Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, February 6, 2013

Hijrah..moga yang terbaik=)

Assalamualaikum Wbt..

semalam, 4hb 2 tahun 2013 bermulanya kuliah bg semester akhir mama Aufa di Taman Ilmu dan Budi ini. Melangkah kembali ke UIA dengan penuh debaran dan semangat untuk buat yg terbaik, dan harapannya semoga mama Aufa dapat Grad dari UIA dengan Ijazah kelas pertama (first class bachelor degree)..amiin..amiiin..amiin ya Allah^^,

Semalam juga, penghijrahan baru buat anak sulung mama, Aufa Hibriyah. Bermulanya kehidupan aufa di Taska Iman Amani. Sebenarnya kelam kabut nak cari pusat asuhan di last2 minute ni. he3. Asalnya nak letak tempat pengasuh yg dekat uia, yg dah lama jaga Aufa tapi pengasuh dah stop mengasuh sementara waktu sbb nak jaga anak die yg bersalin, so bile tahu last minute, memang kelam kabut nak cari tempat asuhan. hu2. IIUM Educare masih penuh dan kami still menunggu queue lagi. 

Sebenarnya jugak memang dah lama mama Aufa survey Tadika yang start ambik kanak2 mula umur 3 tahun untuk belajar. Walaupun Aufa baru umur 2 tahun 6 bulan, tapi kalau ikut tahun 3 tahun la.hehe..ada 2 pilihan yang sangat mama aufa suka:
1: Little Caliph
2. Genius Aulad

Tapi due2 tempat ni hanya cawangan tertentu je yang mula terima kanak2 umo 3 tahun utk blaja. Kat are Gombak dan Batu Caves start umo 4 tahun. Kire kalau tahun depan insya Allah boleh. tapi mak haiiii yuran pendaftaran semua kena sedia RM 1000. Pendaftaran je, bulanan rm250-300 mcm biase je.Hu2, kena menyimpan dari sekarang la nampaknya.

takpela, belum masa lagi nak ke LittleCaliph/ Genius Aulad, jadi survey tadika2 yang dekat2 ni. ada 3 biji Taska-Tadika yang mama dan baba survey semalam. semua area dekat rumah je.he3.

yang first-
Tempat sangat cantik, sediakan pembelajaran start umur 3 tahun. Memang first class tempat die, masuk pon dah rasa seronok. Yuran RM280 sebulan (3 tahun). Baby rm300. Kalau mula2 nak hantar sekali pendaftaran RM 330. Tapi sedia semua alatulis dan buku untuk mula belajar. mama dan baba KIV dulu sebab area mcm susah nak masuk sbb dekat kawasan pasar malam dan perumahan.

yg  second-
hm..tempat tak condusive, nampak luar mcm tak bermaya je.hu2. tapi dah baba suh g tanya jugak maka mama pon masukla sembang2 dengan manager die. Manager die sangat baik..Masuk je terkejut mama sebab baby2 sangatla ramai. dalam tempat tu mcm penjara, setiap baby diletakkan dalam kurungan asing2, sorang baby 1 kurungan (tp ala2 katil la, boleh tido). Huhu. ada yang menangis, ada yang duk minum susu, ada yang duk pegang pagar. pastu yang tak cukup katil duk golek2 atas lantai kat bawah je. ada 2 orang bibik Indon yang jaga. Kanak2 3 tahun ke atas tingkat atas (tak sempat nak tengok atas macamana). Manager die cakap 3 tahun baru 6-7 orang, boleh lagi nak letak Aufa. Dah boleh masuk tadika sekali ngan pelajar 4 tahun sebab budak 3 tahun cepat pickup katenye. Sekali ngan kelas mengaji, dan kelas lain2.Yuran RM500 (Pendaftaran + bulan 2 ). Kalau bulanan RM250..yang ni pon kami KIV dulu.huhu.

3rd choice..
oh.yang ni paling dekat dengan rumah. hu2. Mula2 nampak pon dah ok. bile masuk je Aufa dah main kat gelongsor luar rumah dalam pagar tu. die nampak suke. mcm good sign la kan. Bincang2 ngan manager, Pendaftaran + Bulan Feb = RM300. kanak2 start tadika umur 4 tahun, tapi 3 tahun dah start aktiviti2 untuk sediakan diorang ke arah proses pembelajaran. Yuran bulanan rm250.. Kami bincang dan alhamdulillah suami pun setuju. Manager die pon baik, sangat lemah lembut..org kelantan jugak rupanya.hehe..bile tengok semua pekerja die pakai uniform, keadaan kemas, nampak sangat organize, so kami setuju..terus daftar dan settlekan payment. So, petang tu jugak sebelum g kelas mama terus hantar Aufa sebab memang dah terdesak takde babysitter dah, baba ambik cuti separuh hari je harini.Jadi lepas settle semua, kami balik dulu, mama Aufa kemas barang2 aufa yang nak letak kat taska, sediakan susu etc..mandikan aufa, bg makan, bawak aufa shopping kat Giant jap beli barang mandian die yang baru..jd lepas tu baru hantar, nasib baik kelas start kul2..hu2.

