Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, May 10, 2013

Hati yg terluka...makin terubat..

Assalamualaikum Wbt..

hihi..jiwang x tajuk di atas?

ok ok..ibu peknen sensitip siket..lalala~

Penat taw balik mengundi..berbelas2 jam dengan jalan jem, hujan, jaga anak lam kete...

Last2 tak menang T_T

Kalau tak menang coz memang x patut menang xpe, tp masalahnya coz BANYAK PENIPUAN, KONSPIRASI, MANIPULASI dalam PRU13.

sy Vote untuk dun Kemuning, bawah parlimen Machang,Kelantan. Ketiga2 dun bawah parlimen semua PAS menang dengan majoriti tinggi. Tapi TUP TUP PARLIMEN machang BN Menang?????!!! Ada ke pakcik makcik atau mahasiswa2 atau belia2 pangkah lain2 atas kertas undi??? Heran heran. Oh, Machang kesayanganku......T_T. Bukan kat tempat sy je, tempat lain pon banyak, bile dun banyak menang tiba2 parlimen pihak lain menang..pelik pelik..heran bin ajaib.

Saya pulang haritu ke KL pon dengan rasa kecewaaan yang amat sangat. Apetah lagi PERUBAHAN yg diidami majoriti rakyat Malaysia tak tercapai disebabkan segala manipulasi.

Orang2 tertentu cakap semua fitnah, konon xleh terima kekalahan..bla3....bla3....tapi BUKTI berlambak dengan video, gambar, pengakuan kerani SPR sendiri yg mengaku keadaan berlaku dlm dewan..

yg paling geram, orang tu waktu nak bubar parlimen lamaaaa ambik masa, nak umum tarikh mengundi lamaaaa ambik masa, tapi bile kunun2 dah menang BERDESUP g jumpa Agong nak angkat sumpah. sedangkan banyak kes pru13 x setel lagi..hoho..

kini, after perhimpunan reformasi at Kelana Jaya 8hb baruni sy rasa terubat sikit.. Berkongsi kekecewaan bukan dengan sorang dua tp sebenarnya dengan semua rakyat mesia^^,

Ok2..polis cakap perhimpunan tu salah coz mencabar demokrasi berparlimen di negara kita. so sy nak tanya sejak bile negara kita mengamalkan demokrasii yg adil?? sebelum pilihanraya lg semua siaran TV,Radio, Media cetak, menyebelahi sebelah pihak. Umumnya semua tahu PDRM,SPRM, tentera, kastam, semua2lah menyebelahi seelah pihak je. soooo........pihak sebelah tu tak mencabar demokrasi berparlimen ekkk?

ok, takmo ckp lebih sat g sy kena hentam.hihi..

dan, buat penyokong2 setia geng2 itu, tahniah buat anda di atas 'pilihan' yg 'cerdik'..
dan, bukan anda sahaja, malah semua rakyat malaysia menerima kelebihan di atas pilihan anda itewww walopun kami x sokong pon pilihan anda..

so..'hadiah2' dari kerajaan kita dah dapat..selamat melompat!

GST dilancarkan=)

Harga Roti Naik +40sen

Tarif letrik Naik 

terbaru, Harga GAS naik





dan nanti kita akan menikmati banyakkkk lagi 'dahulukan rakyat,pencapaian diutamakan' untuk pelbagai kenaikan harga lg sbb nak topup balik duit BRIM dan duit rasuah2 mase ngundi dan duit2 kat Bangla yg dapat rm1000 sorang utk undi pihat itewwww..so tahniah! =)

kita lupa sebenarnya, yg dalam PKR ada Pakar Ekonomi yg belajar luar negara dulu, and kita lupa ketua PKR merupakan Bekas Menteri Kewangan dan bekas Timbalan Menteri dan diorang tahu macamana nak rancang ekonomi rakyat Malaysia supaya negara kita tak bankrap suatu hari nt. sedar atau tak hutang negara skg dah berpuluh2 bilion..dan, lastly, rakyat sendiri yg kena tanggung.

Apepun sy percaya rakyat tetap menyokong perkara yg adil dan boleh menilai ape yg terbaik buat diri mereka.

sy suka kate2 rafizi yg ni:




Thursday, May 2, 2013

bile anak mula demand....

Assalamualaikum^^

sy sebenarnya kena hanta esaimen esok, tengah taip lagi..hihi, tp ada mase lak nak update blog.just share what happened recently..




Aufa kan dah 2 tahun 9 bulan, a.k.a dah nak masuk 3 tahun..cakapnya masya Allah sabo je la pot pet pot pet bising, dah pandai bebel, n dah pandai demand.hi2. sejak masuk nursery start bulan 2 tahun ni lg la mcm2 ayat die construct, dan paling obvious nampak dah dapat hafal doa2 harian dan nyanyi lagu kanak2. 

Demand toksah nk cakap ler...hu2, sgt demanding sekarang. Tambah2 lagi bulan depan nak dapat adik. saje ek buli mama.hoho. Ada beberapa kali minggu lepas aufa buat 'peel' baik punya..taknak g Nursery. even mama pujuk nak ajak ke Giant, kedai, library UIA, semua tempat die taknak g. hu2. kalau kecik lagi leh dukung je keluar rumah, ni dah besar, dah 15kg, memang tak larat mama nak dukung paksa masuk kete. Nak taknak terpaksa tunggu Mr Hus balik untuk gilir jaga dan mama lewat ke kelas.Ayyoo..dah beberapa kali k, so memang kelam kabut siket. Kalau nak hantar pagi2 awal sgt, Mr Hus ku 6.30 dah keluar umah, nursery kul 7 baru bukak.hu2. Kalau tak preggy relax je leh dukung kanak2 ribena ni tp dah hujung2 ni memang tak angkat benda berat takut baby berpusing katenye....hihi.

Demand yg lain lak pandai pilih baju mane yg nak pakai. Kalau baju yg die berkenan yg tu je nak pakai walopun tak kering lagi.hu2. sabo sabooooo..pastu kdg2 taknak pakai pampes, sampai dah terbeyak dan tershi2 baekkk punya atas karpet turki mama...sob sob..tp mama tak marah2 kalini sbb tak larat nak marah,ngeh2..lgpon effect kenangan mase aufa masok spital tu ade lagi so mama agak berlemah lembut lps insiden tu..kih2. tp kdg2 tensen jugak so jd rimau sekejap, tambah2 dengan duk sorang kan lam keadaan sarat jaga anak yg agak aktif.huhu.

Bab makanan pon pandai demand. siap buat mcm restoran lagi, bangun pagi2, "mama, nak nasik ngan telor" "mama, nak ayam goreng upin ipin.." "mama, nak makan mee" "mama nak mihun ngan telor".."mama, aufa nak makan ikan je.." huhu..seketika mama rasa mcm pekerja kedai mamak, terus zaaap ke dapo masak cepat2.haha. kdg2 kalo takde lauk tersebut or tak larat wat muka sedih n ckp nt kite tunggu baba beli ek. *padahal malas masak* hihi..tp selalunya mmg mama goreng je kalau mihun tu sekejap je masak, or mee, main campak2 lam kuali.kih2..lgpon rasanya mase ni je mama dpt masak kat aufa, nt mama pantang n ada adik nt mesti mama rindu nak masak kat aufa. tambah2 lg aufa tak makan pedas langsung, jd kalau kat nursery masak myb ada rasa rempah sikit mesti die taknak makan dah.

