Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, February 5, 2012

pencuri! pencuri! Hampirrrr dah kol 999

assalamualaikum..

cewah. tak sabar2 nak menaip, citer masih fresh lg.baru shj terjadi dalam lingkungan pukul 1.30-2.00pm td.hehehe..

harini Ahad,cuti la kan. rancangan kami, x g jalan mana2, nak rehat di rumah sajer kot. Cuma Mr Hus ada jemputan makan kenduri kawen kat dewan masjid die jd imam. Die ajak tp mama aufa malas nak g..huhu.susahnya bawak anak yg tengah lasak pergi kenduri dalam keadaan cuaca terik panas..jd lastly beliau pergi sorang2..tinggal kami berdua dalam rumah..aufa dan mama..

bile ditinggal berdua,kami memang geng bas sekolah.haha. Mama aufa buat rumah dengan kotak kat aufa,main nyorok2,main masak2, main kejar2..seronok tengok si kecik terkedek2 lari ketawa sbb kena kejar. die feeling2 pecut la kan tp sian,kite kejar sambil jalan je.haha.

siap main, tengok2 tv9 ada halaqah. sesi hu ha hu ha berakhir,kalini sesi tangisan pulak sbb Halaqah tajuk harini tentang wasiat terakhir.. heran aufa tengok air mata mama keluar tengok Datuk Noh Gandut bercerita.huhu. part paling sedih mase wasiat terakhir rasulullah dibacakan.....Allah..sedihnya........mase ni Volume tv memang kuat sbb nak lawan suara aufa yang macam Ning baizura nyanyi lagu beribu sesalan..lupa nak slowkan..

dan, azan berkumandang. mama ambik wudhuk, bersolat bersama aufa dalam bilik..

slesai solat, tiba2 dengar grill pintu rumah ni ditarik. bulu roma meremang.

pastu dengar pintu dibukak slow2..bunyi tapak kaki..pastu suara Datuk Noh gandut yg tengah bg tazkirah tiba2 diperlahankan volumenya.. sah2! ada orang masuk rumah!!!!

mama aufa ambik tindakan cepat.kunci2 pintu bilik, dukung aufa..
bukak tingkap seluas2nya. fikir nak lompat tp tengok la tingkat 3 daa..tinggi nye..huhu..jenguk2 kiri kanan ada orang tak nak mintak bantuan. tp segan lagi mase nih.

tapak kaki tu masih berbunyi , macam tengah masuk dan angkat barang bilik sebelah. mama aufa mabik telefon, taip 999..tp..mase ni, datang falshback tengok cerita2 penyiasatan dalam Tv dan buku Conan..erkk.??..

taknak kol polis lg, nak berdikari kononnya..untuk lebih dramatik.hahaha. ambik gunting , pegang kemas2 ditangan, terus pakai tudung dan dukung aufa.agak2 pencuri tu masuk bilik air sbb bunyi air.myb die nak terkencing. pastu cepat2 mama aufa keluar slow2, gunting dihala kedepan in any case kan nak tikam orang (konon2).

yeah. kami berjaya keluar rumah!! hehe hooray.

keluar block,. kol Mr Hus, tak diangkat2.

nak kol polis lak. tibe2 mr hus kol.

"kenape yang?"

"abang kat mana? balik cepat,a da pencuri dalam rumah..!"

"la..abang kat rumah la...tu bukan pencuri, tu abang..hahaha:D" (kena gelak sedas)

"cittt..." (penuh kegeraman)

masuk dalam rumah sambil dukung aufa.. abang gelak2 senyum. oh ye.pandai kan...................masuk dalam rumah tak bg salam macam pencuri. *marah*

mr hus mintak maaf. katenye die ade bg salam mase masuk rumah, tp myb sbb volume tv kuat sgt jd x dengar..die tengok pintu bilik tertutup jd die rasa mama aufa myb tengah solat. so die salin baju, dan masuk toilet terus... balik awal katanya td . eh eh eh....

aiyyyaaa!

hadiah seblum dan selepas

Assalamualaikum..

Hihi.

Result sem lepas dah keluar.

Waktu last paper bulan lepas, habis je exam mr hus tanya macamana the whole exam sem ni, mama senyum dan jawab alhamdulillah jika tengok CAM (continuous assesment result) ada potensi utk berjaya..

