Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, December 23, 2011

Finally, bye2 sem 1 (2011/2012)


Assalamualaikum wbt.=)

Hihi.Bunyi macam dah habis UIA walhal ada lg 2 sem setengah utk menimba ilmu di Garden of Knowledge and Virtue.

Yeah.
Harini last day belajar utk sem ni, (tp esok ada sorang lecturer wat kelas ganti lak). Haha. Minggu depan dan seterusnya ialah Exam week! Say hooray utk diri sendiri. Wahahaaa..

Things are just perfect by the way. But very very unspeakable tiredness, exhaustedness, lot and LOT LOT LOT of sacrifices had been made by me (of course), my great good kind husband, and my lovely princess Aufa.

   aufa at uia mase mama bawak utk tengok teater section 1. (3 hari seblum teater kami)
                                             aufa yg excited setiap kali jalan2 di uia..


2,3 minggu lepas..rasa mcm tak terkejar masa ni. Penuh dengan keje, penuh dengan kuiz, test, esaimen, presentation, staging, video shooting.

Selama 2 minggu lepas, tiap2 hari balik lewat, hujung minggu pasti ada je discussion atau kerja, pasti kena tinggalkan umah utk ke UIA..kalau dapat curi masa sehari utk jalan2 tu syukur Alhamdulillah.
Dan selama 2 minggu tu jugak, penyapu tak sentuh pon, dapor wajib berasap tiap2 pagi, baju tak berlipat even sempat basuh, dapo tak sempat deep clean pon. Wakaka. Skg leh sentuh penyapu dah..nak wat macamana, g kelas pagi, balik petang, malam g uia balik. Balik dah lewat ngantok, tido.nasib baik sangat2 mr Hus faham, die tak kisah, die tahu mama aufa penat sangat2, sbb kalau mama aufa relax sangat rajin (hehe. Masuk bangkul angkat sendiri te puan2..)
latihan terakhir beberapa minit sbelum pementasan ..
bersama Lecturer subjek American Literature yg menjadi juri, Kak Mei yg sporting!! ^^hihi dan semua pelakon2 watak utama..
pelakon2 sampinganyg best..brutal villagers! haha..

Finally, pementasan Theater kami bertajuk The Adventure of Huckleberry Finn (Chapter 40-43) dah selesai dipentaskan di dewan Experimental Hall IIUM, dengan  sesape je leh hadir tengok pd malam Isnin baru2 ni, jam 6.30pm-11.30pm..group kitorang last start kul 10.30 malam haritu. Lewat daaa..tau tak lepas pementasan teater ni dah siap? Semua nak melompat keriangan sbb satu projek akademik American Literature dah habissssss!!! Yeay! Yeay! Mama aufa paling happy sbb ape, sbb dah boleh luangkan masa bersama aufa dan mr hus yg sebelum ni asyik kena tinggal ke selama 2 minggu. Even worse, adakala latihan yg diadakan waktu malam kul 12malam baru habis..balik2 semua dh tido. Sedih sedih sedih. Jd skg leh topup balik masa2 yg “dimakan” oleh projek2 akademik baru2ni. Haha.

but, know what? BERBALOI dengan tinggalkan anak dan suami, tak cukup tido n so on..sebab, dapat A utk staging ni, dan group kami dapat HIGHEST mark haritu, wa..alhamdulillah, terharu rasa..huhu. akhirnya penat lelah terbalas jua..

                           pengorbananmu dihargai~

Eh. Mase staging mama haritu pon aufa ada jd audience. Baba aufa pon ada tanda sokongan, hihi. Tq baba dan aufa, love u all! . Cuma terpaksa bawak aufa keluar dewan sbb aufa bisingggg sangat dalam tu.Haha. suara die je dengan dr atas pentas, kan kalau teater tak guna microphone, jd suara pelakon2 ialah suara asli tanpa mic.. tetiba suara budak kecik bercakap2 jerit2 seronok. Terus baba bawak auaf kuar jalan2 depan dewan jer.hihi. macam2 la aufa.

