Ahlan

Photobucket

puteri kesayangan kami

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, January 29, 2014

Suri Rumah Vs Wanita Bekerjaya

Assalamuaalaikum Warahmatullah.

Saya terpanggil menulis, di kala melihat segelintir pihak memandang rendah seorang ibu yang bekerjaya, dan menyalahkan pilihan ibu untuk bekerja sebagai punca utama terjadi masalah tertentu kepada anak. Selaku bekas pendebat sekolah menengah, saya pernah mewakili sekolah menengah saya sewaktu di tingkatan 6 (sewaktu itu di Maahad Saniah- debat bahasa inggeris)untuk berdebat di peringkat negeri Kelantan tentang ibu bekerja vs suri rumah. Kebetulan, kumpulan kami menjadi pembangkang iaitu kami perlu mencari point2 untuk menyokong ibu suri rumah dan mencari point2 untuk mematahkan hujah lawan iaitu membahaskan tentang ibu bekerja. Lawan dengan maahad muhammadi lelaki, hehe..walalupun dapat tempat ke-2 tapi ia mula membuka mata saya untuk memikirkan tentang point2 yang diberikan oleh pihak opposition iaitu mengenai hebatnya ibu bekerja.
Suka saya nyatakan, semua yang bergelar ibu hebat2 belaka. 

Saya tidak akan sesekali memandang rendah ibu yang bergelar surirumah kerana ibu saya seorang suri rumah yang sangat hebat! Kesembilan2 anak berjaya dididik dan diasuh dengan air tangan ibu sehingga berjaya, pastinya juga dengan kekuatan seorang ayah yang menjadi pendorong buat anak-anak. Seorang menjadi penguasa penjara, seorang sebagai pegawai kerajaan, seorang sebagai ahli bisnes, seorang tengah ambil master, seorang bekerja dalam bidang accountancy, seorang (saya) dalam bidang professional, dan adik2 yang semua masih menuntut di Universiti luar Negara. Ibu mertua saya juga seorang suri rumah yang hebat, kelima-lima anak berjaya dan masing-masing sudah bekerja, hasil didikan, air tangan, nasihat dan kata-kata hikmah yang sentiasa meniti dibibirnya. Ya Allah berkatilah ummi. Saya juga tidak akan sesekali memandang serong kepada ibu yang bekerja kerana ibu saudara, kakak ipar, pensyarah-pensyarah, guru2 yang mendidik saya dan rakan2 merupakan seorang ‘ibu’ tp dalam masa yang sama seorang yang professional. Bayangkan, jika guru-guru wanita dan pensyarah-pensyarah wanita yang tidak mendidik kita dalam pengajian dulu, di mana kita sekarang? Dan di antara pensyarah-pensyarah uia yang masih segar dalam memori saya ialah pensyarah wanita yang banyak memberi inspirasi. Saya pasti ibu-ibu anda semua hebat2 tak kira suri rumah atau bekerja kerana mereka merupakan ratu hati kita!

Duhai diri, kita sebenarnya perlu optimistik dalam melihat keadaan. Pandangan serong terhadap wanita bekerjaya perlu diketepikan kerana setiap individu ada hak untu k memilih aliran hidup masing-masing. Sekiranya anda tamat belajar dan memilih untuk menjadi suri rumah, Alhamdulillah, ia suatu tindakan yang bagus dan terpuji. Pastinya pengorbanan besar harus dilakukan kerana ijazah yang diraih dengan usaha gigih selama bertahun-tahun disimpan tapi dapat dijadikan inspirasi untuk anak-anak. Dapat membesarkan anak-anak dengan tangan sendiri di depan mata, memang suatu yang diidamkan oleh semua wanita. Bagi mereka yang memilih untuk menempuh liku-liku hidup sebagai golongan bekerjaya, anda juga hebat! Kerana u did it! U prove to the world that your degree matters, and you prove to people that u deserve the best position as you have achieved well in studies. Apatah lagi dalam krisis ekonomi yang melanda Negara pada masa kini, keluhan demi keluhan dapat didengari dari ceruk kampung hinggalah di Bandar tentang sukarnya mencari pekerjaan walaupun dipaparkan segulung ijazah. Apabila anda terpilih walaupun anda merupakan seorang wanita, anda memang benar-benar hebat.

Justeru, kita lihat di sini balance, pros dan contrasts antara suri rumah dan ibu bekerjaya. Selidiki dengan lebih mendalam lagi, pasti ada sebab dan musabbab mengapa wanita-wanita hebat ini memilih haluan tersebut. Hidup setiap manusia berbeza. Tidak semua dilahirkan dalam kesenangan, dan tidak semua meraih pencapaian cemerlang semasa belajar yang menjadi antara ukuran penerimaan untuk work position.