Hm..sebenarnya perangai aufa agak berubah dengan drastik sejak sembuh dr demam chicken pox bulan lepas. Selain pandai membebel, pandai mengamuk, pandai demand, dan kadang2 agak agresif..risau mama dibuatnya..mungkin dlm proses membesar..hu2. sebelum ni memang aufa bukan jenis budak yg ngamuk2 nanges..kalau nanges pon suara kuat tp diam je..skg dah pandai baling barang. terkezut jugak mama dengan perubahan tu. Lepas godek2 tenet ritu jumpa petua untuk kurangkan sifat agresif anak,antaranya amalkan Ya Latif, baca banyak kali mase anak tido sambil usap2 ubun2 die.insya Allah, selain berdoa, baca quran  dan terus berdoa..lepas buat sikit2 amalan tersebut nampak aufa makin ok^^, hihi..tp still demand..ngeh2, cuma mengamuk dah kurang.rasanya mengamuk tu myb efek psikologi dr masuk wad kena cucuk2 sane sini di mana mase tu die cuba lepaskan diri dr doktor2 n nurse yg duk keliling die kan, jd terbawa2 bile balik umah lak.hu2. Insya Allah harapnya nt takde dah.. ngigau2 mcm after balik hospital yg nanges2 jerit2 ngamuk2 tu dah takde alhamdulillah berkat solat hajat dan surah Baqarah, alhamdulillah sgt Allah makbulkan doa kami. semoga anak2 kami dan kita semua sentiasa di bawah lindunganNya..amiin.


*ok..sambung wat esaimen..alamak...banyak g tak siap nie.huhuuuuuuuuu..tolongggggg...* ^^,

Wednesday, April 24, 2013

A gift to my parents, my beloved husband, my daughter, and my family..

Assalamualaikum Wbt..





Tanggal 19 hb 4 2013 hari Jumaat baru2ni, selesai sudah Majlis Penyampaian Sijil & Appreciation Ceremony buat pelajar2 yg dapat Dean's List Department IRKHS (Islamic Revealed Knowledge & Human Sciences)

Alhamdulillah, menyandang Dean's List buat kali ke-4 sepanjang pengajian di UIA (walaupun tak dapat setiap sem..hihi), rasa mcm tak percaya..syukur sangat pd Allah, terima kasih buat keluarga tersayang, dan special thanks to my beloved husband Encik Hus n my lovely princess Aufa ^^,

Bersyukur, dan gembira dapat mewakili BENL (English Department) students turut sama ke pentas untuk ambik sijil dr Dato' Paduka Dr. Mahmood Zuhdi. Tahniah juga buat kawan2 yg turut sama berjaya. Bak kata Dato', kita tak seharusnya hanya cemerlang dalam akademik, tapi perlu cemerlang dalam kehidupan sebagai Muslim, dan dalam kerjaya..teruskan kecemerlangan dalam apa jua bidang!

Yg lawaknya, i m the only pregnant mother antara ramai2 penerima anugerah naik ke pentas..haha..segan jugak nak naik sebenarnya dengan peyot boyot, sampai mase mama aufa naik nak ambik sijil, bising sekejap dewan..hihi.. pastu Deputy Dean cakap, "tahniah bakal ibu..tahniah.." pastu Dato' Paduka pun tanya anak pertama ke? mama aufa cakap, anak ke-2, hii, die terkejut..dan ucap tahniah..Head Department of English pun cam my face coz pernah ambik course dengan die dulu mase awal2 pregnantkan aufa.^^

Apepun, alhamdulillah, dan terima kasih.. bukan senang, sy akui...untuk berjaya, kepahitan harus kita rasai..tp Allah sudah janjikan kesenangan bg setiap kesulitan. dan buat anak-anak mama, moga kejayaan mama menjadi inspirasi buat anak2 mama tersayang, jika mama boleh, apetah lg anak2 mama yg belajar kat U semenjak dr dalam perut lagi..hihi.. aufa, walaupun aufa suka berebut buku dan pen mama mase mama nak study, tp mama tetap dapat dean's list..haha..myb kalau aufa tak suka kacau mama study mama akan kurang hargai masa dan kurangn bersungguh2, terima kasih aufa coz jd pendamping 'setia' mase mama baca buku, wat assignment, dan suka wat bising..hehe..=) i love u all~


                             Sir Mazlan jd pengerusi majlis-sangat happening^^,


my turn...tengok Dr Miszairi, Deputy Dean tengah gtau ni bakal ibu anak ke 2..hihi.dulu pun pernah ambik subjek Intro to Fiqh dengan Dr sebelum bersalinkan Aufa..=) Dr banyak kongsi pengalaman cz beliau pun kahwin mase study dulu..=)

A gift to my parents, my beloved husband, my daughter, and my family..harap2 final sem ni dapat lagi.amiin,,amiin,,amiiiin...


Wednesday, April 17, 2013

30 weeks already? really..??

Yep ^^,

This week my 2nd pregnancy turns 30 weeks. Lagi 6 minggu masuk 36 weeks a.k.a 9 bulan. But normally i gave birth during 40 weeks of my pregnancy^^, mcm kes kakak aufa dulu. 

30 weeks, mcm tak percaya^^,kejap je mase berlalu. Alhamdulillah..

Perubahan fizikal tak ketara sangat, makan pon biase2 je, tak mengidam sangat pon, masak dan makan mcm biasa..he2, cuma cepat lapar sikit tp still sy takleh nak makan banyak2.hu2.. i normally gain weight only about 1kg-2kg per month. Last check weight mase 3 minggu lepas 47 kg (only)..hu2. But alhamdulillah perkembangan baby normal. hi2, biasela mak kecik tp baby besar mcm kak aufa dulu keluar je 3.0kg^^, Rasanya next checkup myb my weight dah 48kg kot. Oh, doktor yg rawat aufa advice untuk sy scan baby pulak nanti coz nak tahu perkembangan baby dalam kandungan after my chicken pox history..

perubahan emosi mmg agak ketara..agak sensitif mase preggy neh.hihi. tengok citer sedih sikit dah berair mata. alolooooo..mase tengok aufa tak sihat ritu lagila berendam air mata je.

dan paling ketara sangat ngantokkkkk..hu2. tp malam2 tetap takleh nak tido awal, banyak keje nak kena siap. selagi keje2 tak siap rasa mcm tak lena tidur. apetah lg skg aufa sejak keluar wad malam2 mcm ngigau separa sedar menangis2..dulu die tak mcm ni, jd kdg2 terjaga 2,3 kali malam2..so pagi esok tu mengantuk alahai...hi2..dalam kelas tahan je la dr menguap.

