Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Monday, April 15, 2013

Turn Aufa pulak kena chicken pox..


Assalamualaikum Wbt

*entry tersimpan dlm document sbb bz x smpat post..p/s-btw, aufa baru keluar wad kanak2 lewat petang semalam.alhamdulillah, alhamdulillah....

Selepas 2 minggu mama sembuh dari chicken pox, dah start buat aktiviti biasa termasuk ulang alik kelas.demam chicken pox dah ilang sepenuhnya Cuma tinggal kesan2 yg belum hilang lagi..tempoh yg sangat2 merisaukan cz dalam 2 minggu ni memang still try to create boundaries dengan 2 org tersayang. Mama memang elak dr sentuh aufa, cayang2 aufa dan peluk aufa..hihi, terseksa jiwa raga takleh cayang2 anak mama aufa dah 2 minggu lebih. My clothes pon basuh asing, sidai asing2, makan minum pon asing2 malah sy mmg elak memasak utk prevention x bg jangkit.hi2.buat susu aufa pon mr hus je, kalau sy buat sy pastikan basuh balik dan lap botol susu aufa bersih2 seblom bg si kecik ni minum.Then masuk minggu ke 3 after my chicken pox, dah mula uruskan aufa cz ye la mr Hus pon bz dah sambung keje malam lepas 2 minggu bercuti dr bertugas tuisyen n imam malam2 cz nak jaga aufa.hihi..

    sehari sebelum kena, aktif mcm biase ke sane ke mari dlm rumah..tolong mama.=)


ISNIN 8/04/2013
Hm..even langkah prevention dah dibuat segala, tp memangler virus Varicella Zoster ni mudah merebak,even bukan melalui sentuhan, melalui angin..so, dah tinggal serumah risiko tinggi. Pagi Isnin minggu lepas, after bangun dr tidur, aufa kejut mama dan cakap “mama, ada bintik kat tangan aufa” sambil tunjuk sebiji bintik air kecik ada kat tepi ibu jari die. Mama yg tengah pejam mata terus bangun tengok dan terus suruh aufa bukak baju dan seluar nak tengok. Memang sangat2 risau mase tu, dan dah syak bintik tu bintik chicken pox. Bile check memang ada 2,3 biji baru naik kat belakang bahu, ada sebiji kat lengan.bintik2 merah mula nampak. Tp suhu badan aufa mase ni normal, belum demam. Mama cepat2 msj Mr Hus gtau yg aufa myb dah terjangkit chicken pox. Huhu.mase ni aufa relax je.lepas mandikan aufa cepat2 buh calamine lotion kat bintik2 tu. Aufa lg la seronok nak join mama sapu ubat siap ckp “meh aufa buh ubat sendiri”.hehe. mase ni die still ceria..^^, oh ye, di waktu umur 2 tahun 8 bulan ni mmg aufa dah fasih bercakap..kdg2 kitorang heran mane die amik ayat2 tertentu. Jd kalau sakit ke ape mmg die dah leh gtau.

Pg ni still x pasti nak hantar aufa ke nursery or tak sbb takut berjangkit ke budak lain. Tp memandangkan bintik baru je keluar 2,3 biji dan mama aufa mmg bz ada kelas harini dan kena hantar esaimen lusa jd hantar jugak la aufa. Petang ambik awal dr biasa, kul 4 dah ambil dan nak bawak g klinik sbb nak dapatkan MC utk Mr hus (sy xdpt mc cz sy study..hi2) cz esok kalau bintik start keluar banyak2 mmg kena kuarantin aufa kat umah je. But, klinik yg kami pergi semua penuh, tengok jam dah lewat cz Mr Hus kena keje malam lak. So kami tangguhkan bawak aufa esok je la. Sebelum g klinik dah belikan air kelapa muda asli utk buat penawar chicken pox..mase mama aufa kena dulu pon minum air kelapa muda memang cepat bintik2 tu keluar dengan banyak..hari ke2 dah start naik kat muka.hi2. Tp dah namanya kanak2, mmg tak suka air kelapa muda asli ni.dah la tak sejuk, tak manis kan.huhu. jd even hari ke3 pon chicken pox aufa naik sikit2 je..hu2..mcm2 cara kami buat nak suh aufa minum air kelapa nan ado die nak minum. Last2 mama dan baba jugak yg minum.he2.


