Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, September 4, 2012

lagi kenangan raya + sambutan besday + kenduri kawen2012 di kampung (1)

Gambar2 kenangan..upload siket2 lama2 jadi bukit...hihi..

selain raya, kenduri sanak saudara juga meriah dengan ramai orang..mcm2 design pelamin ada.hihi

 Majlis sambutan besday orang sebenarnya nih tp x taw tibe2 aufa tumpang sekaki jd besday girl lak, die lak jadi tumpuan.hehe..


                  Jalan2 shopping pd malam raya ke-2 setelah penat beraya..


                               Kat majlis akad nikah..di masjid Besar machang




Monday, September 3, 2012

Assalamualaikum….Home sweet home^^,


Alhamdulillah akhirnya petang kelmarin selamat sampai di Selangor kul4 petang, 7 jam perjalanan dr Kelantan..jadi lama siket sbb 2 kali berhenti untuk basuh poo poo aufa dan solat.hihi..

Rindu rumah sewaku di sini=) nasib baik la tak sepah sangat walaupun orang tu jd bujang seminggu duk sorang2.=p

Kelas sem1 untuk 2012/2012 akan start next week, ingat nanti esok nak start hantar aufa kejap2 kat umah pengasuh, dah dekat 3 minggu dah tak jumpa pengasuh sejak cuti raya dulu=) biasanya aufa ok je kalau jumpa nenek=)

Sampai umah semalam, lapar sangat rasa..nasib baik ma dah bagi bekal sbb makanan basah tak beli pon lagi..orang tu duk seminggu tak masak katenyer.,beli je..hehe..jd takde lauk..panaskan bekal ma bagi je. Aufa pon makan banyak nasi dengan lauk sup. Pastu kami masing2 kepenatan tido sampai kul6.hehe.

Malam semalam Kak  Ipa jemput makan2 nasi arab kat rumah Kak Ipa di Kepong sempena sambut besday my Hubby (bertuahnya besday boy sambut besday 2 kali), Alhamdulillah^^ rezeki lagi, takyah masak utk makan malam.hihi,lepas isyak kami go…yeah yeah, bestnya makan nasi arab dengan lauk kambing..sedap sangat daging kambing tu, leh order lagi ni. Aufa happy dapat jumpa pak lang, pak su, pak ngah dan mak ngah die=) sebelum tu mase petang after bangun tido aufa nanges2 sbb teringat kat kampong (agaknya) sbb die mula rasa lain duk umah takde orang kan. Kat kampong kan ramai sangat melayan aufa, tiap2 hari main, tiap2 petang naik motosikal, tiap2 malam sepupu2 mama datang main ngan aufa..tapi tiba2 die tak dengar suara sape2 melainkan suara mama dan baba dia..terus die nangis..sebut “ayah cu..” “Tok Ayah..”..pastu sebut “nak..nak..” tak tahu nak ape..agaknya die nak cakap nak balik kampong kot. huhu.. tapi Alhamdulillah pagi ni die dah ok, bangun pon sengih2..biasela, nak adapt balik suasana Bandar after 3 weeks dah duk kampong..seminggu kat kedah, hampir 2 minggu kat Kelantan.hihi.

Cuti after raya baruni dipenuhi undangan2 kenduri kawen..ramaiiiiii snagat kawan2 mama aufa kawen. Kenyang perut suka hati.Tahniah buat yang mendirikan rumah tangga baru2ni.Barakallahulakuma wa Baraka ‘alaikuma wa jama’a bainakuma bilkhair..


*berhenti sekejap sbb daging rebusku atas dapur dah kering* masak daging goreng kunyit.lalala~


Ok, sambung…

2Hb 9, which is kelmarin kan harijadi suami tersayang i..*geli ke?* haha.

