Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, February 1, 2013

Rodeo Steak House..

Assalamualaikum Wbt..=)

salam Jumaat semua. hehe, harini Mr Hus cuti..jd malam td kami jenjalan je keje.

belia2 sekalian dah ambik rebate hp rm200 tak? he2, saya dah daftar lama dah, harini tarikh luput nak tebus Smartphone, jd semalam memang kami pergi cari smartphone murah2 je. Mr Hus belanja, katenye hadiah atas result cemerlang sem baru ni. Alhamdulillah dean list lagi. Syukur ya Allah. macam tak percaya, coz sem baruni kan start preggy anak kedua, alahan teruk berbanding anak first, asyik pening, asyik vommit, asyik tido, takleh makan, tengok buku pon pening..tp dalam pada tu Allah tolong jugak walaupun susah sebenarnya study dalam keadaan alahan teruk T_T. Syukran Ya Allah..

sepatutnya mama aufa yang kena belanja Mr Hus n Aufa sebab sepanjang sem lepas, yang mana credit hours paling banyak sy ambik (21.5 jam seminggu), dengan 8 subjek..dan saat2 paling bz asyik tinggalkan umah, aufa , dan Mr Hus je..mase exam Mr Hus yang banyak berkorban..buat keje umah, jaga aufa, tolong masak bagai.hehe..tp Mr Hus lak belanja semalam. Seronok2.tq tq b..insyaAllah sem akhir yang ni just 4 subjek je, dah tak bz dan sangat relax=) boleh tumpu pd keluarga.he2.

Dapatla petang semalam beli HP jenama Malaysia (Pallette) *tak penah dengar name ni pon*, tp untuk guna rebate tu hanya boleh beli hp mesia je, ok gak kan, sokong jenama keluaran negara sendiri.hehe. 


Hp mama aufa beli ngan rebate smarphone rm200 (pakej Komunikase Belia), tambah duit sendiri rm99


Ada Pallette, Insight, dan Star ape ntah satu lagi. Semua smartphone jenis touch screen..yg lain besar gedabak dan mahal walopun after guna rebate. jd mama Aufa pilih yg paling murah je..hehe..sebab dah ada HP, jd beli ni sebab sayang nak buang rebate tu..duit rakyat jugak kan..kite duk bayar cukai itu ini, tol sane sini, subsidi itu ini..kan kan. jd beli la yg RM399 (Pallette), tambah duit sendiri rm99 after guna rebate. Hp biase je, kamera tak cantik pon tp lain2 aplikasi ok la..boleh wireless,download,ada e-reader..bak kate Jarjeet, bolela bolela...hihi.Hp lain kena tambah duit sendiri RM500 dan RM600 lagi..huh.guna rebate pon membazir duit jugak, pokai nak beli enset mahal.huhu. Mr Hus janji sem akhir yang kalini kalo dapat Dean List lagi die nak belikan HP Sony Experia U idaman kalbu mama aufa sbb kemra die cantek.he2

               hehe..(ihsan google) hp idaman kalbu..kalo dpt DL lagi dapat grab neh. chayyok!


Lepas tu malam Mr Hus bawak kami ke Rodeo Steak House kat Sri Gombak..ayyoo..dekat je ngan umah.haha,cuma tak pernah pergi je. bile Mr Hus ckp nak belanja tanda bg hadiah DL sem lepas, die suh pilih restoran mana nak g..mama aufa lak tak kenal restoran yg best2 pon, Mr hus pon same, kami jarang makan kat tempat mahal2,hehe..makan luar pon jarang, kami lebih suka bungkus makan kat umah je. Asalnya Mr Hus nak bawak ke Seoul Garden, tempat yg die pernah g dengan adik beradik..Bayaran RM50 untuk 1 kepala, restoran yng ala2 korea, boleh makan banyak mana yang nak, ambik ape je yang nak..he2. Tapi bile mama aufa fikir punya fikir takyahla membazir, RM50 sorang mahal sangat hanya untuk sekali makan, rasa rugi..lainla kalo leh tapau.hehe..Jadi bincang ngan Mr Hus cari restoran yng ada makanan western mcm steak ke, chicken chop ke..last2 die google jumpa la Rodeo Steak House.