          malam-aufa still aktif walaupun dah start demam sikit..masih baca Iqra' sementara tunggu kakak2 datang mengaji, aufa bace dulu ngan mama^^,


SELASA 9/04/2013

TODAY pagi2 lagi kami ke klinik.. Memang doc confirmkan yg aufa dah kena chicken pox dan mase ni aufa baru start demam tp suhu tak tinggi. Doc bg Paracetamol dan ubat gatal je memandangkan calamine lotion masih ada yg mama aufa dapat dr Hospital Machang dulu. Tp MC dapat sehari je utk harini..doc ckp x dpt bg MC banyak cz anak yg sakit. Ayyo..kedekut MC jugak la doc nie, even kami dah terangkan budak2 kena chicken pox dilarang hantar ke nursery kan selama seminggu..so mak ayah die patot dpt mc nak jaga die kat umah..hu2.doc suh hantar anak ke kampong sementara waktu as the best solution..tp mmg tak la kan,hehe..jauh sgt dan bukan senang nak hantar anak sorang2 ke kampong.hmm redha je cpt mc sehari.hu2.  

Bintik2 dh mula naik kat badan, belakang, peha tp tak banyak. Suhu badan aufa mmg panas.  Mama aufa pon terus g kelas tengahari dengan perasaan berat hati sbb aufa demam + chicken pox. Harini mmg sangat2 bz, kelas sampai petang, dan after kelas kul 5 mama aufa terus ke library utk siapkan assignment nak hantar esok. Mmg mintak mr hus jaga aufa seharian harini cz dah 2 malam kitorang x dpt tido lena sebenarnya sbb gilir2 jaga aufa yg nangis malam2..bukan setakat nangis, tp muntah2, batuk2, tak dapat tido sbb gatal chicken pox nie..hu2..mmg masuk harini hari ke 3 kami semua tak cukup tido, mata pon dah jd mcm panda..haha. so mama aufa duk UIA sampai maghrib, akhirnya esaimen siap,hu2.sebenarnya baru dpt due date esaimen ni dalam 3,4 hari lepas mmg agak kelam kabut ler.tp Alhamdulillah setel jugak. Terus pecut balik rumah. Balik2 je rumah Mr Hus dan aufa takde..aik?mane diorang nii..hu2..

So sementara diorang takde sempatla mengemas dan masak ape yg patut. Dalam setengah jam mcm tu Mr Hus balik dukung aufa, rupa2nya Mr Hus bawak aufa ke klinik lagi sbb tiba2 suhu badan die naik mendadak even dah makan ubat. Dalam emergency mcm tu kredit lak takder so x dpt contact mama.hu2.katenye lg aufa demam sampai menggigil so cepat2 beliau mandikan aufa dan bawak aufa ke klinik dan doc check temperature aufa dah 40 celcius, hampir2 kena sawan dah..dan doc masukkan ubat bontot utk turunkan suhu dengan cepat. Additional prescription doc bg antibiotic. Mama rasa nak nangis dengar sbb mama takder mase tu, dan mmg kalau mama study mama concentrate dan last msj Mr hus lewat petang tanya keadaan aufa dan mase tu aufa ok lagi.hu2. mase ni muka aufa nampak lain, merah menyala mukanya dan mata kiri start nampak mcm bengkak sikit..hu2, mama peluk aufa, sian sangat anak mama. Malam ni berjaga lagi kami utk monitor suhu badan die.mama sejukkan kepala aufa dengan air asam jawa dn tuam tapak kaki die.hu2.


RABU 10/04/2013
                                             mata kiri yg start bengkak...

