Dengan paper terakhir Topics in Islamic Literature pukul 3-5pm petang tadi, maka berakhir sudah perjalanan Final Exam buat sem terakhir di bumi UIA tercinta untuk segulung degree. Syukur tak terkata, gembira dan lega memang tak dapat nak diungkapkan, rasa nak melompat2 dan buat bungee jumping..hihi..
Jadi petang td lepas habis exam dan pulang ke rumah, mama Aufa rasa happy sangat nak belanja semua orang.hehe. Tp poket tak berapa penuh so belanja aufa dan suami tercinta ^^ yg penting belanja diri sendiri dan celebrate diri sendiri yg berjaya habiskan degree selama 4 tahun ni..of kos, dengan bantuan dr Allah, dorongan, doa, kasih sayang dan pertolongan tak putus2 dr ibu bapa, cinta dan tiupan semangat dr kekasih hati suami tercinta, cinta dan dorongan (secara tak langsung) dr anak2 mama tercinta terutama Aufa Hibriyah, adik beradik yg memberi bantuan secara langsung dan tak langsung sejak dulu b4 sy kawen sampaila sekarang terutama my brother Abg Zul n Abg Ngah serta dik beradik lain, rakan2 kelas serta rakan blogger, pensyarah2 UIA terutama pensyarah di English Department, dan semua yg terlibat. Jasa kalian,sangat2 dihargai..dan tanpa nama2 yg disebut siapalah saya untuk berjaya. Syukur pd Allah, dan terima kasih buat semua.
Sebak rasa di dada mengimbau kenangan 4 tahun di UIA..Rasa baru semalam hati berbelah bahagi tatkala mendapat offer letter dr UIA untuk menyambung pengajian ijazah sarjana muda dalam bidang Bahasa Inggeris. Terasa baru semalam menangis kerana susah membuat keputusan coz cinta saya pd Bahasa Arab dan harapan tinggi menggunung untuk ke Mesir berbekalkan result cemerlang dalam STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia). Terasa baru semalam sy menempuh onak duri dan ranjau sepanjang pengajian sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan selepas bergelar suri hati kepada seorang jejaka osem(hihi). Terasa baru beberapa saat lepas sy melahirkan seorang puteri ke dunia ini dan membawa bersama sebuah lagi tanggungjawab untuk dipikul melangkah ke alam pengajian. Seolah2 bagai semalam mendapat berita kehamilan kali ke 2 di alam pengajian dan kini hanya menunggu masa untuk melahirkan..Terasa bagai mimpi menyandang gelaran Dean's List beberapa sem selepas bergelar isteri dan ibu...dan terasa bagai mimpi apabila berakhirnya Final Exam tadi dan kini menantikan keputusan sem terakhir sebelum Konvo.
Allahu Rabbi..betapa pantas masa berlalu..
Syukur pd Mu Ya Allah....=)
Di kesempatan yg ada sebelum bersalin, td celebrate di Seoul Garden at Setapak, KL (dalam shopping Mall KL Festival) bersama suami, anak tersayang dan abang ipar. Bayaran makan kat sini RM50 sorang dan makanla sebanyak mana dan semampu mana dan minum la sampai pecah perut.haha. Dah lama nak makan kat sin tp kekangan masa, bajet dan selalu tempat ni penuh jd penghalang nak makan kat sini. Tp harini Alhamdulillah, dah dapat rancang betul2, siap2 g awal2 dan reserve tempat secepatnya. Macam2 ada, dan steamboat masak n bakar sendiri kat meja tu mcm orang korea (feeling2 duk korea kejap..)
Aufa pon ok je, mama ambikkan nasi goreng sbb kuah steamboat semua pilihan yg pedas2, takde sup yg biase2 pon. Tp nasi goreng die tak pedas so aufa tambah sampai 2 pinggan.hehe. Kami makan mcm2 dan paling banyak ambik daging, udang, sotong..makanan yg mahal2..ambik banyak pon xpe dengan sekali bayar rm50, sadisnya takleh nak bungkus bawak balik pon (kalo tak bankrap la tokey..) segala jenis steamboat kitorang rasa. Pastu minum air mcm2..banyak pilihan, best2 lak tu..dan ada ABC..ais kacang..memang kenyang tak terkata.hehe..Ok la, melayang rm50 satu kepala, td kami 3 orang RM 152 ( campur bayaran sup..) aufa tak kena caj sbb kecik lagi.hehe..baba aufa suh mama makan la lagi, tambah la lagi..sampai nak pengsan rasa makan sbb peyot dah bulat dan penuh, ruang untuk makanan sempit je...baby dah monopoli kesemua ruang peyot mama. Haha..tp xpe, mama makan je..kongsi2 ngan baby..banyak jugak sy makan td, tak pernah sy makan sebanyak tu..memang sebelum g kosongkan perut siap2 sbb takut kenyang nt rugi bayar mahal2. Dekat 2 jam jugak kami makan td..alhamdulillah kenyang kenyang~
Paper2 final exam sem ni..tepek wat kenangan..hihi..jangan terkejut kalau banyak conteng2..conteng2 kat kertas soklan time kertas lebih pengawas exam tak de dekat nak bagi..bile dapat kertas lebih utk conteng2 points so baru bersih kertas soalanku...beginilah tiap kali exam. Dapat je kertas soalan, tak terus buat...hehe..sementara belum disuruh bukak kertas soalan, amik masa utk berdoa, baca al-fatihah, ayat kursi dan selawat sebelum bukak kertas soalan..bg saya, tips n amalan ni sangat penting coz after dah usaha sedaya upaya, tiba masa bertawakkal pd Pencipta.yg penting kite dah usaha sedaya upaya..begitulah yg saya buat dan amal sejak dr sekolah menengah lg. In Sya Allah adik2 yg masih belajar boleh cuba dan mohonlah bantuan Allah dlm setiap perkara=) sebenarnya ada 4 final exam paper tp yg first paper tu pengawas ambik balik tak tahu nape, sepatutnya student leh wat balik melainkan kertas jawapan je takleh wat keluar..
Exam World Literature-paling mencabar sbb kena baca n ingat 3 novel dan berbelas2 short stories across the world especially Asean short story..
Exam Literary Criticism..banyak kena hafal theories dan ideologies berkaitan literature.. tak tido malam sy study yg ni.huhu..
exam Islamic Literature-paling mudah dan lecturer paling baik di dunia~ i love Dr.Umar (a Sudanese lecturer)..hehe..sy minat subjek ni..tp td banyak menggoreng jugak atas kertas..BTW, ni paper terakhir petang td.Keluar dewan exam dengan senyuman lega di wajah=)
celebrity yg dicelebratekan pd hari ini dan menyelebratekan diri sendiri (habis punah bahasa..).....yeaaayyyy...hihi..muka paling happyyy
TERIMA KASIH SEMUA! LOVE U ALL~
cantiknya mama aufa.:D moga dpermudhkan urusan n baik2 aje,,,menunggu baby comel kluar...hehe
ReplyDelete