Projek sem ni “berat2”. Betul la senior2 kate, jd pelajar BENL (Bachelor of English Literature & Linguistic) kena banyak berkorban dr segi masa, wang, tenaga..

Bile difikir2 balik, betul la. Projek sem ni yg berat2 macam Exhibition, Staging (pementasan teater), Video Shooting, semua makan duit, masa, tenaga . Mcm sewa costume utk exhibition n staging haritu. mashaAllah, group kami sahaja dah habis RM700 utk sewa costume2 tu, tu tak campor lg props utk wat kapal, boards, makanan dan lain2. Waaaa. Tp takpe, kate lecturer2 lagi, plaja English no need to worry after graduate jd goreng pisang panas sbb panggilan keje cepat dapat. Even skg kami belum grad lagi tp dah ada syarikat2 editor, journalism, dan teaching dah cop utk diambil bekerja,even uia sendiri offer plaja2 utk amik master supaya leh jd lecturer balik kat uia nt sbb skg banyak IPTA kekurangan lecturer Literature & Linguistic, especially literature.. Wahahaha. Harap2 nt ada rezeki la nt, amiin.
Erm. Berita terbaru? Esok kami sekeluarga akan balik Sg Petani, Kedah. Insyaallah. Tok Wan aufa balik Hj kami belum jumpa lg. tu pon sbb Mr Hus sendiri bz semenjak dua ni, cuti sekolah die bz jd imam sane sini dan  ajar mengaji, hadir majlis khatam quran, g kenduri kawen n jaga anak. Mama aufa pon start esok baru free dr keje2 so esok kami leh balik kampong..

Berita terkini pasal aufa?
Hihi.
Tak la terkini sangat kan.
Dah lama tak citer pasal lovely princess ni.
Erm. Citer pasal bulan lepas? Tak ingat lak. Er.. Checkup 2 minggu lepas utk 16 bulan. Berat baru je 9.4 kg. . tp baru 9.4 kg pon mama die dah lelah naik turun tangga sambil dukung.

Aufa dh mula cakap banyak, gigi dah penuh semua. Cuma skg tiap2 malam ajar die gosok gigi tp tu la die nak gosok ikut style sendiri, hihi. Cakap memang banyak, bising kat umah, tp kat luar jd sopan santun bile jumpa org tak kenal.

Banyak benda yg aufa leh sebut dengan jelas, mcm ‘nenek’ (refers kat pengasuh die), ‘no no no’, ‘mama’, ‘baba’ ‘tok’ ‘wan’ ‘makmak’(mak ngah),’tacu’ (Usu-anak pengasuh), ‘yaw’(miow), ‘nenen’’acik’(nasi), banyak lg tak ingat daa..dan skg baru nak list kan kan kan sedangkan aufa dh start sebuat semua menda2 ni mase die umo 13 bulan ke atas..mase balik kampong bulan lepas tok ma cakap mulut aufa ‘ringan’ sbb mudah bercakap dan suke ajuk org cakap..kalau bilang 1,2,3..samapi 10..kalau rajin die ikut ‘catu, wa’ ga’pat..’ part 7 die suke sebut ‘ujuuh’. Hahaha. Kalau die rajin ikut baba duk sebut alif baa taa sampai la die dh malas nak ikut.hihi. 

Bermula dr umo 13 ++ bulan, Aufa jugak dah boleh faham instruction. Mintak g tidur, amikkan botol susu, amikkan mainan, amik baju/pampes..kebanyakan die dah faham dan boleh wat. Tu pon kna ikut mood die jugak.oh ye, skg suke sangat duk beriba. Ish ish ish. Sadis kan, mama aufa taip esaimen sambil auaf duk atas riba dan tarik laptop.berhempas pulas nak siapkan 1 page. Huh. Tensen tensen tp sabor jela.. 