Morning sayang! =) aufa bangun pagi ni dengan suhu yg makin menurun. Today hari ke 3 aufa kena chicken pox..mama pujuk aufa mandi dengan umpan kolam mandi letak2 bola banyak2 dan guna air suam. Sejak semalam aufa mmg tak nak kena air, myb pedih bile terkena bintik2 chicken pox tu.hu2. akhirnya pg ni aufa mandi dan seronok main air (dah kena umpan yg menarik)..pastu mcm biase lepas mandi letak calamine lotion dan biarkan tak berbaju nak tunggu kering. Tp sampai last die tanak pakai baju. Mmg pon kan, bile kena chicken pox mmg rasa tak selesa pakai baju.hu2. tp something yg buat mama bimbang ialah sebelah bawah mata kiri aufa yg makin membengkak. Mata kanan kurang bengkak. Awalnya ingatke sbb die menangis malam2 so mata akan bengkak tp nape bawah je (eye bag area).hm…risau jugak. Bile mr hus balik try cakap2 ngan die nape mata aufa bengkak ek..mama takut cz infection sbb ada satu lesion yg dah pecah atas batang hidung mcm bernanah sikit tp dah kering. Mama aufa cadangkan g hospital utk check tp mr hus ckp ok kot, myb sbb demam, nanti surut la bengkak tu..hm..so sbb bengkak still nampak tak la besar sangat cuma mata aufa nampak sepet sikit jd tak risau sgt. Malam tu still gilir2 berjaga malam tuk jaga aufa..

keadaan umah sejak aufa kena chicken pox mmg takleh nk ckp ler mcamana..hi2, yg sempat buat masak bubur nasi/sup kat aufa hari2..tu pon kena cepat2 sbb aufa mmg moody sepanjang kurang sihat nie.kain sempat basuh dan sidai tp x sempat berlipat..dah mcm gunung everest dah.hoho..lgpon tiap kali batuk pas minum susu atau mase tido malam mesti aufa muntah balik dengan jayanya..so dengan malam2 duk basuh cadar, comforter, tilam, selimut segala yg terkena muntah si kecik, dah la kena basuh dlm 2 kali cz bau yg susah ilang..sabo je la..he2...mmg dah mcm kedai dobi dah dalam umah. hu2..dah lembik rasanya 3,4 hari dpt tido2 ayam je=) tp xpela, demi anak, selaut kasih ibu, segunung kasih bapa.......^^

p/s-gambar even dh rotate pn still terbalik lagi..ayyo...wat hal lak blog neh.hehe..sory ek

Then, Khamis 11/04/2013…episode aufa kena masuk wad………..next entry…hihi..terpanjang la pulak entry kalini.

Saturday, April 6, 2013

Fasa ke 3 barang adik...=)

Assalamualaikum Wbt...

Alhamdulillah..7 months preggy already.
kalau mase anak sulung dulu 7 months everything is nearly complete, cz anak sulung kan..misi suh start jaga2 7 bulan preggy lg cz ramai yg bersalin awal jugak.
Hi2..so anak 2nd biasenye same dengan kelahiran anak sulung, kalau awal myb awal, kalau lewat myb lewat jugak..jd expect baby ke 2 ni same la ikot due date=) 

semalam sempat keluar untuk melengkapkan list barang baby fasa ke3 pulak..

Fasa pertama baju bajan cinonet + stokin + mitten booties..-setel

fasa ke 2 tilam + bantal golek + comforter + barut + bedung - setel (berjaya jahit sendirian berhad...hi2)

Fasa ke 3 -kelengkapan baby ; kain lampin, kapas, wet tissue, shampoo + minyak + bedak, towell etc..- berjaya setel semalam.

fasa2 yg tak setel lagi: (nak beli mase hujung2 preggy kot^^..)

