Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, November 14, 2011

Criminal minds

My favourite movie is now available! hehe=)

oh.nelson mendela, derek morgan..........lalala~

dah lama tunggu siri ke 6 citer Criminal Minds ni.

citer die sangat2 best , anggota penyiasat yg cekap, jenayah yg kejam dan unik (hehe..) serta yg paling penting penuh ngan saspen.

ni memang fevret mama aufa la.. so Aufa, pukul 10.30 sampai 11.30, bg peluang kat mama berfoya2 depan tv jap. aufa main ngan baba, kalau baba tak balik lg, aufa main sorang2. hahAAhahaA..

kalau sesape nak tengok jugak leh la..kat 8TV, pukul 10.30 setiap hari Isnin..

hm. ni citer bersiri.

kalau movie dvd tuh, i like citer Saw1,2,3,4, dan last sekali dh tengok saw7. (sile jangan tengok sambil makan nasik).. lg citer Final Destinanation 1,2,3,4, dan baru ni last yg 5. (ke ade yg baru lg?tataw..).antara citer seram lain yg best ialah Frit Vilt (bahasa Jerman), Wrong Turn (uwekkk..ngeri..!..), lagi Halloween, Scream4, lagi..ape ye? tak ingat dah..nanti la ada entry khas pasal cd2 mama aufa yg tak habis2 suke citer Thriller dan hORRor.wuuu....hihihi.........=) 

bile dah on dvd tuh, sesape pon takleh kacau dah...biasenye tengok mase aufa tido sbb kalau aufa tak tido memang tak bukak dvd/ laptop pon. kalau tak, mam aufa mengalami tekanan yg besar amat. On tv je untuk di lihat gitu2 jer.


ay.. dah jauh merapu lak. padahal tengah taip esaimen nih. taip sambil tunggu citer Criminal Minds pukul 10.30 jap g. hoho. aufa dh tido kul 9.30 td.. sampai pg esok dah tu... entah la skg kalau die merajuk MashaAllah, susahnya nak pujuk.........dilempar2 barang pulak....style baru..sabar je la sambil pujuk die..kalau cara pujuk tak kena jugak mama aufa diam je sambil tahan perasaan marah. memang la kena banyak bersabar la bile anak masuk umo setahun lebih ni, macam2 perangai dah die dapat explore. huhu. takpe, solehah, solehah....=).aiyy..setiap kali nak marah aufa, mesti terfikir, "nak marah ke , nak pujuk..?" mesti duk sebut2 banyak kali lam hati. then istighfar..ingat balik anak ni anugerah Allah, die tengah nak membesar.. jd diam je la. huhu. kdg2 terrrrlepas jugakkkk suara lantang bergema ni sampai terkejut si kecik tu, pastu menyesal pulak bile dh terrrmarahhh..hua hua hua. tu la kan, yg masuk paper dera2 anak tuh sbb tak sabar, mama aufa faham sgt mcmana..memang kena control diri sendiri bile hadapi anak2 yg mcm2 kerenah ni, kalau tak habis la bile syaitan dh merasuk diri. huhu. . setakat ni mama aufa tak pernah lg la naik tangan kat Aufa, (tak tahu lg future macaman..huhu T_T..) rp kalau terrtinggi suara tu memang dah terrrlepas banyak kali jugak..tu pon mase keletihan, kelaparan, mase penat jaga anak sorang2 waktu suami balik malam2..gitu la.. doanya moga Allah kurniakan kesabaran yg tinggi buatku dan para ibu bapa di luar sane......^^

Saturday, November 12, 2011

first tudung bulat untuk Aufa ~^^,~

Assalamualaikum wbt~~~

mOOd hati beRbungA2..

lepas dapat siapkan sehelai tudung bulat untuk aufa.

sebelum ni, semua tudung aufa dibeli di kedai, hehe=D bak kata baba, mama wat koleksi.

dah dekat 7-8 helai dh tudung aufa mama beli sejak aufa umo 5 bulan lagi. sampai la skg umo aufa 15 bulan, mama suke add colection tudung aufa. rasanya dh cukup kot setakat ni.kdg2 beli sbb nak matching kan dengan baju.hihi=)skg disimpan kemas dan aufa pakai kalau nak keluar ke mana2 dan jalan2.

