Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, July 7, 2013

Semoga Ummi tenang di sana...

Assalamualaikum Wbt

malam ni terasa sayu dan sebak..

di kala sunyi malam 

dan semua lena diulik mimpi

air mata tak dapat ditahan2

tatkala memangku anak ke duaku yg masih kecil

aku terisak2 menahan sendu

rindu dan kasih buat arwah Ummi

kenangan, memori, berputar...

bile melihat wajah si kecil yang belum sempat melihat wajah tok ummi..

sedih dan pilu, kerana pemergian ummi hanya 2 minggu sebelum kelahiran anak keduaku

Ummi,

ain sangat rindukan ummi..

suara ummi, senyuman ummi, masakan ummi, cerita2 ummi (coz ummi suka bercerita)

Ummi pergi menghadap Ilahi pd 27/06/2013. Waktu menerima panggilan telefon dr suamiku hampir jam 4pm pd tarikh tersebut, aku tergamam.Inna Lillah wa Inna Ilaihi Roji'uun..serta merta hati terasa pilu, sebak tp kugagahi jua waktu tersebut dengan kudrat yg ada. Suami ketika itu berada di KL terus pulang ke Kedah.  

Di kala genap 40 weeks pregnancy, dengan mengambil kira risiko yg ada, aku tetap bersama ibu bapa, aufa dan abang (gilir drive dengan ayah) segera bertolak dari Kelantan ke Kedah pd malam tersebut. Keesokannya 28/06 merupakan tarikh jangkaan ku bersalin. dan tarikh tersebut ummi dikebumikan...........suami dan ramai orang risau coz aku tengah sarat mengandung dan dah benar2 cukup bulan. Risiko tinggi perjalanan selama 5 jam dr kelantan ke kedah. Tapi ku percaya pd Qadha' dan Qadar. Jika Allah takdirkan aku bersalin di Kedah, maka di sana lah   aku akan bersalin tp jika sudah tertulis aku akan bersalin di Kelantan, maka insya Allah di sinilah baby akan dilahirkan. Walaupun berdebar dada meniti perjalanan jauh di malam hari (takut sakit perut), tp aku tetap kuatkan hati dan kuatkan semangat, fikir positif...lgpun ini merupakan kali terakhir kami bertemu Ummi , bertemu jasadnya..dan Aufa perlu jumpa tok umminya buat kali terakhir. Seketika perjalanku dibasahi hujan air mata yg ku rahsiakan dr ibu bapa...

Tepat jam 3.30 a.m, sebelum jenazah dimandikan pd jam 4 a.m, kami sempat melihat sekujur jasad terbaring kaku. Aku cuba menahan sebak, terus ambil wudhuk, dan membaca yasin..aufa tengok tok ummi terbaring dilitupi kain dan cakap "tok sakit.." baba aufa bagitahu tok dah takde, tp die cakap "tok sakit la.." sebak.

Kami berehat di rumah abang iparku berhadapan dengan rumah ummi. Aufa pun keletihan dan mengantuk sbb tak dapat tidur dengan selesa atas kereta coz takde car seat. Kami terlelap seketika. Dalam kul 5.30pagi sebelum subuh, suamiku memanggilku untuk mencium dan meliihat jenazah ummi buat kali terakhir sebelum dikafankan. Aku segera pergi, mencium ummi..wanginya jasad ummi..dan aku duduk di antara tetamu2 yg hadir..air mata tak dapat ditahan lagi tatkala melihat jenazah diusung masuk ke van jenazah untuk disolatkan selepas subuh di masjid berdekatan...dan dari saat itu 'ummi' meninggalkan rumah ini tanpa kembali lagi. Allah....sedihnya.....sepupu suamiku datang memelukku dan suruhku tabahkan hati dan kuatkan semangat.

Pagi 28/06/2013 kami bertolak pulang ke Kelantan selepas bersarapan. Kami tak dapat duk lama coz risau keadaanku yg dah genap 40 minggu mengandung. Suami akan menyusul ke Kelantan keesokan hari coz takut2 aku akan bersalin dlm masa terdekat. Aku memberitahu suami supaya beliau duduk dulu di Kedah 3,4 hari dan uruskan tahlil etc coz belum ada tanda2 yg aku akan bersalin. Aku yakinkan beliau jika ada tanda2 aku akan terus sms beliau. akhirnya aku pulang bersama aufa dan ibu bapa beserta abangku.

sebenarnya aku sudah merancang untuk pulang beraya di Kedah pd raya ke2 kalini supaya ummi dapat bertemu cucu baru. Ummi gembira bile saat pertama mendengar khabar aku mengandung lagi 8 bulan yg lepas...Ummi..skg baby sudah lahir, perempuan juga mcm Aufa=) Ummi dapat cucu perempuan lagi..semua cucu2 ummu perempuan=) Alhamdulillah mungkin Allah kurniakan ummi ramai cucu perempuan coz sebelum ni ummi hanya ada seorang anak perempuan dan 4 lelaki. Allah..rindunya pd Ummi...

sebak..

pilu, sedih...apetah lagi bile melihat suami menyimpan baju ummi untuk buat kenangan. bertambah sebak tatkala melihat suami mengalirkan air mata melihat gambar ummi..pilu bile suami beritahu yg die snagat rindukan ummi...kami same2 menangis....................=( dalam esakan dan sendu bersulam air mata suami bacekan Quran utk ummi...

kini dah hampir 2 minggu ummi meninggalkan kami. Kami akan tetap merindui dan mengingati ummi sampai bila2..




Ya Allah, 

cucurilah rahmatMu buat Ummi

semoga roh ummi ditempatkan dikalangan para soleh solehin

Sayangilah ummi

berkatilah ummi

rahmati ummi..

Amiin ya Allah..................





3 comments:

  1. takziah dari kami sekeluarga. Semoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang2 beriman..

    ReplyDelete
  2. salam nina..takziah..xdpt nk ckp macam mana kan kesedihan tu..Allah..lagi sedih bila tgk suami menitiskan air mata dan anak2 kita duk tanya mana atuk neneknya..mcm wardah skrg..asyik duk tnya mana tokbah dia pergi..:(

    ReplyDelete

mutiara berharga