Then.."taraa " dihadiahi sebuah ipad 7inci.ngeh2 tersenyum sendiri dan truja. Trima kasih b..

Tu kisah pertengahan bulan lepas mase habis exam.

Baru2ni kuar result exam..

Mr hus balik keje terus tanya result..
g

Katanya dapat dean 's list nt leh hadiah lg..3pointer keatas mr hus nk belanja sesuatu.YEAH kegembiraan lg..memang dapat lebih dr 3 pointer so dpt hadiah yeye..hahaha. maka mama aufa bisa bershopping lg..agaga..

Terima kasih mr hus cz memahami..die tahu, betapa sukarnya disaat final exam baruni berhempas pulas dengan buku2 n nota2 disamping menjaga puteri yg makin lasak dan bijak, dikala dia hanya ada d waktu lewat malam dan x dpt tolong jagakan aufa sepenuhnya, mama aufa faham kita tak seperti orang lain, habis waktu bekerja petang terus kerumah..bersama keluarga..takpe, ia mengajar diri ini untuk tabah dan berdikari..sinar kekuatan adalah dr keberkatan yg Allah limpahkan..biarpun bersendiri, sokongan dan kekuatan yg diberi oleh suami n keluarga menjadi peneman dikala sunyi..



Alhamdulillah thanks to Allah.
Thanks to all..


Aufa, ingat pesan mama..aufa harus rajin belajar mencari ilmu.aufa kena berjaya dalam akademik dan sakhsiah..ingatlh jika seseorang lemah akademik,bagaimana mahu menjadi da 'ie yang mantap? Jika dipandang hina dan serong oleh masyarakat? Siapa yg akan dengr kata2nya? Ustazah mama dulu sentiasa berpesan, jadilah seseorang yg dihormti dengan ilmunya, mantap akhlaknya, maka insyaAllah syiar islam akn sentisa dijunjung.

Thursday, February 2, 2012

u surprise me again! hehe

     (Aufa, 1 tahun 7 bulan)photo aufa sewaktu riadah petang kelmarin..



kisah maghrib 2/2/2012

td solat maghrib dalam bilik utama..

seblum solat pasangkan video nasyid kanak2 aufa di ruang tamu, supaya die tak kacau mama..

sambil tebarkan mainan die, harap2 die ralit..

menjadi jugak plan..hihi..aufa kesane kemari bermain mainan sambil kejap2 tengok lagu yg mama pasang kat laptop..tp kejap2 aufa keluar masuk bilik pusing area mama solat.


selesai solat, wirid, doa..aufa duk diam2 tepi mama..die tengok je, pastu lepas mama siap bce doa,aufa sengih2 dan terus bangun. mama ingat die nak g mana, lama jugak.. mama still duduk atas sejadah..ingat nak bace quran sambil2 tunggu isyak,tu pun kalau aufa boleh main sorang2..
tetiba aufa datang sambil bawak sesuatu..aufa sebut, "Nah, nak.." mama tengok ape yang aufa bagi, rupa2nya sebuah Quran! tp quran terjemahan Yusuf Ali, Biarpun bukan Quran yang selalu mama guna, mama gembira sangat sbb aufa hulurkan untuk mama sbb tahu mama die nak baca.. hehe=) Mama sangat terkejut dan tersenyum. "pandainya anak mama, terima kasih.." mama peluk aufa, cium pipi yg tembam tu.hehe.,kalini aufa baik2 je dengar mama bacakan quran ye.siap senyum2 comel pulak.cuma sekali sekala ambik quran,tengok, dan bagi mama balik. mood baik ye skg aufa? =D 


                             bilik ke2, tempat aufa cari quran atas rak tanpa mama suruh/tolong..hehe..


mama terfikir2 macamana aufa boleh dapat bawakan quran tu. selain berat (agak tebal), quran tu terletak di atas susunan rak di bilik sebelah..sekali dengan kitab2 dan buku2 lain..alhamdulillah aufa dah kenal quran kan? moga terus membesar menjadi solehah ye..aufa skg berumur 1tahun 7 bulan, pelbagai perkara yang membuatkan mama terkejut dan gembira..^^


apa yang menyebabkan aufa jeles??