Mungkin wanita ini menjadi suri rumah kerana suaminya kaya?
Who knows.
Mungkin wanita ini menjadi suri rumah kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anaknya?
Who knows.
Mungkin wanita ini menjadi suri rumah kerana tidak dapat memberi komitmen penuh jika bekerja (ibu bapa sakit, keluarga memerlukan etc..) ?
Who knows.
Mungkin juga wanita ini ingin bekerja tetapi masih tiada peluang dek kerana rebutan peluang perkerjaan yang sangat terhad?
Who knows.
Dan..
Kemungkinan wanita ini ingin bekerja tapi memilih hidup sebagai suri rumah di atas keputusan pembelajaran dari sekolah sehingga peringkat oengajian tinggi yang tidak memberangsangkan?
Who knows.
Banyak sebab yang perlu diselidiki, tapi apa yang penting, hormati pendirian masing-masing. Pastinya mereka sendiri telah ‘measure’ baik buruk pilihan masing-masing dan ada sebab pilihan mereka tersebut.

Buat wanita bekerjaya, mengapa haluan kerjaya yang dipilih?
Mungkin kerana ingin membantu ekonomi keluarga?
Who knows.
Adik beradik ramai yang masih belajar? (macam kes my office colleague)?
Who knows.
 Komitmen tinggi terhadap asset? (mungkin ada 2 kereta, beli rumah, beli tanah etc)?
Anak ramai? Yang memerlukan perbelanjaan tinggi terutamanya apabila hidup di Bandar?
Who knows.
Mendapat result yang gempak semasa belajar di sekolah menengah dan university, dan aktif ko kurikulum?yang menyebabkan syarikat sendiri menawarkan pekerjaan pada beliau?
Who knows.
Ya. Benar. Who knows. Siapa yang tahu akan diri seseorang itu sendiri melainkan diri mereka sendiri. Pasti ada sebab, dan pasti juga mereka yang bekerjaya wanita yang hebat! Dapat bersaing dengan golongan lelaki dalam meraih kerjaya yang diidamkan, dapat melakukan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat dan keluarga, dan mempunyai personaliti dan kredibiliti tertentu sehingga diambil untuk bekerja. Pasti!

Akhir kata, wanita, sebagai ibu atau tidak. Merupakan insan hebat yang diciptakan oleh Allah. Jika menjadi suri rumah dan menjaga keluarga pilihan di hati, maka let it be, ia merupakan keputusan terbaik yang sangat terpuji. Jika dipilih untuk bekerja dan mempunyai kerjaya, let it be, ia merupakan hasil usaha dan titik peluh selama bertahun-tahun berhempas pulas sehingga berjaya meraih segulung ijazah. Apa pun keputusan yang dibuat, wanita tetap hebat.

Namun, ada perkara lain juga yang harus dititik beratkan.
Isu pengasuh dan nursery. Suatu yang pernah dan boleh menjadi kontroversi.
Saya akui, bukan mudah untuk kita meninggalkan anak yang dikandung dan dilahirkan ke tangan orang lain dalam tempoh waktu bekerja dari pagi sampai petang. Ia keputusan yang pahit. Justeru, buat ibu bekerjaya, perkara paling penting yang perlu dilakukan ialah cari dan pilihlah nursery / pengasuh terbaik yang boleh dipercayai. Jangan hanya terus letak di mana-mana nursery, survey 4-5 tempat, jumpa pengetua nursery, lihat keadaan dalam nursery, check sama ada berdaftar atau tidak, jumpa pengasuh-pengasuh dan selidik background mereka. Perlu sangat teliti soal ini. Saya sendiri, melalui pengalaman ini. Semasa saya belajar di UIA, beberapa nursery saya dan suami survey untuk diletakkan bayi kami. Kami check pendaftaran bawah jkm atau tidak. Setelah pasti, kami daftarkan dan letak bayi di situ. Tapi bukan berhenti pada takat itu, saya adakan kunjungan mengejut, spot check, buat-buat alasan kononnya tertinggal putting susu, atau kelas cancel. Pada suatu hari, saya adakan kunjungan mengejut lagi, saya dapati nursery tersebut meninggalkan seorang bayi (anak orang lain) dalam keadaan menangis dengan hanya memakai pampes dan bayi saya tengah tidur pada waktu itu. Walaupun ia berlaku pada anak orang lain, serta merta saya berhenti dari letak bayi di nursery tersebut tempoh 24 jam dan terus survey mencari pengasuh yang berpengalaman melalui tanya kawan-kawan dan masuk kampung-kampung. Percayalah, ia bukan suatu yangmudah, tapi ia pengorbanan yang harus dilalui bagi memastikan anak ita di tangan mereka yang benar-benar boleh dipercayai. Bila anak saya masih bayi, memang pengasuh berpengalaman pilihan saya dari nursery. Bila anak dah masuk umur 3 tahun, saya telah pindahkan anak ke nursery untuk memulakan proses pembelajaran dan bersosial dengan rakan sebaya. Alhamdulillah, mula belajar membaca doa dan macam2 lagi. Bayi yang ke dua juga pengasuh menjadi pilihan, seperti dulu proses mencari pengasuh bukan suatu yang mudah. Survey, survey. Soal dan selidik. Dan tanam dalam diri jika anak nampak tak selesa dengan pengasuh tersebut terus stop hantar dan resign dr kerja. Tp Allah permudahkan, memang pengsuh dari keluarga yang baik-baik, pengemas, penyabar, dan sangat sayangkan anak-anak. Pernah buat kunjungan mengejut, pengasuh mmg jaga bayi saya bagai anaknya sendiri. Bersyukur. Dan paling penting tawakkal. Setiap hari, keluar rumah, kalimah tawakkal menjadi peneman diri detiap pagi menghantar anak. Kerana percayalah, Dia yang akan jagakan anak kita, dan sesuatu yang terjadi tidak akan terjadi melainkan dengan izinNya.

