Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, February 7, 2012

Jalan2 kami di hari cuti

assalamualaikum wbt....................

cuti lagi kan.

hihi..


sebelum tu, nak ucap Salam Maulidurrasul pd semua..

dan jugak selamat menyambut taipusam (ada ke indian bace blog ni?hehehe)

cuti 4 hari, kami sebenarnya tak g jalan jauh pun. kalau x balik kampung baruni mesti balik lak kalini tp memandangkan dah balik minggu lepas baru sampai kl jd tak balik (apela ayat katun mcm ni..ish2)..

Hari sabtu, kami 3 beranak berfoya2 di rumah.. enjin kereta tak start pon haritu. bangun tido makan main.tu je.


Hari Ahad dapat la jalan kejap, tu pon petang tu. bawak Aufa g jalan2 d Taman Kepong mcm biase..suke sgt taman ni sbb banyak sangat playground, kawasan luas, ada tasik, suasana nyaman..





tp MasyaAllah, jalan memang sesak giler2. ye la, sbb kami kan tinggal dekat kawasan Bt Caves..sempena Tahipusam, banyak sangat2 kereta parking tepi jalan, polis trafik jaga kiri kanan, kereta mengengsot je jalan, kalau siput lg cepat.. huhu..padahal Selasa ni kan Tahipusam, tp kaum india dr dalam dan luar negara dah berkumpul d Batu Caves..bas banyak, kete banyak, gerai2 tepi jalan yg jual kalungan bunga, susu, banyaaaakkk.........memang penuh dengan kaum itu..huhu.

Hari Isnin (which is harini), kami plan nak g jalan2. ada 4 pilihan tempat nak g. semua tu dr idea Mr Hus..
1) Nilai 3 -gedung kain. kate baba nak windows shopping.katenye...
2) Port Dickson
3) Sungai Congkak
4) Taman Burung d KL

bangun pagi ni, Mr Hus masakkan sarapan (sekali sekala kan)..hihi.. dan kami pun pergi ke Taman Burung memandangkan paling dekat, dan mcm paling best.lgpon pg td aufa bangun lewat (maka mama die join sekali)..

ng g taman burung, padahal dekat je, tp ambik masa 2 jam sbb jem habisssss kat area batu caves, dan area nak masuk kl..terpaksa cari jalan lain.huhu.. oh ye, tengok tak berita malam harini? Eksiden kat Gombak.. yg menjadikan jalan batu caves tu bertambah sesak, memang kami lalu situ mase tu dan tengok mayat bergelimpangan,dah la betul2 tengah jalan..dekat je rasa.. mase ni exciden baru je occured, nampak ada 2 mayat yang ditutp dengan surat khabar..huhu..first time tengok depan mata sendiri.ngeri.rupa2nya mayat orang melayu...inna lillah.

Taman Burung dekat2 ngan Masjid Negara. dekat kawasan tu banyak lg tempat jalan2 rupanya, ada taman rama2, tugu negara, muzium, taman ape lg ntah. banyak lagi la signboard tulis.

ingat ke tak best sangat g, tp rupa2nya best jugak. Taman Burung ni besaaaaaar sangat.. luas, banyak jenis burung, banyak kolam, air terjun, tasik, dan ada bird show...waaah...seronok jugak la pergi.. rasanya lg best g dr zoo negara. ingat ke tak best sbb burung je kan, tp sbb suasana die nyaman, banyak tempat rehat, banyak tempat nak tengok, dan tak ramai sgt td jd best jugakla=)






tp dinasihatkan sape2 nak g, bawak air mineral sbb kang letih sangat sbb jalan jauh..mcm merentas desa lak.hoho..mama aufa td bawak susu aufa je bersama pampes dan kain je dalam beg. rasa dahaga sgt otw nk cari exit nak balik tuh. fuh....nak beli air kat kiosk dalam tu mahal sangat, bayangkan, air mineral kecik RM4, kalau beli kedai biasa rm1 jer..tak kuasa nak habiskan duit begitu shj..heheheh=p

tiket bg dewasa : RM25 sorang (kalau bawak mykad)
kanak2 : RM12
Baby bawah 2 tahun : free

nasib baik free utk aufa, kalau tak pokai jugak, mahal la..huhu.






esok cuti lagi, rehat je esok kot.hihi.lgpon sepupu2 mama akan dtg tumpang jap esok seblum ke uia. so, bai2..=)

No comments:

Post a Comment

mutiara berharga