Orait..these are the info that i read  ^^

30weeks pregnancy (from babycenter.com)

How your life's changing:

You may be feeling a little tired these days, especially if you're having trouble sleeping. You might also feelclumsier than normal, which is perfectly understandable. Not only are you heavier, but the concentration of weight in your pregnant belly causes a shift in your center of gravity. Plus, thanks to hormonal changes, your ligaments are more lax, so your joints are looser, which may also contribute to your balance being a bit off.

Also, this relaxation of your ligaments can actually cause your feet to spread permanently, so you may have to invest in some new shoes in a bigger size. Remember those mood swings you had earlier in pregnancy? The combination of uncomfortable symptoms and hormonal changes can result in a return of those emotional ups and downs. It's normal to worry about what your labor will be like or whether you'll be a good parent. But if you can't shake the blues or feel increasingly irritable or agitated, talk to your doctor or midwife. You may be among the 1 in 10 expectant women who battledepression during pregnancy. Also let your caregiver know if you're frequently nervous or anxious.



Baby’s Development

Your baby has looked quite wrinkled until now, and until birth that will continue. However, as the fat tissue builds, the wrinkles on your baby’s skin start to smooth out. Lanugo (fine hair) continues to cover your baby’s body, and will remain there until birth. At about 17 inches and weighing around 4 lbs, your baby is practicing breathing on its own by repeatedly moving the diaphragm in preparation for life outside the womb. Because of this practicing, you may feel flutters within your uterus while your baby is regularly enduring the hiccups. The baby is also getting into his or her own sleeping and waking routine, and becoming more active while awake. Your baby has grown so much that it takes up almost the entire uterine cavity. As the brain continues to mature, it begins to train the eyes, muscles, and lungs to function on their own. The digestive tract is fully functional at this 30th week, as your baby continues to take nutrients from you and process them.

Ok baby, lagi 10 minggu nt leh jumpa kakak aufa=) sayang baby n kakak sangat2..

Kronologi Aufa masuk wad kanak2...

Saat2 aufa masuk wad bermula dengan emergency ward sampaila bermalam 3 malam di wad merupakan saat2 yg mama tak dpt lupakan. Luluh hati seorang ibu tengok anak kesakitan T_T..mama tak berdaya nak buat ape2, melainkan sedaya upaya pujuk aufa dengan pelbagai cara, dan cuba tenangkan aufa, sentiasa berada di sisinya dan berdoa, berdoa, dan berdoa pd Allah. Cukuplah just kalini je, tak sanggup nak hadapi lagi. setiap hari berendam dengan air mata, kuatkan hati untuk elak dr menitiskan air mata depan anak sendiri..ye la, kalau kite tak kuat mcmana die nak hadapi kan? huhu..Alhamdulillah kini semuanya kembali normal..syukur pd Allah yg memakbulkan doa kami. terima kasih buat yg mendoakan anak kami......


               

KHAMIS  11/04/2013


-Today gilir ngan Mr Hus jaga Aufa, my class start pukul 11.30 a.m, ada presentation utk Islamic Literature harini. Walaupun persediaan tak la banyak sangat sbb semalaman menjaga anak yg sakit, tp alhamdulillah satu keajaiban bile pergi je depan dapat present dengan smooth dan lecturer suka. Syukur sangat..mungkin di sini ada keberkatan yg Allah bg, benarlah janjiNya, disebalik kesusahan terselit kesenangan.

-Kelas petang jam 3.30-5.00pm sy tak pergi memandangkan nak cepat2 balik rumah utk tengok aufa. Suhu badan aufa still panas cuma tak sepanas semalam. alhamdulillah. cuma oral intake dah kurang. susu kurang, air taknak minum, nasi apetah lagi..memang dah start 2 hari aufa kurang makan dan minum. bile check, patutla, selain bintik chicken pox yg naik atas bibir, dalam mulut naik ulser, dan pastinya tekak aufa sakit sangat nak menelan (ikot experience sy yg kena chicken pox b4, mmg sakit sgt tekak)

-Bengkak mata still x surut malah makin bengkak dan kalini mata kanan turut mula bengkak. Discuss dengan Mr Hus utk bawak aufa ke Hospital Selayang malam ni. After Mr hus balik keje malam, around 11pm kami ke bahagian Emergency Hospital Selayang..

-Lama sangat proses nak jumpa doctor.hu2. mula2 sampai kena check di tempat saringan dulu utk check level of seriousness, then daftar, pastu dapat number, masuk bilik saringan ke 2 pulak utk check suhu badan dan bgtau sakit ape dekat nurse, then baru tunggu turn untuk jumpa doktor. Tak sangka lak kul 11.30pm pon ramai sgt org kat bahagian emergency. Maka kami tunggu punyala lama sangat. bayangkan, dari kul 11.30pm, ku 2.30 pagi baru dapat jumpa doktor, aufa dah tertidur diribaan baba..(wahai hospital Government, bile nak upgrade proses bg cepat patient jumpa doktor? tak cukup kakitangan ke..hu2..)






JUMAAT 12/04/2013


-Finally dpt jumpa doktor..yg bagus kat Hospital kerajaan ni die check sangat detail dan sangat lama semua die check. tak mcm klinik swasta, sekejap je..hu2. kalau klinik swasta, die check suhu, check hearbeat, dan tengok2 setel. Doktor kat Hospital kerajaan betul2 teliti check patient. doktor tanya semua history of the disease, bile start chicken pox n jangkit dr siapa, suhu mcamana, dah bawak klinik mana, mcmana dengan makan minum, ada cirit/muntah ke, doc check mulut aufa tp aufa tanak bukak mulut, tp paksajugak dengan bantuan nurse, memang nampak banyak ulser dalam mulut yg membuatkannya tak lalu makan/minum. lepas doc catat semua info, kami kena terus masuk emergency ward dan sementara tu doc nak contact pakar kanak2 hosp tersebut utk confirmkan tentang bengkak mata yg dialami aufa..

-around 3.00a.m, Nurse bawak kami ke emergency ward utk masukkan air ke badan aufa sbb aufa cirit + muntah + kurang air dan makan. hehe.bukan mudah nak cucuk line kat tangan Aufa, nurse balutkan die dengan selimut dan 2 orang nurse pegang aufa tp x cukup, aufa cuba nak melepaskan diri dan menangis2 mengamuk cakap sakit mase nurse cucuk jarum. terpaksa nurse suruh baba pegang jugak badan aufa supaya die tak bergerak cz dah menitik2 darah sbb aufa tak nak duk diam even dah 2 orang nurse pegang. mama mase ni takleh tengok moment tu, just kuatkan semangat dengar aufa menangis sekuat hati dan after semua dah setel baru mama usap rambut aufa. Baba la yg kuat semangat dan pujuk aufa sampai die berhenti menangis. Hu2, i understand the feeling. sakit derr cucuk line kat tangan sbb jarum nak buh kena besar sikit nak lalukan air kan. dah pernah kena 2,3 kali jd tahu sgt sakitnya. Apetah lagi budak kecik ni..nasib baik tangan berisi..hu2..



mase kat emergency ward,baru lepas cucuk line dan drip air kat tangan..lama gak nak tunggu habis air masuk ikot wayar tuh. hu2, aufa baru pas nanges je, baba gigih memujuk=) mase ni muka merah dan bawah mata bengkak.