fasa 4- keperluan mama baby (termasuk produk lepas bersalin- set bersalin Nonaroguy/sendayu tinggi)
         - Electric Breastpump

pastu baby cot, dah survey kat Mybabyworld batu caves semalam, harga baikkkkk punye, paling murah rm700 lebih..bile tengok lam internet baby cot jauh lg murah jd nak beli kat tenet je la.hi2. Mr hus dah bg greenlight suh mama order yg mana berkenan asal harga bawah 5 ratos. oke la. beres, dah jumpa.haha. Mr hus suggest beli 2 biji baby cot, 1 letak kat kampung, 1 letak kat umah kami..cz mama aufa cadang berpantang di kampung, tp bukanke satu pembaziran beli 2 bijik,lgpon rasanya baby awal2 tido celah ketiak mama je.Haha. cuma baby cot penting kat umah kami nt supaya kalo mama tinggal masak ke mandi ke.. adik safe sikit  duk lam cot, kalo x kakak aufa dukung sane sini lak.he2..


lebih kurang camni la baby cot yg mama aufa berkenan..harga lam tenet murah sikit, tp warna bukan blue kot, nak warna yg babyboy/girl leh duduk..mane tahu anak ke 3 , 4 nt kang boy/ girl lak.he2..ada je yg pattern kayu kan, tp kalau kayu tu mcm leh hulur2 tangan, still bimbang kang kakak tepuk2 adik ikut palang lak..so rasanya pattern mcm ni ok siket^^


checkup preggy 27 weeks bile ntah nak wat appointment, still lom decide tarikh..kalini nak start wat appointment ngan klinik uia pulak. dh tak larat tunggu lama2 kat klinik desa tu.hu2..even mama aufa sampai 1st seblom klinik bukak lagi, kul 7.15 dah tercongok depan klinik yg still berkunci, tp last2 setel checkup kul 10 jugak..so yg last checkup haritu ckp dah nak tukar checkup kat klinik lain sampai bersalin, nurse ok je..cume lom sempat cucuk ATT lg.klinik uia punya checkup yg basic je, tp still ok la, paling penting tunggu kejap jer.hi2. ok la, at least dah lepas 2 kali scan dengan klinik desa tu.kire vital stage dah lepas. huhu.. tak sabar lak rase nak jumpa second baby^^, aufa tiap2 hari sebut 'adik'=)

Allah, permudahkan segalanya..Amiiiiiiiiiiiiiin^^

Wednesday, April 3, 2013

~Terpaksa~

Assalamualaikum Wbt

Harini hari Rabu, my MC dah habisssss..doc bg isnin n selasa je. *kedekut* hihi2.

alhamdulillah dah x demam, cuma bintik2 chicken pox comelllllllllllllllll sangat memenuhi muka semua..ayya..

berkira2 nak g kelas harini. Nak g ke tak nak..tak nak ke nak g....

tapi memandangkan MC takat semalam je, terpaksa pergi jugak la, kalo tak dikira ponteng la kan. lgpon memang nak simpan cuti sehari due kot2 ada emergency or tiba2 sakit ke.hihi.. *cewah, simpan cuti mcm keje lak*

harini sepatutnya ada satu kelas je, tp tambah lagi 1 kelas ganti kul5-6.30..

so, kelas pertama start kul2, mama aufa bersiap2 g kelas. even muka mmg tak sekiut dulu *hik3*

Masuk je kelas, lecturer terkejut (Lecturer perempuan yg baik), mama aufa hullurkan surat MC dr klinik UIA, dn die tanya "why r u coming to class, are you feeling well now?"

saya jawab, "i have to Mdm, i have no MC left..hihi.."

Mdm jwb.."You should stay at home until you r fully recovered.."

"Insya Allah i m ok Mdm..=)"

Mdm mcm kesian sangat2 kat saya..hihi.dengan muka penuh bintik2 gigih g kelas kan. banyak kali mdm cakap suh stay je tak payah dtg kelas, she is very understanding^^, katenye mase beliau pregnant dulu pon beliau pernah kena chicken pox, so she kind of understand my situation..she keeps asking about my health n my baby.. terharu T_T...hi2.