Aufa jeles kalau....
.
.
.
.
.
.
.
.



mama tengah solat
maka die pun datang dengan gembiranya, tolong tarik kain, lipat sejadah, tarik telekung, masuk dalam telekung.duduk atas riba semasa mama duduk antara 2 sujud/tahiyyat.semua ni mama hadapi tiap kali nk solat..nah,nt besar aufa tahu ape yang aufa buat ni lepas bace..hihi..

mama tadah tangan baca doa lepas solat/jawab azan
maka aufa pun berhenti bermain untuk sama2 tadah tangan, tu pun kejap, pastu die menyasarkan tangan mama yang tengah bertadah (betul ke ayat ni)..die tolong tolak tangan mama ke muka mama dan muka die..die cium..die tarik..ayayaiii..

mama baca quran
maka aufa pun turut sama datang "membaca"..berebut2 quran dengan mama..bukan nak duk diam macam masa baby2 dulu, dia ambik quran tu, bawak jauh2 supaya mama tak dapat rampas balik..die belek tempat lain. kdg2 mama terpaksa tak bg sbb takut aufa letak di bawah..puteriku, kehormatan kalamullah perlu dijaga tau..ada waktu2 muroja'ah mama biarkan auaf membelek dalam pantauan mama..ada waktu utk baca mama perlukan quran utk dilihat sepenuhnya..wah..cabaran sungguh skg ni.kdg2 nak habiskan 1 maqraa' pon kena bersabar.huhu.die pandai sangat, orang bg buku lain die cam tulisan..mama bagi kitab fiqh baba yang tebal nampak mcam quran die belek2 dan letak tepi, nak quran jugak. hm. sabar je la..


mama makan
aufa takleh tengok mama makan kan kan kan. Walaupun sebenarnya sebelum mama makan mama akan suapkan aufa terlebih dahulu supaya kenyang so tak kacau mama dah. tp aufa tetap suke kacau mama makan.huhu.. dah la banyak masa kita berdua je sbb baba hanya balik malam2..untuk sarapan, makan tengahari dan dinner, kadang2 mama terpaksa skip sbb tak suke diganggu mase makan..kalau tengok mama makan, aufa tarik2 kadang2 mama tangguhkan waktu makan tunggu baba pulang malam2 sbb takde orang jagakan aufa.sbb tu kalau org tanya mama kurus kenapa, makanan banyak tp tak dapat nak makan,haha.

mama main laptop
pantang tengok mama on laptop, terus datang tolong ketuk.huhu, jarang,memang jarang on laptop kalau aufa tak tido..tu pun on sbb nak tunjukkan video kat aufa..

mama bace buku
aufa pon minat buku kan, tp tunjuk dengan cara lain.gigit2, belek2, skg jarang dah koyakkan buku..mase baby2 dulu tarik dan terus koyakkan.

mama bercermin
wah. sejak ada anak susah dah nak jaga kecantikan diri *ecece*. kalau dulu boleh tengok cermin lama2 pakai losyen itu ini, sikat rambut lama2, pakai bedak ke ape.. skg bile ade anak, susah dah nak wat..huhu..die nak turut sama jugak. adui.

mama bershower
nasib baik ada sekatan ke dapur basah dan bilik air, kalau tak tahula macamana..mama masuk bilik air pon takleh lama2, ada limit masa sbb si kecik ni jeles..die mandi lama takpe..kalau mak die lama sikit mulalah memanggil2..sedih2 kalau tak bersahut, huhu.

mama pegang hp
nak reply msj, nak jawab kol pun susah sbb kena berebut dengan aufa. kalau nampak mama pegang mulalah die nak, sebelum tu tak kisah pun. kdang2 terpaksa msuk bilik, tutup pintu dan biar die nangis kat ruang tamu sbb nak jawab kol penting, kalau tak, suara aufa je kedengaran..

mama tido
kalau dulu die tak kisah mama tido, maka die main sorang2..skg dah pandai mula bersedih kalau mama ambik bantal.pandai kejut orang dah.. "meh a.." "jom,jom.."..nak ajak main ngan die. maka kesimpulannya, kalau aufa ta tido, so mak die takleh tido. baba die tido die tak kesah. ish2.=)

*tp yang pelik semua kejelesan ini terhadap mama, kalau baba die buat die tak kisah sangat.ayyoyo..

apepun, semua yg aufa buat menghiburkan mama dan mama happy, tak kisahla mama tak sempat makan/tido/on9..asal aufa bahagia..hihi


dan...



     mama sayang sangat kat aufa=)

fierce mommy?

