Walaupun 7 bulan telah berlalu, tp hati ini sering terkenang saat2 aufa lahir kedunia. Saat2 die membesar di depan mata merupakan saat yang indah, walaupun pelbagai pengalaman pahit manis yang dilalui. Paling obvious, waktu tidur malam dikorbankan..apetah lg sebagai ibu yg meyusukan anaknya. Dan jua saat2 letih study dan kerja rumah yg dilalui setiap hari. Tp, saat melihat die tersenyum riang, segala kepenatan hilang begitu sahaja.
Style tidur aufa pon kini berubah..
Bermula umur 7 bulan ni, sang puteri tidur seawall 7.30 pm lagi..dan akan bangun setiap setengah jam untuk ditepuk/susu/pacifier. Seterusnya bile jam dah menunjukkan pukul 10pm, die akan start tidur nyenyak sampaila bangun menyusu balik dan bermain pukul 3pagi..kdg2 mama biarkan aufa main sendirian sambil tidur je tepi aufa..lepas boring, die akan tidur balik jam 4pagi..then bangun pulak waktu subuh..=)
Seingat mama tentang waktu tidur si puteri:
3 bulan – 4 bulan :-
Tidur awal lepas isyak, pastu bangun bercakap sorang2 dalam pukul 5 lebih..suke kejut baba dan mama bangun solat subuh.mase ni muluta aufa bising sangat duk bebel2..kdg2 hilang ngantuk tengah2 malam denngar suara die.
5bulan – 6 bulan :-
Dah tak berjaga malam langsung kecuali bangun menyusu.. tidur malam pukul 11pm..then bangun pagi pukul 8.30pagi..tp sensitive pd bunyi2 bising atau org bercakap..kdg2 mase baba kejut mama bangun solat subuh, die lak yang bangun..
Tp sejak dr umur 3,4 bulan sampaila sekarang ni, aufa dah tak tidur lama waktu siang. Sekejap tidur, sekejap bangun main, then tidur balik kejap..bolehla setengah jam die akan tidur. Itu antara cabaran yg terpaksa mama hadapi bilemana aufa tak mcm baby lain yg akan tidur straight lama sampai sejam due jam. Mungkin sebab tu gak die tak montel dah. Dulu mase umo sebulan due die akan tidur lama sampai 2,3 jam sekali tidur.. so badan nya mencanak2 naik bulat2..skg ni tidur kejap mcmana nak bulat dah..mcm2 cara nak bg aufa tidur lama, letak buai tak jd pon.. tidur sambil mama peluk pon tak lama gak.. myb aufa antara baby yg jenis tak tidur sangat siang..hehe=)
p/s-happy sikit skg sebab aufa mula menyusu dengan banyak. Ada sehari lepas mama “slow talk” dengan aufa, bercakap sambil pandang mata die..bg nasihat kepentingan minum susu dengan banyak..ala2 merajuk ckp taknak kawan kalau kurang minum susu.. bg nasihat takleh depend pd direct bfeed sgt sebab kat umah pengasuh mama takder.. waktu tu die tengok je mama..mama merajuk2 duk jauh2 siket ngan aufa dan pandang siket2 je..haha.. skg dah minum banyak..4 oz tak cukup sekali minum..kalau direct bfeed kiri kanan sampai kosong..alhamdulillah..moral : don’t underestimate ur baby..kdg2 die sebenarnya faham ape yg kite cakap..kan?=)
No comments:
Post a Comment
mutiara berharga