-Around 4.30a.m, doctor yg rawat aufa td datang dan bgtau yg Aufa kena masuk wad pediatrik immediately sbb matanya yg bengkak dikhuatiri ada infection. Kami cuba deal dengan doc bolehke tak masuk wad,hu2..sian aufa..tp doc tu ckp pakar kanak2 yg mintak hantar terus ke wad kanak2 cz takut bahaya jika infection berlaku apetah lagi bahagian mata. So nak tak nak terpaksa akur dengan keputusan ni. Mr Hus balik ke rumah dulu utk ambik barang2, ye..kami datang dehelai sepinggang je sbb mane expect masuk wad.hu2.

-Around pukul 5 a.m aufa ditolak dengan kerusi roda naik lif ke tingkat 8 wad kanak2 Hospital Selayang. nasib baik mase ni aufa tak nangis, ok je naik kerusi roda kalau tak jenuh mama nak dukung.hu2..mama uruskan pendaftaran masuk wad aufa cz mase ni Mr Hus belum sampai lagi. Dalam 5.30a.m terus kami ke wad khas bilik kuarantin (cz aufa kena chicken pox, kena duk bilik sorang2). mcm wad first class lak.hehe..suke dapat bilik sorang2. mula2 masuk aufa teruja sbb biliknya comel sangat dengan lukisan kartun kat dinding. Ada 2 biji katil, 1 untuk anak dan 1 untuk penjaga. wah....mama leh tido sekali rupanya. Bilik pon luas dan selesa, ada bilik air dalam bilik dan ruang solat. aufa lak taknak tido pon, siap nyanyi2 lagi dlm bilik cz suke tengok bilik yg comel..bising je duk tanya mama gambar ape kat dinding tu.hu2.


               bilik yg selesa, sorang satu bilik, ada 2 katil, kerusi, meja coffee, ada almari dan bilik air..^^ makanan ok la walopun takla sesedap kat hotel.hihi



-Then nurse datang sambungkan air kat line tangan aufa yg dah berbalut siap dengan jarum..sebelum tu aufa beberapa kali cuba nak buang balutan tu.hu2, nasib baik balutan kemas, tp nampak mcm ketat dan x selesa.sian anak mama. nurse ambik BP sekali after drip air..sesekali nampak aufa tak selesa dengan wayar di tangannya..hu2..

-Then dekat kul 6 Mr Hus sampai bawak barang2..satu beg besar.hihi. memang mama dah listkan semua dlm msj td tp kelam kabut jugak so ada jugak tertinggal. Paling penting, bantal golek kesayangan Aufa...bile baba terlupa bawak bantal tu ngamuk2 die nangis.hu2.then aufa tenang sekejap dan tidur..Mr Hus pon pergi keje, tak dapat nak ambik MC sbb kalau anak masuk wad kena amik CRK (Cuti rehat khas) dan crk dah tinggal berapa kerat je cz dah ambik cuti sebelum ni sbb mak sakit. after Mr hus pergi, mama cepat2 ambik wudhuk. keluar je dr bilik air doktor masuk dan nak catit maklumat pasal sakit aufa..lama gak..after siap bgtau info kat doc baru mama solat subuh..nasib baik aufa tido. then mama tido kat katil sebelah aufa sbb dh semalaman tak lelapkan mata. hu2.

-kul 8 a.m, masuk 2 orang doktor untuk check aufa. Terganggu tido ku..hehe.sambil check sambil tanya mama aufa itu ini n mcm2 la..doktor belek2 badan aufa, check dalam mulut die, check telinga dan paling penting check bahagian mata die. aufa nangis2 mase ni sbb tak selesa doktr picit2 die.hehe..

-8.30 a.m, nurse panggil mintak bawakan aufa ke bilik suntikan sbb doc nak ambik darah. Aduh..mse ni mama aufa rasa berat je hati nak bawak. Konpem2 aufa mengamuk lagi nak kena cucuk. ayyayai.nak tak nak mama aufa bawak jgak aufa..nampak je bilik tu aufa taknak masuk, mama dukung la, tenangkan die sambil duduk atas kerusi sambil2 nurse dan doc prepare ape yg patut. mase ni aufa dah tenang. then doc suruh baringkan aufa atas katil tu dan mintak mama keluar. sah2 aufa taknak. tp mama terpaksa tinggalkan aufa kat situ. luluh hati mama dengar anak mama jerit2 panggil mama sambil nanges. kena ikat lagi ler tu.hehe. nampak 2 orang doktor dan sorang nurse pegang aufa..mama tunggu kat luar je sambil dengar tangisan aufa dr jauh.huhu.....sedihnya....mengalir jugak air mata mase tu tp cuba gak kontrol2 malu ler..hihi. Tak tahulah berapa kali aufa kena cucuk untuk cari line nak ambik darah die sbb lama jugak, myb cz aufa tak bagi kerjasama dan mengamuk walopun kena bedung.hoho. lebih kurang 15 minit pastu baru nurse panggil mama ambik aufa. mama dukung aufa yg tengah teresak2 nangis sambil pujuk die. sian anak mama, takpe, sakit kejap je..for ur own health my baby....T_T.

-9.00 a.m,.cuba pujuk die makan bubur tp die taknak. cuba bg susu taknak jugak, last2 buat air milo dan aufa minum separuh cawan. then die mintak nak tido..tepuk2 usap2 last2 die tertidur, tp x lama jugak coz lepas tu dalam kul 9.30 pagi masuk seorang doktor (mcm pakar kanak2 je) yg nampak senior umur lingkungan 40-an dan seorang doktor sebelah die (mcm doktor pelatih) dan seorang nurse.Sekali lagi tidur aufa terganggu coz die check sambil tanya mama pasal sakit aufa. mama cuba bg sedetail yg mungkin. Bile die tengok mata aufa, die gtau ianya mungkin infection dr bakteria yg masuk dr lesion yg dah pecah atas batang hidung aufa tu.. so doc tu akan bawak aufa kepada doktor mata nak tengok either mata aufa terjejas atau tidak coz bengkak sangat matanya.hu2. after doc pergi sempatla mama makan sekejap..

10.00 a.m., nurse datang dengan kerusi roda untuk bawak kami jumpa pakar mata di tingkat 6. Hu2, mama agak cuak, trauma aufa lepas kena ambik darah belum hilang lagi.mcmana ni..hu2. tp separuh jalan sorang nurse lain panggil baik coz doktor2 kulit nak tengok keadaan aufa dan bg pendapat diorang tentang keadaan bawah mata aufa. so kami balik ke bilik semula. Doktor2 kulit 3-4 orang ada dan check bawah mata aufa sambil tanya soalan kat mama.hu2. setiap kali kena repeat jawapan sama kepada doktor2 yg berlainan.hehe. then diorang g pendapat kemungkinan Aufa ada alergi pd antibiotik yg kami ambik kat klinik swasta yg membuatkan bawah matanya bengkak which i think it is not coz aufa sebelum ni tak pernah alergi pd ubat.. tibe2 datang doktor yg kul 10 td dan argue dengan diorang, doktor tu tegaskan pendapat die yg aufa terkena infection bahagian sinus dn die nak refer aufa kepada pakar mata segera.