Mase kami sampai orang tak ramai lagi, mama aufa order Lamb Chop, Mr Hus Chicken Chop, Aufa punya chicken Nuggets dan Prawn Sizzling Ye Mee..fuh..dah lama tak makan chop2 ni..sedap sangat Coslaw die tp yang lain not bad la, takdela super delicious pon. boleh la bolehla. after makan, Mr Hus tanya nak ape2 lagi tak, jd mama aufa ape lagi, order lagi 1 chicken Chop bungkus untuk wat balik umah. Adela habis dekat RM60++ semalam, rasanya ok la berbanding habis rm100 kat Seoul Garden..he2, lainkali la g Seoul Garden nt dapat bonus lagi.lalala~



                                     taktaw nape aufa buat muka mcm tu..ala2 terkejut kot.he2..



                   Aufa dengan mee sizzling die..suke sangat mee..tengok pipi pon dah mcm donut.he2.

specialnya tempat ni waiter n waitress die pakai ala cowboy, kire lain dr yang lain..suasana dalam restoran selesa kalau tak ramai org sangat, tempat ambik order die ala2 zaman cowboy gak..makanan harga standard, mcm lamb chop yang mama aufa makan RM14.90, Chicken Chop RM10.90, Sizzling mee RM 9.90, chicken nugget rm3 je, air kami order air biase2 je, carrot susu RM4.50, Mr Hus beli Neslo..

Thursday, January 24, 2013

Balik2 kampung

Assalamualaikum..

cerita paling menggembirakan saat nin, menanti tarikh 9hb2 2012...Tarikh keramat menyaksikan 2 hati disatukan dalam redha Allah. insyaAllah kak na (my own sister) akan melangsungkan perkahwinan dengan seorang ustaz.hihi2.

jadi pas exam baruni lama menyepi dari berinternet..sbbnya pastila sbb takde connection.he2..after exam, duk 2,3 hari kat kl..then terus terbang balik machang..nak membantu persiapan kawen kak na.. esok insyaAllah balik ke sg petani lak, dah lama tak jumpa umi abah.



oh..my jubah kecoh2 haritu kan, sampai skg tak sampai2..bile msj ckp nak cepat sbb nak balik kampung, die minta alamat kampung..bile tunggu 2 minggu kat kampung tak sampai2 lg, sy dah ilang sobar..hihi..jd mintak refund balik..cari kat pasar machang p[on banyak jubah.lalala~ takpela, pengajaran utk diri sendiri..he2

then...my baby in tummy...17 weeks a.k.a 4 bulan lebih2.. dah start rasa kicking2 yang manja2..he2.

kakanya kat kampung masyaAllah...bile jumpa sepupu2 awal2 ok lagi, pastu pening kepala duk berebut mainan la..berebut bantal la.....ayyo..


till then..tata=)

Wednesday, January 9, 2013

mana mana mana

*sakit hati*





ayyyy..

geramnya.


dari 2 minggu lepas lagi sy order jubah, dr satu laman fb ni. Die janji jubah akan sampai SEBELUM 10 haribulan, tapi esok dah 10. mana mana mana.

RM130 dah bank in, payment dah setel lama dah 2 minggu lepas. Mr Hus belanja.hihihi. die dah perli2 dah mana jubah2 tu tak sampai lagi.

terfikir2 jugak kena tipu ke..tapi fb tu glamer jugak..nampak mcm banyak je produk, selalu update..takkan penipu kot.

tobat, ni last saya berurusan dengan peniaga mcm nih. nak post benda yang dah ada pon nak ambik masa lama. pelik.

oh~ my jubah~huhu...

jubah ni la sy order, warna merah tengah tu. murah,kan?130 sekali postage. tapi mane ni tak sampai2 lagi. hilang mood nak celebrate habis exam harini. tiap2 hari bile balik check2 depan pintu kot2 ada notis dr pos laju.hu2.

bile msj tuan punya kedai, mase buat payment tu je la die reply. 2,3 hari lepas sy msj mintak tracking number, senyap..harini sy msj lg ikot fb mintak tracking number. kalau esok tak sampai lagi.......Saya report report report.penat tunggu.uhuk2.