Aik, dh lewat. Sebenarnya ngah simpan baju2 utk balik kampong.hehe..Till then. Wassalam,.

Friday, December 9, 2011

laparrrr

hua hua hua

pagi ni kul 7.30 a.m lagi dah turun dr umah, hanta aufa umah pengasuh dan pecut ke UIA..ada latihan drama dengan kawan2 sekumpulan. sempat menjamah roti je sebijik sebelum latihan start td.

kul 1.30pm baru habess.. terus balik umah, lapar sangat2.. buatkan 2 biji burger, goreng selambak french fries dan makan sorang2.haHahAHAa...laparrrr..

tp kenapa kenapa kenapa? walopun makan banyak ke sikit, badan still taknak naikkkkkk?kenape kah? Mr Hus makan lebih siket kejap je badan naik. aiiyyya.. bile org2 kampung tanya nape badan naik die cakap sebab isteri masak sedap2..HahAAAha..nak tergelak dengar jawapan die sbb mama aufa udah jarang sgt masak kat umah. sekali sehari je berasap dapo. =p

*Mr Hus takde pagi ni ajar ngaji, pastu jd imam solat Jumaat kat Sg Besi*

pasti rehat pulak.kepala sudah pening.

sekitar exhibition kami haritu...=D

Assalamualaikum wbt..

seperti dijanjikan, akhirnya malam ni boleh la i mengupload gambar2 sekitar exhibition kami tempoh hari. hihi..

to be clear, ia merupakan part dr projek subjek American Literature1 yg mama aufa n the geng amik sem ni. Markah CAM (Continuous Assessment Mark).
Ada 6 kumpulan, masing2 dapat tema berlainan.dan kami dapat Christopher Columbus. Die ni merupakan orang yg jumpa America..Ha...terkezut tak sebenarnya Columbus ni asal dr Italy, pastu berhijrah ke Portugal mase remaja2 gitu. die minat berlayar, sangat minat kapal dan laut. die mintak ngan raja Portugal utk sponsor die berlayar nak cari new land, pastu raja portugal reject. then die hijrah ke Spain .try mintak ngan raja Spain mase tu King Ferdinand (lakonan i) dan Quees Isabella..asal2 diorang tak caye, pastu sorang paderi yakinkan diorang supaya Columbus ni leh sebar kristian kat situ..then diorang pon percaya.diorang sponsor 3 biji kapal, sekali dengan orang2 upahan..maka berlayarlah die..Columbus ni bak kata lecturer i sebenarnya tak cerdik sangat, die ingat India tu dekat, jd tujuan utama die nak cari India sbb nak amik rempah ratus..pastu bile sampai2 South America jumpa puak2 negro..Columbus panggil diorang Hey Indian! semua die ingat indian sbb kulit gelap..sian diorang..Columbus tak tahu rupanya die jumpa amerika (mase ni takder nama lg). die curi emas, wat balik org2 afrika ni jd hamba kat Spain..dan bermulalah era Spain menjajah america..inilah kisah benar, cewah..~

penat bercerita, gambar2 kenangan pahit maung manis masam haritu. fuh..memang penat tp lega dh siap.hihi.

bisakah mama aufa kembang idung sbb dapat memasak semua makanan di atas (roti tu beli la..). haHA..spageti,kuah spageti dan mushroum soup..rupanya senang je nak masak mende2 nih cuma seblom ni tak pernah try, bile terpaksa wat try wat jadi lak.licinnnnnn, hihi..memang express masak semua ni sambil aufa duk tarik2 kaki mama..


                    mak aufa punya barang2..peta tu pon sempat lukis malam tu lepas aufa tido

                                               kapal yg kami bina same2..=)

                                                  Naddy sebagai Columbus..

                       dengan best friend kelas Usul Fiqh dr Sri Lanka, Fatimah.baik sgt die=)

