dah hampir sejam....
mama aufa baca dan baca dan terjah blog sane sini, terjah google..
untuk kes ni:-
Polis tembak mati lelaki mengamuk di depan JPM
PUTRAJAYA: Seorang penganggur yang menggelarkan dirinya sebagai 'Imam
Mahadi' mati ditembak polis ketika mengamuk bersama seorang wanita
dengan melibaskan pedang samurai di luar perkarangan Kompleks B, Jabatan
Perdana Menteri (JPM), di sini, hari ini.
Dalam kejadian
kira-kira 2.30 petang itu, suspek yang dikenali sebagai Khalil Afandi
Hamid, 47, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Putrajaya
selepas terkena tembakan di tangan dan bahagian ari-ari.
Manakala suspek wanita, seorang bekas pelajar Universiti
Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) berusia berusia 28 tahun, terkena
tembakan di bahagian paha kanan dan sedang mendapatkan rawatan di
hospital sama.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak
Abdul Majid berkata kedua-dua suspek cuba masuk ke pos pengawal tetapi
dihalang oleh polis bantuan tetapi suspek lelaki itu mengacukan pedang
ke leher anggota polis bantuan.
Oleh kerana takut, anggota polis
bantuan membenarkan kedua-dua suspek masuk ke dalam perkarangan,
katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini.
Abdul Razak berkata ketika berada di dalam perkarangan itu, kedua-dua suspek
telah melibaskan pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent
dan Perodua Kancil milik petugas JPM.
Katanya anggota polis cawangan pencegahan jenayah yang tiba
di tempat kejadian turut diserang kedua-dua suspek dengan pedang samurai
sehingga kereta mereka mengalami kerosakan dan cermin kereta pecah.
Menurutnya sepasukan anggota Unit Kereta Peronda (MVP) Putrajaya yang
tiba selepas itu dikatakan cuba memujuk suspek tetapi diserang pada jarak dekat
dengan menggunakan pedang samurai.
"Akibatnya seorang anggota MPV telah melepaskan tiga das tembakan yang
terkena di tangan kanan dan bahagian ari-ari lelaki itu manakala suspek
wanita terkena tembakan di paha kanan.
Abdul Razak berkata polis masih menyiasat motif kejadian.
Siasatan awal mendapati suspek lelaki yang mempunyai seorang anak
mengaku dirinya 'Imam Mahadi' manakala suspek wanita mempunyai dua orang
anak.
Kedua-dua suspek yang menganggur itu dikatakan telah mengenali satu sama lain sejak seminggu lepas.
Mengenai dakwaan mereka adalah blogger, Abdul Razak berkata ia masih dalam siasatan. -- BERNAMA
Mule2 dengar berita macam buat tak tahu je..sbb ingat dia mengamuk biase. Pastu bukak blog Ahkak Geli, tengok ada link blog Arwah Lelaki yang mengamuk tu..siap ada Link fb pmpuan tu sekali..
ni Link blog arwah:-
Bile baca dan baca..lama gak, nak dekat sejam baca post2 die dal older2 post..rasa banyak tak kena.ada sebilangan kecil die cakap betul, tp kebanyakannya menyesatkan..
Bahasa yang die guna..memang sastera sungguh..memang penin dan fenin lagi memeningkan..Mama Aufa yang ambik subjek English Literature pun rasa poem Shakespeare, Coleridge, Ben Jonson, Shelley lagi senang nak faham walopun berbelit dari ape yang die tulis.huhu.
Tp..yang paling mama aufa tak suka..bile die memperlekehkan dan menghina Ulama' islam serta Ahlul bait..
Jadi, mama aufa bersetuju dengan pendapat Pn Noob:-
Penyerang lelaki tidak berbaju dan wanita jedi ini adalah diantara
golongan yang terlalu taksub dengan teori konspirasi illuminati
freemason new world order nwo, sejarah teragung nusantara, pendedahan
dunia, fail mistik, umat terakhir, umat akhir zaman, alter terahsia
bangsa melayu, bani jawi, bani tamim, hari kiamat, imam mahdi, al-dajjal
seperti blog Mistifiles, Fenomena Zaman, Nusanaga, Abatasa, Akhzaman
dan lain2...
Mohon baca pendedahan di sini - http://buasirotak.blogspot.com/2012/07/ketaksuban-yang-membawa-padah.html
Cuma mama aufa nak tambah, sebenarnya berkemungkinan besar Arwah telah disesatkan dengan bisikan2 syaitan yang menampakkan perkara buruk itu baik..
Yang paling menarik, perempuan yang bersama amukan lelaki ni dikenali sebagai "Dadha" dalam blog tu.. mereka berdua dipercayai berkenalan ikut laman blog, walopun Pn Dadha dah bersuami dan mempunyai 2 anak. Kalau baca balik komen2 dalam blog arwah, memang mereka due orang ni saling berbalas komen..dan ayat Pn Dadha lebih kurang sastera dan fenin mcm ayat die..huhu..bacela komen2 tu..menarik gak..Moga Allah menunjuki Pn Dadha ke jalan kebenaran.
Apepun, kalau nak tahu lebih lanjut, tanye encik Google.hihi.
Moga Allah mengampunkan dosa arwah..amiin..
argh..nina,,risau pulak tgk mcm2 karenah manusia zaman skrg..meme xpehe la ayat dia..hnya dadha n jaya negara jah hk pehe..aduhh smga diampunkan doasanya..
ReplyDeleteTu la..mcm2 loni, sebaran2 dan fahaman sesat..kite baca pon pening..huhu..tp kalu dikaji balik, diorang terus terjun ke tahap tinggi ilmu2 sufi tp tinggal yang asas mcm tauhid, fiqh,sirah..sedangkan ilmu agama islam kan luas,kena g basic dulu la kan patutnya.huhu
ReplyDelete