Sunday, January 6, 2013

Kalutnya hari ni.he3=)




Semalam cz tido lewat cari buku dan layan aufa, pagi ni ngantuk sgt nak bangun. Harini ada exam, paper EAW (English for Academic Writing) kul 3. Pas solat subuh, ngantok ngantok, terus cakap kat Mr Hus, “bang, jap g gerak mama ek kul 8.30, nak g uia pagi harini, exam kul3.” Mr hus ckp ok. Mama aufa pon tido dengan beshnya tepi aufa. Nasib baik aufa pon tido nyenyak. Kul 8.30, mr hus gerak..mama aufa mintak postponed sampai kul9. Hi2. Kul9 bangun2 kelam kabut siket, basuh muka, nak masak sarapan lak. Masak la 3 jenis kueh cepat2, lempeng, cucur dan kentang goreng. Siap2 masak hidang dan tibe2 sore budak kecik bunyik “mama” terus kedek2 datang kat mama, mama bg salam dan ajak aufa makan. Kami makan same2.tp rasa mcm lewat dah nak g uia cz jap g nak singgah kedai beli hadiah kat farah dan sepupu mama. Pas makan, mama aufa mandi cepat2, mintak mr hus mandikan aufa cz taknak bagi die Nampak kalau mama keluar sat g nangis nak ikot..

Singgah kedai D.I.Y cari hadiah,kebetulan anak pengasuh ada 2 orang nak dapat baby baru, jd alang2 terus beli hadiah kat due2 la.kalau beli kat sorang kan tak sedap hati lak coz due2 ada.hi2. pastu tengok2 jam dah 11.30, alamak, ambik barang cepat dan terus masuk kete. Sampai uia nak g print notes tengok2 semua kedai printer tutup..a’ala..hari Ahad..hu2.pastu terus g Library nak baca ikot softcopy je la. Tp tengok2 komputer library boleh internet je, software lain semua takder,malas nak g computer lain,terus pinjam buku je,baca jap, dan terpaksa keluar awal cz library uia kul1 tutup utk suh student2 kelua solat zuhur.

Tibe2 rasa lapar nasik, beli la nasi..walopun tak banyak café buka.lauk pun takde pilihan.hu2. makan2, solat zuhur, terus g depan dewan exam..jumpa farah=) bg hadiah dan kami diskas siket2 pasal subjek jap g. kul2.45 semua masuk dewan exam. Mule2 masuk, pas doa semua, mama aufa tulis balik note siket kat cover page exam tuh, tulis ngan pensil je cz exam tak mula lagi,kena tunggu lg 10 minit, takut hilang step academic writing yg dihafal.he2. 

pastu selesai jawab semua nak padam yg conteng kat cover page note2 bagai, alamak, tak jumpa pemadam, baru ingat semalam aufa main pemadam, pastu taktahu dah kemana menghilang.ayya..guna pemadam yang sambung dengan pensil tekan ni yang kecik yang ada sisa2 je, sekali patah.hu2.kalutnya rasa.dahla kertas tu memang sekali kertas jawapan. Pastu selama menulis je memang terseksa tahan nak shi shi…ayyo..kan..kalau peknen kan selalu je nak shi2..dah minum air sarsi banyak td..terseksa,nak taknak walaupun tak sempat check grammar lepas jawab 4 soalan habis tadi, terus keluar dewan g cari tandas..alang2 dah 4.30, terus g solat asar, dan datang balik dewan exam cz janji ngan sepupu nak ambik buku2 dalam kotak nak tumpangkan balik kampong nt.

Selesai jugak hal harini, ingat petang ni nak g tesco..barang dapo dah kekeringan ni,nak masak pon malas..ayyy..tapi tak sempat, balik2 petang aufa tido..tak sampai hati nak kejut..tengok la malam ni or esok..
Fuh……..lega la…….ada gap 2 hari sebelum next exam……..pastu saya akan..saya akan…………MERDEKA! Yeay!^^,

Friday, January 4, 2013

Alahai kanak kanak ni..hu2



                                             Aufa & Aryan, mase kat kampung 3 minggu lepas..



Aufa dah besar dah, umur 2 tahun 5 bulan dah…tubuh berisi dan bulat. Alhamdulillah sihat walafiat, dah lama tak demam.syukur sgt..berat badan pun dah 13.2 Kg. mama surrender, xleh berani2 nak dukung aufa utk keselamatan adik dan mama.hi2.cian Aufa, kdg2 mintak mama dukung tp mama takleh ler..doc pesan dah jgn angkat benda berat.