11.00- kami ke tingkat 6 untuk jumpa pakar mata. mcm mama dah agak, masuk je bilik tu aufa dah trauma..aufa mengamuk2 taknak duduk atas katil tu takut kena tinggal mcm td.hehe.. nasib baik doktor mata tu memahami dan sangat2 friendly dengan budak kecik. die try pujuk aufa. mcmanapon kena angkat aufa letak atas katil tu cz nak titiskan ubat mata sebelum dpt check saraf mata aufa. mengamuk2 aufa..hu2, dapat la jugak titik lam mata tu beberapa kali tp sbb aufa menangis tak henti2, kesan ubat tu hilang. then doktor tu keluar kejap dan ckp akan datang baik dlm mase setengah jam utk tengok keberkesanan ubat.Oh, mase dalam bilik ni jugakla aufa mengamuk teruk habis2an siap berguling bergolek ayyo..drama menggerunkan sampai mama x dpt kontrol sbb mama kan tengah preggy.huhu. even nurse nk dtg ambik die taknak. Lebih menggerunkan tiba2 aufa tarik balutan kat tangan die sampai tercabut jarum dan terpercik darah habis menitis2 kat lantai. kebetulan ada sorang nurse masuk dan terkejut cepat2 die ambik kapas utk hentikan darah aufa...nurse suruh mama pegang je kapas tu kat tangan aufa dan tekan kuat2 sbb kalau nurse buat sah2 die ngamuk nt.rasanya seluruh department tu dengar suara aufa nangis.huhu..sorang cleaner dtg bersihkan darah aufa yg banyak kat lantai tu..hu2.. aufa tenang sekejap tengok mak cik tu duk cuci lantai. adoyai anak mama..

11.30 a.m...doktor mata td datang balik dan suluh mata aufa, katenye saraf mata aufa tak kembang dan kesan ubat td hilang coz aufa nangis tak henti2 td (mmg dh agak dh..huhu). Doktor nak titiskan lg sekali tp mama request nak buat sendiri dalam wad bilik aufa coz die asyik sebut nak balik bilik dan taknak die ngamuk lg. Doktor sangat memahami dan die bg mama titiskan ubat sendiri ke mata aufa. so naik balik tingkat 8 dan masuk bilik aufa, mama umpan aufa tengok upin ipin ikot samsung note...pastu mase die ralit tengok cepat2 titiskan ubat..hehe..berjaya! tp susah jugak lepas kena tu aufa sgt beware dan nak ngelat tp last2 dapat jugak titik kedua belah mata dan pujuk sedaya upaya agar jangan ler keluar air mata.

12.00 pm, nurse datang check saraf mata aufa kembang ke x.. after dah kembang nurse tolak aufa ke bilik doktor mata td ditemani mama. Kalini baru doktor dapat check even susah sikit cz budak kecik ni tamao bg kerjasama. Alhamdulillah saraf mata aufa tak terinfected dan normal.syukur sangat..then baru kami balik ke bilik semula.




12.30-1.30 pm: Aufa kembali tidur, still taknak makan/minum walaupu dipujuk..kalini nampak aufa tidur lena sikit tanpa wayar di tangan. (yg aufa cabut mase ngamuk td..hehe). sedih mama tengok aufa mcm tak larat. bibir kering, mata bengkak, muka pucat.huhu. rindu sgt time aufa aktif. Sementara aufa tidur, mama makan tengahari, solat, dan sempat melelapkan mata sekejap atas katil tp asyik terjaga coz kejap2 cleaner masuk, kejap2 nurse datang ambik BP dan check temperature aufa..

3.30pm: Baba datang after selesai jd imam solat Jumaat kat KL..aufa still tidur. Baba pon sebenarnya tak cukup tidur . semalaman dah tak tidur, sambung g keje, dan terus datang hospital...so mama suh baba tidur je dulu kat katil sebelah aufa.

4.00 pm: Sekali lagi doktor datang check aufa, dan bagitau kami yg docktor aka masukkan antibiotik melalui salur darah aufa. tp aufa perlu dimasukkan air dengan banyak lagi coz antibiotik ni kuat so kena cuci buah pinggang die balik. Memandangkan aufa tak dapat makan/minum terpaksa doc dripkan sekali air garam ke dalam tubuh aufa ..Kami akur..lgpon aufa sikit pun taknak makan/minum sbb ulser dlm mulut dan sakit tekak.

4.30pm : Doktor yg bertugas dalam bilik suntikan datang dan mintak aufa dibawak ke bilik suntikan coz nak cucuk line balik untuk masukkan air dan ubat. Aduh.......mama berat hati...mama minta baba je yg tolong bawakan aufa ke sana coz mama dah tak sampai hati. Yela, tragedi aufa mengamuk tarik jarum kat tangan die still segar diingatan.huhu. Baba pon bawak la aufa ke bilik suntikan. mcm biasa, ibu bapa takleh tengok prosedur tu jd kena tunggu kat luar je. mase ni mama just duk dalam bilik. even dalam bilik kedengaran tangisan aufa panggil2 baba dan sebut "sakit, sakiiiiiit....". hu2. menitis lagi air mata. ceh. harini penuh dengan drama air mata. ye la first time anak kena cucuk dan masuk wad. nasib baik baba sangat2 tabah. Kalini lama sanat diorang ambik masa nak cucuk line kat tangan aufa. Probably sbb aufa mmg tak bg kerjasama, dan mungkin die cuba melepaskan diri.hehe. lgpon baba takleh masuk so mesti die rasa tak best dikelilingi org yang tak kenal. huk2, seksanya jiwa raga.............=(

5.00pm : aufa dibawa masuk kembali ke dalam bilik. tangisannya still tak stop2, teresak2..kami pujuk die dengan pasang cerita upin ipin. sejak kejadian tu aufa trauma nak keluar bilik..kami nak bawak ke bilik mainan pon die taknak. then after maghrib Mr hus balik dulu ambik barang yang tertinggal. Mama suh baba berehat je dulu kat rumah, tidur2 dulu coz kesian baba seharian tak tidur. Tu tak campo dengan berjaga malam sebelum2 ni semenjak aufa demam.hu2. aufa lak tertidur dengan lena lepas nurse datang sambung drip air dan ubat.


        -after kena cucuk line buat kali ke 2..then mase ni die dah trauma dan takut nak keluar bilik..