                                           us~

                                               King n Queen=)





tibe2 ade gambar aufa kan..keesokan hari baba suh g majlis khatam quran umah kawan die..walopun penat daku ikotkan je.hohoho=)

Tuesday, December 6, 2011

sape kate orang2 paras rendah takleh jd model..?

nak tengok mama aufa jd King Ferdinand tak?

nak tengok kawan2 sekelas mama aufa pakai pelik2, ada yg itam legam cat muka, ada yang line biru, red indian, dan macam2 lagi..
nak tengok kitorang punya exhibition tempoh hari tak? hihihi..

*kalau taknak tengok pon nak letak jugak..hihi*(walaupon takde org tengok..)

hahAAAhaaaha..=D

next entry..^^insyaAllah.. babai.

Monday, December 5, 2011

aquaria visit..=)

assalamualaikum wbt..

setelah sekian lama mama tak menghabiskan masa bersama2 baba dan aufa, akhirnya alhamdulillah dibukakan ruang semantara utk kite bersama2 melihat keindahan ciptaan Allah.

Aquaria @ KLCC..satu tempat yg famous dengan hidupan akuatik dan jugak reptilia.. bile berada dalamnya seakan2 berada di dalam lautan yg luas.. terfikir seketika, ruang laut buatan ciptaan manusia yg indah, namun langsung tak dapat menandingi "nature" yg Allah ciptakan. mungkin indah, cantik, mengagumkan, namun ape yg ada di alam sebenar lebih dr itu. subhanllah..

bertolak dr pukul 11 pagi dr rumah, perjalanan mengambil masa hanya 30 minit utk sampai ke KLCC..parking yg agak penuh namun masih ada ruang kosong, sebenarnya, ini hanya kali ke2 mama menjejakkan kaki di klcc. kali pertama waktu menyambut Konvokesyen Abg Ngah di IIUM 6 tahun yg lepas barangkali.. kadang2 rasa mcm lawak pulak, dah duk di area KL 3 tahun tp tak sekali pun menjejakkan kali di sini dalam masa 3 tahun ni. hanya klini berpeluang, tu pon atas alasan nk menghabiskan masa bersama aufa dan baba=)

rupa2nya penat jugak ye berjalan ke Aquaria, walaupun hanya dalam 1 bangunan di klcc..lepas parking bukan boleh terus pergi, kena naik lif, berjalan ke satu bangunan lain, panjang perjalanan, baru sampai. untuk beli tiket, beratur pulak selama 15 minit.. harga bg dewasa ialah RM35..baby bawah 3 tahun free sahaja.. tp kalau ada kad student mcm mama aufa RM30 shj..hihi..

Tiket mahal tp..BERBALOI! (^^).. dengan tempat yg indah, haiwan2 akuatik dan reptilia yg boleh disentuh (tp tak semua).. luas, besar, unik, dan menarik..hihi..cuma kalau boleh masuk lam laut tu lg best kot..

mula2 masuk kami tengok Pirana, atas tu label besar (NEW PIRANHA FEEDING) *mcm tu kot, tak ingat..* betul2 pirana maaa..gigi nya ayyo... aufa excited dan sengih2 gelak2 tengok ikan2 ni. lama2, makin lama, die makin mengantuk, amik gambar pon die tamao dah..last2 die tertidur atas dukungan baba nya..=)

kami balik dah pukul 2 lebih..keluar2 je Aquaria, mashaAllah, ramainya org tengah beratur dan berjalan nak masuk. baba cakap "nasib baik ite datang pagi..".. betul tu, masa nak parking kete, berderet2 kereta baru masuk...berduyun2 manusia mula membanjiri klcc.. hihi,nasib baik dah nak balik. jd sesape nak g Aquaria atau klCC dinasihatkan pergi awal2 pagi kul 9-10 gitu..=)

last but not least, picturess....!! =)