I m always asking myself whether i m a good mother? whether my daughter deserves what she deserves to get..sometimes i feel that i am very very fierce..hihi..Yeah, i admit, got low-patience disease (ngeh2..)..But sometimes i can overcome it. It's hard for me to get tempered but when someone did something that was very 'over' and cross the line of my patience, i will become tiger! lalala~ especially when someone becomes angry without any valid reason, so do i will repay him/her the same. yeah..hahaha. (*evil)..

ye ye ye..saya memang garang orangnya..tp garang bertempat la. sebagai mak sedara pon saya garang, saya bukan leh sabar tengok anak2 buah berebut2 mainan, menjerit2 menangis manja. ish. tak. saya boleh bersabar kalau rumah disepah2kkan takpe, kalau kain berterabur dek dibuat permainan oleh aufa pon takpe..kalau segala barang di dapur diangkut sampai ruang tamu dan ke bilik saya tak kisah, asalkan JANGAN MENANGIS DAN MENJERIT. waah..itu saya sangat pantang. macamana nak atasi ni? saya pon tak tahu.hihi..saya sanggup lg tengok keadaan sekeliling berserabut dr dengar tangisan dan jeritan kanak2.How???? 

Syukur sangat aufa jarang meragam orangnya.menangis pon tak banyak..jarang la nak menangis kuat2 dan menjerit.. darah tinggi mama aufa ni akan naik kalau dengar dia menjerit2 tak tentu pasal.kalau menangis sakit tu takpe, ni menangis ngada2..sorry..hihihi.. Ada jugak kdg2 die wat perangai, tambah2 lg bile umur dah setahun lebih ni, macam2..sedikit demi sedikit sy belajar untuk bersabar..

saya tak kisah macamana cara orang lain didik anak, macamana cara diorang layan anak..bg saya, ketegasan tu penting jugak kalau tidak anak akan jadi manja mcm ubi keledek..sentuh sikit, uwaaa..tegur sikit, uwaaa.. haha...sesetengah orang cakap, tak payah marah anak, dia bukan tahu ape2..oh, no no no..mula2, tegur dulu..kalau tak dengar tegaskan sikit, kalau tak dengar lg baru marah. sbb, kalau tak marah, sampai bile2 die tak tahu yg benda tu salah..sbb perwatakan aufa yang matang, sy melihat die seolah2 kanak2 yang sudah cerdik.wakaka=D.. tp bukan marah terus ye..pujuk dengan kasih sayang dulu, ketegasan ialah cara no.2 dan marah ialah cara  terakhir.

memanglah, nak jadi ibu ni kena kesabaran yang tinggi. nak layan budak2 membesar, mashaAllah macam2 pe'elnya..skg ni aufa baru umur 1 tahun 6 bulan, ok lagi..nt makin besar macamana agaknya? teringin sangat nak masuk kursus Parenting dengan Mr Hus, tp Mr Hus bukannya suka g tempat mcm tu. Mama aufa minat sangat nak g kursus atau talk mcm tu..huhu.harap2 ada peluang.

Ada baiknya jd garang sekali sekala, supaya anak2 atau anak sedara hormat n respect serta dengar kata. Dalam sesebuah keluarga, pasti ada macam2 perangai mak2 sedara, ada yg lucu, ada yang baik sangat, ada yang penyabar, ada yang garang.. yang garang tu la akan direfer kalau anak2 sedara nakal kan, supaya die dengar kate..haha..contohnya ibunya akan bgtau, " Adik, jangan main pasir, nanti ibu bagitau Mak Long, tahula nanti.." so si anak pon terus tak main pasir sbb tahu maklong die garang,kalau hanya dengan kate2 ibu yang jenis baik hati die takkan dengar jugak sebenarnya. hua hua

yeah. saya garang, tp saya penyayang *wink2* =p