Buat suri rumah yang hebat juga, kita juga perlu berhati-hati kerana kemalangan dan sebarang insiden boleh berlaku tak kira di mana sahaja walaupun di rumah sendiri.  Tak semestinya apabila anak dijaga sendiri, badan mereka akan kuat, kadangkala jika jarang sakit semasa bayi kerana berada di rumah 24 jam, kemungkinan apabila masuk sekolah rendah mungkin mudah terjangkit kerana imunisasi badan tidak terbina sejak kecil untuk melawan jangkitan. Pengalaman sendiri, semasa saya berada di hospital menemani anak yang demam, ada beberapa katil di hadapan dan sebelah saya menempatkan bayi kecil yang mempunyai masalah pernafasan, radang paru-paru dan jangkitan kuman. Bila doktor tanya, semua mereka merupakan suri rumah dan menjaga anak sendiri. Kemungkinan persekitaran yang tidak kondusif, asap atau habuk boleh menjurus kepada permasalahan ini. Jadi tak kira ibu bekerja atau suri rumah, kesihatan anak harus dititikberatkan sentiasa.

Sebagai penutup, suri rumah atau wanita bekerja memang hebat! Mampu menjaga anak, mampu bekerja, mampu menjaga rumah, dan sentiasa bersedia mengahadapi apa jua keadaan. Kitalah an-Nisa’, yang menjadi tulang belakang tonggak keluarga. Jadikanlah Khadijah (wanita bekerjaya sebagai businesswoman) , Aisyah (suri rumah), Asiah (permaisuri) , Fatimah (suri rumah), Hafsah, Zainab dan serikandi-serikandi muslimah agung terdahulu sebagai inspirasi kita, dan dikalangan mereka ada yang bekerjaya dan ada yang tidak.

Wallahu a’lam bissawab.
Nukilan,

Nur Ainina

Friday, January 17, 2014

new link..*haruslah letak nama adik sekali* ",

http://aufaadnicayangmama.blogspot.com/

welcome2.
semoga pasni sy rajin tulis.
qadha semua yg tertinggal x sempat nk tulis..
waaa T_T

macam nak je...;)

Assalamualaikum. .



Comel..cantik..tajam..seramic coating. Harga rm40 untuk set4pcs dan rm60 utk set 6pcs. Dah termasuk pos:) yeayyyy grab it now.. sms or whasap 0132981924.  Jangan lupa ♥♡ masak dari hati~masak dgn iman ♡♥

Monday, December 23, 2013

KoNVo ke 29 Universiti Islam Antarabangsa

Alhamdulillah.
Subhanallah.
Allahu akbar.

Terima kasih Allah. Pada hari konvokesyen yang sangat teristimewa, disaksikan oleh kedua ibu bapa tersayang, saya secara rasminya bergelar graduan UIA dalam Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris Kesusasteraan & Linguistik.

Konvo 17 hb 11 tahun 2013.
Belum sempat nak update. Boleh lak terlupa nak masukkan event ni dalam blog.
Coming soon. ;)
Insya Allah.