td sebenarnya nak jalan pun segan..rasa rendah diri sangat2.naseb baik bawak sapu tangan kecik wat tutup muka sambil jalan.ngeh3...tp sy kuatkan diri. kawan kate tak nampak sgt, nampak comel je.haha..ni pon ada siket2 sy buat operasi buang parut2 nih..gigih blender beras + kulit kayu manis nak tepek2 muka supaya cepat ilang parut..hoho.. kelas ke 2 pon same, kawan2 semua pelik, what happened to ur face? jawab je just recovered from chicken pox...ho2..esok konpem classmates lain lak tanya...aiiiyy..lama gak nak ilang kesan2 nih...hu2..sabo sabo..lgpon next week ada exam jd nak tak nak kena paksa diri datang ke kelas even mcmana keadaan sekalipon.cuma ye la skg petang2 hujan, td pon hujan, kena hati2 sgt supaya tak kena hujan.. 

so operasi skg ialah operasi menghilangkan parut chicken pox.hi2.

Monday, April 1, 2013

Chicken Pox..Ujian & Nikmat dr Allah^^,

Assalamualaikum Wbt..

cuti seminggu midbreak, sy sempat menikmati awal2 cuti midbreak + cuti sekolah. First time dlm sejarah (sepanjang sy study) dpt cuti sesame ngan suami. So awal2 lg  beliau merancang nak bawak kami jalan2 honeymoon. ecece..kan tak sempat honeymoon pas kawen dulu kan coz sy sibuk blaka, tup2 dpt anak, tup2 bz laja takder cuti sekali. skg la peluangnye..so sempatla naik Cameron sekejap..nak jalan2 cari makan kat tempat menarik di Kelate n Teganu tak sempat sbb mama kena Chicken pox..hi2. naseb baik mase kat cameron ritu sihat walafiat..alhamdulillah sempatla jenjalan. tp sy tak kena chicken pox kat cameron, virus varicella tu dh ada sejak sy kat uia lg..terjangkit ngan kawan yg baru je recover dr chicken pox, selamba je sy sembang2 dengan kawan even mase tu die baru sembuh. Ikot dr google, virus tu akan start duk lam badan kite seminggu sebelum bintik naik. so tak syak lagi la kan . takpe, sy tak salahkan die cz sy yg tak ambik langkah prevention..hihi.




                            moment2 besh jenjalan @ cameron.(^^)


pas balik Kelate, duk sehari, badan start demam hari ke 2, heran bintik ape naik kat badan. mule2 merah2, pastu mcm belon air kecik2. Mr Hus balik Kedah cz ummi kurang sihat. kami duk kelate jah kalini sbb minggu lepas sempat balik kedah weekend. So malam Isnin tu mintak tolong kak na bawak g klinik. Konpem, chicken pox..ingatke demam campak je..hu2. Doc at klinik swasta mintak refer ke Hospital immediately coz i m pregnant, risau effect pd baby. so esok tu terus g hospital machang..tp doc kat spital tu relax je, die kate biase jah chicken pox..x efek pregnancy coz i m already 6 months ++ preggy..jd die bg ubat panadol n calamine lotion jah. 

The 2nd day n third day of suffering from chicken pox, sangat sangat sangat sangattttttt menyeksakan. Ma n ayah yang banyak bantu rawat mase ni. Sob T_T sob..T_T.. thanks ma, thanks ayah. 2nd day, ayah carikan buah kelapa, bg minum air kelapa. haritu jugak sy habiskan 2 biji air kelapa (dahla fevret,hihi..)..ma masak bubur sbb sy sakit tekak sangat2 nak telan air pun susah.. ma n ayah yg banyak jaga aufa. even malam2 aufa tido ngan tok ma & tok ayah, takleh tido dekat mama cz takut jangkit. hu2. on the day jugak ayah g ambik air tawar dengan kawan ayah. pas minum air tawar, mandi dengan beras die, the blisters came out banyakkkkk sangat..hu2..sangat geli mase ni. nak tengok pon geli,haha. tp kena buh calamine lotion nk kurangkan gatal n miang2 seluruh badan. memang hari ke 2-4 hidup terasa sangat seksa, ujian dr Allah^^ tanda ingatNya Die kepada hambaNya...dan supaya hambaNya ini ingat kepadaNya.  Mase ni demam on off, kejap ok, kejap panas..memang sy tak dpt jaga aufa langsung waktu tu. ma n ayah yg banyak bantu. The best parents ever^^,