9.30pm-10.00pm : Aufa terjaga, kalini die mengamuk..kuat benar mengamuknya, menangis dengan kuat sekali sampaikan mama rasa ni first time mama tengok aufa mengamuk nangis2 mcm tu. mama sedaya upaya pujuk mcm2 tak jadi. memang sangat2 kuat die pusing sane sini atas katil..hampir2 jatuh, usaha mama g keliling katil nak pujuk die..hu2..sampai mama buntu tak tahu nak buat ape. aufa mula tarik2 wayar drip air kat tangan die, die start baik nak cabut jarum tu. mama cuak sangat..memang zero mase ni, tak dapat pujuk anak mengamuk.hu2, last2 mama tekan butang kecemasan, minta nurse datang buangkan drip air sementara waktu coz anak mengamuk dan mama nak salin pampes die myb tak selesa pampes.. then mama kol baba berkali2 tak dapat (coz myb baba tertidur keletihan)..mama msj baba sambil mengalir air mata, sambil kontrol aufa.mase ni aufa out of control..seolah2 bukan aufa lagi..hu2, myb tersangat sakit kot..nak salin pampes pon x dapat lagi.hu2. 

Alhamdulillah finally baba kol balik dan mama cepat2 suh baba datang sbb aufa takleh dikawal, menangis tak henti dan mengamuk yg tak pernah kami lihat sebelum ni. after half an hour, baba datang..baba pon tak dapat kontrol aufa..huhu..kuat benar tangisannya..aduh,pedih hati mama lihat..myb coz trauma setelah 3 kali dicucuk jarum tadi..sian anak mama..kami cuba sedaya upaya salin pampes die dalam keadaan tu, dan cuba pujuk die dengan bawak die keluar wad. Nan ado jadi...tetap menangis tak tahu kenapa. pujuk susu, pujuk makan semua tak jadi. Hampir sejam die mengamuk dan kami pun buntu coz tak pernah berdepan dengan situasi aufa mengamuk,menjerit, melaung, nangis mcm ni..baba cuba bacakan ayat kursi,kot2 la ada gangguan lain..mama pon cuba juga bacakan ayat2 awal surah al-baqarah, situasi redha sekejap dan akhirnya aufa leh jalan sendiri (walopun still teresak2) ke bilik die. die mintak nak tidur dan nak tengok upin ipin..hu2..kami pasang upin ipin sampai aufa terlena...


                                      ~tengok upin ipin ikot samsung note~

10.30pm: kalini mama gilir dengan baba jaga aufa..sebenarnya wad kanak2 selepas 10pm hanya sorang penjaga dibenarkan teman anak. so mama lak g rehat kat surau dan baba temankan aufa. mama risau kalau mama jaga aufa dan aufa out of control lagi mmg mama tak mampu nak handle..hu2..nasib baik setiap level ada surau.. lgpon dah 2 malam mama just tidur2 ayam je sejak hantar aufa ke hospital semalam. baba pon nasihatkan mama rehat je dlm surau sbb mesti mama kepenatan. alang2 ada dalam surau, sempat solat dan berdoa, berdoa, berdoa pd Allah agar Aufa cepat sembuh...then mama tertidur....


SABTU    13/042013

3.00a.m : mama  terjaga kul 3 pagi baba kol ckp aufa mengamuk lagi dan sebut mama.mama segera ke bilik aufa, tp mcm td, pujuk mcmanapon still x jalan. lagi sekali kami buntu. Nothing can we do..sampaila die penat mengamuk, dalam kul 4 pagi baru Aufa tidur balik. tu pon aufa dah tarik mesin drip air dan berguling2 atas katil. Nasib baik jarum kat tangan tak tercabut lagi walaupun balutan tangan dah longgar sbb keagresifan aufa.  bile pujuk ajak keluar or masuk bilik mainan taknak. Aufa mcm trauma sangat2 nak keluar dr bilik tidur die sbb takut dibawa ke bilik suntikan atau bilik mata lagi..aduh..sian anak mama........ lepas aufa tidur balik baru mama n baba tidur balik. Kalini kami berdua terus teman aufa dlm bilik tu..nasib baik nurse sangat memahami dan tak suruh salah seorang dr kami keluar pon. lgpon tengah2 dinihari kan.hehe.


Mcm biasa tidur pon tak lena sbb kejap2 nurse datang masukkan ubat ke dalam salur darah aufa. Then datang nurse lain check  BP (Blood Pressure) dan temperature Aufa..then masuk lak mak cik cleaner nak bersihkan bilik n toilet..hehe...jd sabor je la kalo tido kat spital neh.


6.00 am : Gilir dengan Mr Hus solat subuh. Aufa still lena tidur, walaupun kejap2 terjaga merengek sikit tp bile offer susu tak nak. bibir die kering sangat. Kami cuba basahkan bibir aufa dengan air dan letak krim yg doktor bagi. Tp alhamdulillah die tidur je..huhu2,susah hati mama, sejak masuk wad aufa taknak makan langsung, susu milo minum ada la dalam 2 kali sehari, tu pon sikit je.


7.30 a.m : Doktor datang check Aufa. Aufa still tidur dan sedikit terganggu bile doktor nak belek badan die. Tp doktor ni faham aufa duk mengamuk kuat pagi td so die tak kacau aufa lebih2.hehe. Alhmdulillah aufa dah tak demam. cuma tak makan minum dan bengkak mata masih kurang surut lagi. Lepas check semua doktor pergi dan Aufa mula bangun. Kami pujuk die dengan pasang upin ipin supaya die tak mengamuk2.huhu..mama buatkan susu milo dan aufa minum separuh cawan..alhamdulillah, sikit pon jadilah. Aufa tertidur balik mase tengok upin ipin.


8.30 a.m : Nurse datang lagi masukkan air garam ikot line kat tangan. lepas habis sebotol kecik, masuk sebotol lagi nama lain lak. mama sempat ingat Dextrose je, 1 lagi mama tak ingat name ape. then lepas habis air garam nurse masukkan Antibiotik lak ikot line yg sama. 2 jenis ubat yg berlainan.. lepas mesin antibiotik bunyi menandakan ubat dah habis, nurse datang masukkan air balik. Hu2. sedih tak tengok macam2 benda masuk lam badan anak. Aufa merengek setiap kali benda lain2 masuk ikot salur darah. mesti sakit kan. Hu2. Oh ye, mesin yg digunakan untuk count air/air garam/antibiotik yg sambung wayar tu akan berbunyi kuat sekali sampai bingit telinga setiap kali habis or ada problem. Hu2, kami yg tertidur pon terkejut kdg2 dengar bunyi beep..beep..beep.... beeeeeeeeeeeeeeeeeep...........hehe..memang sakit telinga. ayyo.


10.00 a.m : Aufa bangun dan kami ajak die mandi..tp sah2 die taknak kan. hu2. kami panggilkan nurse mintak tolong buang drip air jap coz nak salin baju aufa. Nurse datang dan tolong buangkan wayar kejap. Kami lap2 badan aufa je dan salin pampes die. Aufa menangis2 myb pedih bile terkena air. Doktor suh basuh muka aufa dengan air garam so kami buat je mcm doktor suruh tp mcm pedih je.huhu. walopun ambik mase yg lama sikit tp berjaya jgak salin baju, seluar dan pampes aufa. nampak selesa sikit aufa.. mama pujuk lagi aufa makan bubur yg pihak hospital sediakan tp aufa refuse. lagi sekali buatkan air milo + susu je dan aufa minum sikit. lepas tengok upin ipin aufa tidur balik. Mase ni nampak aufa mcm tak bermaya sangat. asyik bangun menangis, dan tido pastu bangun nangise, dan tido..die sebut sakit sakit je..hu2......


