Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, December 6, 2011

sape kate orang2 paras rendah takleh jd model..?

nak tengok mama aufa jd King Ferdinand tak?

nak tengok kawan2 sekelas mama aufa pakai pelik2, ada yg itam legam cat muka, ada yang line biru, red indian, dan macam2 lagi..
nak tengok kitorang punya exhibition tempoh hari tak? hihihi..

*kalau taknak tengok pon nak letak jugak..hihi*(walaupon takde org tengok..)

hahAAAhaaaha..=D

next entry..^^insyaAllah.. babai.

Monday, December 5, 2011

aquaria visit..=)

assalamualaikum wbt..

setelah sekian lama mama tak menghabiskan masa bersama2 baba dan aufa, akhirnya alhamdulillah dibukakan ruang semantara utk kite bersama2 melihat keindahan ciptaan Allah.

Aquaria @ KLCC..satu tempat yg famous dengan hidupan akuatik dan jugak reptilia.. bile berada dalamnya seakan2 berada di dalam lautan yg luas.. terfikir seketika, ruang laut buatan ciptaan manusia yg indah, namun langsung tak dapat menandingi "nature" yg Allah ciptakan. mungkin indah, cantik, mengagumkan, namun ape yg ada di alam sebenar lebih dr itu. subhanllah..

bertolak dr pukul 11 pagi dr rumah, perjalanan mengambil masa hanya 30 minit utk sampai ke KLCC..parking yg agak penuh namun masih ada ruang kosong, sebenarnya, ini hanya kali ke2 mama menjejakkan kaki di klcc. kali pertama waktu menyambut Konvokesyen Abg Ngah di IIUM 6 tahun yg lepas barangkali.. kadang2 rasa mcm lawak pulak, dah duk di area KL 3 tahun tp tak sekali pun menjejakkan kali di sini dalam masa 3 tahun ni. hanya klini berpeluang, tu pon atas alasan nk menghabiskan masa bersama aufa dan baba=)

rupa2nya penat jugak ye berjalan ke Aquaria, walaupun hanya dalam 1 bangunan di klcc..lepas parking bukan boleh terus pergi, kena naik lif, berjalan ke satu bangunan lain, panjang perjalanan, baru sampai. untuk beli tiket, beratur pulak selama 15 minit.. harga bg dewasa ialah RM35..baby bawah 3 tahun free sahaja.. tp kalau ada kad student mcm mama aufa RM30 shj..hihi..

Tiket mahal tp..BERBALOI! (^^).. dengan tempat yg indah, haiwan2 akuatik dan reptilia yg boleh disentuh (tp tak semua).. luas, besar, unik, dan menarik..hihi..cuma kalau boleh masuk lam laut tu lg best kot..

mula2 masuk kami tengok Pirana, atas tu label besar (NEW PIRANHA FEEDING) *mcm tu kot, tak ingat..* betul2 pirana maaa..gigi nya ayyo... aufa excited dan sengih2 gelak2 tengok ikan2 ni. lama2, makin lama, die makin mengantuk, amik gambar pon die tamao dah..last2 die tertidur atas dukungan baba nya..=)

kami balik dah pukul 2 lebih..keluar2 je Aquaria, mashaAllah, ramainya org tengah beratur dan berjalan nak masuk. baba cakap "nasib baik ite datang pagi..".. betul tu, masa nak parking kete, berderet2 kereta baru masuk...berduyun2 manusia mula membanjiri klcc.. hihi,nasib baik dah nak balik. jd sesape nak g Aquaria atau klCC dinasihatkan pergi awal2 pagi kul 9-10 gitu..=)

last but not least, picturess....!! =)














Wednesday, November 30, 2011

tenggelam

assalamualaikum wbt..

bukan tenggelam dalam air sbb banjir, tp tenggelam dlm minggu2 yg dipenuhi dengan keje.

btw, jemput semua datang ke Exhibition Christopher Columbus esok malam 8.30pm-11.00pm kat HS building, IIUM..antara projek subjek American Literature..mama aufa akan berlakon jd King Ferdinand esok malam.wahaaaa..

lepas tu ada 2 lakonan pulak kena berlakon lagi. 1 teater, 1 lg video shooting. still masih menghafal skrip.hohoho.

dan 3,4 minggu lg revision week utk Final exam sem ni. fuh. minggu ni bermula harini ialah Pre-registration period utk budak2 uia..

weekend baruni kami sekeluarga balik kelantan jap (Jumaat-Ahad). diizinkan Allah, aufa demam kuat. meragam, menangis. then balik KL balik die tak meragam dh. myb berubah suasana kot.

pening. letih. tired. exhausted. itulah perkataan2 yg boleh digambarkan sejak beberapa minggu akhir sem ni. pergi uia pagi, balik petang, hujung minggu ade discussion. memang dh takleh rehat semenjak due ni. Hectic. huhu.

tp takpela, bile sem ni berakhir nak berjalan2 dan enjoy!!!!!!!!!!!!!!!! (^^)

Tuesday, November 22, 2011

pelepas angin

bak kate orang kelantan "pelepas angin"

maksudnya macam utk satisfaction la gitu kot.

patang td lepas amik Aufa dr umah pengasuh, mama ajak2 baba bawak kite ke Taman Kepong. sbb aufa syik jenjalan lam umah je, sian pulak..die pasti happy kalau dpt jalan d tempat luas sambil tengok pemandangan alam~

tp x dapat lama, ada la dekat setengah jam je sbb baba kena bertolak ke Sg Besi lak jd Imam maghrib isyak.

xpe, lenkali datang lama siket=) hihi..

gambar2 si tecit jenjalan........................

                                        aufa..cepatnya besar, nk sama besar ngan mama dah..hihi

                                                      bestnya angin bertiup sepoi2..=)


                                       mama n baba nyorok disebalik pokok=)


Monday, November 21, 2011

Malaysia menang bola sepak sukan sea

tahniah buat team harimau malaya.

syok jugak tengok bola sambil2 duk baca Beowulf..ayy..ada exam lusa..esok ada revision Beowulf. hoho..

Ya Allah, moga2 dipermudahkan segalanya~ amiin~


                                                      budak exam yg still g jenjalan~