oh~ bile dapat jahit sehelai tudung labuh bulat utk aufa, suke sangat rasanya. comel je bile si kecil pakai.

mama beli kain ni kat UIA, sebelum tu cari kain coshibow memang niat nak jahitkan tudung bulat utk aufa sehelai dua tp takder, bile jumpa sehelai ala2 coshibow mama beli dan potong bulat terus jahit. lepas jahit, kelim tepi. then tak sabar bg aufa cuba=) haha. aufa dah rasmi dah pon pagi td masa mama bawak aufa pergi Giant beli sayur dan barang dapo. mcm biasa, baba ada majlis anugerah pelajar2 kat sekolah, jd mama dan aufa je shopping bagai. siap bg aufa main kereta dan taman permainan dalam tu lg. dapat upah belon sebijik.haha.

                        assalamualaikum semua=) tudung pertama hasil air tangan mama tersayang~ 

                     tengah tunggu mama belanja kfc. hihi, aufa la teman mama ke mana shj bile baba takder..mama dah la kaki jalan. so aufa pon terikut2 tak lekat kat umah.=) alhamdulillah, naseb baik baba baik, bagi kite keluar sama2, tp tempat dekat2 je la dan paling penting utamakan keselamatan(^^) insyaallah..

doa buat ayah

assalamualaikum puteri yg dikasihi Allah.



mama dikhabarkan dengan berita Tok Ayah aufa yg kurang sihat. Aufa, ayuh tadah tangan doakan kesihatan dan kesembuhan buat tok Ayah.





Allah, Ya Shafii. sembuhkan ayah. amiin Ya Kariim.

...mohon doa semua.. 

Wednesday, November 9, 2011

Aidil Adha 2011

Assalamualaikum warahmatullah~

quick update..penat baru sampai dr kampung d sungai petani belum ilang lg..sampai semalam dekat zuhur.hehe.barang2 belum 'ter'kemas lagi.naseb baik la tak jem.alhamdulillah,tu pon sbb balik hari selasa.









raya tahun ni di Sungai petani, umah Tok umi & Tok Wan aufa=) tok wan skg berada di Makkah bersama pak su shafid menunaikan ibadat haji. insylh bulan 12 ni mereka kembali ke tanah air. hehe, jd kami balik ke sungai petani temankan Tok Ummi aufa. aufa rindu kan tok Wan tak yg sayang kat aufa sangat2? selalu sebut "Waaan" bile diminta sebut. boleh panggil "Tok" dengan jelas dan kiut.hehe. memang penghibur la kat sana. di sebelah Mr Hus, aufa la paling baby antara 3 orang cucu, yg lain dh besar..jd aufa sangat2 menjadi perhatian dan dimanjakan. happy nya aufa ye=)

oh~ tak sempat balik ke kelantan sbb Mr Hus dh start keje. mama aufa masih lagi cuti separuh sem berbaki 3 hari lagi. rindunyaaaa..=) tp nasib baik dapat makan rendang dan daging jugak.haha=D insyaallah Mr Hus dh janji nanti cuti sekolah kami balik kelantan pulak. yeay!

bertolak dr KL ke sungai petani hari Sabtu lepas2 Subuh lagi. sampai dh Zuhur, sampai2 ja nampak tok Umi sedang bungkus ketupat, jd aufa excited sangat nak tolong. haha.belum ape2 kami dh bungkus ketupat sudaaa=) seronok tengok  ketupat 3 segi menjadi.aufa main daun palas je la. dah bushuk2 da pon, so mama tolong potong2 perut lembu yg dh direbus utk di buat air asam.waaaa..sedapnya perut lembu=) setahun sekali je rasanya dapat makan perut lembu nih. hehe. berselera makan tenghari tu. then malam biasala, preparation utk masak2 raya haji esok. lepas siap tolong2 kupas bawang, mesin halia lengkuas, basuh2 semua, ngantuk dah.kepenatan, aufa pon tido awal. jd sebelum tido sempat la gosok baju raya.

keesokannya, mestilah Raya Haji! aufa pakai baju baru. mama dan baba pakai baju yg dah ada. hehe. orang duk bz nak g solat raya tp mama dan kak ipar bz lagi di dapur utk last preparation menjamu mihun sup tulang.alhamdulillah nasib baik sempat jugak walaupun agak kalut. hehe. aufa lak meragam sbb asyik kena tinggal ngan mama wat keje.. jd pengasuhnya Kak Long anis dan kak alya je yg temankan.