But my fever got severe, the next day, my temperature is very high, more than 39 darjah celcius. mase ni chicken pox di tahap maksima...sakit, pedih, gatal, semua ada...hu2. Naseb baik mase ni Mr Hus baru sampai kelate..so petang tu terus g emergency unit. Consult ngn doc lama, then diorang decide nak warded kan saya cz high fever + chicken pox..diorang need to monitor my baby. so, serah diri je la kan. Boring sangatttttt dalam wad. sy kena kuarantin, duk lam bilik sorang2 sbb takut berjangkit.hu2. Eh. sy kena masuk wad bersalin.hihi,tp duk lam bilik first class sorang2..wad bersalin hosp tempat sy memang takleh peneman. jd hubby leh dtg waktu melawat je 2 kali sehari.hu2. boring k, boringgggggg...even bawak galaxy note n main tenet bagai, siap tengok citer korea lagi tp boring sangattttttt2..esok sy kol Mr hus, cakap nak balik...uwaaaa...(hehe)..then die dtg mintak ngan nurse nak bawak sy balik, cz nt dah nak kena balik KL. asalnya nurse tak bagi, die kate sy still had a high fever, but nt diorang akan tanya doc. Then doc bagi balik dengan syarat nt balik KL saya kena sambung masuk wad kat HKL. gara2 malas masuk wad lagi, sy minum air masak sebanyak banyak banyakkkkkk nya sampai lawatan sy ke toilet adalah setiap 10 min sekali..har3....ubat sy tak makan dah cz panadol just buat demam sy on off jer.hehe..

so sabtu terus balik KL . rehat sehari ahad. Isnin pagi2 lagi Mr Hus hantar aufa ke  nursery..then kul8 sy g uia jumpa doc uia,tunjuk surat refer dr Hosp.bile die chech sy dah tak demam, suhu ok, dan chicken pox pon makin nak cure, die bg mc 2 hari (2 hari jer!!)..erkkk..serba salah sy, even sy dh tak demam tp bintik chicken pox penuh dan tak semua kering lagi..sy tak yakin nak g kelas lusa ni.hu2. tp redha je la, memang doc uia terkenal dengan kedekut mc. biarler..sy memang sebenarnya taknak ponteng kelas.kalau boleh sakit pon sy nak g jugak kelas. tp memandangkan penyakit ni berjangkit so kena stay at home lagi.hu2.

Kat umah sendiri lak, Mr Hus jd Mr Mama..beliau masak, beliau jaga aufa, beliau basuh kain..semua beliau la..he2. sy elakkan direct contact dengan 2 org tersayang ni cz takmo diorang berjangkit tp cz tinggal serumah, possibilty tu sgt high even sy tak sentuh or bercakap dekat2 dengan diorang.hu2. seksa..seksa sangat takleh cayang2 aufa dan sentuh die seminggu dah...rindu sgt nak cayang2 n peluk aufa debab ni.hu2...sedih taw...

Bile sakit2 begini la, kite mula mengenang jasa2 org tersayang. mula rindu nak belai anak. mula rindu pd sujud sendu mengadap Allah. ye, ujian sakit..mendekatkan diri hamba kepadaNya..sebelum ni sy alpa, lupa, diuji dengan kesihatan n kegembiraan. bile diuji dengan sentuhan cinta 'sakit' sebagai sedikit ujian dr Allah, baru kite sedar berharganya nikmat sihat..

Saat2 sakit pedih dengan blisters from chicken pox, diri mula terbayang ujian penderitaan Nabi Ayub a.s yg diuji dengan penyakit kulit. ujian pd saya baru2ni hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan apa yg dihadapi oleh Nabi Ayyub a.s...sehinggakan Allah menyebut dalam AlQuran:


"Sesungguhnya Kami dapati dia (Ayub) seorang yang sabar. Dialah sebaik-baik hamba. Sesungguhnya dia amat taat (kepada Tuhannya)." (QS. Shad: 44)

Nabi Ayyub diuji dengan sakit kulit sehinggakan kaumnya melarikan diri drnya..Masya Allah, namun ujian itu sedikit pon tidak membuatkan beliau alpa terhadap ibadahnya..hebat, kan? semoga kisah ini menjadi iktibar buat kite semua, dan buat diri sy sendiri..

