Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, September 30, 2010

Sebelum menjengah dunia

Assalamualaikum warahmatullah...
Aufa,
kesayangan mama & baba selalu..

9 bulan mengandungkanmu, ianya pengalaman indah buat mama..di saat itulah pengorbanan baba terserlah sebagai suami mithali, dan bakal ayah yang baik. 9 bulan mengandungkanmu, pelbagai mehnah yang mama dan baba lalui namun Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya. Apatah lagi ketika itu mama sibuk dengan urusan pengajian, membawamu kehulu kehilir. Kalau Aufa nak tahu, Aufa dah masuk Universiti sejak dalam kandungan lagi..hehe.. Adanya Aufa menemani mama sepanjang pengajian, mama jd lebih bersemangat walaupun penat kerana mengandung namun ia tak mematahkan semangat mama untuk mendapat result ya g cemerlang. Alhamdulillah, pada sem 1 tahun pertama pengajian mama mendapat pointer 3.4, pada sem 2 semasa mengandungkan Aufa mama mendapat pointer 3.6 dan mendapat anugerah dekan. Aufa budak bijak kan? tolong mama semasa menjawab exam.. masih mama ingat waktu kandungan mama 6 bulan, Aufa asyik menendang2 dan bergerak2 dalam dewan exam..nak jawab exam gak ye sayang? sampaila siap mama jawab exam baru Aufa diam..hehe...lucu rasanya..namun ia indah...
Mama juga hadapi morning sickness awal2 mengandungkan Aufa..kadang2 sampai lembik dibuatnya terutamanya pd awal 4 bulan.x lalu makan, selalu letih namun mama tetap ke kelas seperti biasa kecuali kalau pening sangat. apapun mama paksa diri makan agar Aufa dalam kandungan mendapat nutrien secukupnya. Baba sanggup membelikan susu tepung khas untuk ibu mengandung yang mahal tu..tiap2 minggu baba belikan air soya sedozen dan air buah epal.Kasih syg baba pd mama bertambah2 lps mengandungkn Aufa. Baba menjaga mama dengan baik...Sampai kandungan 9 bulan baba masih lapik tempat duduk mama dlm kereta dengan bantal agar mama selesa dan Aufa x terhentak ketika kereta bergerak..Jd sayang, taat pd baba ye..dengar ckp baba bile besar nanti k..baba juga selalu penuhi permintaan mama kalau terasa nk makan ape2..ur father is the best for me..:D and he is the best for you...

Wednesday, September 29, 2010

Di sebalik namamu "Aufa Hibriyah"

Assalamualaikum permata hati mama & baba..

Rupa2nya bukan senang hendak memilih nama yang terbaik untuk diletakkan buat permata hati ini. Begitulah yang dirasai oleh setiap ibu bapa mungkin, atau sesetengahnya. Namun yang pasti semua mahukan yang terbaik buat anak2. Mengambil mafhum dr kata2 Rasulullah s.a.w bahawa nama merupakan doa, maka mama & baba berusaha mencari yang terbaik buatmu. Semenjak di awal kandungan, mama telah membeli buku "nama2 bayi dalam islam". Kesemuanya ada 3 buah yang mama beli dan 1  antaranya mama berikan hadiah kepada Ibu Ila, jiran kita di Sentul kerana waktu itu dia pun turut mengandung;) Ibu Ila melahirkan anaknya 3 bulan awal dr kelahiran Aufa. Begitu cantik nama anaknya, perempuan juga..bernama Fatin Zinnirah. Fatin lahir 2.6 kg di Hospital Bersalin Muslimah.
Pada awalnya baba tak mahu mama mencari nama buat Aufa awal2 coz baba ckp nanti takut berubah fikiran, Tp mama menyenaraikan nama2 yang terpilih dulu dan tunjukkan pd baba, kebanyakannya x di approve ye sayang..hehe..baba ckp nama kawan die, nama ustaznye, nama anak kwnla n mcm2 lg..lawaklak bila terfikir. hm..awal2 kami x tahu jantina anak comel ni lg..so just bg senarai nama anak lelaki n perempuan.  Apabila kandungan mama genap 9 bulan baru kami bersepakat. last2 nama tu dr cadangan baba gak lepas musyawarah dengan mama.

Aufa Hibriyah..kesayangan mama dan baba..
Aufa bermaksud "setia" "ta'at" "patuh"
Hibriyah bermaksud "keindahan" "kecantikan"

Mama dan baba harap, dengan panggilan yang indah ini sebagai do'a, Aufa akan menjadi seorang muslimah yang setia dan taat pd Allah, Rasulullah..patuh pada ajaran agama islam dan setia pd saudara seislam. Mama dan baba jua turut berharap dan berdoa agar Aufa menjadi seorang yang taat pd ibu bapa, keluarga, guru2 dan rakan2 serta saudara seislam. "Hibriyah"-keindahan- semoga akhlakmu indah bak peribadi ummahaatul mukminin. Jadikanlah Rasulullah contoh terbaik dalam kehidupan kita. Perindahkanlah akhlakmu maka wajahmu jua akan terserlah dengan keindahan. Aufa sememangnya indah di hati mama dan baba~ love u always.. nahnu nuhibbuki ya habiibatuna.. Aufa~

di mana bicara bermula

Assalamualaikum warahmatullah wabarakaatuh..
salam sayang buat anak mama dan baba, Aufa Hibriyah.


Ketahuilah anakku, coretan ini dinukil khas buatmu agar suatu masa nanti apabila Aufa sudah besar, pengalaman mama dan baba dalam menjaga dan mendidikmu dapat Aufa baca.. Tatkala kami tiada nanti..pesanan2 yang kami tulis di sini moga dapat menemanimu sayang. Tatkala Aufa keresahan, moga kata2 mama dan baba di sini semoga dapat menghilangkan gusarmu..Tatkala Aufa kesedihan moga kata2 kami ini dapat menggembirakanmu..Tatkala Aufa keseorangan moga kata2 ini dapat menemanimu... Andainya Luqmanul Hakim meninggalkan wasiat dan pesan buat anaknya, maka kami sebagai ibu bapamu jua ingin meninggalkan pesan dan kata2 hikmah buatmu Aufa..kerna..Kata2 itulah yang akan mendampingi hidupmu, kata2 itulah yang akan menyusuri tiap langkahmu, dan kata2 itulah yang akan menjadi ingatan buatmu.. Mama dan baba tahu, selari dengan arus kemodenan ini..teknologi menjadi begitu berkembang..kata2 yang ditinggal di sini insyaallah takkan luput.. andai mama dan papa mahu berbicara dan meluahkan isi hati secara berdepan denganmu, pastinya lama masanye...jd pesan yang ditulis di sini Aufa boleh baca bila2 sahaja dan tak terhilang..andai terlupa, boleh dibaca kembali..itulah niat kami...Semoga Aufa membesar menjadi seorang muslimah solehah dan sejahtera fizikal & rohani ..dan ingatlah selalu sayang, mama dan baba ,menyayangimu..tp kasih sayang Allah pdmu adalah lebih dr kasih ibu dan bapa.. jd ingatlah , yang pertama cintai Allah, yang kedua, cintai Rasulullah, yang ketiga, cintai malaikat dan para anbiya'..seterusnya mama dan baba..keluarga, guru, dan rakan2..