Takbir raya bergema. aiseh.teringat kampung la pulak. mesti meriah dengan lembu2 yg diikat nak kena sembelih. haha. di sini takde scene mcm tu, sbb kwsn perumahan, tp takpe, dapat tengok daging lembu yg dah dipotong pon takpe. kih3..

lepas mandikan aufa siap berbaju kurung dan bertudung bagai, mama la pulak mandi. naseb baik sempat seblum orang balik semayang raya. duk kalut ngan aufa sebelum tu lambat sikit mandi. tok imam kena la bace khutbah lama2 siket.hehe. lepas tu Tok Ummi, Mr Hus, pak Lang, Pak Long dah balik dr solat raya.. lepas bersalaman2, menjamu selera.



Aufa? ape tak makan. semua makan. Tauhu, mihun sup, kek, ketupat, daging, semua masuk lam perut aufa. haha. risau mama kang sakit perut makan macam2. hehe. takpela aufa, makan je, setahun sekali je kan.

lepas makan, pergi ziarah kubur Tok nek (arwah ayah & ibu Tok Ummi). mase ni aufa tertidur keletihan lam kete jd mama tak turun, baba, pak lang dan tok ummi je yg turun. tu pon sekejap je sbb cuaca panas dan nak g tempat lain pulak.

then, ziarah berhari raya di rumah Wan Su kat Kuala Ketil. makan2 lagi.ada laksa, rendang, puding. ayy..bestnya.. hehe=) minum air ribena~kelas puan jah~. then ke rumah Wan Lang (semua adik beradik umi) kat Kuala Ketil jugak. besar rumahnya.. =) kat sini makan tengahari. lauk macam2..kekenyangan dalam iman.cewah.haha=D

Otw balik, singgah shopping di Econsave sg petani. barang murah2! baju2 baby dan kasut banyak yg comel dan murah . mama bukan boleh tengok benda murah2 ni tp naseb la tak bawak dompet lak. tak terbeli la. baba belanja mainan kat aufa. hehe.
then balik ke rumah kembali. balik2 semua tertidur penat. sampai rumah pon dah asar. Aufa lak nampak super duper penat. padahal die duk main je. hehe.

gitulah cerita aidil adha 2011 tahun ni=) seronok sbb asyik makannnnn je. mama takpe sbb super duper kurus, risaukan seseorang tu yg makin bahagia menambah isi. haha=p

dapat la merasa bagaimana raya di Sungai petani. ni first time sbb tahun lepas raya haji kat kelantan sbb masa tu dua2 Tok Umi dan Tok wan semua kat Makkah mengerjakan Haji, tahun lepas tu wat aqiqah aufa sembelih sekor kambing. meriah sangat2! haha. rindu rindu rindu. tp takpe, dapat pengalaman beraya di kedua2 tempat.yg penting dapat bersama keluarga tersayang~

kenangan raya haji 2010 (aqiqah aufa & majlis korban) @ kelantan.







SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA SEMUA!

Monday, October 31, 2011

Bee Bumble Bee

Alhamdulillah.





Akhirnya mama dapat jugak belikan aufa beg bumble bee yg kiut nih=)
Naseb kat uia skg bukak gerai, banyak la benda2 kiut yg mama suke..tp mama takleh beli semua! Haha. Yg ni satu je…utk yg tersayang…


Haha. Leh aufa pakai jalan2 nanti ye. Tak sabarnya nak tunggu reaksi aufa tengok beg ni.


Hee..harini sepatutnya kelas habis pukul 1. tp sbb exam td, dapat siapkan jawapan awal, dapat balik awal..seriusnya, mama baru study pagi ni sambil2 masak bekal utk aufa (mihun goreng , sup ayam) tp mama sukeeeee sbb soklan tak payah sgt.hehe. kire ada la satu soalan yg buat mama penin siket tp takpe. 2 markah sajork..erkkk??

Ok la, nak makan lunch pulak. Kelas satg pukul 2. pas habis kelas nak teman kan Mr Hus beli kereta sebijik lagi sebagai hadiah dr mama. erkkk?? lagi. Haha. tata=)