Jadi sbb kebetulan suami ada kat Machang, sanak saudara semua ada mama Aufa rancang nak sambut Sabtu malam tu sbb Ahad pagi kami dah nak bertolak balik KL. Alhamdulillah, tak sangka, perancangan saat2 akhir menjadi jugak. Ma dan Kak Na serta adik beradik lain sangat lah sporting. Cayelah! Mama aufa gtau ma nak beli KFC dalam 50 ketul dan kek sebiji, nak sambut besday Mr Hus, pastu ma cakap ok la, nanti ma top ngan mee goreng kebetulan dah beli mee mentah 4 bungkus..pastu kak Na cakap rugi je belik KFC baik goreng sendiri dapat lagi banyak..pastu mama aufa fikir ye tak ye jugak kan, beli ayamn 2 ekor tak sampai 30ingget je, then kak na nak tolong buat rempah goreng ayam yang best sebijik mcm kfc..resepi die lain kali lah post.haha. tapi memang best la ayam goreng tuh. 2 ekor ayam tak cukup malam tu, habis licin…..^^ Family kami memang besar, ramai yang datang masa jamuan malam tu, dalam 5 family jugak yang memenuhi rumah. Best! Meriah sangat sangat sangat.=) Nanti akan ada entry khas jamuan besday & raya nanti. 


Ok lah, sampai bertemu kembali=) nak g masak sayur kangkung pulak, Mr Hus nak bawak bekal bukak puasa.hehe..tata..

Wednesday, August 29, 2012

hehe..kat kampung lagik

Assalamualaikum wbt..

mengambil kesempatan menghapdet di cc, sambil2 nak check result short sem sebenarnya tp tak keluar lagik.. hik2

kami 2 beranak di kelantan di, tengah bergumbira di sini sementara mama aufa cuti lagi sampai 10hb 9, tapi dengar kate Mr Hus nak ambik kami dah hujung minggu ni, minggu depan ade sekolah ganti katenyer...isk isk T_T

Tp rindu gak kat umah sewa kami d Gombak nun. ntah macama dah skg, ritu tinggal nak balik raya licin lemun kemas cantik2 tapi ditinggalkan kepada mr Hus mesti feeling2 bujang seminggu anak & istri tersayang takder kan.hehe

Hm.. Aufa, kalau balik kampung memang tak ingat mama, duk main 24 jam. ramai sangat yang melayan, tambah2 lagi kat kelantan ni ramai sepupu2 mama yang kecik2 duk mengasuh die, senang eden nak wat keje..nak masak, nak mandi, basuh kain. nak tido pon boleh.haha. kan best kalo kat kl pon ramai yang jaga aufa kan.hihihi..

Gambor nak penuh dah memory card amik..gambo beraya sakan pon ado.. tapi takleh nak upload ler kat cc, tak bawak usb pom.

kat rumah ade jer internet ikot samsung note guna Digi internet kami punya tapi lambat ler nak bukak..slow jer, tak besh sangat sangat..so mai cc ler laju siket internet.tp jarang2 lah mai cni, dekat jer ngan umah.

kami pon sempat g ekspo Fun & Fair kat area dekat umah kami baruni. naik Roller coaster, ketapi, macam2 lah. barang pon murah2 untuk membankrapkan diri sendiri..hihi^^,

Ehem2,,.2hb9 ni besday my Hubby, ingat nak wat seprais tapi awal2 lagi die tanya td dalam msj, besday die nak bg hadiah ape. ceh. ilang seprais. Haha. ingat nak wat kek sebijik. kalo rajin.kalo tak beli la kat kedai, tapi kek kat kedai siyes tak sedap,muak je makan walopun cantek.. kalo order  ngan orang lagi best. Kek red velvet kak Ilot sampai skg Mr Hus duk sebut suh order lagi .sedap sangat2.. hihi, tengok la nanti lenkali insyaAllah..

Tak tao lagi nak sambut mane besday Hubby ni, kat kelantan or kat KL..kalo sempat sambut sini je, kalo tak, kami sambut kat sane sambil2 wat open house raya kan. tapi feeling2 bajet takder habis utk raya.haha.

oK lah, nak balik dulu..ntah macamana keadaan aufa kat umah duk ngan mak-mak bapa2 sepupu die.hihi. Babay...

Monday, August 20, 2012

Aidilfitri kami sekeluarga 2012

Assalamualaikum warahmatullah..