11.00 a.m : Nurse datang balik pasangkan wayar sambung air ke line tangan aufa. Aufa tengah nyenyak tidur. Kami pon tido sekali kepenatan. baba tido atas kerusi dan mama tidur atas katil satu lagi sebelah aufa. mase ni aufa genggam tangan mama kuat2 walaupun mata die pejam je...sebaknya rasa.....sesekali die nampak tak selesa dengan wayar tu. hu2.


11.30 a.m : Masuk 4 orang doktor cina. 2 orang nampak senior dan 2 orang lagi mcm doktor pelatih. Lagi sekali diorang datang check aufa dn explain pasal that disease. Doktor check mata aufa dan doktor ckp mata aufa still bengkak lagi. sebenarnya bengkak bawah mata dah kurang, mata aufa bengkak sbb nangis kuat 3,4 kali semalam. hehe..kami gtau yg mata aufa bengkak sbb nanges..Doktor risaukan mama dan kandungan sbb takut kena chicken pox tp bile mama gtau mama yg kena dulu so doc lega..he2..doktor cina tu baik sangat2. yg lain2 dah ok, aufa tak demam cuma oral intake masih kurang so kena teruskan bg air garam dan masukkan air.


12.00 pm : Lepas semua doktor2 tu keluar, masuk 2 orang doktor mata lak untuk tengok keadaan mata Aufa. sorang doktor perempuan yg titik ubat semalam dan sorang lagi Specialist mata (perempuan jugak) yg nampak umurnya dalam 40-an. Diorang check mata aufa dan bgtau kamii tak perlu bimbang coz saraf mata aufa ok dan tak terjejas disebabkan infection tu.. alhamdulillah...


12.15: mama dan baba pandang je aufa yg tengah lena tidur. Tertitis jugak air mata mama yg duk ditahan2 sebelum ni..sampai terisak2.hu2. baba tenangkan mama dan ckp insya Allah takde pe2..hu2.

Dengan hanya dimasukkan air dan ubat ikut tiub, tangan aufa sembab, muka die pon sembab sangat, mcm bengkak je..nampak mcm aufa menahan kesakitan. Badan die jd lembik dan tak bermaya, just baring je, kami nak bawak jalan2 pon taknak, aufa cakap nak tidur..bibirnya menggelupas dan luka walaupun dah dibasahkan dan letak krim................. T_T...
Dalam fikiran mama hanya satu je, nak bawak aufa keluar dr hospital segera. Ibu mana yg sanggup tengok anak jd lembik dan tak bermaya sbb tak makan dan minum sikit je, dan dicucuk sane sini dan dimasukkan ubat, air garam, dan air setiap masa.hu2..mama dah tak sanggup lagi..sedih sangat. baba suh mama sambung rehat je. cuma mama tak dapat lelapkan mata, just baca paper je sambil teman aufa yg still tidur.

1.30-2.00 pm : Kami gilir2 solat zuhur. Aufa pon still tidur lagi..lepas tu kami gilir2 makan tengahari lak. Lama jugak aufa tidur kalini. Then nurse datang masuk check BP dan temperature aufa. Pastu masuk nurse lain masukkan ubat antibiotik kat line di tangan Aufa. die check lengan aufa yg nampak bengkak. die pesan kalau lengan atau jari nampak lain atau besar segera panggil nurse coz ubat2 yg dimasukkan ke dalam badan aufa skg ialah ubat yang kuat. jika aufa ckp sakit ke kena gtau nurse segera. kami angguk tanda faham. jd setiap mase kami check keadaan lengan die.


3.00 pm: Aufa terjaga, menangis2 lagi...kuat pulak kalini, Mengamuk lagi..hu2...tak terkawal pulak, duk tarik wayar sambil sebut sakit2....baba suh mama segera panggil nurse sambil baba kontrol aufa. Mama segera panggil nurse mintak tolong buangkan wayar air sekejap sbb aufa mengamuk tarik2 sampai nak terbalik mesin tu. 5 minit kemudian nurse datang dan kami bgtau nurse yg aufa asyik sebut "sakit" sambil usaha tarik wayar kat tangan die. Nasib baik nurse sangat baik dan memahami, die cakap kalau sakit kena buang dulu la jarum di tangan. dan nurse secara berhati2 buka balutan tangan aufa dan tarik jarum perlahan2..seriau tengok jarum line yg panjang tu.mane tak sakit kan..mestila sakit.Mase mama aufa dulu kena cucuk ngan jarum tu untuk masukkan air rasa tak selesa sangat2.hu2..Alhamdulillah jarum dah dibuang, aufa nampak lega sikit dan tangan dah bebas bergerak cuma aufa still nampak kekok bile balutan dibuka. hehe2, dah terbiasa lengan dibalut dan dicucuk jarum 2 hari dah. Cuma nurse cakap sekejap lagi doktor akan cucuk balik jarum tu sbb aufa still kena masukkan air dan ubat.


Huhu..resah hati dengar bile nurse cakap mcm tu. hm...aufa still trauma dengan cucuk line semalam, nanti nak kena cari line baru lak kejap lagi...sangat2 susah hati mama dan baba. Mama cakap kat baba nak bawak aufa keluar sebelum doktor cucuk balik lengan aufa. baba pon setuju jugak coz memang seksa bile aufa mengamuk tatkala jarum ada di tangan, susah nak kontrol, takut tercabut jarum tu.hu2..lgpon bile dimasukkan ubat aufa nampak tak aktif langsung, muka sembab dan tak bermaya..lgpon kami tengok bawah mata die dah ok sangat2, cuma mata bengkak sbb menangis je la, and, as her parents, we know her more...memang die ok,cuma skg die seolah2 trauma dan takut nak keluar bilik..die nak baring je, even nak bawak ke toilet nak salin pampes pon die ngamuk2 taknak, terpaksa salin atas katil ke. Myb die rasa bile baring atas katil die lebih selamat dan x terseksa lagi.hehe.mungkin kot.


4.00pm: Sebelum doktor datang baik untuk ambik aufa ke bilik suntikan, baba cepat2 jumpa nurse dan mintak emergency leave..maknanya kami nak discharge waktu tu jugak. Nurse cakap die akan bgtau doktor. Doktor datang masuk dan nyatakan ketidaksetujuan (ade ke perkataan neh?hihi) beliau. Die explain yg aufa still kena continue dengan antibiotik dan drip air serta air garam sbb tak makan dan kurang minum. Kami memang bertegas nak bawak aufa keluar jugak dan bg je alasan yg agak kukuh. Finally, she understood dan bgtau kami kena sain borang discharge tanpa persetujuan doktor. Hehe. takpelah, tanpa persetujuan pon, 10 dokumen pon sanggup nak sain.hihi..memang dah tak sanggup tengok aufa lembik mcm tu dan mengamuk dlm keadaan separuh sedar d bawah pengaruh pelbagai drugs. Lgpon skg aufa mmg tak demam langsung, bengkak bawah mata pon xder cuma tinggal kesan nanges je. mama dan baba yakin aufa dah sihat cuma dr segi psikologi, masih trauma dengan prosedur yg terpaksa dilalui sebelum ni..ye la kan, sebelum ni sihat walafiat, tibe2 masuk wad dengan kena cucuk sane sini..hu2..sian anak mama, takpe, Allah bg nikmat sihat, dan Dia jua yang bg ujian sakit..maka bersyukurlah dengan apa yang ada..