Alhamdulillah atas segala ujian, Alhamdulillah atas segala nikmat..





Sunday, March 31, 2013

Mengundi....PRU 13, pilihan kita?



slm, Skg kan semua tertanya2 bile agaknya parlimen nak dibubarkan? tp by hook or by crook memang the end of this April..well, sebenarnya tindakan pihak gobmen yang melewat2kan pengumuman tarikh PRU13 menghilangkan kredibiliti gobmen itu sendiri. Sepatutnya, perlu diberitahu lebih awal kerana itu HAK RAKYAT utk tahu, dan HAK parti2 untuk bersedia berkempen. Manifesto PKR & PAS serta parti lain dah keluar, tp manifesto BN msih tersimpan lam poket sape ntah.hehe2. alamak. errr..sy berpolitikkah? maaf ye, hanya meluah perasaan yg sedikit tidak puas hati bile tarikh PRY13 tak keluar2 lagi. adakah kerana "plan" tertentu pihak itew belum siap sbb projek IC dah kantoi...ada projek lain lagi kerr....


Apabila sebut pasal politik, sebenarnya it is a part of our life...kat UIA mmg sy tak berpolitik sgt..sy menjadi pasif setelah aktif selama 2 tahun di matriks dulu..sebabnya?sbb....well, i have my own reason..he2..jd sy menjadi penyokong pasif je la^^,
saya pasti rakyat malaysia sudah kecewa, muak, penat, dengan segala rasuah, segala penyelewengan, segalatipu daya pihak tertentu..kite lihat saja cukai kereta, cukai jalan, cukai itu ini, bayaran tol, terbaru, AES kononnya untuk keselamatan tp sape yg kaut untung dr duit rakyat? rakyat miskin semakin miskin, menteri kaya makin menjadi jutawan, billionaire, rumah banglo sampai 18 bijik sedangkan rakyat nak beli umah sebijik pon susah..cuba kita bandingkan rumah menteri besar Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz serta rumah Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan rumah menteri-menteri lain dalam mesia..orang kampung pon boleh fikir siapa jujur n siapa makan duit rakyat. dlm fb Tuan guru, adm memberitahu sekiranya Tuan Guru Nik Aziz mendapat elaun yg lebih dr sepatutnya sebagai seorang menteri besar, maka beliau memulangkan kembali wang tersebut kepada baitul mal. Beliau hanya ambik sekadar yg cukup. Kalau menteri2 lain g cari hotel lima bintang untuk breakfast ke makan2 ke, beliau hanya makan roti canai/nasi lemak di warung tepi jalan je.. beliau solat jemaah 5 waktu di masjid, kdg2 rehat n terbaring dlm masjid mcm rakyat lain tanpa ada sorang pon pengawal peribadi..ko ado...?



ye, myb sy kedengaran agak bias..sy kdg2 marah gak kan kalau ada org lam fb duk hina2 ulamak besar kite. sampai ada yg ckp bukan2 kepada Tuan Guru. sejujurnya, selama sy tinggal di kelantan, sy tak pernah tengok kelantan sebagai negeri miskin. sy tengok pembangunan yg makin maju, masjid yg ada di mana2, pusat pengajian yg timbuh bagai cendawan. Kalau korang nak tahu, setiap hari Jumaat, sejak dulu sampai skg, adalah rutin Tuan Guru Nik Aziz turun ke Kota Bharu depan Jaafar Rawas untuk menyampaikan tazkirah kepada rakyat. ada menteri yg buat gitu? dulu mase sy kat sekolah menengah memang tiap2 jumaat rutin g ngan kawan2 ke pusat bandar kota baru, bawak paper selai nak duduk, sbb ramaiiii sangat org dr seluruh kelantan dtg melihat pemimpin dan mendengar tazkirah secara bersemuka. tazkirah. bukan kempen. sampai skg mmg ada,,tak caye, sile g KB tiap2 pagi jumaat=) insya Allah anda akan dpt bersemuka dengan seorang pemimpin warak, penuh dedikasi dan rendah diri..walaupun sakit beliau tetap datang utk memberi tazkirah kepada rakyat. kdg2 bacaan tafsir quran, kdg2 bacaan hadis, kdg2 bacaan kitab. Masya Allah, rindu nak ke sane lg=)


btw, sy jumpa soklan ni lam fb hubby, jd sy copy paste...hehe...