Sebulan puasa sudah berlalu, menghantar Ramadhan pergi dengan rasa berat hati..Ya Allah, tahun ni rasa cepatnya sebulan bulan puasa! perasan tak cepat sangat? huhu. Ma citer kala mase ma puasa dulu dari pagi ke petang tu masa memang panjang dan lama sangat. Masa mama aufa dulu2 pun memang rasa lama je puasa dari pagi sampai petang tu..minit ke minit, jam ke jam, asyik tengok jam je tunggu berbuka..hehe..tp skg tengok2 jam rasa terkejut,eh?dah nak berbuka?Sekarang semuanya sudah cepat,kan?betul ke ni antara tanda2 kiamat? Ya Allah.............T_T




Sehari sebelum raya, pagi2 lagi mama Aufa bangun pukul 4 a.m, barang dah hampir 80% setel kemas semalam tapi still ada yang baru nak sumbat masuk beg.hehe. Pukul 4.30a.m gerak Mr Hus sbb die nak ambik Pak Su (adik) kat Kepong then bawak umah kami sbb nanti kami nak balik same2 ke Kedah. Mama aufa ekspres je masak sahur, memang kalut sangat sangat sangat mase tu.huhu.  Dengan masak sahur, dan masak utk bekal aufa makan dalam kete..pastu basuh segala2 periuk pinggan etc sbb nak tinggal umah seminggu kan. Then pecut mandi manda dan sahur terlebih dahulu sementara tunggu Mr Hus dan adik die sampai. After diorang sampai, diorang terus makan sahur dan minum2, pastu punggah barang2 masuk kete. Barang kami macam nak balik kampung sebulan.hehe. Lepas subuh, dalam kul 6.30a.m kami dah gerak dari rumah.

Jem memang jem la jalan, walaupun kami bertolak di awal pagi. Perjalanan yang biasenye 5 jam dah jadi 8 jam. Alhamdulillah, dalam zuhur kami selamat sampai=) Subhanallah, cantik dah rumah Tok & Wan. cat baru, luas, ada tiles, warna ceria, aufa masuk2 terus g pusing rumah. seronok nampak, ye la, umah sewa kami kan kecik je.hehe. Rumah Tok & Wan dah jadi rumah teres berkembar setelah anak2 beli rumah sebelah untuk disambungkan^^

Malam raya, sebenarnya kami baru nak g cari baju jalan2 raya utk aufa memandangkan die baru ada sehelai baju jalan2, yang lain baju kurung dan jubah.he..sambil2 nak cari tudung raya ke2 mama dan seluar baba. Maka malam tu kami ke Billion Sg Petani..ingatke sempatla balik awal nak  membungkus ketupat tp terlekat kat jem dan ramai sgt orang kat Billion T_T. Malam tu, geng2 lelaki kemas umah dan geng2 mak2 dara wat keje dapo.. After siap keje dapo, mama aufa terus gosok baju raya kami bertiga, akhirnya semua setel dan pukul 2 pagi jugak la dapat terlelap.

Subuh2 lagi after solat cepat2 mama aufa ke dapo utk persiapan memasak rendang membantu Tok Umi. Alhamdulillah walaupun Tok Umi kurang sihat tp Allah masih kuatkan Tok Umi untuk beraya bersama2 kita=)

Siap memasak rendang dan siapkan barang2 mee sup Tulang n menanak nasi, mama terus mandikan Aufa dan pakaikan dengan baju raya^^ Comel anak mama solehah ni walaupun baju raya agak ketat,huhu. Then mama sambung susun2 pinggan etc dan terus mandi dan bersiap=) Diorang dah pergi solat raya, aufa, Tok Umi dan Mama je ada kat rumah utk persiapan last makan2=) then baru mama aufa dapat bersiap sepenuhnya. 

After semua balik solat raya, sesi bersalam-salaman di aidilfitri. Aufa seronok dapat duit raya=) kami sebenarnya buat queue utk salam, tp aufa potong queue..hehe..*ups.mama dapatduit raya jugak la* haha.


                                             bersama pak lang yang rajin layan aufa.