5.30 pm: setelah dengar penjelasan dr doktor tentang risiko2 segala dan kami dah sain tandatangan nak discharge without their advice, akhirnya aufa leh keluar wad! Yeay! cepat je mama setelkan kemas semua barang. he2, kami la rasanya manusia yg bawak beg paling banyak masuk wad. almaklumla kan, first time anak masuk wad..ha2..lawak bile terfikir, ada 2 beg baju yg besar, dan dua paper bag besar letak susu + makanan. lgpon, tukang bawak barang dr rumah kan Mr Hus coz mama memang tak berpeluang ballik umah langsung pas aufa masuk wad, die tak tahu nak pilih mane satu baju nak bawak utk mama dan aufa so beliau bawak banyak terus. semua makanan dari umah pon beliau bawak..hehe..lawak ler baba. then kami setekan urusan discharge. Mr Hus punggah barang2 dulu masuk kereta (2 kali turun naik tingkat 8 sbb barang banyak..he2), then kali ke 3 naik baru Mr Hus dukung Aufa yg tengah lalok dengan kesan ubat. kami turun dengan hati yg lega dan lapang sekali. Finally berakhirnya penantian yg tak sanggup nak tunggu...hu2.



                     3 mesin yg suka buat bising (hehe)..satu untuk drip air, satu drip air garam dan satu lagi untuk ubat antibiotik dan ubat lain.

                    

6.00pm: Masuk je kete, aufa terus aktif! jika dibandingkan dalam wad td mata lali je dan nak bangun pon x dapat. Bile dalam kereta duk lam carseat takmo tido pon beliau..hehe. siap nyanyi2 lagi dn leh sembang ngan mama dan baba. Kan? perangkap psikologi bile duk lam hospital die mcm tak bermaya, masuk je kete terus aktif. kami pon terkejut dan kami yakin keputusan bawak aufa discharge adalah yg terbaik. nampak aufa happy sangat..die dah nyanyi2 dan tepuk tangan dalam kereta.

6.30pm : Home Sweet Home! tak sangka baru dapat jejak kaki ke rumah balik.. sangat happy! Aufa pon sama. terus nampak sihat. Masya Allah=) Alhamdulillah....... dan paling menggembirakan mama, aufa terus mintak susu. Bayangkan, selama 3 malam dalam wad tak pernah die mintak susu, malah kena pujuk2 untuk minum susu. Mama buatkan susu bio lac + milo kat aufa secawan penuh dan habis die minum. Alhamdulillah. then mama terus masak lempeng (coz fevret aufa), simple je, dan hidangkan kat aufa..terus die makan sebiji lempeng tu. Ya Allah, berbunga riang hati mama. kat wad sikit pon x nak makan..bg ape pon semua die reject. kat rumah relax je makan. hu2. pas siap makan lempeng aufa request nak "ayam upinipin" hihi..jd mama layankan je, keluarkan ayam dr peti untuk masak kentucky buat aufa.



selera makan roti canai keesokan hari pas discharge! ^^,


Jd benarlah assumption kami..even kesihatan aufa sebenarnya dah pulih tp psikologi yg buatkan die tak lalu makan, tak nak minum, dan mengamuk2..jd ye la, selagi tak makan tak minum mane leh keluar wad kan. tapi bile kat rumah Alhamdullillah sangat2 selera makan aufa dah ok. cuma kena beransur2 pulihkan aufa dr trauma kena cucuk dan prosedur check saraf mata yg buatkan die mcm trauma dan mengigau..

Skg alhamdulillah..harini dah lebih 2 hari aufa discharge, kesihatan aufa amat memberangsangkan. Bengkak mata takde dah alhamdulillah, mata aufa kembali bulat mcm dulu^^, selera makan bertambah2, susu pon dah minum mcm dulu (sejam sekali 6oz), pastu minum air masak, air milo, makan nasi sampai 2 pinggan. syukur sangat. Aufa dah ceria. walaupun malam2 ataupun tatkala tido siang kadang2 die mcm mengigau dan mengamuk daam keadaan separa sedar tp still leh kontrol.. hanya doa, bacaan quran, solat hajat yg kami boleh lakukan semoga Allah memberi ketenangan minda, ketenangan hati dan fikiran buat anak kami dan moga sentiasa di bawah lindungan Allah. tamatlah episod berendam air mata.........semoga pengalaman kalini mematangkan kami, dan memberi satu pengalaman baru sebagai ibu bapa..syukur ya Allah=)

Notes:
Diagnose-
Reason why aufa kena admit ward bukan coz chicken pox, kate doktor chicken pox is something normal dan lg baik kena waktu kecik dari mase dewasa sbb adult's punya chicken pox's disease several times more severe than child. 

Aufa got admitted becoz of secondary infection..namely (yg doctor tu tulis)-"Bilateral eye preseptal cellulitis"

Encik google cakap:-


Infection of the superficial eyelid & periorbital structures anterior to the orbital septum.
Usually caused by local spread of bacterial infection from the adjacent upper respiratory tract (especially paranasal sinuses) or extra-ocular structures or from local trauma including insect bites.
It is more common in younger children – average age 2 years.
The causative pathogens are Staph aureus, Strep pyogenes & Strep pneumoniae. In partially immunised or unimmunised children consider H. influenzae type B

Clinical features of preseptal cellulitis:
  • Redness & swelling of the eyelid and adjacent soft tissues including onto the forehead – the eyelid may be swollen closed.
  • Associated with pain & tenderness (itchiness and absence of pain suggests local reaction to an insect bite)
  • 95% cases are unilateral (bilateral involvement may suggest other aetiology: viral, allergic or generalised oedema)
  • Conjunctivitis with a thin or purulent discharge may be present
  • Systemic upset is unusual
  • Pupils are equal & reactive
  • Full range of pain free eye movement
  • No proptosis
  • Normal visual acuity



    My sister (aufa's auntie) yg study medicine kat Egypt cakap mcm ni:-

    some cases of Varicella(chicken pox) are complicated by 2ry infection of skin,pneumonia,or cerebellar ataxia...Acyclovir(antiviral drug) not used in all cases, but indicated in following conditions: 1)immunocompromised ptt (maksudnya if ptt imuniti die mmg tak kuat utk lwn virus tuh) 2) opthalmic zoster 3)varicella complicated by pneumonia 3)neonatal infection. Cloxaxillin is members of penicillin used for ttt of staphylococcus infection,given orally.cellulitis caused by streptococcus haemolyticus,spread of infection is common. 




    sedikit sebanyak info pasal sakit aufa haritu^^,


    alhamdulillah Aufa dah sihat! ^^,