Yg herannya, setiap sejam sekali aufa mintak susu. Kejap2 susu..kejap2 susu.setiap kali minum 5-6oz je tapi kerap.Patutla pengasuh suka buat sebotol penuh terus cz tak larat nak bangun buat 3,4 kali susu kat aufa.hi2. Terkejut Mr Hus dalam sehari separuh bungkus susu 500gram Bio Lac habis. Sebungkus sempat 2 hari je.kalau nasib baik 3 hari. Dah susu mahal..huk2. Memang semenjak umo 2 tahun lebih kerap sgt minum susu..mama ckp kat baba sbb umo die dah besar, badan pun bulat, jd keperluan susu die meningkat.he2.sejak dulu tiap2 bulan beli sekotak terus susu ada setengah dozen (6 bungkus) harga dlm RM140, skg kena topup lagi 8 bungkus sebulan. Takpelah, asal sihat^^,tp pokai la baba.hi2.

Yg agak memenatkan tiap2 malam 2,3 kali bangun cari susu..mama dengan ngantuk dan letih bangun bancuh buat. Ayyoo..penat sgt2.hu2. dan memang dh demand, kalau baba bangun buat nangis2 takmo susu tu, kena jugak tangan mama pegang dan pura2 bancuh botol susu.nak tak nak, kena bangun jugak la.ingat nak deal ngan baba cz mama dh berbadan due, jd baba kena amik alih tanggungjawab wat susu aufa malam2 tapi aufa lak taknak.ayyo.pening mama. 

And..she really really susah nak tido. Kalau mama bangun die bangun tak kira la kul 3 pagi pon. Ntah ada instinct die dapat kalau mama takde sebelah die.hi2. susah nak bangun study dinihari cz ada teman join ni, jd nak tak nak terpaksa la hantar aufa awal2 umah pengasuh dan amik lewat sikit di musim exam cz bile die ade kat umah mmg mama takleh bukak buku. ngada2 lak skg ni. tensen taw.tensen. takleh tengok mama rehat sikit mulala mama nak susu, mama jom main, mama nak salin pampes, mama nak mandi, mama nak makan, mama nak tengok Princess (cd barbie) , mama nak tengok cat, mama citer kat aufa. semua mama,mama mama. memang tak la sebut baba. kalau terdesak sgt time mama tak layan mula cari baba. uhuk.
 Alhamdulillah tinggal 2 paper je lagi. Aaaaa..tak sabar nak habis! Next sem dah grad yeay yeay yeay.

Aufa suke sgt ajak teman main. Celik mata je after dapat susu, “jom main” mama jd mangsa walopun tengah besh tido.hu2. kalau sorang2 die tak main..tak tahu kenapa, wajib berteman. Memang menensenkan la sbb nak buat keje susah. Kite kat dapo pon die ajak main, siap tarik tangan,kaki, baju bagai..stress tau.stress! arghhhh...kwang2

Buat masa ni aufa dah ingat 9 nama orang. Kalau tanya:-

Nama aufa ape?
Die jawab: Aufa Hibriyah (tp bunyi Hibriyah ‘Ibiyyah’.he3)

Nama baba ape?
Hushaini (nama sebenar husaini.hi2)

Nama mama?
Ainina (yg ni jelas)

Nama Tok ma?
Samciah (Samsiah nama sebenar)

Nama Tok ayah?
Khalid

Nama tok Wan?
Abu Bakar (yg ni best sgt dengar die sebut)

Nama tok?
Puan (jelas dan betul)

Nama Makngah?
Patimah (Fatimah)

Nama pAksu?
 Shafid (betul)
 
Memang suka bebenor die bercakap, banyak ayat dah die construct. Masuk kete dr umah pengasuh terus cerita kat mama “tadi kan..aufa kan…bla3..”
Layan je.hi2.

Nakal pun nakal jugak. Uh, nakal sangat. memang makan babab dan cubit dr mama ler..paling malas mama kurung jap lam bilik.kejap kan.har3..Nakal yg solehah takpe tau aufa. Memang aktif ke sana ke sini..kat umah seluruh rumah die jelajah, Nampak barang punggah, Nampak barang je kutip..pening mama jap. Oh, die rapat ngan family baba die sangat sangat sangat, suka tengok diorang.mcm ada chemistry. Aufa sayang sgt paksu,paklang dan makngah die, tiap2 hari sebut..mmg diorang yg akn layan aufa kalau aufa ke sane.seronok sgt mama.hi2.

 cayang bucuk mama walopun suke buat mama stress stress, tp aufa jd penghilang tensen jugak.hihihiiiiii.... tataaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ^^,