Then sesi bergambar2 sebelum makan. Macam biasa, awal2 aufa ok lagi, lama2 die dah mula mengamuk sebab mengantuk, Yela, awal2 after subuh lagi die dah bangun teman mama kat dapo.huhu. Lepas ambik gambar, makan2, then kita semua macam biasa akan ziarah kubur Tok nek & Wan Tok di Kuala Ketil, tp sebab cuaca panas dan aufa tidur, mama temankan aufa dalam kereta *mama pun tumpang tido sekaki sbb mengantuk sangat* lepastu terus balik rumah..agak lewat dah sampai, dalam pukul 2.30, takda perancangan beraya ke mana-mana harin sbb Tok Umi pon kurang sihat..jadi semua terus balik ke rumah. dalam kul 3.30 ada tetamu datang beraya..^^

Petang sempat kami ziarah rumah Tok Nek (ibu kepada Tok Wan) yang rumanhnya beberapa minit je dari sini..seronok menjamu selera dengan macam2 juadah..lontong, ketupat, rendang, kuih muih, semua ada..=)
aufa setelah pulang dari beraya umah tok nek, berkejar-kejar sebelum dapat masuk kete.hihi. Bergambar kenangan depan kete baba yang dah tukar sport rim baru sempena raya (cayelah baba*)



Raya ke-2, which is hari ni, pagi2 mama bangun masak mee goreng, then kami sarapan sama2.. after that, rehat2, then mama aufa masak Nasi hujan panas untuk makan tengahari (special request dari Tok Umi). Kak Ipa (kak ayu) buat laksa penang untuk tetamu, nasi hujan panas tak cukup..hehe..sempatla mama aufa masak ayam masak merah dan daging kurma sambil2 ada tetamu datang berpusu2 tadi.huhu. Alhamdulillah,,sampai malam pun tetamu still datang jd kami tak dapat nak g beraya ke mana-mana. hihi..takpe, insyaAlah esok lusa masih ada..Aufa dapat banyak duit raya, sukanya dia^^,

Cadang nak balik esok (raya ke-3) kelantan tapi sbb kami tak sempat nak ziarah rumah saudara mara lagi jd myb tangguh balik kelantan lusa insyaAllah=)

Hm..raya tahun ni aufa dah 2 tahun, dah pandai sembang2 dengan tetamu yang datang, pandai ucap terima kasih bile dapat duit raya, pastu suka join tetamu minum air dan makan biskut.huhu.kadang2 tak terkawal jugak mama pemakanan aufa di musim raya ni^^ orang makan die makan,pastu jarang dah tido..bile dah tak cukup tido, mcm2 kerenah manja comel yang dapat dilihat.hehe. Mama selamba je, seronok sbb kat sini ramai yang tolonng jaga dan main dengan aufa sampaikan memang die tak cari mama langsung. Bile nak tido baru panggil mama.^^


      Aidilfitri 2012 kami sekeluarga^^


Apepun, Salam 'Eid Mubarak kepada semua ahli keluarga, rakan2, pembaca blog dan semua^^ TAQABBALALLAHU MINNI WA MINKUM.. 

MAAF ZAHIR DAN BATIN^^

AssalamualaIkum warahmatullah

Friday, August 17, 2012

Raya kalini dan persiapannya

Dah hampir setel sepenuhnya..

persiapan aufa 100% setel.

Mama aufa 90%

Baba aufa same 90%

Tudung peach labuh je mama aufa belum jumpa yang sesuai lagi, tapi takpe sbb raya 1st kami berkelabu-kelabuan..raya ke 2 baru pakai peach.hihi. setakat ni g tengok2 takde yang berkenan di hati, jubah peach dah ada. Baba aufa tinggal nak cari kasut raya je.



 kasut mama Aufa, feeling2 kasut artis kan.hehe. tak biasa pakai yang bertumit tapi kalau tapakl lebar tinggi 2 cm macam ni bolehla feeling2 try..Beli kat Kedai kasut ape dah..lupa..mase offer 30%.



            Kasut aufa pon ade offer jugak. jimat duit..hehe..aufa sayang sangat kasut ni sampai mase try die taknak bukak dah.



               Baju2 raya Aufa..tahun ni ada 7 pasang, (2 pasang lagi mama aufa tengah nak jahit manik,takde lam gambar)  Kalini 1 pasang je tempah, 1 pasang beli, 1 pasang ambik taon lepas punya (sbb baru pakai sekali) dan 2 pasang lagi mama aufa jahit sendiri.lenguh tangan2 sbb takde mesin jahit..(hint utk baba sbg hadiah besday nt.hehe)



                  Tudung raya Aufa...3 helai wana kelabu, krim, dan oren..tapi yang warna krim tu die dah pakai banyak kali sbb die suke.



    baju dan tudung raya beliau=)