SOALAN-SOALAN YANG MESTI DIJAWAB OLEH
SETIAP PENGUNDI YANG BAKAL MENGUNDI DALAM PILIHANRAYA UMUM KE 13 NANTI..


1.Presiden parti manakah yang telah menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew?

A. Presiden DAP
B. Presiden PAS
C. Presiden UMNO

2. Siapakah yang menyerahkan hak milik tanah Melayu di Genting Highland selama 999 tahun kepada Lim Goh Tong, dan menukar hutan hujan di situ kepada lubuk judi?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

3. Siapakah yang bertanggungjawab terhadap kehilangan 50 bilion saham bumiputera sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

4. Siapakah yang menyusutkan keluasan tanah rezab Melayu yang ditinggalkan British hampir 50% sejak merdeka?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

5. Siapakah yang telah menyerahkan Pulau Batu Putih / Tanjung Pagar kepada Singapura baru-baru ini?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

6. Siapakah yang memberi arahan supaya membunuh orang-orang kampung di Memali, Kedah pada 19 Nov 1985?
A. DAP
B. PAS
C. UMNO

7. Negeri manakah peniaga / ekonomi Melayu lebih besar dari bangsa lain?
A. Negeri UMNO
B. Negeri PAS (Kelantan)

8. Siapakah yg menghilangkan RM 28 bilion setahun dgn audit negara mencatat audit yg pening kepala ?
A. UMNO/BN
B. PR

9. Siapakah yg me'lego' telaga minyak pada Brunei berjumlah 300 billion ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

10. Siapakah merampas Perak ala samseng dan mafia ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

11. Siapakah yg memberi arah supaya menyumbat ke dalam ISA MP dan rakyat dalam operasi lalang dahulu ?
A. Presiden PAS
B. Presiden DAP
C. Presiden UMNO

12. Siapakah yg selalu menaikan harga barang ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

13. Siapa yg menolak hukum HUDUD selama ini ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

14.Siapakah yg memberikan subsidi insentif pada kroni IPP, RM 19 billion tetapi pada rakyat subsidi mahu di hapuskan terus ?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

15. Siapakah yang menghapuskan kekebalan dan kuasa Raja Raja melayu sehinggakan boleh dibicarakan Raja2 di Mahkamah?
A. PAS
B. DAP
C. UMNO

Dan soalan cepuemas
Siapakah bela lembu dalam kondo?

A. Anwar
B Nik Aziz
C Kak Ijat

Soalan bunus

Bila parlimen akan dibubar?
A. Esok
B. Tak de
C. ntah



Ramai yang cakap Pakatan Rakyat tidak pandai urus tadbir negeri,tiada pelaburan masuk dan sebagainya.Tapi realitinya yang didedahkan oleh Audit Negara adalah sebaliknya.Gambar dibawah mendedahkan realiti Pakatan Rakyat mentadbir negeri berbanding BN.Jangan tertipu dengan propaganda Utusan dan Tv yg dikongkong oleh kerajaan yang mainkan negeri PR bakal bangkrap.Tepuk dada tanya selera.PR memang terbukti TERBAIK!!








btw, selamat mengundi kepada semua! =) kite yg menentukan apakah corak pentadbiran yg kita mahu lihat for the next 5 years. 5 years, bukan masa yg sekejap, dalam mase tu anak2 kite dah masuk darjah satu kan, (yg sebaya aufa).. insya Allah semoga yg telus NAIK! amiiiiiiiiiiiiiiin....