummi kelihatan di mata kami
Wajah ummi jelas bermain di minda kami
Rindu..terlalu rindu..ummiku sayang
Kami menyayangimu ummi
Tapi Allah lebih menyayangimu
Allah menjemputmu sebelum sempat kami menikmati Ramadhan
tahun ini bersama ummi
Kami redha
Kami rela
Walau perit dan pedih
Kami redha
Kami akan sentiasa mendoakan Ummi
Walau di mana kami berada
Kami akan mengirimkan permata doa
Kalimah2 suci AlQuran
Selawat dan zikir
Sebagai pahala yang sentiasa mengalir
Buat insan yang pernah bersama kami
Buat insan yang membesarkan kami
Pengorbanan tulus yang tak terbalas dek kami
Insan suci, cinta hati kami
Yang bergelar Ummi
Al-Fatihah
Khas buat ibu mertuaku Puan Bt Ismail, semoga Allah
mencucuri rahmat ke atas roh beliau. Sesungguhnya daku merindui ummi sepenuh
hati.
No comments:
Post a Comment
mutiara berharga