First experience Aufa at Taska..
Mase mula2 hantar dengan semua barang2, masuk2 aufa ok lagi. bile cikgu pimpin tangan nak masuk kelas die taknak, nak mama. cikgu pujuk main2 kat bawah dulu, tengok baby..pastu cikgu bagi sign mama boleh pergi, cikgu terus kunci pintu..uwaaaaaaaaaaaaaaa...mamaaaaaaaaaaaaa..mama.................dah dengar suara die nanges. runtun hati mama nak.huhu.Runtun Qalbu gitu. tapi mama terus pergi jugak, mama terpaksa sbb ada kelas. mase kat kelas mama minta baba ambilkan Aufa awal2 coz first day takleh lama2, risau jugak kalau nanges tak henti sian cikgu. Baba g ambik Aufa kul 4..kire sempat la aufa duk dalam 3 jam kat taska cz mama hanta td kul 1 dah. Mama ternanti2 msj baba ape agaknya cikgu ckp.hu2. then baba msj Aufa ok je mase baba ambik, siap cakap nak g sekolah lagi.hehe.Cikgu cakap awal2 die nangis, lama2 dah stop tapi still menyendiri, taknak mandi, taknak kawan lagi..tapi mase balik dah start babai2 cikgu. baba cakap balik tu die cakap banyak. Lega mama dengar,

2nd day-
pagi2 lagi mama dah slow talk dengan aufa, citer pasal upin ipin g sekolah. Minta aufa jangan nanges lagi g sekolah harini coz mama kena g UIA, kena belajar kejap je. die nampak ok. hantar Aufa harini kul10.30, pujuk die dengan anak patung kesayangan die, bawak g taska. die peluk je patung tu. mama cakap, "baby, baby jaga kakak ye, kawan dengan kakak kejap, nanti mama datang ambik" aufa nampak happy harini. sampai2 je terus nak masuk pagar sekolah. bile sampai taska, nampak ada sorang kawan sebaya Aufa duk pegang teddy depan tu, terus aufa rasa seronok, duk perati je kawan die..dan ikot masuk dalam. Kalini dah tak nanges. Alhamdulillah. Mase mama ambik kul5.30 tadi pon dah ok.huhu.  lega rasanya. Harap2 esok pon ok jugak. sedih rasa kalau dengar die nanges nt..

Lega dapat Taska yang dekat dengan rumah dan bagus.huhu. Rasa myb tak timbul lg problem mcm sem lepas sbb sem lepas pengasuh banyak sangat minta cuti, tiap2 minggu mesti cuti, kelam kabut kami suami isteri nak adjust waktu nak gilir2 jaga Aufa.huhu. Kadang2 mama terpaksa skip kelas sbb pengasuh mintak emergency. Hm..sebab sakit tu ok cz tak dapat dielakkan tapi sebab g Pasar, dan g jalan umah family..rasa mcm....macam..mcm...tak patut rasanya mintak cuti hanya cz nak beli barang dapo, atau g pasar, atau g rumah keluarga.. cz kami bukan senang2 nak dapat cuti mendadak.huhu. Takpela, apepun diorang memang jaga Aufa terbaik sampai aufa 2 tahun lebih dan sihat walafiat, itu yang paling penting=)

6 comments:

  1. nina..btul tu..susah nk cr little caliph n aulad gnius yg amek 3 thn..wani pn trcari2 gak...bt smntara wktu ni..ingt nk cr jgk taska br sbb wani dh prktikal..tp abi dia just suh tggu thn dpn tukar..huhu

    aufa baik2 k....nti nk jg adik plak.. ;)

    ReplyDelete
  2. tu kan, kawasan tertentu jah ado little caliph / genius aulad hok provide edu for 3 years above.,mcm shah alam etc..hi2, takpo2, nt tahun depan leh masuk pre school=)

    Aufa pon dah makin ok kat taska skg, mula2 xse salam cikgu lama2 dah ok. cuma pagi2 still kena pujuk skit2 nak g sekolah^^,

    p/s= wardah pon baik2 deh nt nk dapat adik jugak.hihi..

    ReplyDelete
  3. salam..

    tumpang tnyer puan..taska yg puan hantar ank tu apa nama nyer ye? blh email pd sy details dia x.. sy pn tgh cari2 taska area2 bt.caves utk anak sy 2.. emel sy aiyu.osman@gmail.com thanks ye..

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya pun berminat nak tau tentang taska tu..saya sedang mencari taska yg sesuai utk anak saya.
    Boleh emel saya details at lixin_81@yahoo.com
    Thank you so much…

    ReplyDelete
  5. Salam.. sy pun duk area aufa ni gak.. tgh2 survey.. tp nak tau gak le nama nursery ni.. tolong email sy ke tinie12@gmail.com
    tq byk2

    ReplyDelete
  6. Boleh tak nk tau nama nursery2 ni? Hasyida@gmail.com thanks

    ReplyDelete

mutiara berharga